Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 9 Mac 2020

ADUN Lendu Jadi KM Baru Melaka, Rafiq Menangis Di Bucu Katil Ke Tu?

POLITIK | Tahniah diucapkan kepada Datuk Sulaiman Md Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, yang dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka yang ke 12 sebentar tadi.




Upacara angkat sumpah dijalankan di Kompleks Seri Negeri, Melaka, dan boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Awani.


Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia
disempurnakan dihadapan Yang Dipertua negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob pada Isnin, 9 Mac 2020.


Sebelum ini wujud polemik politik di Melaka apabila Rafiq, dikhabarkan mahu merebut jawatan Ketua Menteri Melaka.

UMNO hanya membuat tiga langkah sahaja, iaitu;

1. Memisahkan diri dari sokongan PPBM. UMNO masih majoriti kerana mempunya sokongan adun lompat dari DAP dan PKR.

2. Zahid Hamidi berjumpa dengan TYT dan UMNO Melaka mempertahankan hak menjadi KM kerana mereka adalah majoriti di Melaka.

3. Dengan membuka cerita rasuah. Ia dimulakan oleh Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi dalam satu kenyataan yang disiarkan pada 5 Mac 2020.

Rafiq kemudiannya menjawab kenyataan tersebut seperti berikut pada 6 Mac :  

Respon Kepada Kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang meminta diteruskan kertas siasatan dan pendakwaan rasuah melibatkan saya. 

Saya yakin beliau berniat jahat kepada saya dan sengaja mengeluarkan kenyataan ini ketika sedang berlakunya Kemelut Politik di Melaka. SPRM telah melengkapkan siasatan di atas pertuduhan mengaitkan saya dan memutuskan TIADA KES terhadap tuduhan berkenaan. 

Saya akan berbincang dengan peguam saya untuk mempertimbangkan tindakan undang-undang selanjutnya ke atas beliau.

Dan pada 8 Mac pula seperti berikut :  

BERSATU MELAKA SOKONG SESIAPA SAHAJA YANG DILANTIK KETUA MENTERI MELAKA OLEH TYT YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA

1) BERSATU Melaka konsisten dan akan menyokong sesiapa sahaja yang bakal dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka Ke-12 oleh TYT Yang Dipertua Negeri Melaka Isnin Ini.

2) Rakyat mahu kemelut politik yang berlaku di negara dan Negeri Melaka dihentikan segera dan tidak berpanjangan.

3) Tumpuan kerajaan harus diberikan kepada isu-isu berkaitan pembangunan ekonomi rakyat, penyelesaian jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menangani krisis air yang menjejaskan kehidupan rakyat dan sektor pendustrian dan pelaburan, kesihatan rakyat termasuk langkah pencegahan penularan coronavirus, kebajikan dan pendidikan rakyat.

4) BERSATU Melaka berharap agar semua ahli, penyokong BERSATU dan rakyat Melaka dapat bertenang dan BERSATU Melaka yakin pentadbiran kerajaan akan berjalan dengan lebih teratur dan lancar sebaik urusan perlantikan Ketua Menteri Melaka dan barisan EXCO Kerajaan Negeri selesai minggu hadapan.

5.) BERSATU Melaka komited ke arah memperkukuhkan gabungan politik baharu Perikatan Nasional (BERSATU, BN & PAS) sepertimana yang telah dipersetujui bersama kepimpinan tertinggi parti bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.



Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada BN kerana berjaya menafikan Rafiq sebagai Ketua Menteri Melaka. Tak apa lah Melaka jatuh angkara pengkhianatan. Adly pula dikenang sebagai Ketua Menteri yang buat kerja dan beliau boleh melawan semula pada PRU ke 15 kelak. Yang pasti Rafiq akan mimpi ngeri. Sudahlah hilang jawatan idaman, entah-entah dalam PRU nanti, kalah teruk. Bukan semua luka ada parut tetapi yang pasti dimana ada parut, disitu ada luka. Ingat yer Rafiq. - 9 Mac 2020.

Selepas Menangis Teresak-Esak Dan Kempen #KekalBerprinsip, Hasnul Isytihar Keluar Parti Dan Sokong PN.

POLITIK | Hanya selepas tiga hari berkempen mempertahankan mandat rakyat dengan hashtag #KekalBerprinsip, Ketua Pemuda Amanah, ataupun boleh disebut sebagai BEKAS, Hasnul Zulkarnain memilih untuk keluar parti dan menjadi bebas.


Dalam sidang media yang disiarkan secara LIVE di Facebook itu, Hasnul bersama Paul Yong dan A. Sivasubramaniam mengumumkan keluar parti dan menjadi bebas.

Malahan menurut Paul, perbuatan mereka bertiga tidak boleh ditakrifkan sebagai lompat kerana PN telah mengumumkan gabungan baru terlebih dahulu sebelum mereka bertiga membuat pengumuman.

Hasnul sebelum ini menjadi bahan troll di sosial media kerana menangis teresak-esak selepas disahkan perlu keluar dari pejabat dan kehilangan jawatan EXCO berikutan PN dipercayai akan menjadi kerajaan baru di Perak. 

Spekulasi itu wujud selepas Peja, Menteri Besar Perak hilang dan gagal dihubungi beberapa hari untuk memberikan kenyataan.

Hasnul juga menunggu lebih dari satu jam di hadapan pagar rumah Peja bagi menuntut penjelasan. Sikap Hasnul yang dianggap 'clingy' dan tak boleh move on dipersendakan penyokong kedua pihak.

Sebagai rekod, Hasnul adalah ADUN Titi Serong, Paul ialah ADUN Tronoh dan A. Sivasubramaniam adalah ADUN Buntong.


Terdahulu, PH Perak tumbang selepas 2 adun masuk PPBM dan menyatakan sokongan bersama-sama UMNO dan PAS bagi membentuk gabungan baru di Perak.

4 ADUN PPBM bersama 3 ADUN PAS dan 25 dari BN. Dengan 3 ADUN PH yang lompat bermakna PN Perak mempunyai majoriti 35 dan cukup kukuh bagi membentuk gabungan baru. 

Pengumuman yang dibuat pada jam 11 pagi itu sebenarnya telah dijangka ramai pihak.

Dalam perkembangan berkaitan, Peja menegaskan beliau masih Menteri Besar di Perak namun UMNO akan menghantar senarai nama Menteri Besar yang baru kepada Sultan dalam masa terdekat. - 9 Mac 2020.

Anwar Yang Pujuk Muhyiddin Jangan Haramkan UMNO.

Kenyataan Media | Tinta Laksamana: Masih Ingatkah Muhyiddin Pada Nasihat dan Pengorbanan Anwar? 

Ada tiga peristiwa yang rakyat tidak tahu dan peristiwa-peristiwa ini tidak pernah diceritakan oleh Anwar Ibrahim kepada ahli ahli KEADILAN sendiri. Sudah tiba masanya saya merasakan rakyat perlu tahu supaya mereka boleh membuat perbandingan mengenai prinsip perjuangan dan pengorbanan yang diambil antara kedua-dua tokoh ini.

Peristiwa Pertama

Menjelang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerap membuat perbincangan mengenai siapakah yang akan diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri ke-7. Oleh kerana ketika itu Anwar Ibrahim masih di dalam penjara manakala Tun Mahathir pula sudah agak lanjut usianya maka Muhyiddin Yassin merasai dirinya layak dicalonkan. Di sinilah bermulanya episod kerjasama di antara Muhyiddin Yassin dengan Azmin Ali. 


Muhyiddin telah menemui Anwar di mahkamah untuk mendapatkan persetujuan beliau. Janji Muhyiddin kepada Anwar, beliau akan menjadi Perdana Menteri (PM) untuk tempoh dua tahun saja dan kemudian akan menyerahkan jawatan PM kepada Anwar sebaik selepas Anwar mendapat pengampunan dan kembali semula ke Parlimen.

Anwar dengan berlapang dada bersetuju dan menyokong cadangan Muhyiddin. Anwar seterusnya meminta Muhyiddin membawa cadangan tersebut dan berbincang dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan. Lim Kit Siang juga difahamkan pernah mengusulkan nama Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-7 sementara menunggu Anwar dibebaskan dari penjara. 


Bagaimanapun, sebelum cadangan ini dibawa ke Majlis Presiden PH, Muhyiddin terlebih dahulu membentangnya dalam satu mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu. Di situ, Muhyiddin turut memberitahu mesyuarat tersebut bahawa Azmin Ali akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri jika PH berjaya membentuk kerajaan dalam PRU14.

Namun malangnya cadangan Muhyiddin itu tidak mendapat restu dan sokongan majoriti ahli MKT Bersatu lantas perdebatan hangat telah berlaku di antara penyokong Tun Mahathir dengan Muhyiddin. Pertikaman lidah turut berlaku di antara Setiausaha Politik Tun Mahathir iaitu Muhammad Zahid Mat Arip dengan Muhyiddin sehingga Tun Mahathir terpaksa mencelah.

Tun Mahathir meminta supaya mesyuarat tidak lagi membincangkan akan isu siapa yang harus menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kerana apabila tiba masanya beliau (TDM) dan Tun Daim akan berbincang dengan Anwar sendiri.

Perancangan awal Muhyiddin-Azmin inilah antara punca utama mengapa Azmin menolak cadangan Majlis Presiden PH kemudiannya apabila Majlis Presiden PH telah menamakan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri ke-7. Di khabarkan Azmin dengan marah dan muka merah bertindak meninggalkan dewan mesyuarat.

Justeru tindakan Azmin yang diketahui ramai sekarang iaitu meninggalkan Tun Mahathir dan menyokong Muhyiddin bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Peristiwa Kedua

Peristiwa ini berlaku selepas Pakatan Harapan memenangi PRU14. Sebaik sahaja SPR mengumumkan kemenangan Pakatan Harapan, Tun Mahathir terus bertanya kepada Muhyiddin jawatan apakah yang beliau mahu.

Muhyiddin ketika itu meminta jawatan Menteri Kewangan diberi kepadanya atas alasan beliau adalah seorang bekas Timbalan Perdana Menteri dan pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan. Tun Mahathir bersetuju dengan permintaan Muhyiddin itu. Setelah mendengar persetujuan dan janji Tun Mahathir itu, Muhyiddin dengan penuh yakin pulang ke Johor Bahru untuk menyembah nama calon Menteri Besar Johor kepada Baginda Sultan.

Sekembalinya Muhyiddin ke Kuala Lumpur beliau mendapat tahu bahawa jawatan Menteri Kewangan telah diberikan Tun Mahathir kepada Lim Guan Eng manakala beliau pula diberikan jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.

Muhyiddin bergegas bersemuka dengan Tun Mahathir lalu menagih janji Tun Mahathir padanya. Tun Mahathir menerangkan kepada Muhyiddin bahawa DAP telah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri-2 namun setelah perbincangan dan sebagai tindakan tolak ansur Tun Mahathir telah berjanji untuk melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.

Dengan perasaan amat kecewa dan marah dengan alasan yang diberikan Tun Mahathir, Muhyiddin lantas memberitahu kepada Anwar Ibrahim bahawa beliau akan meletakkan jawatannya.

Anwar dengan tekun dan penuh hormat meminta agar Muhyiddin bersabar kerana kejayaan Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional pada PRU14 adalah lebih besar ertinya dari sebuah jawatan. Kata Anwar, apa yang berlaku kepada Muhyiddin adalah terlalu kecil berbanding jumlah jawatan dalam kabinet yang diberi kepada KEADILAN walaupun KEADILAN pada selepas PRU itu memiliki kerusi parlimen terbanyak.

Anwar berkali-kali meminta agar Muhyiddin bersabar kerana sukar bagi beliau nanti untuk melantik Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Muhyiddin meletakkan jawatan beliau. Pada ketika itulah Anwar berjanji akan melantik Muhyiddin sebagai TPM apabila Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir dalam tempoh dua tahun seperti yang dijanjikan oleh Tun Mahathir.

Peristiwa Ketiga

Peristiwa ini berlaku beberapa bulan lalu apabila Tun Mahathir meminta Muhyiddin mengharamkan UMNO. Tindakan mengharamkan UMNO adalah strategi akhir Tun Mahathir bilamana beliau mendapati tidak ramai Ahli Parlimen UMNO menyeberang dan menyertai Bersatu. Matlamat akhir Tun Mahathir ialah untuk membina Parti Bersatu sebagai pengganti UMNO.

Muhyiddin bersetuju dan turut menyokong langkah ini. Fail dan dokumen untuk membatalkan pendaftaran UMNO telah disediakan dan sudah pun berada di atas mejanya. Hal ini pernah diceritakan oleh Presiden UMNO Zahid Hamidi kepada MKT UMNO bagi menghalalkan langkahnya untuk berunding dengan Tun Mahathir.

Apabila rancangan untuk mengharamkan UMNO ini diketahui Anwar, beliau bergegas menemui Muhyiddin dan berhujah menyanggah tindakan itu.

Kata Anwar, UMNO adalah legasi perjuangan Melayu menuntut kemerdekaan yang turut disertai ibu ayah dan keluarga kita semua. Pengharaman UMNO akan menjadi satu tragedi hitam yang akan menyayatkan hati seluruh umat Melayu termasuk Raja-raja Melayu.

Kata Anwar lagi kepada Muhyiddin, jika pengharaman ini berlaku maka Tun Mahathir dan Pakatan Harapan akan dikutuk oleh orang Melayu dan kita semua akan dicatat sebagai pengkhianat bangsa.

Hujah Anwar, UMNO tidak berdosa tetapi yang berdosa ialah pemimpinnya. Sekiranya UMNO diharamkan sudah pasti proses di Mahkamah akan memakan masa dan kerajaan PH tidak mampu menumpukan seluruh perhatian kepada pembinaan semula negara yang hampir muflis. Lebih parah lagi rakyat akan percaya dengan dakyah pembangkang bahawa PH adalah kuda tunggangan DAP. Pakatan Harapan pasti akan kalah pada PRU akan datang.

Alhamdulillah akhirnya Muhyiddin akur dengan hujah Anwar dan UMNO terselamat darpada diharamkan.

Bayangkanlah dimana kedudukan Muhyiddin sekarang jika beliau mengikut nafsu amarah dan meletakkan jawatannya. Bayangkanlah apa yang akan terjadi kepada seluruh ahli-ahli UMNO sekiranya UMNO berjaya diharamkan?

Yang pasti, tentu sekali pada hari ini tidak akan wujud Perikatan Nasional jika UMNO diharamkan dan sudah tentulah Muhyiddin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-8.

Maka Muhyiddin sewajarnya berterima kasih kepada Anwar kerana keikhlasan Anwar menasihati beliau. Bahkan seluruh Ahli Parlimen dan ahli Umno juga wajar berterima kasih kepada Anwar kerana sosok yang pernah difitnah dan diaibkan oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO inilah yang telah bertindak menyelamatkan UMNO daripada diharamkan.

Maka, tepuk dada tanyalah hati berfikirlah dengan nurani yang tulus untuk menilai pengorbanan sebenar antara Anwar dengan Muhyiddin dan juga pemimpin politik yang lain. Sesungguhnya Ini adalah satu episod hitam yang benar-benar telah meninggalkan parut yang mendalam dalam sejarah tanah air kita yang tercinta.

“Bijak berpenchak langkah bertukar
Bijak berakal mengawal diri
Adat berhutang kami membayar
Adat berjanji kami tepati”

Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin

**************************************************

8 Mac 2020

Kemaskini 6.27pm

Saya telah menerima panggilan dari pimpinan DAP yang menyatakan bahawa DAP tidak pernah menuntut jawatan TPM-2 sebagaimana yang dinyatakan di atas.

Saya juga dimaklumkan bahawa DAP tidak pernah secara rasmi bersetuju untuk menyokong Muhyiddin Yassin sebagai calon PM ke-7.

-DSSIMA-

*****************************************
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...