Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 3 September 2011

Isu altantuya : Yang tersirat dan tersurat.

Nama altantuya rasa nya tidak perlu diperkenalkan lagi di malaysia neh. Nama itu dah cukup glamer. Semua tahu siapa itu altantuya. Dah lama aku bercadang nak tulis tentang neh. Cuma aku tangguh dan tangguh hingga lah ke hari neh. Ulasan kali neh lebih tepat di anggap sebagai memuhasabahkan semula perjuangan penyokong2 pakatan rakyat dalam isu neh. 

Mari kita melihat isu neh dari awal.

1. Siapa Altantuya? 

Seorang wanita yang bekerja sebagai seorang model yang dipercayai ada dua anak. Dia tidak berkahwin. Dia terlibat dalam skandal urusan perundingan pembelian scorpene. Penglibatan dia di dalam isu neh berdasarkan kepada spekulasi, andaian dan persepsi. Hujah ada, tetapi bukti konkrit belum diperolehi. Samada bukti dihapuskan ataupun memang dia tidak terlibat. Allah swt saje yang tahu. Tetapi hakikatnya dia memang berada di malaysia dan mati di bom dengan c4. Rekod kemasukkan dia ke malaysia hilang. Bukan calang2 orang boleh melenyapkan rekod kemasukkan individu ke malaysia. Dia mesti sekurangnya berpangkat bagi memasuki data pihak imigresen bagi menghilangkan rekod kemasukkan. Atau mengarahkan orang lain berbuat demikian.

Kalaupun dia bukan orang yang berpangkat, dia sekurang2nya orang yang mahir dalam sistem data pengkomputeran imigresen sehingga boleh memadamkan rekod kemasukkan altantuya. Lebih kurang macam penceroboh. Altantuya neh ada kaitan dengan razak baginda. Dia datang ke malaysia bagi bertemu dengan razak baginda. Urusan dia dengan razak baginda tidak dapat dimuktamadkan secara tepat atas sebab apa. Penghujahan di mahkamah ada yang mengatakan bahawa mereka ada skandal [hubungan], atas urusan duit [kapal scorpene], dan atas ugutan [altantuya tahu rahsia razak baginda]. 

Mana satu betul? Taktahu. Adakah kesemua di atas neh betul? Boleh jadi. Apa yang pasti ialah ;

- Altantuya memang ada masuk malaysia.
- Altantuya sekurang2 ada kaitan dengan razak baginda.
- Altantuya mati dibom.
- Altantuya dihilangkan menerusi rekod imigresen.

2. Siapa razak baginda?

Razak baginda neh ialah bekas pembantu khas kepada najib. Ini ialah apa yang aku dapat melalui penulisan blog pakatan rakyat. Betul ke tak betul aku tatau. Dia juga seorang penganalisis politik. Razak baginda dikaitkan dalam pembunuh altantuya tetapi akhirnya dibebaskan sebelum menghilangkan diri. Ya, hilang diri, sampai sekarang.

Razak baginda ialah pemilik syarikat perimekar. Syarikat ini dilantik sebagai perunding kepada pembelian scorpene dengan harga yang sangat mahal disamping spesifikasi yang bukan larh memenuhi kesesuaian kerajaan malaysia. Ibaratnya gini larh, ko seorang yang pekak, kalau aku bagi ko radio, apa ko boleh buat? Nak dengar lagu pun tak boleh.. ko tak boleh mendengar.. begitulah juga dengan pembelian scorpene neh. Tak salah beli kapal selam tapi biarlah spesifikasi yang bertepatan dengan kesesuaian kehendak dan keperluan tentera malaysia.

Pembelian neh berlaku ketika najib memegang jawatan menteri pertahanan. Memandangkan kontrak neh disalurkan kepada geng sendiri, maka isu kroni timbul. Dan harga yang dibayar juga mahal, maka rakyat marah. Sedangkan kerja2 perundingan neh patut dilakukan yang pakar dan telah lama berkhidmat dalam ketenteraan di malaysia. Mustahil tiada kakitangan tentera yang pakar pasal senjata dan tidak boleh menguruskan urusan pembelian senjata. 

Kalau perunding diperlukan, lantik sahaja perunding dalam jawatan kerajaan. Dan khidmat perunding haruslah dikemaskini supaya bukan senjata neh aje yang dia boleh beli dan uruskan, lain2 senjata akan datang juga dia boleh uruskan. Almaklumlah.. takan setiap kali nak beli senjata, setiap kali ko lantik syarikat perunding? Pokai weh duit rakyat macam neh. Ko ingat aku minta duit kat pokok ka?

Tapi nampaknya najib razak tak berfikir macam aku fikir. Ini disebabkan dia tak pernah hidup susah. Kenderaan awam yang dia pernah naik masa kecil2 dulu pun nama nya basikal. Heh. Jadi tak hairan kalau najib yang meluluskan tender pembelian scorpene kepada syarikat perimekar. Syarikat neh belum lagi ada rekod pernah menjadi perunding dalam soal pembelian senjata. Syarikat neh juga tiada rekod2 kecemerlangan yang boleh dibanggakan.

Syarikat neh juga dipercayai baru ditubuhkan pada ketika itu. Dan syarikat ini dipercayai mendapat kontrak melalui rundingan terus. Dan apa yang pasti ialah ;

- Perimekar memang dimiliki razak baginda.
- Razak baginda dan najib razak rapat.
- Scorpene dibeli ketika najib jadi menteri pertahanan.
- Yang luluskan pembelian scorpene ialah najib razak.

Persoalan yang timbul ialah ;

- Siapa uruskan perimekar ketika razak baginda di dalam penjara?
- Siapa uruskan perimekar sekarang apabila razak baginda hilang?
- Wujud ke lagi perimekar ? 
- Adakah pembelian peluru dan maintainance boleh dibuat tanpa melalui perkhidmatan perundingan perimekar?


3. Siapa Sirul azhar dan azilah?

Pembunuh altantuya. Kenapa altantuya dibunuh sampai sekarang belum ada jawapan. Apa yang dihuraikan pendakwaan raya ialah benar ataupun tidak kedua2 pegawai polis neh membunuh altantuya. Sepatutnya persoalan kenapa altantuya dibunuh dihuraikan terlebih dahulu. Soalan neh kategori wajib kerana harus mencari motif kepada pembunuhan sebelum boleh merungkai kronologi kejadian. Kalau tak dicari sebab [motif] macam mana nak faham tujuan [pembunuhan]?

Kedua2 pegawai polis neh menggunakan bom untuk meletupkan mayat altantuya. Mereka memang ada kepakaran dalam penggunaan bom kerana itu antara bidang mereka ketika berkhidmat bersama polis. Mereka berdua neh dipercayai kenalan kepada razak baginda. Mereka dihubungi razak baginda apabila altantuya datang ke malaysia. Dan kisah neh berakhir dengan kematian Altantuya. Adakah mereka berdua sudah dihukum gantung sampai mati? Belum lagi rasa nya. Tapi mereka berdua didapati bersalah kerana membunuh dan razak baginda pula dibebaskan. 

Secara peribadinya mereka berdua sepatutnya tiada dendam dan permasalahan dengan Altantuya. So sepatutnya tidak wujud sebab kenapa mereka harus membunuh Altantuya. Dipercayai mereka di arahkan untuk membunuh. Tetapi oleh siapa? Dan kenapa? Adakah lokasi pembunuhan hanya di atas bukit? Ataupun atas bukit ialah lokasi kedua? Kenapa tak bunuh sepupu altantuya sekali? Bagi lenyapkan cerita? Ataupun kematian altantuya atas sebab yang tidak disengajakan? Bergaduh2 then mati? Hanya Allah swt yang tahu tapi apa yang pasti ;

- Sirul azhar dan azilah didapati bersalah manakala razak baginda dibebaskan.

- Yang bermasalah dengan altantuya ialah razak baginda tapi sirul azhar dan azilah pula yang beria2 disabitkan dalam kesalahan membunuh.

- cara pembunuhan tidak didedahkan secara detail. Melainkan cara pengeboman sahaja. Seolah2 kematian altantuya bermula pada saat dibom. Maksudnya adakah dia dibom hidup2? Kenapa dia tidak melawan kalau masih bernyawa ketika dibom? Ini semua tidak didedahkan secara detail melalui soaljawab ataupun aku terlepas pandang. Maybe ada melalui penulisan akhbar. Tak pasti.

Cara pembunuhan neh penting untuk kita tahu. Sebab cara pembunuhan akan mendedahkan COD. Maksudnya cause of death ataupun punca yang membawa kepada kematian. Kalau cara pembunuhan itu konsisten kepada cara kematian, dan konsisten pula dengan penceritaan dan hasil siasatan polis melalui sirul azhar dan azilah memang tiada pertikaian lagi bahawa mereka memang membunuh altantuya. Harus di ingat bahawa ;

- meletupkan mayat

dan

- membunuh orang

ialah dua perkara yang berbeza. Kes mahkamah hanya mengupas isu altantuya dibom dan bukan isu cara altantuya dimatikan. Lagisatu lokasi pembunuhan yang didedahkan oleh pihak polis adalah berdasarkan pendedahan yang dinyatakan oleh pihak polis yang mereka dapat melalui sirul azhar. Kena faham betul2 apa maksud ayat neh.

4. Siapakah bala?

Bala ialah penyiasat persendirian yang di upah oleh razak baginda untuk memantau dan menghalang altantuya daripada menemui dan "mengangu" razak baginda. Perkhidmatan bala diberhentikan beberapa hari sebelum kematian Altantuya. Dan bala juga individu yang bertanggungjawab mengaitkan najib razak dengan pembunuhan altantuya. Ramai orang terlepas pandang yang neh. Mereka fikir anwar ibrahim dan pakatan yang tuduh najib razak padahal yang mengaitkan najib razak dengan altantuya ialah bala. Ini lah bala, orangnya yang dah lari bersama satu keluarga. 

Dia buat dua akaun bersumpah. Pertama dia kata ya, kedua dia kata tidak, yang kena last2 pakatan rakyat. Belum ada pemimpin pakatan rakyat yang menuduh najib razak dan rosmah mansur membunuh altantuya. RPK juga tidak menuduh. Yang menuduh ialah si bala neh dan dua orang pegawai atasan tentera yang lain. Pakatan cuma bawa isu neh ke depan. 

Tetapi memang tidak dapat dinafikan bahawa ada penyokong pakatan rakyat yang terlebih over2 memfitnah najib razak sebagai pembunuh seolah2 dia menyaksikan benar bahawa najib razak melakukan pembunuhan. Ini salah. Juga menyebarkan gambar super impose najib dan altantuya. Ini juga salah. Satu benda yang aku tak faham mentaliti penyokong pakatan rakyat ialah cara mereka berfikir. Situasi dia macam neh ;

1. Super impose gambar rosmah mansur => hiburan. Boleh je.

2. Super impose gambar tgna => babi celaka anak haram punya umno. <-- kena maki bhai. 

PR buat, kita panggil apa? HIBURAN. Ya, sebut betul2, HIBURAN. BN buat kita panggil apa? Ya, haram + berdosa + sebarkan fitnah. Ceh.

Benda sama je, tapi bila bn buat ia jadi haram dan bila pr buat ia jadi hiburan dan lawak. Satu benda yang kita terlepas pandang apabila kita menganggap diri kita sempurna, sedangkan tiada manusia yang sempurna. Menegur diri sendiri atas perbuatan salah yang dilakukan memang sukar, tapi kalau diri sendiri boleh faham dan menerima bahawa diri sendiri memang bersalah, orang lain akan maafkan kita. Sebelum kita sibuk fikir nak mengkakulatorkan cara penyokong umno berjuang, apa kata kita nilai dulu kaedah yang kita gunapakai.. adakah kita berada di landasan yang betul dan tepat?

Tiada manusia yang sempurna di dunia neh, jangan salah faham, kita bukan Nabi ma, kita kena terima larh baik buruk diri kita. Sebab itu jangan larh bagi hujah2 bahawa najib razak ialah pembunuh dan etc. Kot yer pun nak lepas geram.. lepaslah, tapi jangan disebabkan rasa geram maka mendorong kita menfitnah dia. Belum lagi ada bukti bahawa najib dan rosmah ialah pembunuh altantuya. Tetapi mungkin ada kaitan dan ruang yang boleh kita kata atau andai bahawa wujud campurtangan dalam siasatan dan keputusan berhubung kes kematian altantuya.

Andaian dan persepsi aku atas kes neh. Harus faham bahawa ini ialah andaian aku. Andaian ini belum lagi dibuktikan sebagai benar. Aku sekadar menulis andaian dan bukan nya sedang menfitnah. Harap maklum.

1. Najib razak dan rosmah mansur tiada kaitan dengan kematian altantuya.

2. Maksudnya dari saat altantuya hidup sehinggalah dia dimatikan najib dan rosmah tidak tahu menahu langsung.

3. Selepas altantuya mati barulah najib razak tahu.

4. Mungkin razak baginda minta tolong najib razak. Mungkin juga atas dasar ugutan dan paksaan. Mungkin juga atas perjanjian dan tawaran. Aku tak pasti.

5. Perimekar beli scorpene ketika najib razak menteri pertahanan.

6. Makmal sekolah runtuh ketika najib razak menteri pendidikan.

7. Razak baginda bersama najib razak dalam kedua2 kes di atas.

8. Tak mustahil ada rahsia yang razak baginda gengam. 

9. Jadi dalam keadaan nak membebaskan razak baginda daripada tuduhan membunuh altantuya tue.. pelbagai perkara terpaksa dilanggar. Selain melindungi razak baginda, najib juga nak melindungi rahsia dia. Rahsia terbesar itu mungkin juga dalam bentuk rakaman ke.. mana larh tahu kan. Sebab rakan2 yang mendampingi razak baginda mengatakan bahawa razak baginda orangnya bijak. Orang bijak neh pepaham larh cara mereka berfikir. Mungkin dia dah simpan senjata andai dia tersepit pada masa akan datang kan.

10. Demi nak melindungi penyelewengan yang dilakukan tak mustahil najib razak terpaksa membuat beberapa keputusan yang tidak adil seperti mengarahkan pembebasan razak baginda, membayar bala, menghalang peguam perancis masuk, dan macam2 lagi.

Sebenarnya benda neh mudah je. Andai najib razak benar2 tidak bersalah dan mahu membersihkan nama dia, dia sepatutnya biarkan sahaja penyiasatan kes altantuya dan skandal scorpene disiasat. Lagi dia halang, lagi orang syak bukan2. Sebagai rakyat, adalah normal aku memerhatikan tindak tanduk pemimpin aku. Apa yang tak normal ialah pemimpin yang tidak berimej bersih menjadi pemimpin. Kan? Heh.


Ameno : Ruang untuk berubah masih ada najib razak.

Mat sabu : Ko menyeleweng ke apa neh?

Lihat dokumen di bawah neh terlebih dahulu ;





Apa yang aku faham di sini ialah ;

1. Perhatikan dokumen pertama. Terma pembayaran di atas ada menulis cash. Maksudnya invois di atas dikeluarkan setelah pembayaran cash diterima. Ia adalah dari pihak hospital.

2. Dokumen kedua dan ketiga ialah dari perbadanan bekalan air pp. Lihat bayaran yang dikeluarkan. Jumlahnya rm8ribu. Aisehmen, lue bayar hospital rm5k tapi lue dapat balik rm8k? Betul meh? Ka bill hospital itu incomplete?

Apa benda tah yang berlaku neh. Aku tak berapa faham. Setahu aku sebelum neh umno dok pongpang2 pasal penyelewengan pp atas isu bayaran kepada hospital. Maksudnya napa bekalan air pp bayarkan untuk bil hospital mat sabu sedangkan mat sabu terlibat dalam perhimpunan haram. Itu hujah mereka larh kan. 

Bagi aku mudah je, yang dikatakan haram itu hanya menurut persepsi bn ma. Aku pakatan rakyat dan aku tak kata pun bersih is haram. So pp ialah pakatan rakyat. Jadi terma haram itu tidak sepatutnya digunapakai oleh kerajaan bn kepada seluruh rakyat malaysia. Dia je anggap haram. Kami tak anggap ia haram. So andai benar mat sabu dibayar kos perubatan dia maka biarlah. Itu dah bukan isu.

Dan di satu hal lain, ini juga menafikan tuduhan umno yang konon nya mat sabu berlakon sakit lutut dan segala bagai. Kalau dah berlakon dari mana pula wujud invoice hospital neh? Bagi aku blogger umno dah mengolah isu neh dari sudut yang salah.

Mari aku ajar korang. Mari sini. Biar aku tunjukkan kepada korang jadi blogger umno macam mana. Parah gak neh. Kejap jadi blogger pr, kejap jadi blogger umno, lama2 sewel aku. 

Pertama, perhatikan info2 yang korang ada.

Kedua periksa tarikh2 yang terdapat di dalam dokumen2 tersebut.

Ketiga, kaji keraguan yang munasabah dalam isu di atas. Keraguan yang aku nampak ialah perbezaan dari segi nilai bayaran. Mat sabu bayar cash kepada hospital. Then mat sabu dapat bayaran balik. Tapi apsal bayaran balik lebih tinggi daripada bayaran kepada hospital. Apa itu yang dimaksudkan dengan consultants expenses for surgery. Bukan maksud dalam bm. Maksud dia ialah apa benda alah neh? Takan benda2 macam neh kena runding2 segala bagai plak? Sorry larh aku tanya coz ikhlas aku tatau.

Keempat, lihat mat sabu duduk bilik mana. Ya, betul bilik vip. Amboii abg mat.. duduk bilik vip lagi. Neh kalau najib duduk bilik vip mao kena maki satu malaysia. Apa beza di antara mat sabu dan najib yang duduk bilik vip? Sedangkan kedua2 nya telah ditaja? Dan duit tajaan juga datang dari rakyat. Bukan dari lembu. Beza nya najib ialah PM. Abg mat bukan PM. Tapi kalau bukan PM dah biasa dapat tajaan dan bersenang2 di bilik vip adakah selepas dia jadi PM nanti sikap neh akan berubah? 

Lebih patut jika dia bersenang2 guna duit sendiri. Kalau guna duit tajaan, lebih patut dia mengamalkan sikap jimat cermat. Bagi aku semua manusia adalah sama. Belum lagi aku akan mendewakan pemimpin. Dan benda itu tidak akan dibuat oleh aku sampai mampos.

Beginilah cara korang, blogger umno kena menguraikan point korang. Jangan lupa paksi ko mesti Allah swt. Kalau paksi korang ialah pemimpin ataupun parti ataupun kemenangan, sampai bebila korang tetap lah bodoh. Dulu begitu, sekarang juga begitu, akan datang pun akan kekal begitu.

Apa pun semua di atas masih bersifat persoalan yang memerlukan jawapan. Mentaliti rakyat malaysia harus di ubah. Asal tanya je kena hamun. Mak aii.. wa tanya je beb.. apsal lue hamun wa ? Orang kata malu bertanya sesat jalan.. tapi wa tak malu nak tanya tapi apa pasal bila tanya mesti kena marah pula? 

kah kah kah

Ameno : Bil hospital neh mahal.. bayangkan rakyat biasa yang nak dapatkan treatment.. masuk pula hkl yang serba serbi tak lengkap, nak masuk swasta mahal nak mampos.. adehh.. sakit jiwa melihat kerajaan duit sana sini neh.

Jumaat, 2 September 2011

MB Selangor cakap isu murtad hal remeh.

Aku begitu kasihan kepada kau. Dari dulu lagi aku melihat perjuangan ko neh ialah perjuangan yang meroyan. Idea2 ko dari dulu banyak yang tak boleh pakai. Kata2 penipu macam ko memang tak pernah ada yang relevant. Kenapa ko masih berani memalukan diri sendiri dengan membuat statement yang berunsurkan fitnah? Jika ko tidak faham, maka biar aku jelaskan kepada ko betul2, di manakah silap ko kali neh.

Lihat bawah ;

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa supaya banyak salah faham penganut agama Islam yang melihat orang bukan Islam sebagai ancaman, malah mengambil sikap bermusuh diperbetulkan. -mKini-

Di atas neh ialah statement asal. Bila ko ulas, ia jadi begini ;
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seorang pemimpin yang ‘buta hati’ jika beliau menganggap gerakan yang diterajui golongan bukan Islam bagi memurtadkan orang Islam di Selangor, bukan ancaman kepada akidah muslim.-sozcyili-

Yang  mana satu MB selangor cakap ;

1. pasal murtad?

2. pasal akidah?

3. pasal gerakan murtad bukan ancaman?

Ko nampak tak apa yang aku nampak perkasa? Ko faham tak bahawa ulasan ko di atas neh ialah ulasan yang salah. Ko mengulas atas isu yang tak pernah wujud pun. Bila masa MB Selangor cakap macam tue? Tak pernah dia cakap pun. Jadi apa pasal tiba2 ko muncul dan meroyan seolah2 MB Selangor ada cakap begitu? 

Ko boleh benci pakatan rakyat. Sama seperti aku menyampah kepada ko. Tapi jangan disebabkan benci itu membuatkan ko fitnah orang. Aku menyampah kat ko tetapi aku tidak akan membiarkan diri aku dipengaruhi oleh rasa menyampah sehingga aku tegar menfitnah ko.  Menyampah kat ko sebab ko suka meroyan tapi jika aku menfitnah ko disebabkan rasa menyampah itu, maka aku dengan ko ialah sama taraf. 

Itu bukan benda yang aku bercadang nak lakukan dulu, sekarang mahupun akan datang. Dan ko, perkasa, berhentilah dari meneruskan hal ini juga. Sekian. 

Nota : inilah statement terbaru dari khalid yang mengandungi perkataan ancaman. Jika bukan statement ini, statement mana yang perkasa gunapakai untuk membidas kenyataan khalid ibrahim?

Ameno : jual ayam je larh ko.

Azizan akan digugurkan sebagai MB, lapor The Star - Updated!

OTAK SENGET!!!

Baca bawah ;


Kepimpinan PAS sedang mengatur langkah bagi menggantikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dikatakan tidak sihat akibat serangan sakit jantung, bulan lalu.

NONEMenurut akhbar harian Inggeris,The Star hari ini, presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dijadualkan menghadap Sultan of Kedah berhubung peralihan itu. Abdul Hadi juga dilaporkan akan berjumpa dan berbincang dengan pemimpin negeri di Alor Setar pada hujung minggu ini.

Di sebalik tekanan daripada kepemimpinan pusat PAS, menurut akhbar milik MCA itu, Azizan dikatakan cuba membantah dan mendakwa beliau masih sihat untuk meneruskan tugasnya sebagai menteri besar.

Antara nama-nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Azizan, termasuk tiga ADUN kanan iaitu Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Datuk Mohamad Taulan Mat Rasul (Tokai). Semua mereka adalah juga ahli exco kerajaan negeri.

Phahrolrazi, 58, dan Amiruddin, 49, adalah jurutera dalam bidang sivil manakala Mohamad Taulan, 69, adalah seorang peguam. Phahrolrazi juga adalah timbalan pesuruhjaya PAS Kedah manakala Amiruddin pula adalah bendahari negeri.

Perlembagaan negeri Kedah tidak memperuntukkan jawatan timbalan menteri besar.

The Star juga memetik Azizan, yang juga adalah pesuruhjaya PAS Kedah berkata ada usaha yang mahukan beliau berundur.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 02“Mereka beritahu saya, kami mahu awak berehat. Kami mahu gunakan tenaga dan kemahiran awak kemudian hari nanti. Saya ok, tetapi ada orang yang tidak mahu saya berada di sana lagi, ada yang mahu saya mati,” kata Azizan yang dipetik akhbar itu.

Menurut The Star yang memetik sumber PAS Kedah, parti itu sedang menyiapkan laporan mengenai kesihatan menteri besar dan Abdul Hadi akan diberikan taklimat semasa melawat negeri itu.

Laporan yang sama kemudiannya akan disampaikan ke pihak Istana hujung minggu ini.

Abdul Hadi dikatakan akan diiringi oleh orang kanannya dalam lawatan ke Kedah ini, iaitu setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Menurut The Star lagi, adalah difahamkan Abdul Hadi membuat panggilan telefon kepada menteri besar Kedah itu pada Rabu lalu untuk mengucapkannya Selamat Hari Raya. Beliau kemudiannya mencadangkan Azizan, 67, supaya berehat secukupnya dan membiarkan pemangku menteri besar mengambil alih tugasnya.

Namun, menurut sumber akhbar itu, Azizan tidak menerima baik cadangan berkenaan dan cuba membantah.

Sumber itu juga berkata peralihan dipercayai akan berlangsung bulan depan supaya keputusan penting kerajaan negeri tidak ditangguhkan.-MKINI-

Point penting ;

1. Hadi nak ganti azizan sebab azizan sakit jantung.

2. Azizan cakap dia masih sihat tetapi ada orang nak jatuhkan dia dan suruh dia berundur.

Maksudnya disini ialah ;

1. Azizan mungkin [memang] sakit jantung, tapi adakah penyakit itu ialah alasan kuat untuk dia berundur daripada kerusi no 1 di kedah sekarang? Apakah hadi tiada alasan yang lebih konkrit dari itu? Azizan dilihat lebih berani mempertahankan islam daripada anasir2 luar berbanding hadi. Adakah hadi dipengaruhi untuk menjatuhkan azizan? <-- tanya, bukan kutuk. Penyokong hadi kalau tak faham, ada aku kesah?

2. Cubaan hadi menjatuhkan azizan harus disiasat sehingga ke akar umbi, andai benar. Kaji kenapa dia nak berbuat demikian. Apa manfaat yang dia raih andai azizan jatuh dan sebagainya. Buat masa sekarang azizan bukanlah mb kedah yang terbaik, tapi tidak lah dia begitu teruk sehingga harus dijatuhkan dengan cara yang keji. Tapi dia memang lebih baik daripada hadi awang. Boleh banding cara dia rule kedah berbanding cara hadi rule terengganu. 

Tapi berita di atas neh masih bersifat spekulasi. Spekulasi yang belum tentu sahih apatah lagi bila ia dilaporkan oleh the star. Wajib bagi kita menyemak semua berita dan laporan neh sebelum melulu marahkan hadi. Tapi andai benar, hadi awang harus disiasat, kenapa dia mesti berbuat demikian. Kenapa nak jatuhkan azizan atas alasan sakit jantung sedangkan dia yang patut berundur dari jawatan yang dia pegang sekarang sebab dilihat tidak begitu bijak mentadbir pas sebagaimana ketika tuan guru nik aziz pegang.

Updated ;

Hadi awang nafikan isu di atas. Sila rujuk sini dan sini untuk berita penuh. Masih menunggu respon daripada mb kedah sendiri iaitu ustaz azizan berhubung isu neh.

Ameno : kawan makan kawan.

Khamis, 1 September 2011

Karpal singh sakit otak.

Dari tadi aih ada orang umno provoke2 aku soh tulis pasal neh. Dorang = ber-orang - orang suruh ulas isu neh. Bagi mereka isu neh memecahkan hubungan dap - pas. Sebab karpal singh mewakili dap manakala mat sabu mewakili pas. Dan ini ialah panahan terbaik buat memprovokasikan pakatan rakyat. 

Jawapan aku mudah je. Karpal singh sakit otak. Korang faham tak ? Dia sakit otak. Bila anwar ibrahim tak dapat pegang malaysia dan bagi dia kuasa, dia meroyan kat tv3. Pongpang2 kutuk anwar ibrahim dan pkr. Anwar ibrahim harus bertaubat konon. Ceh.

Tak cukup dengan itu dia meroyan pula atas isu judi kat kelantan, Lubuk dia di penang, yang dia menyemak kacau daun sampai ke kelantan buat apa? Dia berjudi ka? Dia mesti nak masuk kelantan untuk berjudi ka? Dia bagi komen atas kapasiti lawyer? Dah tue, dia sorang ja ka lawyer kat malaysia neh? Yang lain seme dah mampos yer? Ini isu mca melawan pas. Dia sebagai ahli dap, patut diam. Kalau dia diam, takde sapa akan anggap dia bisu pun. Tapi dia meroyan tak pasal2. Orang tua tunggu nak mampos gamaknya.

Dan terbaru dia menyemak pula dalam isu mat sabu. Macam aku cakap tadi. Kalau dia diam, takde sapa anggap dia bisu. Tapi dia menyemak dalam isu neh macam mak bapak dia mampos kena bunuh dengan mat sabu pula. Isu neh mudah je.

1. Mat sabu buat statement.

2. Utusan dan tv3 putarbelitkan statement mat sabu.

3. Karpal singh baca dan tonton hujah tv3 dan utusan.

4. Dan macam biasa, handphone dia hilang tak pun kena rembat, dia lupa no telefon mat sabu, yang dia ingat cuma no telefon media lalu dia buat statement depan media.

5. Instead mendengar dan menilai penerangan mat sabu terlebih dahulu,  dia memilih untuk mengarut depan media dan memberikan persepsi seolah2 fitnah utusan terhadap mat sabu adalah kisah benar.

6. Ini ialah perangai bangsat yang aku memang benci. Kes valentine pun begitu juga. Agak2 kalau dah hilang no telefon, sila larh cari mereka menerusi jalan lain. Janganlah buat statement meroyan depan media kalau taktau isu sebenar.

7. Semua faham yang utusan kaki fitnah. Yang pelik karpal singh boleh tuduh mat sabu akan menegatifkan pakatan rakyat. Owh yer?

Apa kata kalau kita buat bancian nak tak karpal singh? Agak2 nya ko yang racist, ko memang racist yer karpal singh jangan tak mengaku dan ko memang tak berapa nak hormat islam dan jangan ko taknak mengaku, kenalan aku bukan orang yang menipu apabila ia melibatkan ko, dengan membanci tentang statement karpal singh yang menjatuhkan pakatan or statement mat sabu yang menjatuhkan pakatan, macam mana? Heh.

Ameno : Karpal singh, ko memang tak reti nak diam kan?

Siapa kata UMNO merdeka kan negara pada 31 ogos? Part II

Ramai yang tidak faham apa yang aku tulis disini. Ada yang mesej dan marah aku cakap aku lupa jasa2 umno. Dia juga cakap aku tak sedar diri. Dan yang paling penting sudah semestinya aku tiba2 sudah menjadi pro komunis. Heh.

Hujah2 macam neh aku dah makan. Selama 3 tahun hanya hujah2 neh je wujud bagi membidas pandangan aku. Biar aku jelaskan sekali lagi kepada mereka yang tidak faham, tidak mahu faham dan tidak memahami situasi neh agar korang boleh nampak kenapa ia perlu difahamkan, bukan untuk diemosikan.

Wey.. ko nak menafikan jasa2 umno terhadap kemerdekaan negara ka?

Bukan. Mustahil mengatakan umno tiada jasa. Umno ada jasa nya pada negara. Tetapi bukan umno je. Ramai. Umno sebahagian kecil dari mereka yang berjasa. Sebahagian besar yang lain tidak dikisahkan dalam sejarah dan penulisan buku teks di negara kita. Ini tidak adil. Aku percaya PKM, Dr.burhanuddin, dan lain2 parti, gerakan, penulisan, tokoh, kempen2 kemanusian samada perseorangan ataupun berkumpulan mereka juga berjasa. Ada jasa mereka pada kita. Apa sebab jasa mereka tidak di angkat? Apa sebab hanya umno je membolot semua jasa tersebut? Umno muncul setelah malayan union hadir. Sebelum malayan union, di manakah umno? Di manakah umno ketika british menjajah tanah melayu? Di manakah umno ketika jepun menyerang malaya? Mana? 

Geng, aku bukan menafikan jasa umno. Jauh sekali nak memburukkan umno. Perjuangan aku ialah umno mesti belajar menulis sejarah berdasarkan kepada kronologi sejarah yang betul, tepat, benar dan sahih. Itu je. Bohong nak kata umno tak berjasa. Tapi lebih bohong nak mengatakan bahawa hanya umno je yang berjasa.

Sebagaimana yang aku dah tulis terang lagi jelas disini bahawa, umno ialah kerajaan sekarang. Kita kena hormat. Tapi dalam masa yang sama, sejarah harus dibetulkan balik. Tulis balik sejarah sebagaimana ia berlaku. 

Wey.. ko tahu tak komunis neh benar2 bunuh orang? Bukan sejarah2 punya stori, tapi moyang aku kena bunuh.. apa ko nak cakap lagi?

Geng, aku bukan nya pro komunis dalam isu neh. Ko dah salah faham disini. Aku cuma cakap bahawa komunis itu ada jasa nya juga. Walaupun ya memang benar komunis membunuh tapi dalam masa yang sama jasa mereka tetap ada. Membunuh ialah perkara yang lain. Berjasa pula ialah perkara yang lain. Jangan sempitkan akal masing2.

Apa sebab umno hanya menulis keburukkan komunis dan mengenepikan kebaikan komunis? Ini larh yang dipersoalkan sekarang. Kena faham betul2 topik yang cuba dibawakan disini. Sentimen terikut2 yang dibawakan oleh komunis tanah malaya akibat pengaruh perang di china juga menyebabkan semangat nasionalisme rakyat mula bangkit pada ketika itu. Kena terima. Suka atau tak suka.

Kejahatan komunis tidak dinafikan oleh aku. Dalam masa yang sama, umno harus juga mencatitkan tentang perngorbanan komunis terhadap negara. Adil kan? Bukan aku puja komunis. Tapi sejarah harus ditulis berdasarkan kepada kejadian sebenar. Itu je. 

Contohnya ;

1. A tikam B dengan kejam . B parah tetapi berjaya diselamatkan oleh C. A lari selamatkan diri. <-- kisah diringkaskan demi menjaga reputasi

Apa sebab A tikam B? Tidak dinyatakan. Hakikatnya ;

2. B cuba meliwat A. A menikam B dengan kejam kerana nak selamatkan diri. C yang juga rakan sepeliwat B menyelamatkan B yang parah. A mengambil kesempatan ini untuk lari menyelamatkan diri.  <-- Kisah sebenar.

Nah..mudah bukan? Bukan aku nak kata umno jahat ataupun komunis baik. Jangan salah faham. Cuma sejarah harus ditulis dengan detail dan terperinci. Nyatakan satu2 kisah dengan urutan dan cerita yang benar. Analisis akhir biar rakyat macam aku tentukan sendiri. Kami pandai membaca kerana kami di ajar baca, apa kata kalau umno biarkan kami pandai berfikir, dengan memberikan kami ruang untuk mengkaji sejarah kemerdekaan dalam urutan sejarah yang betul?

Umno tidak perlu takut. Sejujurnya ramai rakyat sedar, bahawa umno itu memang ada jasanya pada negara. Cuma janganlah menafikan dan menutup jasa orang lain. Jangan memburukkan orang lain dalam penulisan sejarah. Jangan menfitnah orang lain dalam catatan sejarah. Komunis itu ada sisi yang baik juga, selain dari sisi yang jahat. Itu sahaja.

Nota : Selagi umno berkeras mengubah sejarah kemerdekaan negara, selagi itu aku berkeras tidak mahu menerima umno sebagai parti yang memerdekakan malaysia. Simple. 

Ameno : Umno boleh menipu dalam catatan sejarah, tetapi umno tidak boleh menipu Allah swt.

Rabu, 31 Ogos 2011

Luahan : Bil elektrik melambung - Anda pun sama gak ke?

Saya ingin membuat aduan mengenai kenaikan bil elektrik saya yang bagi saya adalah merupakan penipuan terancang. Saya tidak berpuas hati kerana bil elektik kami kebiasaannya di bawah paras RM70. Apabila TNB melaksanakan kadar tarif baru dan bacaan meter pos. Bil elektrik kami melambung sehingga RM300.

Kenaikan seperti ini tidak munasabah langsung kerana tiada peralatan elektrik baru yang dibeli dalam tempoh tiga bulan ini.

Tiada pertambahan penghuni rumah malah kami mengurangkan penggunaan penghawa dingin dari tujuh jam sehari kepada hanya empat jam sehari.

Kami juga telah membuat aduan kepada TNB Sungai Petani malah telah menukar meter kepada meter baru.

Bapa kami sudah pencen dan perkara seperti ini sememangnya membebankan beliau yang merupakan pesara bomba. 

Diharapkan pihak aduan rakyat dapat membantu kami dalam menyelesaikan hal ini. -MKINI-

Terus terang cakap aku tak kena apa yang dia kena neh. Tapi sejak beberapa bulan neh dah banyak kali aku nampak orang komplain pasal neh kat facebook. Terutama nya sekali kat group saya benci harga barang naik. Neh aku nak kasi suggestion sikit. Apa kata korang tangkap gambar bil sebelum dan bil selepas tukar meter baru. 

Then upload gambar dia kat facebook saya benci harga barang naik bagi tujuan kajian. Tutup larh nama dan address pun takpe. Yang penting bil dan kadar tue jangan ditutup. Mari kita bongkarkan misteri disebalik charge luarbiasa dari TNB neh. 

Bukan apa, sebab TNB dah menafikan benda neh. Dia cakap runggutan tentang meter baru itu adalah tidak benar sama sekali.. so apa lagi, korang kena hadirkan bukti lah. Ada bukti baru leh cakap beb. Okey.

Ameno : Kalau banding dengan bil elektrik najib, tue kira murah larh tue.. kah kah kah

Siapa kata UMNO merdeka kan negara pada 31 ogos?

Adalah amat normal bagi mereka yang membaca sejarah dari kesemua segi akan mempersoalkan apa yang aku persoalkan kini. Kenapa aku mesti mengupas isu neh? Kenapa aku mesti mempersoalkan isu neh?

Kenapa?

Pemimpin makan duit rakyat.. buat bangunan tinggi2 bagi kroni.. sendiri kaya..  <-- aku

oittt sedarlah ko tue menumpang. Kalau umno tak merdeka kan malaysia neh merempat larh ko. <-- umno

1. Yang pertama bila aku meluahkan kepincangan dalam kerajaan, aku meluahkan ia dari sudut pandangan rakyat. Pandangan aku sebagai rakyat adalah yang di atas. Kemudian baru lah sudut politik pro pembangkang aku hadir.

2. Namun persepsi orang di sebelah sana melihat aku hanya pongpang2 pasal aku pembangkang. Mereka tak nampak aku sebagai rakyat. Mereka tak anggap aku neh rakyat biasa yang berhak bersuara membidas kerajaan andai kerajaan dilihat tidak rasional dalam membuat keputusan. Asal cakap je, hah memang pembangkang. Belum pape dah kata pembangkang. Memang betul aku pembangkang, tapi belum tentu betul semua orang yang mempersoalkan kepincangan kerajaan ialah pembangkang.

Hah yer menara merdeka itu pembaziran. <-- ini pembangkang

Email 50juta? What's that? <-- ini pembangkang

What the hell ? 1.8juta for facebook update? <-- ini pembangkang

Bersihkan spr <-- ini pembangkang

Senario biasa pandangan politik di malaysia. Yang sampaikan orang yang sokong kerajaan dan pembangkang majoritinya dah takut nak bersuara. Salah cakap kang dapat label pembangkang. Lebih cakap kan mula larh dikatakan kena bayar duit. Di malaysia neh mesti mao ada samada you pembangkang or you pemkerajaan. Tak boleh kalau you segroup dengan PR tapi idelogi you nampak berbeza, terma sama digunapakai dari side kerajaan.

Choiiii!

Patchisowai.

Inilah minda yang aku paling benci. Aku ulang, 

Aku paling benci.

Bagi aku kita semua patut bersuara tanpa dilihat or dinilai berdasarkan label2 neh. Bersuara larh kita dan nilai larh kita sebagai rakyat malaysia. Memegang pemikiran di atas, maka aku bersuara kenapa aku cakap umno bukan pejuang kemerdekaan.Tidak aku bercakap atas kapisiti pembangkang. Orang yang membaca blog ini sedia maklum yang label pembangkang di depan aku sekadar label tapi aku lebih suka menulis berdasarkan otak aku sungguhpun kalau isu tue langgar pembangkang. Heh.

Berikut di bawah ialah sebab kenapa aku menolak umno sebagai parti yang memerdekakan tanah melayu pada tahun 1957.

1. Buku teks sejarah tidak menulis hakikat sejarah berpandukan fakta sebenar.

2. Sejarah tentang pengorbanan komunis dimatikan.

3. Sejarah mengenai kejahatan komunis dicanangkan. Memang benar komunis menjadi jahat sesudah mereka ditipu.

4. Sejarah bahawa orang melayu terlibat dalam komunis disembunyikan.

5. Mengungkit dan mengaitkan cina dengan komunis bagi menyebarkan elemen kebencian melayu terhadap cina.

6. Ramai cina kena pancung ketika jepun tawan malaya tidak dikisahkan dalam sejarah. Ketika itu china berperang dengan jepun dan orang cina di tanah melayu dibunuh bagi membalas dendam.

7. Jepun bukan kejam pada orang melayu sahaja. Jepun kejam pada cina, pada india, pada semua penduduk tanah melayu. Sejauh mana sedihnya ahti orang melayu pada ketika itu, sama banyak sedihnya ahti bangsa2 lain di tanah melayu. Sama2 menderita dan sama2 tersiksa. Sama2 memberontak dan sama2 bersatu melawan kezaliman. Kuantiti bukan ukuran tetapi keazaman itu lambang betapa rakyat tanah melayu pada ketika itu berkongsi suka dan duka yang sama banyak.

8. Ketika itu komunis dilihat harapan oleh rakyat tanah melayu untuk disandarkan keyakinan bagi membebaskan mereka dari kezaliman.

9. Jangan dilupa pada melayu talibarut. Melayu talibarut neh sapa? MELAYU YANG TIKAM MELAYU dan berkerjasama dengan tentera jepun bagi menyeksa rakyat pada ketika itu.. Ia wujud sejak dahulu dan masih ada sehingga kini.

10. Ramai tidak tahu bahawa komunis pada ketika itu dibantu oleh british dari segi alatan.senjata dan taktikal perang. Ia pernah didedahkan di dalam astro discovery channel. Ya, jangan pernah mimpi tv1 nak siarkan benda neh. 

11. British juga berjanji bahawa komunis akan jadi kerajaan sementara setelah jepun dikalahkan.

12. Tetapi jepun undur diri dari tanah melayu dan menutup pintu kepada dunia luar setelah diserang amerika.

13. Pemimpin komunis pada ketika itu memegang janji2 british yang mahu merdeka kan tanah melayu dan membiarkan komunis menjadi pemerintah negara.

14. Lalu mereka menjadi kerajaan sementara selepas jepun undur diri. Tetapi tidak lama selepas bristish kembali. Terlalu banyak kerugian yang mereka tanggung pada ketika itu dan mereka tidak boleh membiarkan tanah melayu merdeka sekurang2nya sehingga mereka mendapat kembali kerugian mereka.

15. Komunis marah kerana janji dimungkiri. Di sini silap komunis apabila dia marahkan british, lalu rakyat yang jadi mangsa. Dia boleh balon bristish hanya dengan balon british, dia tak boleh babitkan rakyat tak kira lah apa sebab yang dia pegang. Talibarut ka, informer ka, apa ka, kekejaman ialah kekejaman. Pembunuhan ialah pembunuhan. Dari saat komunis menembak rakyat tanah melayu yang mempertahankan mereka daripada dihidu oleh tentera jepun, ialah saatnya perjuangan komunis telah tersasar.

16. Gerakan2 islam lahir ketika neh. Mereka memperjuangkan apa yang komunis juangkan dari sudut fahaman islam. Pendek kata ia adalah alternatif kepada fahaman komunis yang agak ektreme pada ketika itu akibat janji yang british tidak tunaikan.

17. Gerakan islam neh sendiri berpuak2. Ada banyak kumpulan, nama dan misi. Ada yang mahu satukan singapore + indonesia + tanah melayu.

18. Ada yang focus pada tanah melayu + selatan thailand + sabah + sarawak.

20. Ada yang cuma mahukan kemerdekaan tanah melayu dan perintah ikut acuan islam.

21. Saat neh british melihat mereka ditekan dari semua segi. Yang india sibuk nak merdeka. Yang tanah melayu tengah kacau bilau. Kerugian mereka bertambah besar. Apatah lagi british pada ketika itu sedang dalam krisis kepimpinan. Saat neh kerjasama mereka dengan china juga di ambang kehancuran. Banyak aset mereka di china juga musnah akibat pemberontakkan.

22. Pada ketika ini british memperkenalkan malayan union bagi meredakan rakyat tanah melayu sekaligus mengurangkan kerugian mereka.

23. Puak2 yang baru habis belajar dari london, yang kaya raya, yang tak pernah hidup susah, yang tak pernah faham apa erti pengorbanan tubuhkan umno menentang agenda malayan union. Dan tiba2 mereka ini di angkat menjadi pejuang kemerdekaan dengan meminggirkan pejuang sebenar.

24. Tidak pula mereka berpadu dengan gerakan islam yang wujud pada ketika itu walaupun mereka sebangsa. Ini disebabkan pemikiran sekularisme yang dibawa dan di dokong oleh umno. Apabila yang sekular pegang kuasa, maka inilah kita hari neh. Habis rosak umat islam di bawah akidah umno.

25. Bristish memang anti islam pada ketika itu akibat dendam lama.[ Tak silap aku pasal kekalahan. Tapi aku agak lupa dan tak boleh ingat secara tepat, sapa2 yang tahu please ingatkan aku balik. Thanks.] Di sebabkan itulah british menolak untuk berkerjasama dengan mana2 gerakan islam. Kelahiran umno sebenarnya mengembirakan british. Bagi mereka umno ialah melayu yang mampu dimanipulasikan dan tidak pula terlalu islamik. Senang cakap, mudah kena control. 

26. Bila umno wujud dan ia di bawa oleh melayu yang berpendidikan barat [british], british melihat ini ialah peluang.

27. Lalu kerjasama dengan umno dibentuk sehingga mencapai kemerdekaan. Ketika ini komunis semakin menganas apabila mereka diketepikan, dan umno di angkat oleh british. Mereka marah kerana rasa dipermainkan sedangkan mereka telah banyak berjuang demi tanah melayu.

28. Airmata pejuang komunis, penangkapan dan pembunuhan pejuang2 islam [gerakan islam] oleh tentera british, penderitaan rakyat biasa yang bukan sokong umno sikitpun tak masuk dalam teks sejarah umno. Umno juga bersetuju mengharamkan PAS yang pada dulu nya dikenali sebagai hizbur muslimin. Ini semua antara perjanjian suka sama suka, tukar neh dapat itu antara umno dan british.

29. Sejarah2 mula ditulis dan dilencongkan faktanya. Memang ya secara zahir umno memperjuangkan kemerdekaan negara tetapi pada hakikatnya perjuangan memerdekakan tanah melayu secara berpelan bermula sejak kewujudan komunis. Dan membebaskan tanah melayu secara rambang dari penjajah bermula sejak zaman2 kejatuhan empayar melayu melaka lagi.

30. Dan berpegang kepada buku teks itu akhirnya umno mula mengugut rakyat agar jangan cakap banyak sebab umno yang merdeka kan negara. Umno yang menyebabkan rakyat membongkarkan hal sebenar dalam isu kemerdekaan negara neh. Mereka sering mengugut2 kita bila kita dedahkan kepincangan dorang. Akhirnya ramai di antara kita mula mengkaji sejarah kemerdekaan. Akhirnya penipuan umno terbongkar. Mereka bukan pejuang kemerdekaan. Mereka cuma pemegang kunci kemerdekaan. Yang merdeka kan negara ialah pejuang2 haluan kiri yang di anggap jahat dan penganas.

Umno juga adalah alat penjajah apabila mengamalkan undang2 penjajah. Umno juga setuju mengikut syarat2 penjajah dan merdeka secara aman [kononnya] dengan mengorbankan pihak2 yang tidak bersalah. Secara logiknya malaysia merdeka hanyalah sekadar atas kertas. Pada hakikatnya ia ibarat peralihan pemerintahan dari british ke umno dengan mengamalkan dasar, polisi dan undang2 yang sama dengan sistem penjajah yang cuma di ubah suai sedikit.  [Actually, ubah atau tak ubah bukan isu, isu nya ialah pemegang amanah tidak amanah].

Sejarah harus ditulis berdasarkan hakikat. Tak perlu cakap aku bagus, ko tak bagus. Aku, umno parti yang begitu bijaksana dan pandai memerdekakan tanah melayu. Ini semua bullshit. Sebagai rakyat aku tak hadap umno memuji diri sendiri dalam teks sejarah. Aku cuma mahu mereka menulis kandungan sejarah yang benar dan berdasarkan kronologi kejadian yang berlaku pada ketika itu. Jangan menghakimi satu2 hal bagi pihak rakyat malaysia. 

Biar kami, rakyat malaysia menghakimi dan menilai bagaimana malaysia neh terbentuk. Biar kami tahu baik buruk sejarah tentang malaysia. Biar kami kenal diri kami. Biar kami kenal asal usul kami. Biar kami sedar siapa kami. Biar kami kenal siapakah yang memperjuangkan hak2 kami. Kami berhak mengenali mereka sebab mereka memperjuangkan hak2 kami. Dan mereka mati untuk itu. Sekian.

Ameno : Fakta ialah fakta. Umno ialah kerajaan sekarang, hormat mesti mao, tapi dalam masa yang sama sejarah harus ditulis semula berdasarkan kronologi kejadian yang betul. Aku takmo dengar alasan memang logik yang menang akan tulis acuan sejarah ikut otak dia dan ini akan sama jika komunis menang dan etc.. bagi aku itu pemikiran dangkal. Yang terang dan hakikat disini ialah umno lencongkan sejarah dan kita rakyat malaysia kena betulkan ia bukan memegang kepada mana2 persepsi bagi melindungi penipuan neh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...