Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 31 Ogos 2011

Siapa kata UMNO merdeka kan negara pada 31 ogos?

Adalah amat normal bagi mereka yang membaca sejarah dari kesemua segi akan mempersoalkan apa yang aku persoalkan kini. Kenapa aku mesti mengupas isu neh? Kenapa aku mesti mempersoalkan isu neh?

Kenapa?

Pemimpin makan duit rakyat.. buat bangunan tinggi2 bagi kroni.. sendiri kaya..  <-- aku

oittt sedarlah ko tue menumpang. Kalau umno tak merdeka kan malaysia neh merempat larh ko. <-- umno

1. Yang pertama bila aku meluahkan kepincangan dalam kerajaan, aku meluahkan ia dari sudut pandangan rakyat. Pandangan aku sebagai rakyat adalah yang di atas. Kemudian baru lah sudut politik pro pembangkang aku hadir.

2. Namun persepsi orang di sebelah sana melihat aku hanya pongpang2 pasal aku pembangkang. Mereka tak nampak aku sebagai rakyat. Mereka tak anggap aku neh rakyat biasa yang berhak bersuara membidas kerajaan andai kerajaan dilihat tidak rasional dalam membuat keputusan. Asal cakap je, hah memang pembangkang. Belum pape dah kata pembangkang. Memang betul aku pembangkang, tapi belum tentu betul semua orang yang mempersoalkan kepincangan kerajaan ialah pembangkang.

Hah yer menara merdeka itu pembaziran. <-- ini pembangkang

Email 50juta? What's that? <-- ini pembangkang

What the hell ? 1.8juta for facebook update? <-- ini pembangkang

Bersihkan spr <-- ini pembangkang

Senario biasa pandangan politik di malaysia. Yang sampaikan orang yang sokong kerajaan dan pembangkang majoritinya dah takut nak bersuara. Salah cakap kang dapat label pembangkang. Lebih cakap kan mula larh dikatakan kena bayar duit. Di malaysia neh mesti mao ada samada you pembangkang or you pemkerajaan. Tak boleh kalau you segroup dengan PR tapi idelogi you nampak berbeza, terma sama digunapakai dari side kerajaan.

Choiiii!

Patchisowai.

Inilah minda yang aku paling benci. Aku ulang, 

Aku paling benci.

Bagi aku kita semua patut bersuara tanpa dilihat or dinilai berdasarkan label2 neh. Bersuara larh kita dan nilai larh kita sebagai rakyat malaysia. Memegang pemikiran di atas, maka aku bersuara kenapa aku cakap umno bukan pejuang kemerdekaan.Tidak aku bercakap atas kapisiti pembangkang. Orang yang membaca blog ini sedia maklum yang label pembangkang di depan aku sekadar label tapi aku lebih suka menulis berdasarkan otak aku sungguhpun kalau isu tue langgar pembangkang. Heh.

Berikut di bawah ialah sebab kenapa aku menolak umno sebagai parti yang memerdekakan tanah melayu pada tahun 1957.

1. Buku teks sejarah tidak menulis hakikat sejarah berpandukan fakta sebenar.

2. Sejarah tentang pengorbanan komunis dimatikan.

3. Sejarah mengenai kejahatan komunis dicanangkan. Memang benar komunis menjadi jahat sesudah mereka ditipu.

4. Sejarah bahawa orang melayu terlibat dalam komunis disembunyikan.

5. Mengungkit dan mengaitkan cina dengan komunis bagi menyebarkan elemen kebencian melayu terhadap cina.

6. Ramai cina kena pancung ketika jepun tawan malaya tidak dikisahkan dalam sejarah. Ketika itu china berperang dengan jepun dan orang cina di tanah melayu dibunuh bagi membalas dendam.

7. Jepun bukan kejam pada orang melayu sahaja. Jepun kejam pada cina, pada india, pada semua penduduk tanah melayu. Sejauh mana sedihnya ahti orang melayu pada ketika itu, sama banyak sedihnya ahti bangsa2 lain di tanah melayu. Sama2 menderita dan sama2 tersiksa. Sama2 memberontak dan sama2 bersatu melawan kezaliman. Kuantiti bukan ukuran tetapi keazaman itu lambang betapa rakyat tanah melayu pada ketika itu berkongsi suka dan duka yang sama banyak.

8. Ketika itu komunis dilihat harapan oleh rakyat tanah melayu untuk disandarkan keyakinan bagi membebaskan mereka dari kezaliman.

9. Jangan dilupa pada melayu talibarut. Melayu talibarut neh sapa? MELAYU YANG TIKAM MELAYU dan berkerjasama dengan tentera jepun bagi menyeksa rakyat pada ketika itu.. Ia wujud sejak dahulu dan masih ada sehingga kini.

10. Ramai tidak tahu bahawa komunis pada ketika itu dibantu oleh british dari segi alatan.senjata dan taktikal perang. Ia pernah didedahkan di dalam astro discovery channel. Ya, jangan pernah mimpi tv1 nak siarkan benda neh. 

11. British juga berjanji bahawa komunis akan jadi kerajaan sementara setelah jepun dikalahkan.

12. Tetapi jepun undur diri dari tanah melayu dan menutup pintu kepada dunia luar setelah diserang amerika.

13. Pemimpin komunis pada ketika itu memegang janji2 british yang mahu merdeka kan tanah melayu dan membiarkan komunis menjadi pemerintah negara.

14. Lalu mereka menjadi kerajaan sementara selepas jepun undur diri. Tetapi tidak lama selepas bristish kembali. Terlalu banyak kerugian yang mereka tanggung pada ketika itu dan mereka tidak boleh membiarkan tanah melayu merdeka sekurang2nya sehingga mereka mendapat kembali kerugian mereka.

15. Komunis marah kerana janji dimungkiri. Di sini silap komunis apabila dia marahkan british, lalu rakyat yang jadi mangsa. Dia boleh balon bristish hanya dengan balon british, dia tak boleh babitkan rakyat tak kira lah apa sebab yang dia pegang. Talibarut ka, informer ka, apa ka, kekejaman ialah kekejaman. Pembunuhan ialah pembunuhan. Dari saat komunis menembak rakyat tanah melayu yang mempertahankan mereka daripada dihidu oleh tentera jepun, ialah saatnya perjuangan komunis telah tersasar.

16. Gerakan2 islam lahir ketika neh. Mereka memperjuangkan apa yang komunis juangkan dari sudut fahaman islam. Pendek kata ia adalah alternatif kepada fahaman komunis yang agak ektreme pada ketika itu akibat janji yang british tidak tunaikan.

17. Gerakan islam neh sendiri berpuak2. Ada banyak kumpulan, nama dan misi. Ada yang mahu satukan singapore + indonesia + tanah melayu.

18. Ada yang focus pada tanah melayu + selatan thailand + sabah + sarawak.

20. Ada yang cuma mahukan kemerdekaan tanah melayu dan perintah ikut acuan islam.

21. Saat neh british melihat mereka ditekan dari semua segi. Yang india sibuk nak merdeka. Yang tanah melayu tengah kacau bilau. Kerugian mereka bertambah besar. Apatah lagi british pada ketika itu sedang dalam krisis kepimpinan. Saat neh kerjasama mereka dengan china juga di ambang kehancuran. Banyak aset mereka di china juga musnah akibat pemberontakkan.

22. Pada ketika ini british memperkenalkan malayan union bagi meredakan rakyat tanah melayu sekaligus mengurangkan kerugian mereka.

23. Puak2 yang baru habis belajar dari london, yang kaya raya, yang tak pernah hidup susah, yang tak pernah faham apa erti pengorbanan tubuhkan umno menentang agenda malayan union. Dan tiba2 mereka ini di angkat menjadi pejuang kemerdekaan dengan meminggirkan pejuang sebenar.

24. Tidak pula mereka berpadu dengan gerakan islam yang wujud pada ketika itu walaupun mereka sebangsa. Ini disebabkan pemikiran sekularisme yang dibawa dan di dokong oleh umno. Apabila yang sekular pegang kuasa, maka inilah kita hari neh. Habis rosak umat islam di bawah akidah umno.

25. Bristish memang anti islam pada ketika itu akibat dendam lama.[ Tak silap aku pasal kekalahan. Tapi aku agak lupa dan tak boleh ingat secara tepat, sapa2 yang tahu please ingatkan aku balik. Thanks.] Di sebabkan itulah british menolak untuk berkerjasama dengan mana2 gerakan islam. Kelahiran umno sebenarnya mengembirakan british. Bagi mereka umno ialah melayu yang mampu dimanipulasikan dan tidak pula terlalu islamik. Senang cakap, mudah kena control. 

26. Bila umno wujud dan ia di bawa oleh melayu yang berpendidikan barat [british], british melihat ini ialah peluang.

27. Lalu kerjasama dengan umno dibentuk sehingga mencapai kemerdekaan. Ketika ini komunis semakin menganas apabila mereka diketepikan, dan umno di angkat oleh british. Mereka marah kerana rasa dipermainkan sedangkan mereka telah banyak berjuang demi tanah melayu.

28. Airmata pejuang komunis, penangkapan dan pembunuhan pejuang2 islam [gerakan islam] oleh tentera british, penderitaan rakyat biasa yang bukan sokong umno sikitpun tak masuk dalam teks sejarah umno. Umno juga bersetuju mengharamkan PAS yang pada dulu nya dikenali sebagai hizbur muslimin. Ini semua antara perjanjian suka sama suka, tukar neh dapat itu antara umno dan british.

29. Sejarah2 mula ditulis dan dilencongkan faktanya. Memang ya secara zahir umno memperjuangkan kemerdekaan negara tetapi pada hakikatnya perjuangan memerdekakan tanah melayu secara berpelan bermula sejak kewujudan komunis. Dan membebaskan tanah melayu secara rambang dari penjajah bermula sejak zaman2 kejatuhan empayar melayu melaka lagi.

30. Dan berpegang kepada buku teks itu akhirnya umno mula mengugut rakyat agar jangan cakap banyak sebab umno yang merdeka kan negara. Umno yang menyebabkan rakyat membongkarkan hal sebenar dalam isu kemerdekaan negara neh. Mereka sering mengugut2 kita bila kita dedahkan kepincangan dorang. Akhirnya ramai di antara kita mula mengkaji sejarah kemerdekaan. Akhirnya penipuan umno terbongkar. Mereka bukan pejuang kemerdekaan. Mereka cuma pemegang kunci kemerdekaan. Yang merdeka kan negara ialah pejuang2 haluan kiri yang di anggap jahat dan penganas.

Umno juga adalah alat penjajah apabila mengamalkan undang2 penjajah. Umno juga setuju mengikut syarat2 penjajah dan merdeka secara aman [kononnya] dengan mengorbankan pihak2 yang tidak bersalah. Secara logiknya malaysia merdeka hanyalah sekadar atas kertas. Pada hakikatnya ia ibarat peralihan pemerintahan dari british ke umno dengan mengamalkan dasar, polisi dan undang2 yang sama dengan sistem penjajah yang cuma di ubah suai sedikit.  [Actually, ubah atau tak ubah bukan isu, isu nya ialah pemegang amanah tidak amanah].

Sejarah harus ditulis berdasarkan hakikat. Tak perlu cakap aku bagus, ko tak bagus. Aku, umno parti yang begitu bijaksana dan pandai memerdekakan tanah melayu. Ini semua bullshit. Sebagai rakyat aku tak hadap umno memuji diri sendiri dalam teks sejarah. Aku cuma mahu mereka menulis kandungan sejarah yang benar dan berdasarkan kronologi kejadian yang berlaku pada ketika itu. Jangan menghakimi satu2 hal bagi pihak rakyat malaysia. 

Biar kami, rakyat malaysia menghakimi dan menilai bagaimana malaysia neh terbentuk. Biar kami tahu baik buruk sejarah tentang malaysia. Biar kami kenal diri kami. Biar kami kenal asal usul kami. Biar kami sedar siapa kami. Biar kami kenal siapakah yang memperjuangkan hak2 kami. Kami berhak mengenali mereka sebab mereka memperjuangkan hak2 kami. Dan mereka mati untuk itu. Sekian.

Ameno : Fakta ialah fakta. Umno ialah kerajaan sekarang, hormat mesti mao, tapi dalam masa yang sama sejarah harus ditulis semula berdasarkan kronologi kejadian yang betul. Aku takmo dengar alasan memang logik yang menang akan tulis acuan sejarah ikut otak dia dan ini akan sama jika komunis menang dan etc.. bagi aku itu pemikiran dangkal. Yang terang dan hakikat disini ialah umno lencongkan sejarah dan kita rakyat malaysia kena betulkan ia bukan memegang kepada mana2 persepsi bagi melindungi penipuan neh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...