Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 8 Februari 2011

Imam shafie' sesat dan maher zain penjual islam.


Ada orang bencikan imam shafie. Dia mempersoalkan bahawa imam shafie bukan imam agung orang islam. Dia juga bilang dalam nada samada sengaja ataupun tidak bahawa imam shafie menyesatkan orang lain. Dia juga mengatakan bahawa imam shafie menyuruh membunuh anjing. [bila??] Heh.

Ketika itu saya browse guna hp. Tak dapat nak printscreen aksi mengarut dia.Semua komen-komen dalam group sini telah lenyap sepenuhnya. Walaupun dia hilang dari pandangan mata saya, saya yakin dia akan tertarik untuk masuk ke sini kerana saya mengumpat tentang dia di dalam blog saya. Itupun kalau dia mempunyai keberanian. Cabaran saya kepada dia bermula kini.

Samada dia berambus dengan deactivedkan acc tersebut, delete komen-komen tersebut ataupun dibanned oleh admin group terbabit saya tak tahu. Tapi apa yang saya tahu saya nampak dia kutuk iman shafie. Dan itu sudah cukup memberikan saya sebab untuk mengumpat dia di sini. Heh

Saya dah cuba letak komen saya kat thread dia semalam. Sebagai bukti lah.  So ble saya online fb guna laptop senang lah aku nak trace back perbualan semalam tanpa perlu saya cari-cari lagi. Tetapi pada saat saya meletakkan komen dia cakap 'cannot be done'. Saya taktahu napa. So saya pun mengalah. Ble saya masuk balik sekarang neh seme komen-komen tersebut dah tiada. Heh

Sesetengah orang mereka tak faham apa itu mahzab. Tetapi mereka hebat dalam mengutuk mahzab.Mahzab bukan ajaran baru dalam islam. Mahzab bukan penganti islam. Mahzab ialah satu panduan.Mahzab ialah pemudahcara bagi kita.

Kita bukan hidup di zaman Nabi saw. Zaman yang mana semua dari mereka menghafal isi Alquran dalam lena dan dalam jaga. Zaman yang mana Allah swt ada dalam setiap denyutan nadi dan helaan nafas mereka. Zaman yang mana islam no 1 dan nyawa no 2. Zaman yang mana mati mesti mau demi Allah swt, hidup mesti takmo kalau masuk neraka. Bukan. Memang bukan. Itu bukan zaman kita. Itu zaman mereka. Zaman itu sudah berlalu. Zaman itu adalah sejarah. 

Ketika Nabi saw masih bernafas, segala persoalan tentang islam dijawab secara direct oleh Nabi saw. Namun Nabi saw juga manusia. Nabi saw telah pergi. Pergi tinggalkan kita. Tinggalkan kita dengan semua pergorbanan baginda. Tinggalkan kita dengan semua jasa-jasa baginda. Pergi tinggalkan kita buat selama nya. Yang ada cuma Alquran, hadis dan sunnah Nabi saw. 

3 perkara. 1 akal. Zaman berbeza. Ilmu berbeza. Bagaimana bisa kita menafsir semua itu? Sudah tentu kita tak mampu. Allah swt maha mengetahui. Allah swt mengetahui kebodohan kita. Allah swt sudah berikan kita cara. Telah DIA tetapkan [pilih] jalan. Tapi bodohnya manusia kerana tetap memilih untuk melalui jalan yang salah. Heh

Penafsiran Alquran perlukan ilmu. Ilmu itu tidak dapat percuma. Ilmu itu datang kerana tekad dan kemahuan manusia itu sendiri. Ibu imam shafie setiap hari membaca Alquran. Ketika dalam perut ibu, imam shafie telah mendengar Alquran. Itu beza orang alim dengan orang yang tak berapa nak alim ataupun orang yang tak alim langsung. Bukan calang-calang orang yang menghasilkan mahzab ini. Tetapi kenapa ada calang-calang orang menghina imam shafie pula?

Kewujudan imam-imam besar dan penghasilan mahzab adalah satu keperluan. Mahzab mengajar kita untuk beribadat dengan lebih teratur. Perlu ada ilmu untuk beribadat. Boleh ke solat tanpa tahu cara-cara untuk bersolat? Berbeza mahzab hanya berbeza dari segi cabang. Bukan dari segi akar [pokok] ibadat itu sendiri. Penafsiran bahawa iman shafie itu sesat adalah bodoh. Yang bodoh itu adalah mereka yang tidak tahu kehebatan dan betapa waraknya iman.. imam shafie. Heh

Sudah saya perhatikan banyak kali. Bukan perkara baru golongan atheis kembali untuk menyesatkan kawan-kawan saya. Bukan sedikit pula jumlah mereka. Mereka bertanyakan soalan-soalan yang memusingkan minda rakan-rakan saya dan akhirnya mereka menjawab kepada soalan-soalan seperti itu semula. Bagi mereka yang kekurangan ilmu islam sudah tentu akan terkeliru dan mula memikirkan yang bukan-bukan. Ini budaya yang tidak sehat. Penularan atheis yang menggunakan nama seperti nama melayu dan agama seperti agama islam bagi tujuan memesongkan akhlak rakan-rakan saya sangatlah tidak di senangi oleh saya.

Meskipun saya terpaksa akur akhirnya kesalahan itu tetap terletak pada rakan-rakan saya yang gagal memahami islam dalam sedalam dalamnya. Tetapi siapa pula saya nak menentukan bahawa tindakan mereka tidak memahami islam pada hari ini adalah kayu pengukur kehidupan mereka pada masa akan datang? Saya bukan siapa2 pun. Boleh jadi mereka ini ialah bakal ustaz dan ustazah yang tersohor pada masa akan datang. Boleh jadi mereka ini adalah pejuang islam yang sanggup mati demi Allah swt. Oleh itu saya tidak mahu menghakimi mereka kerana saya sedar saya tidak layak pun.

Golongan atheis ini golongan yang berbahaya. Mereka ini mempersoalkan pelbagai perkara dalam islam dan membanding2kan setiap ajaran dalam islam dengan kristian. Ble orang membaca, mereka akan terfikir bahawa si atheis ini adalah penganut kristian. Sedangkan mereka bukan. Mereka ialah golongan yang tidak beragama.

Tidak mahu agama tidak apa-apa. Mereka punya pasal. Tetapi menganggu orang yang mahu agama adalah satu kebiadapan. Mempersoalkan islam dengan pelbagai cara juga adalah biadap. Kenapa perlu cakap berpusing-pusing kepada mereka yang tidak arif ilmu islam sedangkan golongan atheis ini boleh sahaja berdebat dengan orang-orang yang lebih arif tentang islam. 

Jawapan nya mudah. Mereka memilih untuk menyesatkan orang-orang yang beragama pula. Tidak mahu agama dan menghasut orang lain agar memilih untuk tidak beragama seperti dia. Ini tidak boleh dibiarkan.

Terdapat juga orang islam yang tidak pandai menilai. Mereka mengakui mereka islam tetapi mereka lebih suka menegur perkara-perkara yang kecil daripada mengatasi perkara-perkara yang besar. Saya terpaksa cakap bahawa sesetengah dari orang islam ini terlampau terikut-ikut dengan alasan freemason dan illimunasi [betul ke ejaan neh?]. 

Bila mereka melihat ada bentuk segitiga dan sebagainya mereka mula mengaitkan perkara-perkara tersebut kepada agenda freemason la illiminasi lah apa lah.. kenapa perlu nak mengaitkan perkara2 seperti itu saya pun tak faham lagi. Mungkin ada perkara yang saya terlepas pandang tetapi sungguh siyes saya binggung memikirkan ble kebanyakkan dari kita akan menyalahkan freemason dan illimuninasi sebagai penyebab kepada sesuatu perkara. Heh

Cercaan tak kurang juga kepada Maher Zain. Sudah tentu mereka akan cakap saya peminat tegar Maher Zain. Jika dulu saya bertengkar dengan zuan melodi mengenai Maher Zain. Kini saya tampil di blog membela Maher Zain yang dicerca oleh penghina imam shafie. Bukan kah ini membuktikan saya fanatik Maher Zain? Heh

Siyes sungguh saya bukan begitu. Saya tiada poster Maher Zain. Tiada pula tiket konsert Maher Zain. Meskipun saya tahu sinar.fm mengedarkan tiket konsert percuma Maher Zain tidak pula saya berminat nak mendapatkannya walaupun soalan2 yang ditanya adalah sangat mudah dijawab.

Saya cuma nak tegur kepada penghina imam shafie yang juga menempelak maher zain sebagai penjual agama. Bukan kepada dia sahaja. Malahan kepada ramai orang2 islam di luar sana yang tak faham perkara sebenar.

Jika siti menjual lagu. Maka maher zain juga menjual lagu. Jika siti menjual lagu2 cinta agar kekasih boleh tangkap jiwang apa salahnya maher zain jual lagu cinta kepada Allah swt agar kita boleh tangkap jiwang kepada Allah swt?

Adakah kerana maher zain mengingatkan kita kepada Allah swt maka itu satu kesalahan? Adakah lagu2 dakwah islam sepatutnya percuma? Siapa yang cakap? Adakah sesiapa berikan maher zain kos operasi percuma untuk membina album? Untuk kos promosi? Untuk kos penginapan? Adakah maher zain bergerak ke sana ke mari tanpa bayaran itu ini?

Jangan bagi alasan bodoh kepada saya. Jangan. Saya tahu mereka akan cakap begini ;

"dah tue yang maher zain sibuk nak jadi artis apasal? siap jual agama lagi?"

Sebab apa saya akan jawab begini pula..

Dah tue korang yang bangang gila hiburan kenapa? gila tengok konsert adam lambert. Gila tengok justin bangang. Gila tengok lagy gagap. Gila segala bagai gila.

Perlunya maher zain sebagai alternatif hiburan kepada orang2 islam itu sendiri. Perlunya rabbani. Perlunya inteam. Perlunya raihan. Semua atas sebab yang sama. Orang islam perlu berhenti berhibur yang mengarut2. Mengarut dengan artis yang bertindik sana sini. Lebih mengarut ble gay di puja sebagai artis. Memang mengarut ble meminati artis tak tutup aurat.
Ini semua mengarut. Mengarut dan bodoh. Zaman bodoh dan mengarut ini sudah saya tinggalkan. Heh

Maher zain dan artis2 dakwah melalui lagu tidak mendapatkan segala2nya percuma. Mereka membayar untuk kos operasi. Pelbagai kos lain yang kita tidak nampak. Jika mereka menjual hiburan yang mengingatkan kita kepada Allah swt itu tidak salah.

Kenapa mesti salah? Jika ct menjual lagu bangang dia kenapa tiada teguran? Sebab ct tak mengingatkan korang pasal Allah swt?Sebab hiburan itu maksiat? Oleh itu normalnya kalau ct jual lagu bangang dia? Begitu ke?

Hiburan itu dibolehkan dalam islam selagi tidak melalaikan. Andai maher zain menyebabkan korang tak solat itu pun dah kira lalai. Ble dah lalai sampai tinggal solat hukum dia berdosa. Wajib tinggal. Sama macam blog. Sama macam facebook. Ini semua hiburan. Hiburan bukan lagu semata2. 

Adakah selepas mendengar lagu maher zain korang akan terus teringat nak beromen dengan pasangan kekasih masing2? Nampaknya tidak. Oleh itu usah bising. Banyak lagi perkara yang boleh difikirkan bersama. Bukan maher zain. 

Alquran pun dijual-beli. Kenapa tidak tegur kepada penjual2 Alquran bahawa mereka menjual agama?

Orang islam tolonglah berhenti. Berhenti buat perkara yang bodoh. Berhenti menegur perkara yang mengarut. Berhentilah menyalahkan bangsa lain di atas kelemahan diri sendiri. Berhentilah. Berhentilah sebelum kiamat menjelang tiba.

Ameno : Tak boleh tahan seksa.

Share this

43 Responses to " Imam shafie' sesat dan maher zain penjual islam. "

  1. Dalam sejarah muzik islam banyak kali dah terjadi golongan yang menggunakan "imej islam" untuk buat duit

    semuanya ditiru verbatim dari model yang dipelopori penyanyi gospel kristian

    di depan nampak all is proper tapi di belakang ianya tak seindah lirik

    saya tahu siapa maher zain sebenarnya. tidak ikhlas dan menggunakan kenaifain fangirl hijabster untuk make a few quick bucks using Islam as a front

    sort of like how UMNO Uses ISLAM to claim they are islamic

    sort of how PAS uses islam to cover their own illicit dealings and racist views

    they are one and the same

    calling it out and exposing the truth is not a crime

    Time will show you guys that i am right

    it happened before and it will happen again.

    Excuse me while i listen to Marilyn Manson. AT least i know this faggot is not lying to me about his devotion to Malek Taus

    BalasPadam
  2. 'MAHZAB' or 'MAZHAB'??

    BalasPadam
  3. dikatakan hipokrit bila buat baik..

    kalau tak hipokrit maknanya kena buat perangai mcm haiwan..

    org Islam sendiri memperbodohkan diri.senang org luar Islam.xyah buat pape Islam dh rosak sendiri sambil dibela kerosakan itu oleh org Islam sendiri.

    betul,xyah salahkan pihak lain..kalau dh taw agenda yahudi,illuminati,dan sbainya,dh tu tak reti2 ke nk kembali kpd Islam sebenar..

    kalau akidah kita reti nk pelihara,nape nk takut dgn 'agenda2' ni sume..

    jgn asik salahkan org lain atas kejatuhan Islam..sbb tu org lain nyampah dgn Islam..jgn ingat kita ni mulia sgt tanpa berbuat baik kpd agama lain...

    BalasPadam
  4. Agak sakit bile bace komen first yg kt atas sekali...
    Saya bukan nk ckp ape but jgn menuduh on something yg x de asas bukti...
    Bukanlah sy nk ckp yg hebat agame ke ape...
    But pemikiran mcm sedare ni lah yg wat Islam kite makin teruk sekarang ni...
    Dalam dunia skang ni kite x boleh terlalu ikut sukahati mak bapak kite aje nk ckp ape...
    There are certain things we must talk openly...
    Kite x de hak nk ckp kite btol n org salah...
    Thats not it...
    What important is kite kene la ckp dlm bentuk pendapat dan jgn la ckp mcm kite je yg btol...
    Lastly sorry to say this so bluntly...
    If u don't have enough knowledge of Islam don't u dare say anything about it...
    Wat sakit hati org je...
    Please...
    Tq.

    BalasPadam
  5. Psl maher zain tu aku rasa kita kena tgk dari suduh profit n loss. Kalau ye pon dia tu jahat depan lain belakang lain, gunakan islam utk keuntungan dia semua. Tp yg penting kita kena tahu tu urusan dia ngn tuhan, tp bila kita tgk dari segi impak positif yg dia bawak selain menjadi hiburan kpd umat islam, message lagu2 dia semua adalah yg positif. So kalau kita nk dengki sb dia buat duit mempergunakan islam mayb satu hari kalau la betul dia mcm tu adala balasan yg dia dpt tp yg penting dia tak ada bwk apa2 kesan negatif pd masyarakat terutamanya peminat lagu beliau.

    BalasPadam
  6. aku setuju statement ko tentang freemason.... ramai yg x mengkaji dgn betul...... ramai yg meniru ade

    BalasPadam
  7. rase mcm setuju ngan komen yang atas sekali sikit.... pasal politik tu memang aku tengok dah lama dah... ramai rakyat malaysia yang telalu obses ngan politik sampai sanggup membuat perkara yang bukan2 demi mengangkat parti masing2... kalo benar memperjuangkan ISlam,, xkan ada situasi politik yang berlaku di Malaysia hari ni... hanya masa akan menentukannya...

    pasal maher zain tu aku x setuju.. kita tak tahu pasal tu, tapi jikalau benar, itu urusan die dengan tuhan, jikalau salah, anda telah melemparkan fitnah yang serius...

    BalasPadam
  8. the problem here is, obifiend weiland ni ISLAM ke???
    cuba baca blog dia KHUSUSNYA entry ini::
    http://obefiend.blogspot.com/2010/11/obecomic-27-maher-zain.html

    ""i always say

    "FUCKING SATAN BE PRAISED AND DEMON UNSLEASHED.. SHE IS FUCKABLE"

    this is honest

    i always use satan to praise sinful shit

    i never utter the word GOD ALLAH JESUS BUDDHA SHIVA MALEK TAUS or ANUBIS

    u can check""

    ini yang dia tulis dalam ruangan komen..incik Ameno sila check

    BalasPadam
  9. siapa lah kita nak mempertikaikan kehebatan Imam Shafee kan. Subuh pun boleh terlajak, jangan kan perkara2 la.
    maher zain, walau seburuk mana pun perangai lampaunya, atau sekarang sekali pun, apa yang lebih bagus, isi dan mesej yang di bawa.

    BalasPadam
  10. comonla obefiend, even in lowyat.net kopitiam oso people banned you liao.

    now here?

    get a life mang, know your purpose of life.

    sheesh~

    BalasPadam
  11. Salam....Saudara Obeifiend...
    Nampak awak ni macam ada ciri2 yang admin cakap pasal atheist...hehehe (Sorry ye, saya tak nak hipokrit...saya cakap dari perspective saya).

    Awak nampak cam educated, lulusan universiti luar negara. Betul? Saya dulu pun ada kawan2 berfahaman pro-barat macam awak. Apa saja pasal Islam, diorang tak minat dengar. Alcohol, nightclub, sex bebas adalah budaya hidup yang diorang saaaaangat suka. Diorang sibuk beli majalah hiburan, majalah kereta, majalah fashion, saya sibuk beli majalah Al-Islam. Saya bangga dengan agama saya...biarlah apa orang nak kata pasal Islam. Islam kolot la, Islam tak maju la, dan semua yang buruk pasal Islam.

    Takpe lah....biarlah diorang dengan cara diorang. Kerana Allah telah lahirkan setiap manusia di atas muka bumiNya ini dengan akal untuk kita berfikir baik dan buruk, pahala dan dosa, syurga dan neraka.

    Dan saya harap....bila awak meninggal dunia satu hari nanti...jemputlah Marilyn Manson ke rumah awak bacakan yasin untuk awak. :)

    Assalamualaikum...

    BalasPadam
  12. obe-minded is juz like paulus-minded (St. Paul who distorted the teacing of Jesus)...

    Paulus thinks he knew better than anyone else....

    super-arrogant-species-alwez-think-he's cool-and-indifferent-feeling special-coz of being 'unique'-in his own way..

    p/s:..i'm writing in english..coz obe-minded ppl will 'look-up' on english-written-ppl...gagaga~

    BalasPadam
  13. hahahaha! memang la obe ni atheist cuma tak nak mengaku. bongok sgt. ada ke patut letak imej tuhan n nabi ibrahim kat blog dia. haramjadah obe! aku setuju kau pergi jemput marilyn manson baca talqin (lagu2 dia yg sesat lagi menyesatkan) bila kau mampos nanti. lepas tu xtak payah mandikan n tanam. bakar aje!

    -comot-

    BalasPadam
  14. Mungkin sama dgn kisah ESQ 165 dikatakan jual agama sebab yuran kursusnya mahal. Walhal operational costnya tinggi, alumninya boleh dtg free makan free. Isi kursusnya priceless.

    bila bab agama semua nak free. kalau concert Justin Bieber RM300 pun apa de hal.

    BalasPadam
  15. Obefiend ni agak liberal. Jadi malas nak dengar sangat kalau dia cakap pasal agama. Kurang ilmu. Jadi kawan-kawan, tak payah lah nak ambik port sangat apa dia cakap tu :)

    BalasPadam
  16. Setuju sedare Big Boss...
    Kalo ikutkan hati ni rase cm nk sepak2 je bile bace statement die...
    Nasib baik kesabaran dan fikiran masih lagi waras...

    BalasPadam
  17. Dalam sejarah bumi, Allah swt belum lagi larang buat duit guna islam.. heh.. yang Allah swt forbid guna islam utk raih perkara haram. do u get what i am try to say here obe?

    BalasPadam
  18. bro...leh gtau pe name dak hina imam Syafie tu? n group pe puak2 camtu bese lepak. puak2 athies skali law lu tau. lu gtau kat email gua leh bro ndeetganu@gmail.com

    BalasPadam
  19. alah, obefiend tu troll je. dah banyak kot aku jumpe komen die kat beraneka blog. kerja nak provoke orang je. takde life laa tuh kot. tu pasal boring. orang ade agama takde nak rasa boring sangat sebab die dah tau memang ade certain2 kewajipan yang harus dijalankan siap dengan guideline (mazhab) bagai. orang atheist neh je yang suka meluangkan masa dengan benda tak berpaedah sebab die tau dia takde afterlife.

    BalasPadam
  20. Islam...
    Islam itu indah...
    tiada yang indah melainkan Islam...
    hanya orang2 yg benar2 beriman sahaja dapat merasai keindahan Islam...

    BalasPadam
  21. lol obe

    still wanna troll here mang? Go create dupe and troll at /k/ leh. You know ppl out thar easily butthurt with your comment aite?

    go get a life liao

    BalasPadam
  22. bro...gua cadangkan lu download software name ScreenShoot utk hp lu. Lainkali lu leh save gambar lam fb kat hp lu. Lu search je SCREENSHOOT kat http://sharemobile.ro atau http://xchanger.mobi

    BalasPadam
  23. Salam,
    bismillahirrahmannirrahim,
    ..moga2 Allah mencucuri rahmat kepada kita semua..
    (positif)
    ..k, apa yang ameno tulis, ternyata suatu bentuk pembelaan dari prinsip diri sendiri.. betul tak ameno?..
    yang berdasarkan Al-Quran islam,mu'min sejati...
    ..ibarat kisah sunnah ,Nabi Muhammad s.a.w.. apabila kisah Umar Al-Khattab marah yang teramat apabila kafir quraisy tidak mengiktiraf Nabi sebagai Rasul utusan Allah s.a.w... MEMBELA NABI MUHAMMAD, itu tugas nya dia saidina UMAR.....
    ..jadi sama seperti pendirian ameno, saya faham....biarpun meluap2 dengan orang2 atheis... tapi ingat kata2 Allah dalam surah Ali-imran(3); ayat 200....
    tips NAS di atas adalah, suruhan supaya kita bersabar dan tingkat kesabaran dan bersiap siaga...
    ..sabar tahap pertama adalah bertahan, sabar tahap yang kedua, ialah kukuhkan kedudukan prinsip dalam diri....antaranya seperti penulisan ameno.....dan bersiap siaga, itu bermaksud menunggu bentuk cabaran, ujian yang bakal hadir...seperti mana yang terjadi, apabila komen pertama diLEMPARKAN sepantas kilat... eheh~
    (..rasanya ameno tahu apa yang saya maksudkan..)
    ..jadi kerana ameno dah tulis, panjang2 penat2...saya hargai...krn saya pun berperinsip begitu... saya setuju, dalam Al-Quran ada sebut "perniagaan" ..perniagaan yang menguntungkan lagi memberi faedah... rujukan surah, jika saya tidak silap, rujuk surah As-Saff (61);ayat 9 - 12...
    ..kredit untuk ameno...

    ..untuk obefiend.. surah Al-Kafirun(109);ayat 6 adalah bersesuaian dengan apa yang anda nyatakan... untuk mu agama mu, untuk ku agama ku.... rujuk terjemahan untuk rujukan bersama...

    ..apa yang anda cakap, saya tak cakap salah, tetapi apa yang anda cakap memberikan petunjuk kepada yang membaca supaya mereka berFIKIR..

    ..itu apa yang obefiend fikir cara obefiend sendri, tapi untuk kami cara kami berfikir adalah cara Al-Quran..insyaAllah.. :-)

    p/s: ..ayat2 Al-Quran diturunkan untuk panduan, jadi kalau tidak kita gunakan, sia2 la Dia (DOWNLOAD)turunkan pada otak manusia, sejak 1430 hijrah dulu... eheh~faham2 la ya...sekian..

    BalasPadam
  24. edit: dari ayat....

    "..jadi sama seperti pendirian ameno, saya faham... mempertahankan Imam Shafie & Maher Zain yang memperjuangkan Islam ketika usia mereka pada zaman masing2...kerna, mereka itu meneruskan jiwa2 dan semangat kemaraan Islam untuk berkembang ke seluruh dunia, sama seperti jiwa dan semangat Nabi yang berkata sehingga akhir nyawa "Ummati, Ummati, Ummati"...(umatku,umatku,umatku) ..begitulah konsep jihad...biarpun meluap2 rasa tidak puas hati terhadap orang2 atheis... tapi ingat kata2 Allah.........."

    BalasPadam
  25. Mungkin ramai masyarakat yang bodoh bila buat baik maka mereka akan kata hipokrik.

    Mengaku Islam tapi xamal cara itu,itu bukan hipokrik ke?

    Kalau buat baik dan paksa diri jauhkan lakukan kejahatan dikatakan hipokrik.

    Saya xnak hipokrik jadi saya kena puaskan nafsu saja n rogol sesiapa yang saya nak.itu ke maksud xnak hipokrik.

    saya nak kaya jadi saya rompak sesiapa saja tanpa fikir hukum mencuri.itu ke maksud xnak hipokrik?

    Ramai masyarakat berfikir bab akidah menggunakan lutut.
    Mengaku diri Islam tetapi mempersoalkan Islam n alasan hak kebebasan bersuara.

    Kalau rasa hendak berhujah bukan cara Islam just mengaku dah murtad,xpayah berlakon kononnya Islam tapi bersuara atas kebebasan.
    Berhujah atas diri sendiri dengan mengaku siapa diri,Jika rasa diri betol2 Islam maka mengaku Islam tapi kalau rasa diri dah murtad mengaku saja kafir.
    Disebabkan ramai manusia yang hendak menjatuhkan Islam dengan bermuka-muka konon hak kebebasan bersuara maka apa yang dilihat fikrah tidak jelas.

    Orang yang mengaku Islam tapi mempersoalkan Islam n mahzab tak perlu dilayan sebab mereka hanya berlakon memeperjuangkan suara kebebasan.

    BalasPadam
  26. siapa yg xikut 4 mazhab sunni..boleh dikira wahabi tau...hati29 Februari 2011 pada 6:47 PG

    betul 2...kita ambik yg elok2 dan yg betul..macam pas la kan...dia ajar kita benda2 yg elok dan baik..walaupun diseleweng fakta sebenar oleh umno....kita ambik yg baik...kalau nak tahu org pas nie hiporkrit atau tak susah la...benda dalaman antara ALLAH dan hambanya tu...

    bagi pandangan aku..kita just tengok dari luar jew...org2 pas ajar benda elok,aklak elok,adab pun ada....maybe ada org umno cakap org pas xda adab bila tegur(*bagi umno maki) org umno...but bab2 dalam tegur menegur nie xsemestinya kena buat cara yg lembut...rasulullah pun ada dgn cara kasar....lagipun org umno nie boleh sebabkan org2 melayu kita murtad...islam and politic is separated...hudud is kejam...itu yg umno ajar...bahaya untuk org islam 2

    BalasPadam
  27. assalam all,

    mamat obefeind tu bks budak MMU yg dah mmg murtad. cumanya dia ni murtad yg menyerang balik Islam. kalau murtad yg duk diam2 xpe, x dihalalkan hukuman. (korang boleh pi tgk kat blog dia, ada ramai lg golongan macam dia kat mesia ni). di ni mmg mcm bagus, kira 'ilmu' dan 'pengetahuan' ciput dia tu nak banding ilmu Allah, dia persoalkan dan pertikaikan segalanya.


    jadi sedara seIslam ku sekalian, pertahankan la Islam sebaiknya, dgn hujah2 berfakta dan bernas, sbb kita tak mampu nak melaksanakan hukum Allah tersebut. kita hanya boleh berdoa agar Allah sendiri yg membuka pintu hidayahnya...

    dia mungkin terlalu selesa dgn keadaannya dan org2/benda2 yg disayanginya masih bersamanya.. tunggu bila dia keseorangan nnt (di alam kubur mungkin..)

    BalasPadam
  28. betul nabi Muhammad SAW sudah tiada..
    spt sdra ameno katekan nabi juga manusia..yg mana manusia mpunyai zuriat/pewaris.. dimanakah agaknyer pewaris keturunan nabi Muhammad SAW tersebut..
    adekah perlu kita mengenali mereka atau tidak..

    BalasPadam
  29. *clap clap*

    AMENO, this is nice. Nice one indeed. Two thumbs up. Buat pertama kali, aku rasa nak berhenti troll di blog ko, dan berdiri side by side dengan ko.

    AND WADDAFAK the biggest troll on malaysia now tread on ameno's blog? this is interesting. hehehe.


    And to brother obefiend,

    aku sangat mengikuti blog2 ko. memang teruja dengan cara ko berfikir. but at times, aku terasa ko ni mcm ada sikit penyakit mental superiority complex, mcm ape je sekitar ko semua tak kena. ko la paling hebat. membebel pon dah mcm betina kdang2. n im not surprised ko bertopengkan imej2 'konon islamik' di blog ko. mula2 terpedaya gak ngan ko, tapi bila diteliti, heh, terang2 ko ni atheist.

    Neway, nak cakap pasal komen ko. Kenapa ye, ko rasa Maher Zain mcamtu? yes, it's an interesting view indeed, like u always did. but, this time, u're just talking random dude.

    "Time will show you guys that i am right"

    Ahhh begging for attention. So girlish. Stop acting pussy, and give us proof, you idiot.

    No, you're not committing crime. And no one accuse you of committing one, dear. But did u really 'exposing the truth'? Or some dark, evil, delusionary friend tell u that YOU.SIMPLY.NEED.TO.TELL.THE.WORLD.ABOUT.THE.TRUTH?

    LOLOLOLOLOLOL.

    Come on, talk base on fact or at least some proof. Not random assumption. Your statement is hardly even a hypothesis. What a shame for an atheist. Really, dude. Most of the atheist i've met is far more logical and scientific than this.

    And no, im not one of the lame Maher Zain's fanboy (although I do enjoy listening to his songs). I listened to Marilyn Manson as well, but that was during my school years LOL. Well, he just a lame faggot trying to be metal anyway. Don't brag about him here you're making yourself even more lame.

    p/s: ameno, thanks for writing this. you're now officially, my hero. Ko menjawab dengan sangat tepat, dan jitu. Thanks kerana memperjuangkan Islam. tapi jgn lupa tulis pasal politik balik. aku tak puas lagi troll ;)

    BalasPadam
  30. compare marilyn manson dgn S.O.A.D, S.O.A.D lagi better kot, walopon most of them jewish....

    plus, S.O.A.D tak 'faggot' cam marilyn manson...gagaga~

    BalasPadam
  31. Tahniah Ameno... post ko yang paling best skali... geng atheist boleh pegi mampos...

    BalasPadam
  32. Apa yg perlu sgt kita gusar pasal Athies, itu semua adalah ciptaan YAHUDI ZIONIS...Pasal Mazhab Wahabi, mereka bongkak pasal KAABAH berada disana...tidak sekelumit pun dlm AL-QURAN mengatakan puak wahabi sebagai pewaris menjaga KAABAH...sedangkan RASULULLAH pun bukan dari wahabi atau wahaba atau wahabu...INGAT!INGAT!INGAT!...APCO?

    BalasPadam
  33. aduila.. ada lagi orang mcm ni.

    "atheist ialah ciptaan yahudi blablabla.."

    sila bezakan satu isu, dengan isu yg lain ok. agenda yahudi ialah satu isu. atheist ialah satu isu lain. aduh! *facepalm*

    BalasPadam
  34. ade ke bakar..mati campak longkang je mcm anjing tu..pasal anjing pun atheist gak..x de agama..

    BalasPadam
  35. AmenoWorld said: February 9, 2011 12:00 AM
    "Dalam sejarah bumi, Allah swt belum lagi larang buat duit guna islam.. heh.. yang Allah swt forbid guna islam utk raih perkara haram. do u get what i am try to say here obe"

    Well, sebenarnya Ameno sedarlah bila menggunakan fakta dan ayat "SEJARAH BUMI" ini macam orang pandai, sila rujuk balik ke Al-Quran.

    Surah Al-Baqarah ayat 41 yang berbunyi “Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan AYAT-AYATKU (sebagai HARGA untuk) membeli KELEBIHAN-KELEBIHAN yang sedikit faedahnya ; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.”

    Faedah itu bukan bermaksud haram tetapi membeli kelebihan yang sedikit faedahnya!

    Sebelum tulis di blog anda Ameno, rujuk balik ke Al-Quran. Semua yang kau cakapkan ada kebetulan tetapi selalunya samar-samar dari pendekatan. Bila tulis (memandangkan ini blog Cintai Islam), perbanyakkanlah penggunaan ayat-ayat suci dari Al-Quran dan bukan perasaan.

    Sekarang sudah terbukti ada ayat dari Al-Quran yang melarang. Jadi Ameno? SEJARAH DUNIA tu betul ker atau sekadar ilmu secubit yang ada di dada?

    Tulislah dengan pengetahuan dan bukan emosi yang kacau. Terangkan yang sahih, tinggalkan yang samar-samar.

    Malunya!!!

    BalasPadam
  36. Ngaaaaa..

    Kesian mak bapak budak abe tu..eh abe ke obe?oh obewankenotbe..kalau hidup mak bapak dia mesti malu dan dikeji orang..kalau dh mati pulak mesti seksa sbb tk dpt sedekah dari anak sendiri..

    BalasPadam
  37. ko memang power la bro...i luv u...

    BalasPadam
  38. orang nak ngutk si maher zen aku x kisah sangat.yee la lain orang lain taste ,kutuk imam shafie ni buat aku panas..kalau dah jahil toksahla ditunjukkan kat umum pastu konsi kejahilan dengan kawan2 yang 2x5,bhai golongan yang jenis2 macam ni yang bahaya.repot kat jabatan agama la.kang tak pasal2 diorang ni murtad kan bala tu namenye

    BalasPadam
  39. kalo aku ade anak mcm obe, dh lame aku bunuh je....

    BalasPadam
  40. Ngaaaaa..

    Kesian mak bapak budak abe tu..eh abe ke obe?oh obewankenotbe..kalau hidup mak bapak dia mesti malu dan dikeji orang..kalau dh mati pulak mesti seksa sbb tk dpt sedekah dari anak sendiri..

    BalasPadam
  41. ko memang power la bro...i luv u...

    BalasPadam
  42. Apa yg perlu sgt kita gusar pasal Athies, itu semua adalah ciptaan YAHUDI ZIONIS...Pasal Mazhab Wahabi, mereka bongkak pasal KAABAH berada disana...tidak sekelumit pun dlm AL-QURAN mengatakan puak wahabi sebagai pewaris menjaga KAABAH...sedangkan RASULULLAH pun bukan dari wahabi atau wahaba atau wahabu...INGAT!INGAT!INGAT!...APCO?

    BalasPadam
  43. Dalam sejarah muzik islam banyak kali dah terjadi golongan yang menggunakan "imej islam" untuk buat duit

    semuanya ditiru verbatim dari model yang dipelopori penyanyi gospel kristian

    di depan nampak all is proper tapi di belakang ianya tak seindah lirik

    saya tahu siapa maher zain sebenarnya. tidak ikhlas dan menggunakan kenaifain fangirl hijabster untuk make a few quick bucks using Islam as a front

    sort of like how UMNO Uses ISLAM to claim they are islamic

    sort of how PAS uses islam to cover their own illicit dealings and racist views

    they are one and the same

    calling it out and exposing the truth is not a crime

    Time will show you guys that i am right

    it happened before and it will happen again.

    Excuse me while i listen to Marilyn Manson. AT least i know this faggot is not lying to me about his devotion to Malek Taus

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...