Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 10 Februari 2011

DAP atau GERAKAN yang lebih BODOH?


DAP atau GERAKAN yang lebih BODOH? 

Jawapan dia ialah obefiend.

Gila! 

Tak pepasal obe plak kena. Heh

Tengok bawah neh ;

Rancangan PAS untuk menggerakkan operasi bagi membendung kegiatan tidak bermoral semasa sambutan Hari Valentine hari ini menerima tentangan hebat daripada rakannya di dalam Pakatan Rakyat.

Malah, ia turut menerima kritikan daripada parti Gerakan berhubung 'kempen anti-zina, arak dan pergaulan bebas' yang akan dijalankan pada hari berkenaan.
Ketua pemuda Gerakan Tan Keng Liang berkata, beliau kesal dengan kenyataan ketua pemuda PAS Nasruddin Hassan yang mahu menjalankan operasi berkenaan di negeri Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

Nasrudin sebelum ini dilaporkan berkata, pihak berkuasa agama di negeri berkenaan akan menjalankan pemeriksaan pada Hari Valentine bagi menghentikan perlakuan yang mengundang dosa seperti seks bebas.



Mengulas lanjut, Tan berkata kenyataan Nasruddin (berserban) itu seolah-olah menandakan Hari Valentine dipenuhi dengan kegiatan tidak bermoral dan penuh dosa.

Tambahnya, pemuda PAS perlu memahami sambutan Hari Valentine dengan fikiran terbuka dan bukannya membuat kesimpulan berdasarkan "pemikiran sempit."

Tutup mulut

"Kenyataan terbaru daripada PAS jelas menunjukkan usaha seterusnya daripada PAS (dengan sokongan rakan dalam Pakatan) untuk mewujudkan versi ekstrem negara Islam mereka di Malaysia," kata Tan lagi dalam satu kenyataan.


Dalam pada itu, Nasruddin yang bakal merasmikan kempen berkenaan, hujung minggu ini, turut diminta supaya "menutup mulut" berhubung program berkenaan.

Gesaan itu disuarakan ADUN Sungai Pinang Teng Chang Khim melalui laman blog mikro Twitter, yang turut menulis bahawa pertentangan pendapat seperti itu tetap dilakukan secara terbuka dalam Pakatan.

"Secara bijak atau tidak bijak, setidak-tidaknya kita bertentangan pendapat secara terbuka dalam Pakatan. Secara bodoh atau dengan takut, Gerakan, MCA, MIC (dan sebagainya) perlu tunduk kepada Umno," katanya lagi.


Bukan dasar Pakatan

Sementara itu, veteran DAP Lim Kit Siang pula berkata, kawalan moral ke atas sambutan Hari Valentine bukanlah satu dasar yang disepakati Pakatan.


Lim berkata demikian melalui tulisannya di laman Twitter ketika menjawab gesaan daripada seorang lagi pengguna laman blog mikro itu supaya DAP menyatakan pendirian berhubung kempen PAS tersebut.

Pelancaran kempen anti-zina, arak dan pergaulan bebas itu akan dirasmikan Nasruddin hujung minggu ini di Pasar Seni, Kuala Lumpur.Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali pula mengharapkan rakan-rakan di kalangan bukan Islam agar menghormati usaha melarang muda-mudi Islam meraikan hari Valentine.

“Saya harap rakan-rakan Facebook yang bukan Muslim menghormati usaha kami di kalangan org Islam yang melarang muda-mudii kami daripada meraikan hari valentine,” tulisnya di laman Twitter.

Menurutnya, itu adalah antara usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi Islam, kehamilan luar perkahwinan, pembuangan bayi dan menjauhi budaya yang bercanggah dengan ajaran Islam.

“Orang bukan Islam nak rai terserah, kami tidak ganggu.

“Itu hak anda asalkan jangan berlebihan dari norma ketimuran kita. Salam perpaduan,” katanya.

Hanya yang penting-penting saje saya akan ulas di sini.

1. Apa itu valentine?

Valentine ialah hari kekasih.

2. Kenapa orang islam tak boleh meraikan valentine?

Orang islam tidak boleh meraikan perayaan yang bukan perayaan orang islam.

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”

3. Valentine ialah hari kasih sayang. Tidak terhad kepada kekasih sahaja. Ibu-bapa, suami-isteri pun boleh meraikan valentine.

Mengikut sejarah, valentine diraikan untuk mengingati kekasih masing-masing. Bukan isteri ataupun suami. Namun bagi membolehkan orang islam untuk meraikan valentine beberapa perkara di ubah. Ini terjadi supaya orang islam tidak merasa was-was dengan sambutan valentine maka ianya di tukar kepada hari kasih sayang. Ini juga bertujuan untuk menutup beberapa persoalan dan keraguan dalam islam mengenai sambutan valentine.

4. Apa masalahnya pun kalau ianya ditukar bagi menyesuaikan keadaan supaya orang islam dibolehkan sambut valentine?

Itu yang kita kena berfikir. Kenapa perlu tukar 'niat' supaya orang islam boleh meraikan valentine pula? Kenapa perlu bersusah payah mengubah 'tujuan valentine' untuk orang islam pula? Penting ke orang islam untuk meraikan perayaan ini seperti orang bukan islam? Penting ke bagi mereka? Kalau tak penting, usah lah peduli sangat samada orang islam nak ikut serta ataupun tidak. Cukuplah kami [orang islam] tak kacau kamu [orang bukan islam] untuk meraikan apa-apa yang kamu ingin raikan.

5. Valentine bukan perayaan lah!

Baiklah. Saya menerima pendapat kamu. Valentine bukan perayaan. Oleh itu kenapa nak sambut pula? Apa? sengaja memanipulasikan valentine untuk menjual product? Ceh. Ingatkan marah sebab apa. Marah sebab 60% orang islam [kuasa beli pengguna] akan buat bodoh je dengan product-product valentine rupanya. 

6. Ekstrem nya PAS sampaikan nak menghalang orang islam sambut valentine.

Sejak ble halang orang buat dosa di anggap ekstrem di malaysia neh?

7. Sambut valentine berdosa ke??

Entah. Berdosa ke korang rasa? Berdosa lah kot kalau menyambutnya.. unsur-unsur bidaah dan khurafat neh.. terang2 plak tue. Tak percaya? Apa maksud bidaah? mengada-ngada yang tiada dalam islam. Bidaah ada dua jenis. Sambut valentine neh masuk kategori mana hah? Heh.

Khurafat gak sebab terdapat mitos yang pelik-pelik dibalik valentine neh. Konon nya pakai cincin sepasang, baju sepasang.. boleh kekalkan hubungan lah. Tak boleh hadiahkan baju lah kepada kekasih time valentine takut nanti putus cinta sebab baju bukan jenis kekal [baju boleh kotor, koyak, hilang dan etc]. Heh

Itu belum lagi unsur-unsur maksiat yang mungkin berlaku sewaktu valentine. Contohnya pasangan kekasih [penganut islam] akan beromen [maaf ayat kasar sket] di dalam kereta [akibat tiada duit untuk tempah hotel] ataupun di dalam rumah masing-masing untuk meraikan kehangatan cinta dorang tue. Cinta dalam kubur lagi hangat. Cinta bersama ular. Heh

8. Maksiat hari-hari berlaku beb. Kenapa tak cegah setiap hari je.

Hari-hari PAS cegah maksiat. Neh mesti kes takde member-member dari kalangan PAS yang aktif berdakwah. Pergi cari satu. Heh

9. Adakah valentine dilarang kepada umat islam disebabkan unsur maksiat?

Tidak. Tiada keperluan sambut valentine. Itu sebab sebenarnya. Tiada tujuan. Tiada matlamat. Benda yang sia-sia kena tinggal. Buat apa buang emas [ masa ] ? Heh.

10. Bagaimana pula dengan kisah / sejarah valentine? Adakah itu sebab sebenarnya valentine di larang dari disambut oleh umat islam?

Pun tidak. Jawapan sama seperti atas. Tiada keperluan untuk orang islam sambut valentine. Tiada kebaikan pun. Beli product-product valentine kasi bussiness sapa untung? Fikir sendiri. Heh [Sorry termain kasar plak.. tapi sapa cari pasal dulu?] Heh.

11. Bagaimana pula kalau valentine di islamikkan? Adakah boleh sambut?

Itulah pasal. Apsal beria-ria benar nak islamikkan valentine? Tak yah susah-susah buat macam tue. Kita orang [orang islam] tak de hal lah walaupun tak dapat sambut valentine. Raikan je lah kalau orang bukan islam rasa seronok nak rai. Dipersilakan dengan segala hormatnya.

12. Kalau begitu, bagaimana dengan sambutan seperti hari merdeka, hari malaysia dan hari aids pula? adakah dibolehkan dalam islam?

Entah. Tak tahu. Itu kena tanya yang lebih arif. Tapi setiap sambutan yang menjurus kepada perlakuan maksiat  [khusus untuk orang islam ] seperti sambutan tahun baru, merdeka dan etc memang PAS akan berdakwah untuk mengurangkan aktiviti maksiat. 

Bagi orang bukan islam mereka tak akan faham kenapa. Bagi mereka tiada salahnya meraikan sesuatu. Tetapi malangnya tidak bagi orang islam. Orang islam ini memang bodoh. Bodoh berganda2. Mereka suka melebih2 dalam sesuatu perkara. Contohnya valentine. Kalau hari2 biasa mereka mungkin sekadar 'ringan2' bagi membuktikan mereka sayang kepada kekasih masing2, tetapi ble valentine menjelang mereka akan melakukan seks bebas tak hengat Allah swt.

Itu belum lagi buang/curi duit untuk beli hadiah kepada pakwe makwe.. kalau tak dibelikan mula lah merajuk. Yang sambut pun spesis remaja2 yang tak kenal islam sepenuhnya. Maklumlah orang2 islam [melayu] neh miskin2 belaka. Mereka bukan ada duit nak sambut2 valentine neh. Sudahnya lepas beli hadiah cikai [murah], perempuan2 islam mulalah cair bagai aiskrim.Terus serah body tanda kasih sayang [berzina pun tak reti pakai kondom, punyalah miskin nak mampus orang2 melayu kita neh]. Pehtue mengandung. Ble mengandung campak anak merata2. Dah tue nanti orang bukan islam gak kutuk2 perlakuan orang islam kan? Heh

Disebabkan kebahlolan mereka inilah, kita, orang2 islam yang prihatin terpaksa pula buang masa untuk membanteras kegiatan maksiat mereka neh. Memang agak menyusahkan tetapi nak buat macam mana? Terpaksa berhadapan dengan cabaran manusia kalau nak mengelakkan cabaran [akhirat] dari Allah swt kelak.


Satu nasihat saya kepada DAP dan GERAKAN ;
Bagi kami agama kami. 
Bagi kamu agama kamu.

Selagi kami tidak menginjaki agama kamu, maka janganlah kamu menginjaki agama kami.
Kami faham. Kami tahu. Dan kami sedar sangat. Kebangkitan di mesir itu menakutkan kamu. Tetapi ketahuilah. Yang menciptakan kamu ialah Allah swt. Heh.

Ameno : Saya patuh kepada Nabi saw saya tanpa kompromi walau seinci pun. Itu bukti saya beriman kepada Rasul Allah swt.

Share this

27 Responses to " DAP atau GERAKAN yang lebih BODOH? "

  1. bisingla kafir2 ni.. panas bontot kenapa? ni kempen utk org Islam je la! kacau!!!

    BalasPadam
  2. hahah DAP kalu ini mcam leh geng MCA ngan GERAKAN lah.. kahkahkah

    BalasPadam
  3. hahaha..tiba2 jer obe yang bodoh

    BalasPadam
  4. Racist, kafir is racist word.

    BalasPadam
  5. aku setuju ngan admin..ape masalah korang dap ngan gerakan?korang agama apa?kami agama apa?apa kami nak buat bkn utk kacau korang,tapi nak kacau org kami sendiri,yg korang nak bela sgt nape?owh..mungkin takut korang jual brg2 valentine tu nanti,tak laku kot?maklumlah sume tauke2 kan?rugi lak org islam tak beli..jawapan dari aku PI MAMPOS SAMA LU OLANG!

    BalasPadam
  6. apa masalah sebut kafir? quran tu racist la?

    BalasPadam
  7. Aku pihak atas pagar...slu meneliti hujah2 dua pihak..baru aku wat kesimpulan. Bab UMNO/BN...itu sume(yg mempunyai akal yg waras) tau dorang memang tak menjalankan ISLAM YG SEBENAR. Tapi bab PAS AND DAP ni....org2 atas pagar memang dah nampak dorang ni memang TAKKAN BOLEH BERSAMA..SEBAB IDEOLOGI BERBEZA!....hal macam ni pn tak leh "bersatu"..macam mane lepas memerintah lagi?...sapa dapat BERI 100% JAMINAN...slepas PR memerintah negara.....HUKUM ALLAH boleh terlaksana di bumi MALAYSIA ni???

    BalasPadam
  8. adakah sebab berbeza satu pendapat akan meruntuhkan sebuah keluarga?biasalah beb...aku tak hairan DAP dan Gerakan nk bantah sebab mereka tak faham. Dan jadi tanggungjawab kita utk fahamkan mereka. Yang aku hairan, kenapa pihak kerajaan sendiri yg 'faham' tak mampu laksanakan kempen banteras maksiat ni?

    BalasPadam
  9. BANTAH DAP TOLAK ISLAM10 Februari 2011 pada 11:55 PTG

    PAS,kuar lah dri PR..atau singkirkan DAP yg sah2 tolak negara ISLAM..Jangan lah sebab politik, agama tergadai..

    BalasPadam
  10. comot apse ko kata quran racist la.

    77

    BalasPadam
  11. BANTAH DAP TOLAK ISLAM11 Februari 2011 pada 12:03 PG

    Sang Musafir: beza stu pendapat??
    aq rsa dh bnyk pendapat PAS tentang Islam DAP tolong.
    KARPAL kta ap dlu
    'langkah mayat kalau nk tubuhkan negara ISLAM' kan?

    BalasPadam
  12. Aku risau DAP dan GERAKAN bergabung bebaskan PENANG.

    ~Aman~

    BalasPadam
  13. Aku rasa PAS patut keluarkan DAP.
    Aku bengang dengan DAP bukan PAS.
    Kalau kurang ajar, sapa tak panas.
    Mereka ni parti kafir, takkan sependapat, takkan faham.

    ~Aman~

    BalasPadam
  14. melayu pon pecah belah,
    jgn pelik la kalau bangsa lain buleh pijak kepala.

    pemimpin melayu yg ada skrg ni kebanyakannya bodoh2,bengap. mengaji tinggi2,bodoh tongkat2,masing2 gila kuasa.buat kerja x byk mana pun.

    BalasPadam
  15. ala..salah phm sikit je da kate DAP tolak Islam.sabar dulu tgk ape jd..mgkin kit siang kurang pahamnye bnding ngan guan eng.kalo bnd ni brjaya dilaksanakan Alhamdulillah la..

    BalasPadam
  16. bro,

    Bagi gua la, nasrudin ni cth ulamak gelojoh.Tader tektikel dlm nak handle isu kat Malaysia yg 60% islam yg 50 tahun dah sekular n 40% tak islam.Kene paham dah 50 tahun kita diperintah oleh suasana sekular.Dah berakar umbi bro.Kene ade tektikel sket la.


    1st kenapa kne kuar statement camtuh?Nak publisiti ke?
    Selama ni di konsert2 ade je pemuda pas passing risalah bagai.Teruskan jer xtvt tuh tanpa wat press statement.Tak timbul isu maa..

    2nd Alternatif yg berkesan le.Kalau hari raya posa pon iklan santa clous leh hijack, apesal islam takleh hijack vday?Akal lawan akal, facebook lawan facebook.

    Kalau vday lawan pmeriksaan, hukuman etc..mmg susah la PAS nk tekel dak remaja.Jgn declare diri nama pendakwah tapi penghukum.

    bak kata saidina ali :kebenaran yang tidak tersusun dapat dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun.

    BalasPadam
  17. Saya sgt setuju dgn pendapat YB Lo'Lo', apa yang akan cuba dibenteraskan hanyalah utk muda-mudi Islam, kepada yang lain terpulang kepada mereka. Saya rasa itu sudah cukup toleran sebagai anggota dlm PR. Salute to u YB Puan Lo'Lo'...

    BalasPadam
  18. Xenan,

    aku suke comment ko...aku yg bodoh x terpikir pasal nih...

    apa kata ko kontek nasruddin, then table kan strategy ko nih...harap2 berkesan...

    BalasPadam
  19. Jawapan untuk nombor 12 tu, rasanya lebih sesuai kalau pakai ayat:

    ...berdakwah untuk membanteras aktiviti maksiat.

    Thanks~

    BalasPadam
  20. ari nih dah nafi lak si nasharudin nih.Pelik2..mcm ada pattern lak.Itu ari Nik Aziz misscomm pasal debat.Ni nasharudin lak..

    gua saspek,

    1st Ade agenda ke reporter ni?
    2nd leader pas je kot yg patut masuk kelas public speaking n comm?

    haiyaaa...

    BalasPadam
  21. Bro, DAP memang tolak islam.
    DAP nak bubar negara islam menjadi negara sekular.
    Mereka nak buat macam indonesia dan singapura.
    Prinsip sekular, negara tidak boleh ada agama rasmi, maksudnya, mereka nak bubarkan negara islam yang ada di malaysia.

    Prinsip PAS sekarang dah macam prinsip PAS dizaman Asri Muda.
    Padahal dulu, PAS yang ada sekaranglah yang menggulingkan Asri Muda.
    Orang kafir depan kita, mereka buat baik tapi belakang kita nak jahanamkan islam.

    BalasPadam
  22. adakah sebab berbeza satu pendapat akan meruntuhkan sebuah keluarga?biasalah beb...aku tak hairan DAP dan Gerakan nk bantah sebab mereka tak faham. Dan jadi tanggungjawab kita utk fahamkan mereka. Yang aku hairan, kenapa pihak kerajaan sendiri yg 'faham' tak mampu laksanakan kempen banteras maksiat ni?

    BalasPadam
  23. melayu pon pecah belah,
    jgn pelik la kalau bangsa lain buleh pijak kepala.

    pemimpin melayu yg ada skrg ni kebanyakannya bodoh2,bengap. mengaji tinggi2,bodoh tongkat2,masing2 gila kuasa.buat kerja x byk mana pun.

    BalasPadam
  24. Jawapan untuk nombor 12 tu, rasanya lebih sesuai kalau pakai ayat:

    ...berdakwah untuk membanteras aktiviti maksiat.

    Thanks~

    BalasPadam
  25. bisingla kafir2 ni.. panas bontot kenapa? ni kempen utk org Islam je la! kacau!!!

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...