Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 9 Februari 2011

Ulama meraikan krimas.


Maafkan saya kerana bersikap penyibuk seperti selalu. Entah kenapa kali ini saya boleh menyibuk sampai ke negara pakistan sana. Sesuatu yang saya nampak secara tak sengaja, tetapi sengaja tetap nak menyibuk. Heh

Pertama nya saya kena mengakui orang-orang di dalam gambar tersebut adalah orang orang yang saya tak kenal langsung. Mari kita perhatikan bersama sekeping gambar yang menimbulkan kecurigaan nyata di dalam jiwa saya ;

Ada di antara mereka memakai kopiah [jika boleh di panggil kopiah] di atas kepala.

Ada juga yang memakai salib. Ini terbukti dia ialah paderi.

Mereka memotong kek. Salah ke kalau ulama nak potong kek? Saya tahu tidak salah. Kek ialah makanan. Kalau tidak di potong macam mana nak makan pula?

Perhatikan banner pula. Tertera perkataan ini ;

Minhaj UL Quran International welcomes and wishes merry christmas.

Siapakah lelaki yang memakai kopiah ini? Adakah wujud di dalam mana-mana mahzab bahawa orang islam boleh meraikan krismas? Saya tidak tahu di pakistan bagaimana tetapi yang saya tahu di malaysia memang tidak dibolehkan berbuat demikian.

Lelaki yang meraikan krismas ini dikenali dengan nama Tahir UL Qadri. Sedikit info yang saya dapat mengenai lelaki ini ialah

1. berkemungkinan besar dia terkenal sebagai mufti, imam ataupun ahli agama di pakistan.
2. Terdapat video dia sedang menari.
3. Dia membela musharaf yang bersetongkol dengan amerika dengan mengemukakan dalil Alquran konon nya perkara tersebut di bolehkan.

Saya agak terkesima melihat perkara ini berlaku di pakistan. Namun mungkin saya sudah terbiasa kerana keadaan yang serupa juga berlaku di negara kita. Sedih bukan? Tetapi itu realiti yang kita kena telan. Pahit dan menyakitkan.

Puas juga mencari alasan positive untuk membenarkan tindakan di atas tetapi saya belum jumpa lagi. Pada saya jika mahu menghormati perayaan orang lain bukan bermaksud kena meraikan perayaan tersebut. Memandailah kita tidak membuat ganguan kepada mereka. Tetapi entah di mana silapnya sehingga orang alim [jika boleh di anggap alim] pun meraikan krismas.

Tindakan mereka ini hanya akan memburukkan keadaan. Apatah lagi dibimbangi jika menjadi ikutan. Semoga kita dijauhkan dari keterlanjuran seperti ini.

Link yang korang mesti klik. Kat sini baca sendiri pandangan orang2 pakistan mengenai gambar di atas.

Ameno : Rupanya rakyat islam di kebanyakkan negara sudah mula memberontak dan meluahkan ketidakpuasan ahti mereka menerusi internet.. herm.. 

Share this

16 Responses to " Ulama meraikan krimas. "

  1. dia 'alim besar. ramai ulamak2 dunia ambil sanad drpd beliau. takut2 kita dah burukkan nama ulama besar ni.
    byk sebab mgkn dia buat mcm tu.

    BalasPadam
  2. tak silap hari krismas ni hari kelahiran nasi isa..jadi tak salah kan sambut?..tapi jangan disambut dengan hiburan melalaikan tapi sambut dengan mengeratkan silaturahim dan memahami antara satu sama lain

    BalasPadam
  3. To: Anonymous

    Ustaz/ustazah mne ajar ko org islam blh smbut krimas..nmpk sgt ko ni cetek agama..laen kali g ngaji btl2 dlu sblm komen..

    BalasPadam
  4. ko pown ptut ngaji btol2.sape ajar ko nk tgor org laen kasar2?

    BalasPadam
  5. Hakikatnya Nabi Isa tidak lahir bulan Disember tpi bulan disember adlah kelahiran Jupiter iaitu tuhan org rom lama.... org rom tidak mengambil semua ajrn kristian tpi mengasimilasikan dgn ajaran agama lamanya.... sehingga kini tiada siapa yg thu bila waktu kelahiran Nabi Isa yang tepat....... Wallahua'lam

    BalasPadam
  6. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=196063333737777&set=a.123464310997680.22932.123216287689149

    salam. cuma nak igt kan kat sini, jgn kita buat salah dgn beliau dgn cara ni. kenapa kita suka judge org hny dgn satu gambar? benda ni salah satu FITNAH BESAR internet. adakah kita nak jadi golongan berfikir cetek. ilmu itu luas. lagi pun kita tak tahu apa latar belakang gambar ni, atau apa sebab beliau ada dlm majlis ni. kita yg baru tau sikit2 ni jgn lah berani sgt mengecam ulamak mcm syeikh Tahir Qadri. beliau alim besar. ulama'2 dunia ramai yg mengambil sanad drpd beliau. al Habib Omar, al Habib Ali Jufri pun ada mngambil sanad drpd beliau. Almarhum Sayyid Muhammad al-Maliki pun mengiktiraf Syeikh Tahir Qadri. tuan2, mesti ada cerita di sebalik gambar ini. dicadangkan kpd admin spy buang post ni, utk mngelak salah sangka oleh lebih ramai org. jgn lah suka mencari cerita panas2 utk melariskan blog, fikirkan implikasinya di mahsyar. anta letak post ni dan tak letak penjelasan kpd event ni, ramai yg mungkin salah sangka, dan ramai yg mungkin memfitnah ulamak besar ini lepas ni. harapan spy admin siasat dulu berita2 dan jgn hny post dan biarkan pembaca2 (yg kurg pengetahuan) judge. wallahu a'lam. minta maaf byk2. hny berniat mmpertahankan ulama yg besar dan dihormati ini. T_T

    BalasPadam
  7. HARAM MENYAMBUT HARI KRISMAS, 25 DISEMBER BUKAN HARI LAHIR YESUS(NABI ISA) TAPI ADALAH HARI DEWA MATAHARI!!!
    Hari Krismas. Saban tahun kita ditipu hari krismas adalah hari perayaan biasa kristian seperti kita menyambut hari raya. Namun sebenarnya disebalik perayaan itu terdapat 1 rahsia besar yang tidak di ketahui oleh orang kristian sekalipun. Bahawa 25 Disember bukanlah hari kelahiran Nabi Isa, tapi merupakan hari raya orang yunani yang menyembah Dewa MATAHARI. Ana bukanlah seorang yang pakar dalam perbandingan agama (Teologi) namun ada harap sahabat-sahabat dapat sebarkan berita ini seluasnya moga dengan usaha ini dapat menyedarkan sahabat kita dari kristian bahawa selama ini mereka ditipu hidup-hidup oleh paderi mereka. Disini ana sertakan link yang dapat membantu untuk menjelaskan isu ini. Takbir Allahuakbar….

    BalasPadam
  8. referring to ape yg hamba Allah tulis,pengkaji barat dapat tau yg christmas tu sepatutnye pada 17 jun,bukn 25 dis mcm skang...so,nah link dy - http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-1093053/Cancel-Christmas--Jesus-born-June-17-say-scientists.html

    btw,komen ni ade kaitan sikit ngn post,just nk inform je.so,pndai2 pikir la ye.

    BalasPadam
  9. erm, di sini saya nak tau ape definisi 'merayakan'. Adakah dengan menghadiri boleh juga didefinisikan sebagai perayaan.

    Disebabkan saya orang Malaysia, saya tidak berapa pasti fatwa di Pakistan. Tapi, and boleh rujuk kenyataan yang dikeluarkan JAKIM di sini:

    http://www.islam.gov.my/garis-panduan-orang-islam-turut-merayakan-hari-kebesaran-agama-orang-bukan-islam

    pemerhatian saya: saya tak nampak dia menyanyi lagu Krismas, saya tak nmpak dia memuja patung Jesus, saya tak nmpak dia bersembahyang cara Kristian, saya tak nmpak dia minum arak, saya tak nampak dia memakai baju paderi/santa claus dsbnya.

    Hurm.

    BalasPadam
  10. salah sikit...

    ..Adakah dengan menghadiri boleh juga didefinisikan sebagai *merayakan*?

    BalasPadam
  11. Masyallah....
    bahaya saudara blogger keluarkan rencana mcm ni... kalau saudara salah, dan rencana yang salah ini membuatkan saudara2 kita yang lain turut mempercayai nya, berdosa besar kita... mcm mana saudara nak tanggung kesilapan ni? Bahaya fitnah akhir zaman..... jika saudara musykil, tanya berbincang dengan alim ulama, bukan berbincang di depan public mcm ni.... Saya tahu, tujuan rencana ini adalah untuk menyindir kerajaan kita, tapi sindiran tu boleh mendatangkan fitnah.... jangan kerana taksub dengan politik, sampai kita hilang pedoman... bayangkan kalau Tuan Guru Nik Aziz di katakan begitu?? pasti anda akan mengeji mereka dan membela Tuan Guru kerana anda marah, ulama di hina.... sbb tu la, hati2 dengan rencana di keluarkan..... semakin hari semakin ramai yang baca rencana ni... dan semakin ramai yang percaya....

    BalasPadam
  12. What can i say? blogger ini sendiri sesat dan bertanya sama ada ia selaras dengan Islam.

    Dia seorang Ulama dan dia tahu hukum-hukum (dan keadaan semasa itu) yang membenarkan dia menghadiri Majlis tersebut. Orang Fasik sahaja yang memandai mengharamkan barang-barang halal.

    Wahai Ameno yang menulis rencana ini, tahukah apa ynag tersurat dan tersirat melalui tulisan anda? Begitu kecil ilmu di dada dan begitu berani kau membuat andaian.

    Pergi dan fahami apa yang diperkatakan oleh Sheik Abdullah Hkim Quick. Tiada dosa jika orang Muslim menghadiri dengan syarat tidak mengikuti mereka dalam upacara keagamaan.

    Perkataan KETERLANJURAN dan BOLEH DIANGGAP ALIM, maksudnya penulis tahu yang Ulama besar ini telah berdusta. Siapakah anda untuk menilai dan menjatuhkan ukuran keimanan seseorang, masyarakat bahkan ulama ini sendiri?

    Begitu berani anda melakukan fitnah. Bila mencari jawapan positif, pergi bertanya dengan ahli-kitab dan ulama. Janganlah perbincangkan disini dan terus SABITKAN ulama ini dengan KETELANJURAN!!!!

    Tidakkah anda sedar bila ummat membaca blog anda yang tiada kebenaran dan sangsi lantas menuduh Ulama itu sudah langgar ajaran ISlam lalu mengishtiharkan khawarij dan lantas cop Ulama ini sebagai khafir? Tahukah apa implikasi?

    Kalau tidak sayang mulut, saya tidak kisah. Tetapi membuat tafsiran secara sendiri (dengan rasa diri itu sempurna imannya) sudah nyata sesat. Mengaitkan ulama dengan sesuatu yang begitu hina dalam Islam, sendiri tanggung.

    Mulut dan fikiran si Ameno sebenarnya terpesong. Tidak pernah saya jumpa Muslim yang begitu pelik sifatnya.

    BalasPadam
  13. erm, di sini saya nak tau ape definisi 'merayakan'. Adakah dengan menghadiri boleh juga didefinisikan sebagai perayaan.

    Disebabkan saya orang Malaysia, saya tidak berapa pasti fatwa di Pakistan. Tapi, and boleh rujuk kenyataan yang dikeluarkan JAKIM di sini:

    http://www.islam.gov.my/garis-panduan-orang-islam-turut-merayakan-hari-kebesaran-agama-orang-bukan-islam

    pemerhatian saya: saya tak nampak dia menyanyi lagu Krismas, saya tak nmpak dia memuja patung Jesus, saya tak nmpak dia bersembahyang cara Kristian, saya tak nmpak dia minum arak, saya tak nampak dia memakai baju paderi/santa claus dsbnya.

    Hurm.

    BalasPadam
  14. HARAM MENYAMBUT HARI KRISMAS, 25 DISEMBER BUKAN HARI LAHIR YESUS(NABI ISA) TAPI ADALAH HARI DEWA MATAHARI!!!
    Hari Krismas. Saban tahun kita ditipu hari krismas adalah hari perayaan biasa kristian seperti kita menyambut hari raya. Namun sebenarnya disebalik perayaan itu terdapat 1 rahsia besar yang tidak di ketahui oleh orang kristian sekalipun. Bahawa 25 Disember bukanlah hari kelahiran Nabi Isa, tapi merupakan hari raya orang yunani yang menyembah Dewa MATAHARI. Ana bukanlah seorang yang pakar dalam perbandingan agama (Teologi) namun ada harap sahabat-sahabat dapat sebarkan berita ini seluasnya moga dengan usaha ini dapat menyedarkan sahabat kita dari kristian bahawa selama ini mereka ditipu hidup-hidup oleh paderi mereka. Disini ana sertakan link yang dapat membantu untuk menjelaskan isu ini. Takbir Allahuakbar….

    BalasPadam
  15. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=196063333737777&set=a.123464310997680.22932.123216287689149

    salam. cuma nak igt kan kat sini, jgn kita buat salah dgn beliau dgn cara ni. kenapa kita suka judge org hny dgn satu gambar? benda ni salah satu FITNAH BESAR internet. adakah kita nak jadi golongan berfikir cetek. ilmu itu luas. lagi pun kita tak tahu apa latar belakang gambar ni, atau apa sebab beliau ada dlm majlis ni. kita yg baru tau sikit2 ni jgn lah berani sgt mengecam ulamak mcm syeikh Tahir Qadri. beliau alim besar. ulama'2 dunia ramai yg mengambil sanad drpd beliau. al Habib Omar, al Habib Ali Jufri pun ada mngambil sanad drpd beliau. Almarhum Sayyid Muhammad al-Maliki pun mengiktiraf Syeikh Tahir Qadri. tuan2, mesti ada cerita di sebalik gambar ini. dicadangkan kpd admin spy buang post ni, utk mngelak salah sangka oleh lebih ramai org. jgn lah suka mencari cerita panas2 utk melariskan blog, fikirkan implikasinya di mahsyar. anta letak post ni dan tak letak penjelasan kpd event ni, ramai yg mungkin salah sangka, dan ramai yg mungkin memfitnah ulamak besar ini lepas ni. harapan spy admin siasat dulu berita2 dan jgn hny post dan biarkan pembaca2 (yg kurg pengetahuan) judge. wallahu a'lam. minta maaf byk2. hny berniat mmpertahankan ulama yg besar dan dihormati ini. T_T

    BalasPadam
  16. dia 'alim besar. ramai ulamak2 dunia ambil sanad drpd beliau. takut2 kita dah burukkan nama ulama besar ni.
    byk sebab mgkn dia buat mcm tu.

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...