Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 8 November 2014

Punca Banjir Kilat Di Cameron Highlands Didedahkan !!

Rupa2nya ini tentang satu konspirasi berskala besar. Hari tue masa aku ulas isu neh kat facebook. Ada la malaon UMNO tak dapat nak terima hakikat. Lepas tue dia campak komen merepek. Oleh kerana komen merepek macam tue memang tak mendapat tempat di ahti aku dan di kalangan mereka2 yang bijaksana di status tersebut maka komen merepek tue syok sendiri je la sorang2.

HAHAHAHAHAHAHA.

Sekarang. Makan diri la geng2 UMNO. Pendedahan ini didedahkan oleh Utusan Malaysia. Bukan akhbar lain kot.

Baca jap ;


Apa yang dilaporkan?

1. Banjir kilat semakin kerap berlaku di Cameron dan keadaannya semakin buruk dari tahun ke tahun.

2. Punca yang menyumbang kepada keadaan tersebut ialah penerokaan tanah secara sah ataupun haram samada bagi tujuan pertanian ataupun pembangunan.

3. Walaupun sesetengah tanah diceroboh secara haram dan ia berlaku secara terang-terangan namun tiada tindakan drastik dari penguatkuasa tempatan bagi mengawal keadaan tersebut. Samada mengambil tindakan, menyiasat ataupun melakukan pemantauan bagi tujuan berhentikan perkara tersebut dari terus berpanjangan.

Antara yang turut dilaporkan oleh Utusan ;



Dan lagi ;


Nampak?

Penduduk telah mengambil tindakan susulan dengan melaporkan hal tersebut kepada pihak penguatkuasa. Namun pihak2 berkenaan buat endah tak endah aje akan aduan dan laporan yang dikemukakan oleh penduduk. 

Kenapa?

Sebab ini bukan skandal kecik2 anak. Ini skandal besar punya.

Contoh. Aku mencuri. Ada orang tahu aku mencuri. Ada bukti, ada saksi. Dia laporkan pada polis. Polis akan mai datang siasat. Sebab dia terima aduan. Ini protokol biasa.

Dalam kes penerokaan haram di Cameron Highlands, kau buat laporan mesti la kau kena bagi bukti tanah mana yang kena ceroboh berserta gambar kan? Then, kau kemukakan bukti kau. Tapi PDRM tak siasat2. Walaupun nak bagi bukti, kenapa?

Nak kata hutan boleh tumbuh balik dalam masa semalaman sebab tue bila polis p siasat depa tak jumpa apa2?

Logik ke?

Tak logik langsung.

Yang terima laporan tak siasat takpe lagi. Boleh jek kita anggap pihak2 tue je yang bermasalah. Sebab menerima suapan. Tapi bagaimana pula dengan pihak2 lain? Bukan pihak berkuasa tempatan aje ada mata kot. Dari sultan sampai ke MB. Masing2 ada mata. Dan masing2 memang jenis bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Bukan duduk stastik tak amek tahu apa yang berlaku dalam negeri? Ketua polis Pahang, ketua polis daerah semua ada. Tapi apa yang mereka buat?

Nampak?

Nampakk?

Gila la kau.

Aku rasa UTUSAN lapor sebab dah takde cara lain nak settle secara tertutup. Siapakah dalang disebaliknya sehingga membuatkan mana2 pihak enggan mengambil tindakan tegas? 

Lue fikirlah sendiri ek.

Kbai.

Rumah Penduduk KG Diroboh, Dihalau, Terima RM2,000 & Lim Guan Eng Lari Tidak Mahu Bantu Mereka.


Sejak akhir2 neh aku memang menyirap dengan LGE. Makin lama makin terserlah sikap sebenar dia yang haprak nak mampos. Ya ya ya, ini sesi mengumpat Lim Guan Eng.

Bermula dengan muka tak malu ponteng parlimen dan p parti.
Kemudian dengan muka tak malu dok gaduh dengan Hadi isu ponteng mesyuarat partisan.
Kini ditambah dengan isu muka tak malu tutup pintu dari berjumpa dengan penduduk2 KG yang tertindas.

Sebelum neh. LGE dikatakan kalau takde hujan, maka takde la banjir di Penang. Ini pun aku rasa siyes fak.

Betul ke tak betul malaon tue cakap macam tue. Sampai sekarang aku tertanya2 akan kebenarannya. Kalau betul, betul la dia cakap macam tue tolong jangan bagi aku nampak muka dia. Kaki aku neh silap2 boleh terbang melayang kat muka dia juga nanti kalau dah geram2 sangat kan.

Apa yang berlaku?

Isu neh tak mendapat perhatian meluas di laman sosial pro pembangang err silap, pro pembangkang disebabkan berlaku di Penang. Kalau berlaku di negeri yang pro kerajaan baru la saf2 pembangang err silap lagi pembangkang akan pickup dan sebar.

Sama seperti jika isu2 yang berlaku di negeri2 pro kerajaan, saf2 kerajaan pun taknak pickup. Jika di negeri pro pembangkang baru depa laju2 sebar bajet prihatin. Ini la wayang partisan beb. Hancur. Macam sial otak dorang. 

Berbalik kepada isu di atas.

- Berlaku di Butterworth, Penang.

- Nama kampung, KAMPUNG SUNGAI NYIOR.

- Apa yang berlaku ialah tanah di kampung tersebut telah dijual kepada pemaju.

- Maka tanah2 di kampung tersebut telah menjadi milik syarikat swasta.

- Bila tanah2 tue dah jadi syarikat swasta yang punya, maka logik la depa nak halau mereka2 yang duduk atas tanah milik mereka atas nama pembangunan.

- Itu otak cara kapitalis babi berfikir. Memang depa akan fikir logika macam tue.

- Hakikatnya. Sebagai pemilik tanah dan kau sewakan tanah kau ke atas orang lain untuk dijadikan tapak rumah, kalau ko nak jual tanah, kau patut inform tuan rumah awal2. Untuk mereka alert dengan sebarang kemungkinan.

- Kemudian kau deal dengan pemaju untuk bagi pampasan yang sama dengan nilai rumah yang dirampas. Kalau kau rampas rumah atas tanah, maka ganti balik rumah atas tanah. Ini rumah orang kita tengah cakap. Bukan citer pasal tanah kosong. Rumah tempat orang berlindung dari hujan panas. Jangan fikir senang kau aje. Kenapa bukan sama2 senang dan sama2 rasa bahagia.

- Then, apa yang si pemaju buat ialah pemaju beri mereka notis pengusiran.

- Notis pengusiran dalam tempoh yang sangat singkat. Ikut notis awal, mereka akan diusir pada jumaat yang baru lepas. Tapi still tak berlaku apa2 perkara lagi ketika ini. Mungkin disebabkan penduduk kampung melawan.

- Syarikat yang diberikan hak untuk memajukan kawasan perkampungan tersebut.


- Menurut notis terbaru mereka, pampasan yang ditawarkan ketika ini hanyalah berjumlah 2,000.

- Kampung tersebut dihuni dengan pelbagai bangsa. Banyak kaum cina dan india.

- Kampung tersebut dianggarkan berusia 50 tahun lebih.

- Ahli parlimen bagi kampung tersebut ialah Lim Guan Eng. 

- Memikirkan LGE ialah CM kepada Penang, maka pada minggu lepas, penduduk2 kampung tue lebih kurang dalam 30 orang telah berhimpun di Komtar bagi mengadakan perjumpaan dengan LGE.

- Namun permintaan tersebut tidak dilayan.

- Tujuan nak jumpa LGE bukan nak salahkan LGE. Tapi nak minta tolong campurtangan ahli parlimen supaya mereka semua mendapatkan pampasan yang sewajarnya.

- Namun, sayangnya tuntutan mereka tak dilayan.

Dan ini ialah hujah2 bayangan penjilat LGE.

- LGE sibuk. Nak jumpa tak buat appointment dah kenapa kau?

- LGE takde kat office. Dia tatau.

- Ini semua fitnah dari penduduk kampung untuk burukkan DAP.

- LGE tengah kumpul maklumat.

Tak percaya korang tengokla. Saf2 pembangang neh aku kenal depa luar sana macam saf2 barisan bingai. Memang jenis penjilat tak boleh pakai.

Hakikatnya. Jika kau manusia yang benar2 mementingkan kebajikan penduduk di kawasan yang ko wakili di negeri yang kau menjadi CM kau sepatutnya ;

- Dapat alert ada demo depan Komtar (bertukar demo selepas wakil dihalang menemui CM).

- Dapatkan maklumat berkaitan.

- Hantar wakil minta satu, dua wakil dari penduduk kampung masuk berunding dan ceritakan masalah mereka berkaitan tuntutan.

- Kau dapatkan maklumat penuh dari wakil yang kau hantar.

- Kau teliti maklumat dan jalankan siasatan.

- Kau atur pertemuan dengan pemaju dan wakil kampung.

- Supaya rundingan boleh berlaku dan win2 situation.

Aku suka berpijak pada realiti. Suka tak suka tanah kampung dah terjual dan berpindah milik. Kau boleh buat apa je? Dah tak boleh buat apa selain dari berpindah. Namun untuk disuruh berpindah, pemaju mestilah menanggung segala kos berkaitan perpindahan seperti kos untuk mengangkut barang dan menyediakan rumah kediaman baru yang setimpal dengan apa yang mereka kehilangan bagi mewajarkan tindakan tersebut.

Tapi apa yang LGE buat? Atau sekurang2nya wakil dia buat? Atau sekurang2nya mereka yang berada di KOMTAR tue buat?

Mereka boh layan.


Dan masih lagi terdapat manusia bebal kata DAP parti sosialis. Sosialis ale utoo kau.

Kbai.

Khamis, 6 November 2014

Pendedahan : Subsidi Ron 95 Terkini Ialah 12sen Seliter! - Pengakuan Menteri.

Diakui oleh Ahmad Maslan. Bukan cerita auta.


Apa yang dia kata?

- Kerajaan tiada cadangan untuk turunkan harga minyak meskipun harga minyak mentah terus susut di pasaran antarabangsa.

- Pembayaran subsidi untuk RON 95 yang terkini ialah 12 sen seliter.

- Ahmad Maslan kata langkah terkenal yang selalu dibuat ialah turunkan harga minyak.

- Namun kerajaan memikirkan untuk kenakan cukai jualan.

Maksudnya begini.

Harga jualan petrol di Malaysia 2.30
Harga jualan petrol ikut pasaran dunia 2.00
Beza 30sen itu akan dianggap cukai oleh kerajaan secara automatik.

- Cukai jualan ini andai dikenakan kepada pembeli pun ianya takan bertahan lama.

- Ia akan dilaksanakan sehingga April 2015.

- Ini kerana GST akan mengambil alih SST. Dan petrol tidak tertakluk dalam barang kena cukai.

Oke. 

- Sebelum neh subsidi untuk RON 95 ialah 28sen per liter. Selepas kenaikan minyak 20sen baru2 neh pada 1 October yang lepas.

- Maknanya dari 1 October hingga 6 Nov 2014 terdapat pengurangan yang jelas terhadap penyelarasan jumlah subsidi. Susut 16sen.

- Jika harga petrol dunia terus turun, maka subsidi bagi ron 95 akan terhapus secara automatik.

- Dengan pengurangan harga minyak di pasaran dunia, automatik jumlah yang diperuntukkan untuk subsidi juga susut, bukan?

- Buat masa sekarang kerajaan beri subsidi kepada 6 jenis barangan yang melibatkan kepenggunaan. 

1. Petrol
2. Diesel
3. Tepung
4. Minyak masak
5. Gas memasak
6. Beras 15% hancur

- Tepung dan minyak masak bersubsidi tue paling tak logik.

- Subsidi untuk tepung pada aku perlu dimahsuhkan segera.

- Minyak masak. Kita pengeluar. Kita pengeksport antara terbesar. Dan kita jual dengan harga bersubsidi kepada rakyat? Kau rasa logik ke? Aku siyes rasa tak logik.

- Dalam hotak aku fikir macam neh.

- Tepung ialah monopoli. Duit yang disalurkan kepada syarikat adalah bermaksud bukan la kerana harga tepung tue mahal sangat andaikata dijual tanpa subsidi tetapi sengaja nak menghalalkan pembayaran kepada satu2 syarikat atas nama subsidi.

- Minyak masak pun konsep dia sama. Sengaja menggunakan alasan subsidi untuk menghalalkan pembayaran duit kepada syarikat2 tertentu.

- Kerajaan patut didedahkan untuk perincikan syarikat apa, dan product minyak dan tepung jenis apa yang menerima pembayaran subsidi tiap2 bulan.

- Ada tak sapa2 pernah didedahkan dengan maklumat2 tersebut?

- Takde kan? So sudah sampai masanya untuk kita selongkar dalam2 cara mereka menguruskan kewangan negara.

Btw. Dengan penurunan harga minyak di pasaran antarabangsa, ia juga bukan perkara yang baik untuk PETRONAS. Masalah sekarang. Kerajaan dok fikir PERTRONAS kehilangan pendapatan dan cukai andaikata harga minyak antarabangsa terus susut. Tapi kerajaan tak fikir bapak gila suka rakyat kalau harga minyak turun. Ia merendahkan kos sara hidup kita. Apa guna PETRONAS pongpang2 untung itu untung ini kalau akhirnya rakyat kena sakit otak mengadap segala2nya mahal kat negara neh, ye tak?

Harap2 harga minyak terus susut. Seksa tanggung bala kenaikan kos sara hidup. Kau apa tahu Ahmad Maslan woi. Semua free. Boleh la berlagak nak mampos.

Kbai.

Pendedahan - Hari Ini Ahli Parlimen Pembangkang Ponteng Beramai2 & Ahmad Maslan Tepuk Tangan.


MP PR, Terima Kasih Kerana Memudahkan Ahmad Maslan

Hari ini merupakan hari terakhir giliran Kementerian menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Peringkat Dasar. Antara yang terpenting adalah hari ini juga merupakan giliran Kementerian Kewangan, sebuah kementerian dengan portfolio yang merangkumi aspek kewangan dan ekonomi negara meliputi isu yang dekat dengan rakyat seperti harga minyak, kadar hutang negara, dan kadar hutang isi rumah.

Namun, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, penggulungan MOF sebelum rehat tengahari nampaknya berjalan dengan amat lancar sekali. Hanya terdapat satu dua pencelahan daripada Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat seperti Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan Ahli Parlimen Lumut. Persoalannya dimanakah Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang yang lain pagi ini?

Mengapa anda tidak berada di dalam Dewan Rakyat sedangkan kesemua anda tahu bahawa hari ini merupakan hari akhir penggulungan perbahasan peringkat dasar bagi Kementerian-kementerian? Apakah perkara yang lebih mendesak daripada membincangkan permasalahan rakyat yang berdepan tekanan kos sara hidup yang memuncak? Mengapa anda semua mengambil keputusan untuk ponteng secara berjemaah?

Tidakkah Ahli-Ahli Parlimen ini menyedari bahawa rakyat mengundi mereka untuk menjadi wakil membahaskan permasalahan di Dewan Legislatif itu? Rang Undang-Undang Perbekalan ataupun Belanjawan ini merupakan satu perkara yang amat penting. Ia akan menunjukkan hala tuju dasar fiskal negara untuk satu-satu tahun. Membiarkan Belanjawan ini tidak dibahaskan dengan tuntas adalah satu pengkhianatan tanggungjawab oleh Ahli-Ahli Parlimen.

Sebelum ini anda semua bingkas mempergunakan sentimen rakyat untuk kepentingan politik anda. Kamu berlagak umpama adiwira kononnya berlawan soal kenaikan harga minyak, kesenjangan pendapatan, hutang negara dan lain-lain isu kewangan dan ekonomi. Tetapi hari ini anda semua hilang daripada Dewan Rakyat.

Adakah ini juga menunjukkan GPS-GPS Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah dihack? Atau mungkin Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berpandangan bahawa hari ini Dewan Rakyat telah berpindah ke Putrajaya?

Tidak salah untuk bersolidariti bersama Ketua Pembangkang. Tetapi mengapa hampir semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak hadir ke Dewan Rakyat. Sekurang-kurangnya Ahli-Ahli Parlimen yang arif mengenai ekonomi dan kewangan perlu berada di Dewan Rakyat. Anda perlu berbahas melainkan anda memikirkan tiada keutamaan untuk perbahasan ini.

Kepada Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, terima kasihlah. Saya sudah dikhianati semasa pembentangan Rang Undang-Undang Pembangunan Kampung Baru diluluskan pada tahun 2011 dan juga semasa Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Peluasan) yang diluluskan pada tahun 2013. Namun, tampaknya anda semua tidak pernah belajar dan memilih untuk ponteng beramai-ramai lagi hari ini.

------------------
Dapat sebaran dari Rara. Penulisan di atas bukan dari aku. Ditulis oleh Anwar, budak SAMM Johor. Anwar ialah pemerhati dan berada di parlimen sejak seminggu yang lepas. Menurutnya, ahli2 parlimen pembangkang pada hari neh telah memilih memonteng persidangan parlimen ber-ramai2. Ada yang tak ponteng. Bukan semua. Tapi yang ponteng ramai sangat sehingga memudahkan kerja Ahmad Maslan yang bagi hujah2 dangkal terutamanya isu harga minyak. Sapa yang tengok Ahmad Maslan merepek kat parlimen tadi fahamla aku cakap apa neh. Siyes merapu bhai. Rasa macam nak lempang muka dia. Tapi tak dapat so aku lempang benda lain aje la buat pelepas geram.

Oke. Aku nak sebut simple aje. Kita sudah ada kerajaan yang bingai. Ini semua tahu. Tapi sekarang kenapa pembangkang lantikan kita juga bingai macam kerajaan kita? Kerajaan dah bingai tambah pembangkang yang bingai maka kepada siapa lagi harus kita harapkan untuk melawan demi menjaga hak2 rakyat tertindas seperti kita?

Ringkasnya. Celaka2 neh makan gaji buta. Mentang2 gaji dah dinaikkan, semua stok sambil lewa buat kerja. Aku dah sebut banyak kali selain dari Anwar Ibrahim, mana2 ahli parlimen pembangkang dan kerajaan takde sebab nak ponteng. Takde. Melainkan depa mampos. Sakit. Uzur. Atau ada hal kecemasan. 

Lue fikirlah sendiri ek. 

Kbai.

Bila Pimpinan & Penyokong Bergaduh Isu Ponteng Mesyuarat Parti - Bukti Betapa Bodohnya Partisan Kat Negara neh.

BN bodoh.
PR bodoh.
BN bodoh.
PR bodoh.
Semua bodoh.

Puas ahti aku.

Ini hujah LGE.

 
LGE bajet bagus.

Dok pongpang2 kritik tindakan TGHH yang ponteng mesyuarat parti.

Pada aku perkara neh within parti. LGE berhak selar dia. Lantak kau la si gila oi. Ada aku kesah. Tapi sekarang yang aku damm fucking marah neh malaon2 partisan saf bawahan neh.

A ponteng mesyuarat parti.
B marah.

Penyokong A p tiaw B.
Penyokong B p tiaw A.

Sekarang penyokong2 A dan B neh sedar ke tak sedar yang A dan B ponteng persidangan parlimen tanpa alasan yang jelas?

Sedar tak kedua2 pimpinan tue MAKAN GAJI BUTA SEBAGAI WAKIL PARLIMEN?

Sedar la makian yang sebenar harus bermula dengan makian kepada kedua2 gila tue?

Sedar tak yang tindakan2 penyokong telah menyebabkan wakil rakyat berani dengan lagaknya untuk terus tetap makan gaji buta dan sambil lewa aje berkhidmat sebagai wakil rakyat?

SEDAR TAK YANG PENYOKONG2 LGE JILAT LGE. Dan SEDAR TAK YANG PENYOKONG2 TGHH JILAT TGHH?

SEDAR TAK BAHAWA KORANG NEH SEMUA PENJILAT?

Kalau tak sedar, p cari jalan untuk sedarkan diri.

Once ko semua dah sedar diri. Ko semua akan nampak dan faham betapa BINGAI NAK MAMPOSNYA korang bergaduh isu neh kat media sosial.

Selamat sedarkan diri ye wahai bingai2 sekalian.

Kbai.

Sesi Mengumpat PSM - Maruah PSM Di Bawah Tapak Kaki PKR.

Tadi aku ada baca dua berita tentang respon PKR mengenai pendirian terbaru PSM yang memilih untuk tidak lagi re-aplly kemasukan PSM ke dalam PR.

Artikel pertama.


Artikel dua ;



Ada beberapa perkara yang aku tak setuju dengan DSAI, PKR dan PR dalam isu PSM neh.

Biar aku hujahkan point2 aku terlebih dahulu.

Merujuk kepada pemberitaan di atas, yang aku nampak ;

- PR cuba membayangkan yang PSM sendiri menolak kemasukkan ke dalam PR.

- PR cuba membayangkan seolah2 keputusan untuk tolak atau terima PSM merupakan satu perkara yang perlu memakan masa bertahun2 lamanya sebelum PR memilih untuk menerima kemasukkan PSM.

Ini semua wayang oppurtunis macam PR dan Anwar.

Hakikatnya.

- PR tidak memberikan jawapan kepada PSM setelah PSM menunggu sekian lama.

- Bila tidak mendapat kata putus, PSM move forward.

- Kenapa nak move forward?

- Supaya PSM tak perlu lagi bertelagah tentang logo dan penggunaan logo parti dalam pilihanraya akan datang.

- Supaya PSM tahu kat mana mereka nak bertanding dan boleh move buat kerja2 membantu masyarakat di kawasan yang mereka berhasrat mahu bertanding.

- Maka PSM move forward dan amek satu ketetapan.

Ia bukan PSM menolak mahu memasuki PR. Ia adalah kerana PR sendiri tidak memberikan kata putus. Untuk menerima kemasukkan PSM bukan satu keputusan yang sukar. Ia samada YA atau tidak. Lebih sukar jatuhkan TSKI. Dan karang ayat2 fitnah untuk halalkan tindakan tersebut. Kajang movie adalah kerja sukar. Memutuskan kemasukkan PSM ke dalam PR tidak sukar. Berapa banyak masa yang PR perlu amek untuk memikirkan perkara yang mudah neh? Buat la undian jika tiada kata putus dan bertindak la atas keputusan undian. Benda senang gila punya remeh macam neh pun takde otak nak fikir.

Oke. Part 1 dah tamat. Part 2 pasal hujah Rafizi.

Lihat ;



Yes. Point Rafizi betul. PSM tak pernah being apart of PR pun. Never. Bukan keengganan PSM untuk sertai PR. Tetapi keengganan PR untuk menerima kemasukkan PSM. Cuma PR tak huraikan dalam bentuk tindakan. Mereka hanya diam. Diam PR diam tanda tidak setuju.

Dalam pilihanraya yang lepas, PSM dipaksa bertanding menggunakan logo PKR. Bukan mahu bertanding guna logo PKR. Mereka tak bertanding atas kerusi PKR. Parti politik kat negara neh mempunyai masalah sakit jiwa yang kronik. Ini kerusi PAS, ini kerusi BN. Ini kerusi PKR dan blablala semua macam tue. Macam main cop2 kerusi pula. Aku akan move forward untuk tidak mengecop mana2 kerusi dimiliki oleh mana2 parti. Aku dah tinggalkan permainan cop2 kerusi neh. Dulu aku bodoh sebab terpengaruh dengan propaganda parti cop kerusi. Sekarang aku dah bebas dari kebodohan tersebut.

Di Malaysia. Mana2 kerusi yang dipertandingkan dalam PRU atau PRK atau PRN tidak dimiliki oleh mana2 pihak. Sapa yang rasa dia boleh perform, sapa yang rasa dia boleh buat kerja bantu penduduk, dia boleh bertanding ikut celah mana yang dia suka. 

Ini la pendirian aku sekarang.

Oke. Aku tak nampak statement Rafizi sensitif. Aku nampak statement Anwar syok sendiri. Statement Rafizi membuktikan yang PR is the big boss dan PSM berada di bawah tapak kaki mereka dan which is memang betul pun.

PSM adalah masalah kecelaruan yang jelas.

PSM = parti pro sosialisme.
PR = parti pro kapitalisme.

Akal yang waras pun tahu tak pernah logik untuk PSM memilih bersama2 PR dalam memperjuangkan kelas rakyat tertindas kerana ianya sangat kontradiks dengan apa yang diperjuangkan mereka.

Bersama mengikut cause tiada masalah. Tapi untuk bersama dan duduk dalam satu parti, itu kerja gila. Kapitalis dan sosialis bercampur ada kebaikan. Tapi mengikut kepada pendirian PR, apakah korang rasa kapitalis campuran sosialis akan membawa kebaikan?

PR tidak akan memperjuangkan idelogisma sosialis melebihi dari mereka memperjuangkan kepentingan kapitalisma dan poket sendiri. Kronologi2 berdasarkan tindakan2 lepas mereka sudah membuktikan kepada kita banyak kali. Jika orang yang menyokong BN memerlukan masa sehingga 56 tahun untuk terima hakikat, agak2nya orang2 yang sokong PR pula perlukan berapa banyak masa untuk belajar sedar diri terima dan hadapi realiti sebenar tentang perjuangan PR? BN dan PR never be there for rakyat. Learn the lesson. 

Jika sekalipun. PR terniat ahti mahu membuka pintu kepada PSM. Adakah PSM akan menyahut pelawaan tersebut. 60% dari aku akan kata ya. Ya. PSM akan masuk ke dalam PR. Tapi 100% dari aku akan kata tindakan PSM itu merupakan satu kebodohan yang mutlak. 

PSM bukan saja berorentasikan sosialisme bahkan menolak sekeras-kerasnya amalan memutarbelitkan agama demi mencapai maksud peribadi. Dalam BN ada UMNO. Dalam PR ada PAS.

UMNO dan PAS ialah parti penjual agama. 

PSM juga perlu melawan penindasan dalam parti supaya selari dengan penolakkan mereka tentang penindasan yang berlaku diluar parti. Jika tidak PSM akan menjadi parti penyembang kencang macam PKR, PAS dan DAP. Pongpang2 pasal penyelewengan BN, namun dalam waktu yang sama TUTUP penyelewengan parti sendiri.

Ada banyak keburukan yang PSM kena hadap jika memilih mahu menyertai PR berbanding kebaikan. Ini pendapat aku. 

Tengok aje sikap wakil rakyat PSM berbanding wakil rakyat PR. Rujuk sini

Dr. Jeyakumar bukan orang Islam dan melayu. Dia berani isytihar harta walau tak dicabar. Yang dicabar seperti BN dan PR hanya kekal bermain cabaran macam manusia2 yang takde otak yang waras. Dari pimpinan hingga kepada penjilat. Kesemua mereka rosak dan tercemar dengan virus propaganda politikus yang jelas. Dia tak jual agama macam UMNO dan PAS. PSM punya gerak kerja underground memang tersusun. Tanya la sapa2 yang pernah participate dengan PSM punya movement. Dorang banyak involved dengan membantu kelas rakyat tertindas dan kelas pekerja. Ini bukan sembang kosong. Ini sembang berfakta. Jangan dok bantah melulu. Pergi participate dulu PSM punya aktiviti baru memekik kritik aku.

Sungguhpun aku bukan ahli PSM dan tak terlibat langsung dengan aktiviti PSM tapi aku banyak mengikuti dan memerhatikan program2 dan gerak kerja anjuran mereka. Ia menjadi satu tabiat aku untuk perhatikan gerak kerja partisan. Aku perhatikan BN. Aku perhatikan PR. Dan aku perhatikan PSM. Aku perhatikan mereka sebagai rakyat jelata. Rakyat jelata juga perlukan wakil untuk bersuara bagi pihak mereka. Jika semua adalah ahli partisan maka siapa yang nak jadi rakyat biasa macam aku? Maka aku la amek peranan tersebut dengan melakukan pemerhatian tentang parti2 politik di negara neh. Nampak. Aku lantik diri aku dah cukup la. 

HAHAHAHA.

Setiap kali PSM buat apa2 kerja yang membabitkan hak dan kepentingan marhaen, mereka ada kemaskini di laman sosial dan masuk berita. Tapi page view dan jumlah yang baca dan share sangat rendah.

Tujuan PSM share bukan untuk mendapatkan millage politik macam PR dan BN punya stail Tujuan PSM share ialah supaya orang ramai tahu apa itu PSM dan terbuka ahti untuk menyertai pergerakkan itu sekaligus menambahkan bilangan ahli. Semakin ramai ahli semakin bagus untuk satu2 organisasi sebab kita boleh melakukan lebih banyak perkara.

PSM ada buat movement lawan harga rumah dan GST. Participation dari rakyat sangat sedikit. Participation mereka sedikit mungkin akibat terpengaruh dengan elemen2 fitnahisme yang dijaja oleh geng2 PAS, PKR dan DAP terhadap PSM sejak PRU ke 13 hari tue hingga la berjangkit2 kepada isu lain.

Isu penggunaan logo tangan penumbuk tue adalah isu pencetus kepada orang mula nampak PSM. Namun dalam waktu yang sama, bibit2 negatif terhadap PSM juga semakin terzahir.

PAS melalui beberapa pimpinannya telah melakukan fitnah terhadap parti PSM ialah parti yang menolak agama. Ajaran komunis. Pemimpin tak solat. Kafir.

Ini satu bentuk fitnah. Banyak ahli2 PSM yang aku kenal tak tinggal solat dan hujah2 dorang berkaitan agama adalah baik (betul mengikut konsep ilmu). Setakat tengok markas terus nak cop orang2 PSM tolak agama. Main tuduh tanpa hadirkan bukti yang jelas. Itu fitnah. Main berucap atas pentas tanpa kemukakan hujah. Itu juga fitnah. Yang hebat. Fitnah dijaja presiden parti Islam. Pengikut pun sokong. Akal yang waras, waras, waras, sekalipun. Akan minta secara baik kepada presiden PAS. Tunjukkan la bukti dan dalil yang jelas sebelum menuduh sebarangan. 

Itu akal yang waras. Akal yang taksub akan menafikan kewarasan akal manusia. Apa PSM dengan agama?

PSM ialah parti yang memegang pendirian bahawa agama ialah kepercayaan. Agama tidak boleh diputarbelitkan untuk membenarkan kepentingan seseorang. Sepertimana UMNO dan PAS yang gunakan agama untuk halalkan ketidakadilan yang dilakukan oleh parti2 tersebut. Ini la yang PSM tegaskan. PSM bukan menolak agama dalam kehidupan. Menolak putarbelit atas nama agama dan menolak agama ialah dua perkara yang berbeza.

Oleh kerana kita tidak tahu, maka kita bertanyala.

Oleh kerana kita tidak suka, maka jangan la fitnah.

PSM memperjuangkan idelogism sosialis yang melawan kapitalis. Sosialis ialah cabang ekonomi, bukan cabang agama. Bila orang2 PAS mengeluarkan ayat owh oke, Islam itu lengkap. Maka, dari join PSM baik ko masuk PAS aje. Buat apa sosialis jika ada ISLAM.

Ale utoo.

Islam itu lengkap kenapa PAS bersama2 cabang keadilan dan cabang demokratik yang dibawa oleh PKR dan DAP? Islam tidak adil atau tidak demokratik?

Islam juga adil.
Islam juga demokratik.
Islam juga sosialis.

Tapi geng2 PAS separuh masak neh tak pula cakap Islam itu lengkap dari bersama2 keadilan dalam PR maka kenapa bukan ahli PKR masuk PAS aje?

Nampak?
Nampakk?

Pecahan perjuangan neh wujud bukan sebab ISLAM tak lengkap. Ia wujud sebab masing2 nak jadi ketua. Ataupun kerana masing2 tak sekufu dengan satu sama lain dari segi matlamat.

PAS. PKR. DAP matlamat mereka KAPITALIS. Sama macam BN. Sebijik. PSM ialah satu cabang perjuangan yang menolak kapitalis. Ia wujud di negara neh kerana memang terdapat rakyat yang menolak sistem kapitalis yang menindas. (Bukan semua sistem kapitalis itu menindas, ekonomi campuran kapitalis + sosialis ada kebaikan).

Maka. Bila PSM mahu menyertai parti pro kapitalis. Ia sendiri bercanggahan dengan idelogisma perjuangan PSM itu sendiri.

Kau ialah parti sosialis. Kau punya perjuangan ialah sosialis yang melawan kapitalis. Tapi kenapa kau mahu bekerjasama dengan parti pro kapitalis?

Nampak tak?

PSM punya niat mungkin mahu bergantung pada satu pokok yang mempunyai dahan yang besar supaya orang nampak kewujudan mereka. Tapi itu dulu boleh la guna hujah macam tue. Sekarang orang nampak dah PSM. Orang cuma belum nampak dan faham hala tuju. Instead of bersama2 PR, PSM patut perkemaskan hala tuju dan matlamat mereka untuk dianalisa oleh orang awam.

Sosialis jika bergabung dengan kapitalis, matlamat PSM is being compromised or being hijacked kat situ. Kenapa mesti sosialis yang being hijacked? BECAUSE YOU ARE THE SMALLEST. 3 giant kapitalis ditambah dengan giant penjual agama seperti PAS takan buta2 menunduk dan mengikut hala tuju perjuangan PSM. Berpijak pada dunia realiti. Jangan hidup atas mimpi dan harapan palsu.

Bila PR membuat keputusan untuk membincangkan tentang pendirian terbaru PSM mengenai tindakan mereka untuk tidak re-apply kemasukkan ke dalam PR. Ia memberikan aku satu gambaran. Adakah nak membayangkan PSM ada harapan untuk diterima masuk ke dalam PR?


Adakah PSM akan terbuka ahti untuk memasuki PR andai kata PR buka pintu?

Aku tiada masalah jika PSM memasuki dan bekerjasama dengan mana2 parti sekalipun ia contradiks dengan perjuangan asal mereka. Secara ringkasnya. Ahli2 PSM neh memang ramai yang pro marhaen dan jenis rebel. Gerak kerja underground pun bagus dan tersusun. Tapi. Ketahuila. Akal manusia yang waras akan nampak betapa maruah PSM betul2 di tapak kaki PKR andaikata PSM memilih untuk memasuki PR.

Sudahla ahli2 PSM pun berpecah belah. Takde kesefahaman. Yang lawan kapitalis boleh pro PKR. Isu dalaman PKR, mereka yang bergaduh lebih2 sesama sendiri. Kalau sekecik2 isu macam KAJANG MOVIE pun lue tatau letak duduknya lue kat mana, jangan sembang bab besar macam letak duduknya mana sosialis dalam sistem ekonomi negara. 

Lue fikirlah sendiri ek PSM.

Rabu, 5 November 2014

Surat Aduan Setiausaha MSU PAS Salah Guna Duit Derma Untuk Kepentingan Sendiri Tersebar.

WOW. 

Apa yang berlaku neh beb? 

Surat yang tersebar di laman sosial ; 



Siapakah individu yang dimaksudkan?


Tengok tarikh surat. Tahun 2013. Citer tahun lepas punya. Bila tengok aduan2 yang dikaitkan dengan individu tersebut pada aku agak serius.

Pendapat aku.

1. Mula2 sahkan dulu samada surat tersebut adalah aduan rasmi ataupun aduan palsu. Kalau palsu abaikan. Dan patut state terang2. Ini cubaan fitnah untuk cemarkan intergriti PAS dan ahli MSU.

2. Bila PAS dah nyatakan mereka pernah terima aduan tersebut maka adalah amat wajar untuk PAS dedahkan hasil siasatan secara terbuka.

3. Kenapa ek?

4. Sebab ia melibatkan DERMA orang ramai.

5. PAS seringkali terkait dengan skandal menyalahgunakan derma orang ramai atas kepentingan peribadi dan parti (yang tiada kaitan).

6. Ini bukan tuduhan kecik anak.

7. Kes Memali begitu. Kes Kohilai begitu. Kes Lebuhraya rakyat begitu.

8. Bagi memastikan intergriti PAS tidak tercemar, PAS perlu mendedahkan kepada orang ramai hasil siasatan mereka.

9. Benarkah terdapat penyalahgunaan dana derma untuk kepentingan peribadi?

10. PAS ialah parti yang memperjuangkan idelogi ISLAM. Tapi bila bercakap pasal adil, amanah aku rasa semua tahu PAS tak mampu uphold ciri2 tue. Hancur kot. Kalau PAS pun macam neh apatah lagi parti2 gila meroyan yang lain ye tak?

Lue fikirlah sendiri ek.

Kbai.

Peminjam2 PTPTN Berdepan CCRIS - Tak Boleh Beli Rumah.

Beb.

Kerajaan kau neh dah gila. KJ mana KJ. Kata hero anak muda. Sekarang apa citer? Bermula tahun Jan 2015, PTPTN telah memutuskan untuk meletakkan peminjam2 yang tidak pernah langsung membayar apa2 amount ke dalam sistem pangkalan data CCRIS.

173, 985 ialah jumlah peminjam2 PTPTN yang akan dimasukkan ke dalam CCRIS nanti. Alasan PTPTN ialah mahu mendisplinkan perangai peminjam2 PTPTN.

Dan bila nama kau dah masuk dalam sistem CCRIS memang macam celaka la nak beli rumah mesti susah punya.

Nak pinjam apa2 pun susah.

Orang sekarang nak beli kereta dan rumah kan kena meminjam. Melainkan kau kaya raya ataupun pakar merompak wang rakyat macam menteri2 memang la kau boleh dapatkan aset2 tersebut secara cash.

Satu lagi konspirasi untuk melemahkan semangat anak muda melawan sistem riba dalam PTPTN. 

Bugima punya BN.


Pegawai Khas Khairy Jamaluddin Diharamkan Dari Memasuki Cafe Milik Zainuddin Maidin (Bekas Menteri).

Hati tisu.

KAH KAH KAH

Apa kesnya?

First ;


Sapa si Zeifry neh?

Pegawai khas kepada KJ.

Lihat gambar ;


Apa dia buat?

Satu hari dia p makan kat satu cafe. Dia dan kawan2 dia. Semua wanita. Then dia order makanan di atas. Rujuk gambar. Makanan tersebut gamaknya tak sedap sangat kot tue sebab ditinggalkan. 

Yang jadi isu. Cafe yang dia singgah tue cafe yang dibuka oleh bekas menteri. Bekas ketua pengarang kumpulan Utusan. Dan sekarang menulis di Utusan secara sambilan. Dia tatau kot bab tue. So si pegawai khas KJ dok main kritik la kat facebook. Yang kena kritik plak sentap. Dia punya sentap sampai haramkan pegawai khas KJ singgah ke cafenya lagi.

Hak ala.

Si Zeifry tue customer kot.

Kalau masak dah tak sedap memang la orang complain.

Patutnya terima kritikan secara terbuka. Si Zeifry neh pada aku dah kritik secara lembut gila. Macam gaya pondan pun ada. Bapok ke apa. Kalau la aku yang singgah. Masak tak sedap plak tue. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

MEMANG BABIK la aku bagi kot.

KAH KAH KAH

 Si Zainuddin neh semua tahu geng tegar Mahathir. Mahathir semua tahu anti KJ. Si Zeifry plak geng KJ. Mana tak jadi sensitif tak pasal2.

KAH KAH KAH

Ini apa yang si Zam menulis di blognya ;


KOMEN:
He probably didn't know the owner of the cafe where he ate is also the owner of a socio-political blog which is extremely popular and widely read in Malaysia. Oh boy..He messed with a wrong guy!

Oleh kerana tidak diberikan layanan istimewa, Pegawai Khas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah memburukan Zam News Room Cafe  @ Ayer 8 Presint 8, Putrajaya yang dikunjunginnya pada suatu pagi.

Pegawai itu Zeifry Ibrahim mencatitkan dalam facebooknya, "Nama sampaoii,-makanan hampehhh. Custormer tanya -jawapan "Ini cara masak kita macam ini."

Beliau kemudian meninggalkan cafe ini dan menyiarkan kritik serta gambar makanan yang tidak habis dimakannya di face booknya.

Pucanya ialah apabila dia masuk bersama dengan tiga orang teman wanitanya dan duduk di sebuah meja, pembantu cafe telah memberitahunya bahawa makanan dan bayaran perlu dipesan di kaunter kerana ini cafe layan diri.

Setelah makanan dihidangkan, dia komplain kerana nasi tomato hanya ada sejenis kuah dan sejenis lauk sahaja dan dia diberitahu  "itulah cara kami, tidak banyak lauk kerana bukan sebuah restoran tetapi hanya cafe."

Berikutan dengan itu Zeifry mengambil keputusan untuk tidak menghabiskan makanannya, mengambil gambar,meninggalkan cafe dan kemudian mengutuk cafe ini dalam facebooknya di samping menyiarkan gambar makanan yang tidak dihabiskannya.

Perlu disebutkan Zam Newsroom Cafe kepunyaan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Zainuddin Maidin hanya menyediakan makanan yang ringkas seperti nasi lemak, nasi tomato, sandwich, lasagna, spagheti selain dari minuman.

Sejak dibuka pada 1 Januari 2014, cafe ini telah dikunjungi oleh berbagai peringkat rakyat. Dari rakyat biasa,ahli sukan ; penunggang basikal,pejalan kaki , para seniman, ketua ketua pengarang akhbar, penulis,blogers dan juga pemimpin politik , pemimpin masyarakat ,NGO dan  tokoh perniagaan

Diantara mereka yang paling awal mengunjungi cafe ini ialah bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar, Menteri Pelajaran Kedua, Datuk Idris Jusoh, Dato Raja Arif bin Raja Ali, Ketua BiroTata Negara, Dato Sri Haji Alli Kawi, bekas Ketua Cawangan Khas Sarawak, Datuk Haji Che Mat Che Ali, Pengerui Pusat Pungutan Zakat.

Blogers antara lain terdiri dari Rocky's Bru, OutSyed The Box (Syed Akbar Ali), Pengarang Berita Metro, Sufian Tahuri Muhammed, Ketua Pengarang Kosmo Datuk Baharom Mahusin, Datuk Haji Ahmad Tajuddin bin Jab, Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia, Dato Haman bin Abdul Hamid, Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Ketua Setiausaha Negara, Pegawai pegawai Tinggi Perbadanan Putrajaya termasuk Presidennya, Tan Sri Aseh Che Mat.

Selain dari itu, Cafe ini juga sering dikunjungi oleh pegawai-pegawai dari Wisma Putra termasuk bekas-bekas duta dan bakal duta dan juga pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara.

Ramai lagi yang saya tidak dapat sebutkan nama mereka terutama pendududuk tempatan. Pada keseluruhannya mereka tidak pernah membuat teguran yang bersifat menghina, marah atau kecaman sebaliknya memberi beberapa syor tertentu kepada pembantu cafe ini Zamani.

Setelah menimbang dari semua aspek, maka saya rasa tidak sewajarnya saya mengambil tindakan undang-undang terhadap Pegawai Khas Khairy Jamaluddin ini sebaliknya; lebih baik untuk dikemukakan sebagai suatu contoh seorang Pegawai Menteri yang tidak memahami inspirasi   Perdana Meneri dan Timbalan Perdana supaya pendukong kerajaan berubah sikap untuk menawan hati rakyat.

Inlah contoh pegawai yang mencemarkan nama menteri dan  kerajaan.

Supaya  cafe saya tidak lagi tercemar , maka adalah lebih baik  bagi saya  untuk mengharamkan Pegawai Khas Khairy Jamaluddin ini dari memasuki Cafe ini buat selama-lamanya.

Rujukan : http://zamkata.blogspot.com/2014/11/pegawai-khas-khairy-jamaluddin.html

Jumud. Tak terbuka. Taknak raikan kepelbagaian. Ko dah buka cafe. Customer datang dan pesan makanan kau. Bila dorang complain kau haramkan dorang dari singgah cafe kau. Sapa yang rugi? Kau la. Berlambak2 lagi cafe kat negara neh orang boleh singgah. Kalau masak dah tak sedap tue tetap la tak sedap. Tak kira la ko cafe ke apa ke. Patutnya terima kritikan dengan terbuka dan cari jalan untuk perbaiki rasa dan mutu masakan dari semasa ke semasa.

Lepas neh nanti dia cabar orang rasa masakan dia. Nak buktikan sedap. Padahal dia dah upgrade bagi sedap untuk cover malu. Taktik murahan. Bosan. Sampah.

Tapi bagus juga tindakan si Zeifry tadinya tue. Bagi naik saham cafe milik bekas menteri. Propaganda populis naikkan nama cafe kot. 

KAH KAH KAH

Kbai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...