Siyes. Rasa nak mencarut. Tolong. Aku nak mencarut.
Ini cadangan mereka ;
Ayat bajet bagus depan media.
- Harrusani cadang agar wang zakat digunakan untuk tebus tanah2 melayu / rizab melayu yang tergadai.
- Ia adalah untuk melindungi hak orang melayu kat negara neh.
- Bila ia ditebus, ia boleh dimajukan dan diserahkan kepada orang miskin.
WHAT THE FUCK.
Kau ingat kerajaan kau nak serahkan tanah pada orang miskin? Itu takan berlaku biarpun aku hidup mati 10 kali. Mesti kau neh hidup di bawah dunia khayalan kan pak mufti?
Mesti kau tak pernah ber-urusan dengan pihak pejabat tanah dan majlis kan? Sebab tue kau sembang lebat. Kalau kau tatau, meh aku bagitau. Tanah2 rizab melayu tergadai kat negara neh ataupun bertukar status adalah atas sebab kakitangan pejabat tanah yang main proksi, kroni dan rasuah.
SEMUA RAKYAT MALAYSIA TAHU HAKIKAT neh.
Kerana apa? Kerana ia berlaku secara terang-terangan. Sampai satu tahap, kita sebagai rakyat miskin dan tertindas dah taktau nak buat apa. Hanya mampu perhatikan dan mengutuk mereka2 yang menzalimi rakyat. Almaklumla. Yang ada niat, usaha, tekad, ilmu nak majukan tanah, takde duit nak rasuah atau beli sokongan dalam pejabat tanah.
Pejabat tanah hanya suka pada yang ada duit. Bila yang berduit datang berlawan dengan yang ada usaha, yang ada duit menang sebab usaha rakyat miskin tak mampu penuhkan poket kakitangan pejabat tanah.
Yang peliknya. Sapa gadai tanah rizab sapa dan sapa pula yang kena tanggung? Sepatutnya pak mufti desak agar pengagihan zakat dibuat dengan cepat, sistematik, adil dan lebih telus. Bukannya dok sibuk gunakan duit zakat untuk cover penyelewengan dan kesilapan sesetengah pihak dalam mengagihkan tanah pada proksi.
Kena faham punca, baru tahu patut ke tak patut gunakan duit zakat atas sesuatu perkara. Dalam hal neh, penggunaan wang zakat untuk tebus kesalahan sesetengah pihak adalah tidak wajar.
Jamil Khir dah biasa gunakan duit zakat untuk bayar kos guaman. Maka dia tak la rasa cadangan tersebut gila ataupun sewel. Dia dah biasa ma. Dan sudah tentu melayu2 gila macam dia akan sokong cadangan tersebut sebab ia menerbitkan dua perkataan.
Melayu
Rizab
Melayu2 gila taknak faham bahawa sepatutnya pihak2 yang gadai itulah yang harus dipertanggungjawabkan untuk mendapatkan semula tanah2 rizab melayu yang hilang akibat kerakusan mereka dalam mengumpul harta. Duit zakat sepatutnya diagihkan kepada rakyat2 yang susah dan memerlukan. Bersepah2 kat negara neh. Ada kat mana2 saja. Tapi mereka tidak dibantu dengan sewajarnya pun.
Kau buat salah lepas tue kau harap orang lain betulkan kesalahan kau. Mana boleh. Seorang mufti mahupun menteri agama patut memikirkan cara bagaimana pihak2 yang mengadaikan tanah perlu bertanggungjawab untuk membetulkan keadaan. Bila lembaga zakat, institusi agama, ayat2 Allah digunakan untuk melindungi, membela dan menaikkan mereka2 yang bermasalah, salah, jahat, menyeleweng dan korupsi, korang rasa logik tak orang mahu lagi kepada agama?
Korang rasa tak logik ke bila orang mula sakit ahti pada agama?
Korang rasa pelik ke bila orang mula menjauh pada agama?
Peranan institusi agama kat negara neh sebenarnya hanya mendorong orang untuk rasa benci dan meluat pada agama aje.
Lue fikirlah sendiri.
Kbai.