Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 18 Februari 2017

Bawa Pelajar Tahfiz Berhimpun, Poster Anti-DAP, Pakcik Berbasikal Dari Baling, Kehadiran Artis Warnai Himpunan Sokong #RUU355

Bahagian pertama.

Lebih dari 50,000 kehadiran. Angka diperolehi dari portal Malaysiakini pada jam 6 petang. Jangkaan para petugas media turut melaporkan angka kehadiran akan terus meningkat menjelang malam nanti.

Poster anti DAP dibawa oleh penyokong RUU355

Perhimpunan itu turut dikecam sebagai anti-dap melihatkan kepada beberapa poster, manila kad yang dibawa peserta himpunan kali ini.

"RUU355 hak umat Uslam, bukan Islam jangan masuk campur", antara perkataan yang tertera pada kad tersebut.

"Tolak DAP dan sekutunya", poster yang diangkat oleh peserta himpunan.

Sungguhpun demikian, sesetengah ahli PAS berpendapat poster-poster anti DAP mungkin dibawa oleh penyokong-penyokong BN/UMNO bagi menambahkan lagi rasa benci DAP kepada PAS yang mungkin agak marah dengan kata-kata yang tertera di poster-poster tersebut.





Kanak-kanak, pelajar tahfiz dibawa berhimpun

Sesetengahnya turut mengecam PAS kerana melibatkan kanak-kanak. Kata mereka, PAS memanipulasikan kanak-kanak, pelajar tahfiz bagi menghadirkan diri ke perhimpunan. Ada pihak yang mendakwa, pelajar tahfiz dibawa dengan bas dan turut dibekalkan dengan makanan bagi meramaikan peserta perhimpunan. Pihak kami masih mengesahkan maklumat yang tersebar.

Pun begitu, perhimpunan pembangkang (Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan) dan UMNO selama ini turut memanipulasikan peranan kanak-kanak dan remaja sekolah dalam perhimpunan mereka. Jadi, untuk apa kritikan dilemparkan kepada PAS, jika kita sendiri melakukan perkara yang serupa?





Peserta perhimpunan bersolat, masjid penuh dan sesak.

Peserta perhimpunan yang turun juga tidak mengabaikan tuntutan wajib 5 waktu sehari semalam. Masjid, jalan sekitar di Padang Merbok sesak dengan peserta yang bersolat kerana masuknya waktu Zohor dan Asar petang tadi.





Gambaran di Padang Merbok sekitar jam 3 petang tadi.









Siti Kassim dan rakan-rakan turun demo, anjur protes counter-attack.



Seperti yang kita sedia maklum, aktivis orang asli dan peguam hak asasi, Siti Kassim cukup lantang mengecam dan menolak sebarang pindaan dibuat ke atas RUU355.

Mengikut apa yang difahamkan, kumpulan yang menolak pindaan tersebut beranggapan pindaan tersebut selangkah ke arah pelaksanaan hudud di Malaysia. Kumpulan itu berpendapat hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia atas sebab kepelbagaian kaum dan agama yang terdapat di negara ini.

Selain dari itu, mereka juga bimbang atas nama agama yang dijenamakan menggunakan nama undang-undang, pihak berkuasa akan menyalahgunakan undang-undang tersebut dengan hanya menghukum rakyat biasa dan tidak akan menghukum mereka yang berkedudukan dan berpangkat tinggi jika mereka melakukan kesalahan yang sama.

Pakcik kayuh basikal dari Baling jadi tumpuan.

Seorang pakcik penyokong #ruu355 menjadi tumpuan lensa media hari ini kerana kegigihannya yang mengayuh basikal dari Baling, Kedah ke Padang Merbok bagi menghadirkan diri ke perhimpunan.


Ustaz Mohtar Senik jadi bahan ejekan online


Tidak berani menunjukkan jarinya. Merujuk kepada gambar yang tular di laman sosial, Aduka Taruna, aktivis R dan ahli PSM bergambar dengan Ustaz Mokthar Senik namun UMS menyembunyikan jarinya dengan menggunakan kain, tindakan itu diejek oleh penyokong-penyokong pembangkang sebagai pengecut.

Sebelum ini tular di laman sosial satu tuduhan yang mendakwa UMS terlibat dalam perlakuan tidak senonoh dengan seorang wanita yang menyamar di laman sosial, mereka menjadikan hujah seperti jari cagu, tahi lalat di dada sebagai bukti individu dalam gambar adalah UMS. Tuduhan tersebut dinafikan oleh UMS namun UMS tidak membuat sebarang laporan polis bagi menyiasat individu yang giat menyebarkan dakwaan tersebut.

Jamal Abdillah, Wahid Senario hadir tanda sokongan

Beberapa tokoh terkenal termasuk artis turut hadirkan diri ke perhimpuna sokong #RUU355 sebagai tanda sokongan. Kelibat A.Samad Said turut kelihatan di antara gambar-gambar yang tular namun kami tidak dapat mengesahkan kehadiran sasterawan terkenal ada kaitan dengan sokongannya terhadap pindaan RUU355 ataupun tidak.




Gambaran perhimpunan petang tadi.



Sumber gambar : Malaysiakini, WhatsApp, Sosial Media, Sahabat

Sumber Video : WhatsApp Group Sembang Politik

Artikel ini akan disambung ke bahagian kedua.

Jumaat, 17 Februari 2017

Takan Denda Khalwat Sampai 10 Tahun Soal Pengkritik Dalam Kempen #TakNakRUU355

Oleh : Farhan Haziq 

Penjara 30 tahun 
Denda RM 100,000 
Sebatan 100 kali 

Kempen Anti Usul Hadi Bagi Yang Menolak Pindaan RUU355
Saya tertarik dengan hukuman penjara dan denda yang CUKUP tinggi kepada jenayah syariah. 

Saya terfikir jenayah mana yang akan dikenakan hukuman begitu berat sebab penjara 30 tahun ni kalau dalam sivil untuk kes rogol dan bunuh tanpa niat. Malah kebanyakan jenayah berat di antara lingkungan 10-20 tahun. 

Denda pun begitu juga. Had yang tinggi jika jenayah tersebut melibatkan amaun yang tinggi atau terlalu serius. Jadi, saya ragui kesalahan mana yang akan dinaikkan hukuman. 

Bak kata Prof Shad, kebanyakan jenayah syariah adalah tidak bermangsa (victimless) dan personal in nature. Takan hukuman tiada tauliah nak dikenakan denda RM 100,000. Atau khalwat penjara 10 tahun. Siapa nak tanggung makan depa dekat penjara? 

Duit orang PAS atau duit cukai rakyat? Anak dan keluarga pula siapa nak jaga makan pakai depa? Ahli PAS juga ke? 

Sebab tu dari dulu saya tuntut penyokong RUU ni bagi data, statistik dan justifikasi rasional kalau mahu naikkan hukuman dan sejauh mana ia akan menguntungkan negara dan masyarakat. 

Balik-balik pemerkasaan mahkamah syariah dan hukuman tidak cukup. Jadi, yang cukup tu berapa? 30 tahun? Kenapa tidak 50 tahun? 

Selagi tiada ada kajian, selagi itu saya rasa ini retorik dan saya akan bantah buat undang-undang semberono. 

#TakNakRUU355

Kami Dibayar RM300 Dan Diberitahu Ada Shooting Di SUK Dakwa Pemandu Van Jenazah Yang Ditipu Jamal.

Ketua Pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos didakwa memperdaya 15 pemandu van jenazah pada demonstrasi di hadapan kompleks Kerajaan Negeri (SUK) pada 14 Februari lepas. 

Menurut laporan yang disiarkan di SelangorKini, 15 pemandu van jenazah dimaklumkan oleh pihak Jamal kononnya satu sesi pengambaran (shooting) dibuat di SUK tanpa didedahkan sebarang butiran lanjut mengenainya.


“Pemandu-pemandu ini dimaklumkan khidmat mereka diperlukan bagi tujuan sesi pengambaran di SUK dan dibayar pada kadar RM300 seorang. 

“Sebaik tiba di SUK, lain pula jadinya,” kata sumber yang rapat dengan salah seorang pemandu van jenazah itu. Difahamkan, ada di antara van berkenaan bertulis nama-nama Masjid utama di sekitar Shah Alam. 

Dalam pada itu, beberapa wakil media berjaya menghubungi Jamal bagi mendapatkan penjelasan. Antaranya portal Malaysiakini. Portal itu melaporkan Jamal enggan menjawab tuduhan yang dilemparkan sebaliknya menegaskan tumpuan harus diberikan terhadap isu yang dibawanya.

“Saya tidak mahu komen. Ada bayaran atau tidak itu soal lain yang penting sekarang ini bukan soal isu van jenazah itu. 

“Jangan cuba alih isu. 

Isu besarnya adalah penyelewengan dana skim itu sendiri,” katanya kepada wakil media.

Tiada Lagi Tajaan Pelajar Ke Mesir - Menteri.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak lagi memberi penajaan baharu untuk pelajar tempatan menyambung pelajaran ke Mesir memandangkan keadaan di negara itu masih belum stabil, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.


Bagaimanapun bagi pelajar yang masih berkeinginan untuk menuntut ilmu di sana secara persendirian, itu hak dan pilihan masing-masing, katanya.
“Sepatutnya ibu bapa yang hendak menghantar mereka ke luar negara, mereka seharusnya tahu selok-belok dan hal ehwal semasa sesebuah negara itu.
“Sekarang keadaan di Mesir pun belum tenang sepenuhnya…keadaan keselamatan pun masih dipantau oleh pihak kedutaan kita di sana,” katanya kepada media selepas majlis penyerahan Tabung Pendidikan Pelajar Malaysia di sini semalam.
Idris berkata buat masa sekarang difahamkan pelajar-pelajar yang ditaja agensi kerajaan di Mesir adalah mereka yang masih meneruskan baki pengajian mereka.
Pada majlis itu, Idris menyerahkan sumbangan tabung pendidikan anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berjumlah AS$94,000 kepada 16 pelajar Malaysia tahun akhir jurusan perubatan dan pergigian yang sedang menuntut di Mesir.
Beliau dalam pada itu berkata hasil kutipan sumbangan tabung pendidikan itu diberikan kepada pelajar persendirian di Mesir yang menghadapi kekangan kewangan menyelesaikan yuran pengajian universiti masing-masing.
“Sumbangan GPMS pada hari ini adalah untuk fasa kedua yang mana untuk fasa pertama sebanyak AS$92,000 telah diserahkan kepada 10 pelajar yang belajar di institut pengajian tinggi di Mesir,” katanya.
Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk, Jailani Ngah yang hadir mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan sebanyak RM1 juta untuk tabung pendidikan itu. – BERNAMA

Khamis, 16 Februari 2017

Pegawai Khas Menteri Besar Selangor Ada Jam Bernilai 87k Dakwa Blogger UMNO.

Adalah lebih baik jika Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Muhammad Hilman bin Idham menjawab dakwaan yang tular sejak tengahari tadi.

Menurut sebaran tersebut, Pegawai Khas Kepada Menteri Besar Selangor, Muhammad Hilman bin Idham didakwa mempunyai jam tangan mewah yang dianggarkan bernilai 87,000 dan ianya tidak sepadan dengan pendapatan yang diraihnya. 

Beberapa poster turut dibuat bagi menghebahkan dakwaan tersebut.

Berikut pihak kami 'tangkaplayar' untuk dijadikan rujukan pada yang tertuduh. (klik sini juga)


 

Untuk rekod, beberapa bulan lepas dakwaan yang sama (korupsi, bermewah dan menjadi kaya-raya sekelip mata) pernah dilemparkan ke atas Muhammad Hilman bin Idham namun pegawai khas MB itu tidak menjawab sebarang dakwaan yang tersebar.

Ia membuatkan tuduhan tersebut bertambah rancak dan mengundang pelbagai spekulasi yang tidak sihat tidak hanya ke atas Hilman bahkan ke atas Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin serta PKR.
 
Hasil pemerhatian kami di beberapa aplikasi media sosial, setiap kali penyokong-penyokong parti berdebat, berhujah atau bergaduh, isu Hilman ini sering dimainkan bagi menjatuhkan kedudukan Azmin selain dari isu 'Aiskrim', rumah-urut, masalah air, sampah dan denggi di Selangor.

Pihak kami berharap, menjelang PRU yang akan datang ini, PKR tidak memandang ringan atas dakwaan demi dakwaan yang giat disebarkan oleh pemain media sosial UMNO kerana jika ianya tidak ditanggani dengan betul boleh mengundang masalah serius terutamanya pembentukan persepsi negatif ke atas parti pembangkang. Dan jika itu berlaku, tidak mustahil pembangkang akan kehilangan undi.

Dihalau MB Terengganu Kerana Meminta Bantuan, Pakcik Ini Meluahkan Kesedihan..

Oleh : Buletin Online


Harapan seorang bapa pergi berjumpa wakil rakyatnya menjadi hampa, apabila beliau sendiri dihalau, disuruh pulang sahaja, tanpa diberikan apa-apa bantuan.

Wan Ismail Wan Nawang, 62, tinggal di Kampung Teluk Ketapang berkata, beliau pergi berjumpa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir yang juga Menteri Besar Terengganu untuk meminta bantuan persekolahan anaknya.
“Saya nak minta bantuan (untuk) anak sekolah, saya orang yang (giliran) ketiga…….(bila) saya masuk…..dia kata tak ada bantuan,“lepas tu dia hambat…..(lepas) tu saya pun lari, saya pun malaslah (nak tunggu),”ujarnya ketika ditemui.
Menurutnya beliau pergi berjumpa dengan Dato’ Seri Razif Abdul Rahman pada bulan Januari 2017.
Katanya, nasib beliau terus dirundung malang, apabila selepas itu, beliau mengadu kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM).
“lepas tu saya pergi MAIDAM………dia hambat, orang lain boleh bantuan…..kita (saya) tak boleh,”katanya dengan nada sedih.
Beliau hairan kerana menurutnya, pada zaman Dato’ Seri Ahmad Said dahulu, beliau mendapat bantuan tersebut, tetapi sebaliknya apabila Razif menjadi MB.
Sedangkan, beliau mendakwa beliau adalah prnyokong kuat Umno dan Barisan Nasional dan tidak pernah mengundi sebelum in, selain dari ‘memangkah’ dacing.
Apabila ditanya, mengapakah keadaan demikiian berlaku, Wan Ismail berkata, Razif hanya memberi bantuan kepada ‘orang-orangnya’ sahaja.

Rabu, 15 Februari 2017

Mula-Mula Suruh Rakyat Buat 2 Kerja, Bila Dego Ride Dah Berkembang Halang Pula - Kerajaan Jenis Apa Ni Soal Peguam DAP.

Oleh : Zulhazmi Shariff

DEGO RIDE
Sejarah Dego Ride
Dego Ride
Sebelum ini kita dikalutkan dengan isu perkhidmatan Uber dan GrabCar. Sekarang kita heboh dengan Dego Ride. Dego Ride sama seperti Uber dan GrabCar tetapi menggunakan motorsikal berbanding Uber dan GrabCar yang menggunakan kereta.
Dego Ride Malaysia
Pengasas Dego Ride
Adakah Dego Ride melanggar undang-undang?
Jawapannya YA kerana motorsikal yang digunakan berdaftar dengan JPJ sebagai kenderaan persendirian untuk kegunaan sendiri sebaliknya mereka menggunakannya untuk memberikan perkhidmatan kepada orang ramai dan mengenakan bayaran untuk perkhidmatan. 
Malaysia mempunyai undang-undang yang mengawal pengangkutan awam antaranya Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 2010.
Kenapa Uber dan GrabCar boleh dibenarkan tetapi tidak Dego Ride?
Ini masalah pentadbiran bukan masalah perundangan. Uber, GrabCar dan Dego Ride adalah sama di sisi undang-undang iaitu kenderaan persendirian yang dilesenkan untuk kegunaan persendirian bukan untuk tujuan perdagangan atau perkhidmatan. 
Alasan Kerajaan tidak membenarkan Dego Ride setakat hari ini ialah alasan keselamatan kononnya menggunakan motorsikal adalah merbahaya. Ini hanya alasan pentadbiran bukan alasan undang-undang. Jika Uber dan GrabCar boleh dibenarkan sewajarnya Dego Ride juga boleh dibenarkan dengan kawalan dan syarat-syarat tertentu seperti mana Uber dan GrabCar.
Kenapa Uber, GrabCar dan Dego Ride wujud?
Peningkatan kos sara hidup mengakibatkan masyarakat terpaksa kreatif dalam usaha meningkatkan pendapatan bagi menampung pendapatan sedia ada. 
Kerajaan juga melalui seorang menteri meminta rakyat Malaysia supaya melakukan lebih dari satu kerja untuk menambah pendapatan justeru ianya disahut rakyat dengan pelbagai saluran yang ada.
Kerajaan gagal mengurus ekonomi negara dan kemudian terus menerus menekan rakyat. Kerajaan jenis apa ni?
Zulhazmi Shariff 
15 Februari 2017

Kapal Nautical Aliya Kini Di Bangladesh, Sekarang Terbukti Bantuan Sampai, Apa Kata Pengkritik Bidas Netizens.

Bahagian pertama disini.

Kapal Nautical Aliya yang membawa lebih 180 sukarelawan daripada 12 buah negara selamat berlabuh di Pelabuhan Chittagong pada 12:30 tengahari semalam. 

Sebelum ini, portal The Malay Mail, melaporkan sukarelawan yang berada di atas kapal memaklumkan bahawanya mereka tidak dibenarkan untuk tinggalkan kapal atau melawat ke kem kemanusiaan yang menempatkan pelarian Rohingya di Bangladesh. Laporan itu tidak menamakan sumber mereka.

Daripada 180 sukarelawan yang berada di atas kapal, hanya 25 sahaja yang dibenarkan untuk turun dan melawat ke kem pelarian Rohingya di Bangladesh.

"Mereka (wakil kerajaan Bangladesh) maklumkan ada pihak hendak kekang hubungan baik antara Malaysia-Bangladesh, mereka bimbang kalau ada sukarelawan yang cedera atau mati, maka musnahlah hubungan yang sudah lama terbina," kata Ketua misi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kepada pemberita. 

"Kerajaan Bangladesh juga meminta kita datang selepas 15 hari untuk melihat jika bantuan kemanusiaan itu telah diagihkan"

Katanya lagi, Pertubuhan Imigran Antarabangsa (IOM) akan menguruskan sebahagian besar bantuan yang dihantar ke pelabuhan Chittagong. Bantuan kemanusiaan itu akan diagihkan untuk 3 kem pelarian yang terletak di Kutupalong dan Teknaf. 
 
Food Flottila For Myammar


NGO Turki Tarik Diri Misi Food Flotilla
NGO Turki Dikatakan Tidak Setuju Dengan Hasil Misi
Tinjauan kami di laman sosial pula mendapati, rata-rata netizens mengkritik tindakan Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berikutan kegagalan menyerahkan bantuan kepada etnik Rohingya yang terjejas. 

Meskipun menafikan bantuan kemanusiaan tersebut telah disita, tinjauan mendapati netizens tidak mempercayai alasan tersebut. Mereka sebaliknya berasa marah kerana percaya bantuan tersebut akan 'dirompak, dikurangkan, dirampas' ketika proses pengagihan mula berjalan.

Sentimen itu semakin menebal apabila sukarelawan Food Flotilla dihalang dari terlibat dalam proses pengagihan bantuan kemanusiaan dan diminta datang selepas 15 hari. Daripada 180 sukarelawan yang berada di atas kapal, kerajaan Bangladesh hanya membenarkan 25 dari mereka turun dari kapal dan melawat ke kem kemanusiaan atas alasan keselamatan.

Antara Yang Mengkritik
Sikap negatif sebilangan netizens juga turut dikecam oleh netizens yang lainnya. Sesetengahnya terlalu awal membuat kesimpulan sedangkan proses rundingan masih berjalan.

Meskipun Tentera Myammar seringkali dituduh merompak hasil bantuan atas alasan cukai, netizens perlu faham misi kemanusiaan kali ini didalangi oleh kerajaan Malaysia yang mana kerajaan Myammar dan Bangladesh tidak boleh sesuka-hati mengambil tindakan membuta-tuli atas nama menjaga hubungan diplomatik, kata mereka.

Dengan 25 sukarelawan kita yang berada di kem pelarian, memantau proses pengagihan kita ada 50 mata yang akan memerhati, melihat dan meneliti pengagihan bantuan samada ia benar-benar akan sampai ke kumpulan yang disasarkan mahupun disonglap di tengah jalan. Beri masa untuk mereka jalankan tugas, berjaya atau tidak, biar mereka suarakan selepas ini.



Malahan ada yang mempersoalkan pengkritik yang tidak berbuat apa-apa. Melakukan sesuatu bermaksud kita ada peluang untuk berjaya. Tidak melakukan apa-apa bererti kita telah mengaku gagal. Oleh itu kepada pengkritik kerajaan dan PAS dalam isu neh mereka seharusnya bermuhasabah diri dan bukannya mencari salah orang semata-mata jawab netizens yang membidas kritikan ke atas UMNO dan PAS.

KPM Tunda Umum Keputusan SPM Kerana Mesin Rosak, Tiada Wang Nak Baiki - Duit GST Pergi Mana Soal Rakyat.

Mana duit GST kami? Tak akan la nak baiki mesin pun sampai tiada duit? Ada satu sahaja ke mesin tersebut? Duit GST dapat berbillion-billion pun masih kata tiada peruntukan untuk baiki sebuah mesin yang rosak, logik kah akal rakyat untuk menerima alasan sebegitu?

Itulah antara kritikan yang diluahkan oleh pengguna sosial media apabila surat pekeliling yang mengesahkan mesin pemprosesan OMR rosak tersebar di laman sosial sejak petang semalam.


Surat pekeliling yang ditandatangan oleh Pengarah LP, Datin Nawal Salleh, menyatakan bahawanya pengumuman analisis keputusan SPM 2016 yang sepatutnya diadakan pada 2 Mac, terpaksa ditunda kepada 16 Mac ini.

Surat pekeliling yang salinannya turut berikan kepada Ketua Pengarah Pelajaran, Pengarah Peperiksaan dan Pengarah Perancangan Dasar Pendidikan itu menyatakan mesin pemprosesan OMR yang sedang digunakan LP uzur dan rosak sekali gus menuntut untuk diganti.

"Namun LP menghadapi kekangan peruntukan kewangan menggantikan mesin berkenaan dan hanya boleh dibaiki. 

Ini menyebabkan tugas berkaitan pemprosesan data tertangguh untuk kerja membaiki mesin berkenaan, " katanya seperti yang terpapar dalam surat tersebut.


Menurut laporan Berita Harian, pihak media telah menghubungi kementerian terbabit dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan ketika dihubungi berkata, perkara berkenaan perlu disiasat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...