Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 19 Februari 2017

Bendera DAP Dibakar, Amanah & DAP Dikritik Pendemo, Himpun Balas Lawan #RUU355 Hambar

Bahagian kedua. (Bahagian pertama disini)

Dengan kemaskini.

Lautan ungu di Padang Merbok.

Meskipun hujan renyai-renyai, peserta perhimpunan tidak berganjak dari lokasi perhimpunan. Pun begitu terdapat percanggahan bilangan peserta yang hadir dari portal-portal yang melaporkan.



Malaysiakini melaporkan kehadiran melebihi dari 55,000 manakala Berita Harian melaporkan kehadiran pendemo ialah seramai 10,000 dan Buletin Utama serta Sinar Harian pula melaporkan hadirin dianggarkan berjumlah 20,000.



Laporan siapakah yang paling boleh dipercayai? Anda tentukan sendiri.

Berikut ialah gambar-gambar perhimpunan pada semalam.














AMANAH, DAP jadi mangsa kritikan pendemo

Terdapat sebilangan peserta yang hadir mengkritik tindakan Amanah dan DAP yang mempersoalkan pelaksanaan RUU355.





Bendera DAP dibakar



Ini adalah apa yang tular di laman sosial. Kononnya terdapat seorang pendemo telah membakar bendera DAP ketika berhimpun. Gambar yang tular itu turut dikritik oleh penyokong-penyokong Pakatan Harapan yang marah dengan tindakan tersebut. 

Mereka mempersoalkan jika bendera MCA, Gerakan dibakar juga memandangkan kedua-dua parti dalam komponen BN itu turut mempersoalkan pelaksanaan RUU355 selama ini.

Namun terdapat dakwaan, individu yang membakar bendera adalah provokasi yang sengaja dicetuskan bagi menambahkan kebencian antara PAS - DAP.  

Penyokong PAS di laman sosial menegaskan mereka berhimpun secara aman dan tiada bukti wujudnya provokasi dalam perhimpunan tersebut. 

Menurut Fais Al Hajari, tindakan seorang pemuda yang memakai topeng dan membakar bendera DAP tidak dilayan oleh peserta-peserta perhimpunan yang hadir. Provokasi yang sengaja dicetuskan itu bukan sahaja tidak diendahkan oleh pendemo yang hadir bahkan turut dikritik sebagai pengecut dan pondan kerana memakai topeng ketika membakar bendera.

Zaid kata Hadi tidak layak melaksanakan undang-undang Islam.



“Hadi bukan pemimpin Islam yang layak melaksanakan undang-undang Islam. Untuk melaksanakan undang-undang Islam, seseorang itu mesti menjadi seorang lelaki mulia dan berintegriti. Malangnya, kita tidak mempunyai pemimpin seperti itu.”

“Berapa ramai pendakwa raya yang mereka ada? 2 atau 3?"

“Bagaimana jika orang ditangkap? Siapa yang akan menjalankan siasatan? Sudah tentu bukan polis kerana mereka terikat di bawah akta kepolisan.

“Jadi beritahu saya, adakah Mahkamah Syariah mempunyai sistem sesuai?”, Zaid berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 200 orang yang menghadiri himpunan balas anjuran sekumpulan aktivis dikenali sebagai Bebas. 

Perhimpunan itu diadakan untuk membantah RUU 355 yang dibawakan Hadi untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

Perhimpunan BEBAS - serangan balas kepada penyokong RUU355 diejek tiada sambutan.

Ada portal yang melaporkan bilangan kehadiran hanyalah 100. Portal FreeMalaysiaToday melaporkan bilangan kehadiran ialah 200 dan perhimpunan itu turut diejek dengan kehadiran bilangan wartawan yang lebih ramai dari peserta perhimpunan.







Jamil Khir, Mufti Wilayah hadir perhimpunan sokong #ruu355



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kehadirannya di himpunan itu menerima persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan menambah presiden Umno itu “izinkan saya wakilkan… untuk mengangkat martabat Mahkamah Syariah”. 


“Waktu saya nak bertolak tadi juga perdana menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sampaikan salam kepada tuan-tuan,” katanya ketika berucap selepas menunaikan solat maghrib berjemaah.

“Kalau dulu tak ada masalah dalam Parlimen, masyarakat dan kepada sesiapa pun. Tetapi, kenapa 2016, 2017 pindaan ini terpaksa kita adakan sampai himpunan seperti malam ini, kenapa terlalu sukar?

“Kita tidak ambil hak sesiapa pun (untuk buat pindaan RUU 355), umat Islam tak ambil hak orang lain, tapi kenapa tulisan, paparan wajah yang terlalu tak senang lihat Mahkamah Syariah berkembang".

“RUU 355 menjadi polemik panjang menerusi perbahasan di Dewan Rakyat kita bincang soal RUU 355, ada yang nyata persetujuan dan ada yang senyap,” katanya.

Mustafa Kamal hadir beri sokongan #RUU355


Selain dari kelibat artis Wahid dan Jamal Abdillah, Mustafa Kamal turut dirakamkan oleh lensa kamera hadir ke perhimpunan sokong pindaan ruu355

Perhimpunan berakhir dengan ucapan Hadi, Timbalan Presiden PAS mohon agar semua pihak berhenti kecam pindaan RUU355


Saya mahu umat Islam terus istiqamah, hormati agama lain kerana itu perintah Allah dalam Al-Quran kata Presiden PAS kepada para pendemo.

Dalam pada itu, Hadi turut mengajak para pengkritik agar berhenti mencemuh pelaksanaan ruu355 sebaliknya mula berbincang tentang undang-undang lapuk.

"Daripada kamu mencemuh usaha memperkasakan mahkamah syariah, lebih baik bincang undang-undang yang lapuk zaman purba yang masih menggunakan tali gantung.

"Sepatutnya ini yang dibincangkan mereka, bukan mempertikai undang-undang Islam dengan kejahilan ilmu pengetahuan,"

Sukarelawan PAS kutip sampah

Dalam pada itu, pujian dilemparkan ke atas sukarelawan PAS yang tidak meninggalkan Padang Merbok dan kawasan sekitarnya dalam keadaan penuh dengan sampah-sarap. Selain dinasihati oleh pihak urussetia program agar para pendemo menjaga kebersihan, sukarelawan yang hadir turut dibekalkan dengan plastik sampah bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan.

Rakaman perhimpunan ruuu355 pada semalam.



Laporan akan bersambung pada bahagian tiga (akhir). 

Sumber gambar, video : Media sosial, WhatsApp, Hanisya Abdul Hamid, Himpunan355 (FB), Malaysiakini dan FreeMalaysiaToday 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...