Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 19 Februari 2017

Dituduh Macam-Macam, Ini Jawapan Penyokong #RUU355 Kepada Pengkritik.

Oleh : Mohd Nasir Abdullah

Saya tak dapat hadir. Tapi saya tolong sediakan apa yang patut. Bermula malam ini atau sebenarnya pagi tadi lagi, dah kedengaran suara-suara sumbang. 


Jadi saya tolong semua untuk hapuskan suara-suara sumbang ni. Inilah adalah set jawapan skema untuk geng-geng UNGU kepada tuduhan-tuduhan yang bakal disebarkan oleh kumpulan Anti-Ungu. 


Jika datang kepada kamu tuduhan-tuduhan ini maka janganlah kamu takut dan gentar. Jawablah ia dengan lidah yang fasih dan lancar 

Tuduhan 1: Himpunan ini himpunan politik. 
Jawapan : Jika betul himpunan ini himpunan politik, alhamdulillah PAS berjaya menyatukan banyak pihak atas nama politik dengan satu seruan oleh Presiden PAS. Mana ada parti politik lain boleh buat macam ni. 

Tuduhan 2: Hanya ahli PAS sahaja yang datang, kumpulan lain tak ada pun. 
Jawapan : Baguslah jika semua ahli PAS. Itu menunjukkan ahli PAS sangat ramai yang komited, ratus ribu sanggup turun ikut arahan Presiden. 

Tuduhan 3: Ahli PAS sikit saja, yang ramai kumpulan lain. 
Jawapan : Alhamdulillah. Maknanya PAS sangat hebat dan bijak kerana boleh ajak ratus ribu orang lain datang dan PAS mengetuai himpunan walaupun ahli PAS sikit sahaja. 

Tuduhan 4: Tak sampaipun ratus ribu. Sembang jer. 
Jawapan : Takpe tak sampai ratus ribupun, tapi paling pasti, lebih ramai daripada BERSIH 5. 

Tuduhan 5: Hanya orang bodoh sahaja yang ikut serta. 
Jawapan : Takpe kalau bodoh tapi nak belajar macamana nak naikkan taraf mahkamah syariah, daripada bodoh yang tak boleh diajar. 

Tuduhan 6: Bercampur lelaki perempuan, Islam sangatlah konon. 
Jawapan : Bercampur tak apa, sama macam dengar ceramah juga. Asal jangan bersentuh, berselfi jantan betina, buka aurat, terkangkang sana-sini macam BERSIH 5 sudah. 

Tuduhan 7 : Peserta semua diupah 
Jawapan : Ya memang berupah semua peserta. Upahnya pahala insyaAllah sebab antara acaranya ialah kuliah-kuliah agama dan himpunan ini untuk kebaikan umat Islam 

Tuduhan 8 : Minyak dan makan peserta dibayar 
Jawapan : Yalah, habis engkau ingat senang-senang stesen minyak dengan restoran nak bagi free pada orang? Memanglah kena bayar semua tu. 

Tuduhan 9 : Ini semua rancangan Umno untuk bersama dengan PAS 
Jawapan : PAS ok jer kalau Umno nak masuk PAS dan ikut cara PAS. Janji ikut PAS dan Islam dijulang. 

Tuduhan 10 : Tak adapun non muslim yang turut serta dalam H355. PAS gagal tarik sokongan semua macam BERSIH 5 
Jawapan : Memanglah non muslim sikit jer yang datang sebab himpunan ini kerana himpunan ini untuk umat Islam menyokong memperkasakan mahkamah syariah. Non muslim tak terlibat. Tapi kalau nak datang, kita ok jer. 

Tuduhan 11 : Kalau tak ada hudud pun, Malaysia OK jer. Tak perlu berhimpun-himpun bagai.   
Jawapan : Siapa kata kita berhimpun untuk buat hudud? Kesian, budak tadika pun tahu sebab apa himpunan ini dibuat. 

Tuduhan 12 : Hahahahaa….berhimpun konon, nanti masa nak luluskan, tup-tup kalah undi, tak jadi pinda. Padan muka. 
Jawapan : Hahahahaha….kalah tak apa. Tapi ingat, semua ahli parlimen yang menentang, tak akan dapat satu undipun dari penyokong UNGU masa PRU nanti. InsyaAllah 

Tuduhan 13 : Semua yang hadir tu jahil, kena tipu sama lebai jer. Bukan tahu pasal agamapun 
Jawapan : Hampir semua mufti sokong dan ada yang hadir. Ada juga peguam syarie, ada doktor, pensyarah, tok guru. Takkan diaorang jahil kut? 

Tuduhan 14 : Berhimpun sama dengan Umno ni, kalau Tuan Guru Nik Aziz masih hidup, mesti dia akan marah. 
Jawapan : Kau mana tahu almarhum marah? Kau dah gali kubur dia pergi tanya ke? 

Tuduhan 15 : Himpunan yang menyusahkan peniaga-peniaga untuk cari makan. 
Jawapan : Sehingga kini yang diketahui, tiada report yang dibuat oleh peniaga berkaitan himpunan ini seperti BERSIH 5. Mereka lagi untung berniaga sebab polis dah beri permit dan macam biasa, orang-orang PAS yang faham agama ni, peniaga tahu, tak akan buat kacau.Siap buka gerai lagi 

Tuduhan 16 : Gambar-gambar semuanya edit. Nak tunjuk kononnya ramai. 
Jawapan : Dulu Utusan, Berita Harian, TV3 jer kata macam ni. Sekarang kau pulak. Tak pandai kira sampai ratus ribu, lepas tu kata orang tipu, edit. 

Cukuplah tu rasanya…..kalau dia orang masih menuduh, memang sah dah biul sebab tengok PAS berjaya buat himpunan ratus ribu rakyat Malaysia dan ramai pulak yang sokong.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...