Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 23 Februari 2017

Elemen Rasuah Dalam Tender Peralatan Gimnastik Sukan SEA 2017 Dipersoalkan PH.

Kenyataan Media
23 Februari 2017

TENDER PERALATAN GIMNASTIK SUKAN SEA 2017: WUJUDKAH ELEMEN RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA?

Merujuk pada kenyataan BERNAMA bertarikh 9 Februari 2017, Pakatan Harapan khuatir terdapatnya unsur-unsur rasuah dan salah guna kuasa berhubung permohonan dan kelulusan tender pembekalan peralatan gimnastik untuk Sukan SEA 2017.

Terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab secara telus dan bertanggungjawab oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung penganugerahan dan perlaksanaan tender peralatan sukan terbabit.

1. Mengapakah tender untuk pembekalan peralatan gimnastik yang ditutup pada Disember 2016 telah dibatalkan dan tender baharu dikeluarkan semula melalui Perbadanan Stadium Malaysia selepas sebulan kemudian?

2. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum ini telah melantik Malaysian Resources Corp Berhad (MRCB) bagi mengendalikan infrastruktur dan kemudahan untuk Sukan SEA. Mengapakah perkhidmatan MRCB tidak digunakan untuk peralatan sukan gimnastik apabila syarikat tersebut telah dilantik untuk mengendalikan infrastruktur dan kemudahan bagi Sukan SEA tersebut?

3. Pakatan Harapan mempersoalkan ketelusan proses tender dan pembidaan harga. Adakah syarikat yang mempunyai kepentingan sahaja boleh memberi sebut harga dengan harga yang kurang / rendah berbanding syarikat-syarikat lain supaya syarikat tersebut dipilih?

4. Pakatan Harapan memandang serius perkara ini kerana negara Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA buat kali keenam dan kejadian seperti ini amat membimbangkan kerana khuatir akan mencemarkan imej sukan negara. Sepatutnya pihak KBS harus bertanggungjawab dengan menyiasat pembekalan tender tersebut agar kes-kes seperti penyelewangan dana RM100 juta yang pernah berlaku dapat dielakkan pada masa akan datang.

Oleh itu, Pakatan Harapan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan dengan segera sebelum terdapat individu-individu lain yang akan menyalahguna kuasa untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Pakatan Harapan

Saudara Sany Hamzan
Parti Amanah Negara
(AMANAH)

YB Nik Nazmi
Parti Keadilan Rakyat
(PKR)   

YB Wong Kah Woh
Parti Tindakan Demokratik
 (DAP)

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...