Jawapan Noh Omar selepas kena tiaw ;
1. Cadangan tersebut disalahfaham.
2. Niat sebenar nak memberikan pilihan kepada pembeli rumah yang sukar dapat loan bank.
3. Ia hanya di peringkat cadangan. Terbuka kepada penelitian selanjutnya.
4. Pembeli tidak akan dipaksa untuk meminjam dari pemaju.
Ini kesimpulan dari respon Noh Omar. Kenyataan Noh Omar dipetik menerusi portal The Star.
Nak cakap bodoh dikata kurang ajar tetapi memang bodoh pula. Kenapa orang marah dia? Orang marah sebab faedah yang dikenakan mencecah 18 persen setahun. Dia tak bagi cadangan yang menyelesaikan masalah pun. Kalau seriyus nak selesaikan masalah bukan ini caranya. Dia kata cadangan tu sekadar nak beri pilihan dan bukannya paksaan memang la bukan paksaan tetapi apa logik mewujudkan satu polisi yang tak menyelesaikan masalah rakyat? Bincang2, kaji2 dalam kabinet, semata2 nak mewujudkan pilihan. Logik ke?
Untuk pengetahuan korang, pinjaman perumahan dari bank mengenakan faedah di antara kadar 4 hingga hampir 6 persen setahun.
Contohnya.
A beli rumah 100 ribu. A pinjam 90 ribu. Setahun A perlu membayar faedah kepada bank sebanyak 4 persen. Itu yang bank suka kalau kita pinjam lama-lama sebab lagi lama lagi banyak faedah yang dia akan kutip.
Bahkan sesetengah bank kenakan denda jika ko buat pembayaran lumpsum atau habiskan hutang pinjaman lebih awal dari tempoh perjanjian. Sesetengah dari kita yang tak berkemampuan akan fikir nak kurangkan ansurans bulanan meskipun tempoh pembayaran balik hutang sangat panjang bahkan mencecah 40 tahun lamanya.
Boleh ke kita yakin kita akan hidup selama 40 tahun lagi untuk bayar hutang? Apekah famili kita tidak akan terbeban dengan hutang2 yang ditinggalkan jika kita pergi lebih awal dari apa yang kita bayangkan? Silap2 rumah yang kita dah duduk/beli selama 10-15 tahun bank siap lelong lagi walaupun kita dah habis bayar hutang pokok. Gara2 ahli keluarga kita tak mampu lagi meneruskam pembayaran hutang selepas kita tiada. Situasi ini berlaku pada ketika bank mengenakan faedah/riba sebanyak 4-5% ke atas pembeli rumah/hartanah pertama kali.
Dan sekarang bayangkan jika nilai faedah pinjaman meningkat kepada 12 hingga 18 persen. Situasi 4 persen dah cukup teruk bahkan kerajaan tidak mampu menyediakan alternatif terbaik kerana dah berkahwin dengan kapitalisme, telah menghasilkan anak cucu sukar nak bercerai begitu sahaja tanpa mencetuskan sebarang impak negatif inikan pula kerajaan nak mempromosikan dan membudayakan riba pinjaman perumahan sebanyak 18 persen. Berapa ramai lagi yang perlu dilelong rumahnya? Buka laman web yang melelong rumah2/hartanah2. Merata2 ada di setiap pelosok negara. Bagus ke situasi macam neh? Rakyat tak mampu bayar pinjaman perumahan.
Ini antara masalah utama. So cara nak selesaikan masalah atau bantu kurangkan beban rakyat bila rakyat tak mampu kejar harga rumah, ialah kerajaan perlu wujudkan lebih banyak perumahan kos rendah dan serdahana, turunkan faedah pinjaman perumahan seperti di Singapura hanya 1 persen kepada pembeli rumah kali pertama. Riba lebih rendah, harga rumah lebih murah bermaksud lebih banyak golongan yang berpendapatan rendah mampu memiliki rumah berdasarkan kepada gaji semasa.
Noh Omar sebelum bagi cadangan bangang dia kena cari punca permasalahan terlebih dahulu. Senaraikan dan asingkan punca2 kepada masalah ikut tingkat kepentingan. Selidik kat mana bocornya/kelemahan sistem perumahan kita.
Kemudian cari alternatif terbaik bagi selesaikan masalah. Tah pemaju mana tah bagi cadangan sakai macam neh kat dia. Dia pun laju2 pergi sokong aku rasa. Sakai. Rakyat pun cadang bagi pilihan kepada Noh Omar. Bukan paksaan. Nak hidup atau nak mampos. Kalau nak hidup belajar2 jangan menyusahkan rakyat. Kalau nak menyusahkan rakyat elok p mampos saja Noh Omar. Ingat. Ini sekadar cadangan. Bukannya paksaan.
Kbai.