Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 8 September 2016

Kerajaan Beri Lesen Pada Pemaju Untuk Mengeluarkan Pinjaman Kepada Pembeli Rumah - Noh Omar


ergagap-gagap. 

Seolah-olahnya dia bercakap tentang suatu perkara yang dia sendiri tak pasti bagaimana. Alahaii.

Noh Omar dalam satu sidang media sebentar tadi mengumumkan bahawanya kerajaan telah bersetuju untuk memberikan lesen sebagai pemiutang (pemberi pinjam) kepada pemaju2 perumahan yang stabil dan besar. Langkah itu bertujuan untuk membantu pembeli yang menghadapi masalah pinjaman dengan pihak bank agar mereka boleh membeli rumah tanpa sebarang masalah pembiayaian. 

Kerajaan mengatakan tawaran ini terbuka kepada semua pemaju. Sesiapa yang berminat boleh memohon lesen tersebut namun kerajaan juga ada syarat yang tertentu yang perlu pemaju perumahan patuhi. Antara syaratnya ialah pemaju berkenaan perlu mempunyai kedudukan kewangan yang stabil dan aliran modal yang kukuh. 

Bagi aku cadangan ini ada baik buruknya. Lesen pemiutang dikeluarkan kerajaan. Pemaju perlu apply dan perlu bayar juga. Bagaimana dengan kadar faedah. Noh Omar belum perincikan maklumat ini juga. Beli rumah under pemaju jika kadar faedah lebih rendah dari pinjaman bank ialah bagus. 

Pemaju bina rumah dengan kos tertentu, jual dengan harga yang termasuk keuntungan kepada kita, bila kita pinjam bank, harga rumah jadi berganda 2,3 atau lebih dari harga asal pembelian disebabkan pembayaran balik ansurans pinjaman telah dikenakan riba. Jika pemaju menjual rumah kepada kita dengan kadar faedah 50-70% lebih rendah, maka ansurans bulanan lebih rendah dengan tempoh pinjaman lebih pendek maka aku setuju. Bank boleh pergi mampos. 

Tetapi jika pemaju amalkan apa yang bank amalkan ianya tetap tak menyelesaikan masalah rakyat. Kelulusan pinjaman ialah satu isu. Nak bayar balik tiap2 bulan masalah lain pula. Sila ke portal seperti properties.my, cimb lelong, korang akan nampak banyak gila rumah2 rakyat dilelong. Bilangannya meningkat setiap tahun. Mereka tiada kemampuan untuk membayar semula pinjaman dan akhirnya rumah dilelong begitu sahaja walaupun sebelum itu dah berhempas pulas cari modal nak beli rumah. 

Ada 3 faktor utama

1. Harga rumah yang mahal membuatkan pinjaman jadi sukar. Bukan pemaju tak boleh bina rumah mampu milik tetapi mereka memang sengaja taknak kerana kadar keuntungan tidak sehebat bina perumahan mewah. 

2. Pinjaman dah lulus tetapi kadar riba terlalu tinggi. Pembayaran balik jadi sempit dan sukar bila tiba2 kita ditimpa musibah seperti kemalangan, kematian, kesakitan. Kita walaupun tak alami benda2 tu sekarang bukan jaminan kita takan laluinya sampai mati. Sebab tu kita tak boleh pentingkan diri dalam menyuarakan masalah yang dialami oleh orang lain. Tengok ada rumah lelong murah sangat semangat nak beli. Peluang pada kita. Penderitaan pada dia. 

3. Yang bergaji tak tetap selalu dinafikan hak untuk membeli rumah. Yang bergaji tak tetap ini bukan semuanya berbisnes. Nak ada account bank semasa la. Nak ada SSM la. Apela. Choii. Nelayan SSM ape. Penoreh SSM ape. Pembantu pasar malam/pagi SSM ape benda. Aku faham bank mahu menilai kemampuan pembayaran balik peminjam2 wang mereka tetapi syarat2 tu pun kena logik la dengan bidang pekerjaan mereka. Asal ada account bank ada simpanan keluar masuk dah cukupla kan. Ko bagi dia semak fikir nak ada SSM la cukai la ape la buat hape.

Rumah ialah keperluan jika beli untuk tinggal. Kehendak jika beli untuk pelaburan. Cuba mudahkan semudah mudahnya  proses untuk pinjaman rumah pertama kali bagi setiap satu isi keluarga

Ape kata kerajaan turunkan riba kepada pembeli rumah pertama. Dan jadi guarantor pada yang bekerja gaji tidak tetap seperti pekerjaan2 yang aku sebutkan di atas. Bab beri pemaju pinjaman berlesen tu aku was-was sikit. Aku taknak jadinya macam pemaju jual rumah harga A bila bagi pinjam harga rumah jadi B (macam bank) kerana pemaju jadi pengganti banker. Ini pun kerajaan kena semak juga. Jangan luluskan cadangan separuh masak. Tak gemar teman melihatnya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...