Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 9 Mac 2019

Tak Timbul Lagi Masalah Isu Kafirkan UMNO - TGHH.

THE MALAYSIAN INSIGHT | ISU PAS mengkafirkan Umno sudah tidak timbul lagi, kata presiden parti Islam itu Abdul Hadi Awang.


 
Beliau menjelaskan sejak dulu pun PAS tidak pernah mengkafirkan Umno sebaliknya hanya bercakap mengenai hukum Islam yang terpakai kepada semua Muslim, termasuk ahli Umno.

“Siapa mengkafirkan? Umno sudah datang, jumpa kita. Tidak timbul masalah itu lagi,” katanya pada sidang media di Kuala Terengganu, hari ini.

Abdul Hadi diminta mengulas komen Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa kerjasama dengan Umno bukti PAS suka berbohong kerana sebelum ini parti Islam itu menuduh Umno kafir.

“PAS tidak pernah menarik balik “fatwa” tersebut. Sudahkah PAS Islamkan Umno?” tanya Dr Mahathir dalam tulisan di blognya Chedet semalam.

Dr Mahathir merujuk pada ceramah Abdul Hadi di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada April 1981, yang kemudiannya menjadi asas konflik identiti Islam antara ahli PAS dan Umno.

Petikan ceramah yang disebut sebagai “Amanat Haji Hadi” itu juga disentuh dalam Kertas Putih kerajaan mengenai insiden berdarah di Memali, Kedah pada 1985.

Sejak hampir empat dekad lalu, Abdul Hadi mempertahankan inti pati ceramahnya dan menegaskan beliau tidak mengkafirkan Umno sebaliknya hanya bercakap mengenai hal-hal yang jelas dalam hukum Islam.

Beliau malah pernah memohon slot khas di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) untuk menjelaskan apa yang beliau sifatkan sebagai kekeliruan mengenai ucapannya dulu.

Isu PAS kafirkan Umno berbangkit semula apabila dua parti itu minggu ini duduk semeja merundingkan kerjasama politik atas nama penyatuan Melayu dan Islam. PAS dan Umno juga membentuk sebuah jawatankuasa bersama yang dipengerusi masing-masing oleh seorang naib presiden bagi mencadangkan bentuk kerjasama pada masa depan.

Pada sidang medianya, Abdul Hadi juga menafikan kritikan Dr Mahathir bahawa kerjasama PAS dan Umno bertujuan mengembalikan Najib Razak sebagai pemimpin.

“Kita hendak mengembalikan kepimpinan orang Melayu, itu sebabnya kita sokong kepimpinan Tun M sampai habis penggal. Kita tak sokong Najib. Najib dah tak jadi perdana menteri, tak jadi presiden Umno pun.

“Sekarang ini Tun jadi perdana menteri dan kita pertahankan dia jadi perdana menteri sampai habis penggal,” katanya.

Abdul Hadi juga menjelaskan sebagai sebuah parti politik, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti Melayu, termasuk Bersatu pimpinan Dr Mahathir, demi perpaduan Melayu.

Dari Akaun Ke Akaun, SPRM Siasat Aliran 90 Juta..

The Malaysian Insight | LEBIH ramai lagi pemimpin dan penyokong PAS akan dipanggil untuk membantu siasatan kes dana RM90 juta dari Umno, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 

 
Sejak siasatan dibuka awal Februari lalu, bermula dengan senarai sembilan saksi, agensi anti rasuah itu setakat ini sudah menyoal siasat 12 individu, termasuk penyokong dan kakitangan pejabat parti Islam itu.

SPRM juga mengesahkan kes disiasat antaranya bagi kesalahan pengubahan wang haram, melibatkan aliran dana RM90 juta yang dikatakan ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki enggan mengulas lanjut tetapi mengesahkan kepada The Malaysian Insight, kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla) 2001.

SPRM sebelum ini mendedahkan siasatannya setakat ini mendapati wang berkenaan “dibersihkan” melalui pindahan dari akaun ke akaun melibatkan beberapa akaun, modus operandi sama dalam pengubahan wang haram.

Selepas mengesahkan aliran wang berkenaan tidak melibatkan akaun rasmi PAS dan Umno, SPRM meluaskan siasatannya ke atas penyumbang derma kepada parti Islam itu.

Selain transaksi perbankan, kemewahan luar biasa yang dimiliki semua pemimpin berkenaan turut mengaitkan mereka dengan kes ini, menurut sumber.

Oleh itu, jejak perbelanjaan pemimpin terbabit juga diteliti untuk mengesan aliran dana berkenaan, kata sumber yang dekat dengan siasatan kes.

Siasatan SPRM bertumpu pada sekurang-kurangnya 18 kereta dan motosikal jenis mewah serta banglo dan beberapa nombor plat istimewa kenderaan, yang semuanya dikaitkan dengan lapan pemimpin PAS dan seorang bekas pemimpin parti Islam itu.

Kenderaan mewah yang disiasat antaranya jenis BMW 525, Mini Clubman, Toyota Vellfire, Toyota Camry, Toyota Fortuner dan Range Rover.

Ada juga yang memiliki Audi 6, Porsche Cayman, Audi Q7, Volkswagen Passat dan beberapa jenis motosikal berkuasa tinggi, kata sumber.

Menurut sumber, ada antaranya didaftarkan atas nama sendiri dan ada juga atas nama isteri kedua dan ketiga.

Pada 28 Februari, SPRM membekukan lima akaun bank milik pemimpin PAS serta menyita tiga kenderaan mewah serta sebuah banglo. Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan yang turut disiasat SPRM bagaimanapun menafikan aset pemimpin partinya dibeku atau disita.

Menurut sumber, lima akaun bank itu dikaitkan dengan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa. Akaun-akaun bank itu termasuk akaun peribadinya serta akaun empat milik empat yayasan antaranya Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF).

Nasharudin menerajui GMFF sejak 2015 sehingga yayasan yang diasaskan bekas perdana menteri Najib Razak itu ditutup selepas Barisan Nasional (BN) kalah pilihan raya.

Nasharudin adalah pemimpin PAS yang pertama dipanggil memberikan keterangan oleh SPRM pada 8 Februari lalu.

Beliau disiasat pada hari yang sama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dipanggil oleh agensi anti rasuah itu.

Nik Abduh adalah orang yang membuat pengakuan beliau tahu tentang sumbangan duit itu, yang rakaman pengakuannya itu tersebar di media sosial setahun yang lalu, kira-kira dua bulan sebelum PRU14.


Beliau ketika itu menafikan dakwaan suaranya dalam rakaman itu dan menyifatkan tuduhan sebagai “karut, mengarut dan fitnah”.

Setahun kemudian, setelah SPRM membuka siasatan rasmi, Nik Abduh kemudiannya mengaku beliau pada masa itu membuat penafian atau berbohong mengenai rakaman suaranya atas arahan pimpinan parti.

SPRM juga telah menyoal siasat bekas naib presiden PAS Husam Musa pada 20 Februari lepas. Husam terkait dengan kes ini kerana pernah mendedahkan memiliki bukti mengenai sumbangan dana RM90 juta dari Umno kepada pemimpin PAS.

Pada 1 Mac lalu, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin disiasat di Kangar, Perlis mengenai kereta jenis Porsche Cayman atas namanya. Hashim mendakwa kereta itu dibeli dengan permit import milik beliau semasa jadi wakil rakyat oleh anaknya.

Pada hari sama, Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat Mohd Nasir Daud diambil keterangannya di Kota Baru, Kelantan.

Minggu ini, SPRM menyiasat enam individu termasuk Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad Rameli Musa serta bekas exco Selangor, Zaidy Abdul Talib yang juga yang dipertua PAS Selayang. Turut disiasat seorang kakitangan ibu pejabat PAS, Mohd Khoirol Anuar Mat Zuki.

Pada Rabu, Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi dirakam kenyataan berhubung motosikal berkuasa tinggi jenis BMW, yang katanya bukan miliknya.

Semalam SPRM turut memanggil Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan dan Ketua Pesuruhjaya PAS Pahang Mokhtar Senik di Kuantan.

Dalam satu kenyataan ringkas malam tadi, Nasruddin berkata beliau dirakam percakapannya selama dua jam setengah.

“Segalanya berjalan dengan baik dan saya memberi penjelasan mengenai isu dana RM90 juta, yang berkait tuduhan atau dakwaan ke atas saya kononnya memiliki kemewahan melampau sebagai satu fitnah dan tidak berasas,” katanya, dalam mesej ringkas.

Dakwaan mengenai dana RM90 juta dari Umno kepada PAS diterbitkan dalam Sarawak Report pada Ogos 2016. Tulisan pengarangnya Clare Rewcastle-Brown kemudian jadi asas saman fitnah oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang di mahkamah di London.

Awal Februari lalu, Hadi dan Rewcastle-Brown setuju menyelesaikan kes di luar mahkamah, melibatkan pembayaran RM1.4 juta yang dikatakan untuk kos guaman, yang dibayar oleh Rameli.

Sarawak Report bagaimanapun tidak menarik balik tulisan yang menuduh PAS menerima duit dari Umno. Ia malah membuat dakwaan baru setahun kemudian bahawa duit RM90 juta PAS gunakan untuk menampung belanja PRU14. – 9 Mac, 2019.

Jumaat, 8 Mac 2019

Peluang Kerja Sektor Swasta : India Paling Teruk Didiskriminasikan Di Malaysia Kata Kajian.

THE MALAYSIAN INSIGHT | DISKRIMINASI kaum berleluasa dalam sektor swasta dengan calon India mempunyai peluang jauh lebih rendah berbanding calon Melayu dan Cina, kata kajian.


 
Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS) mendapati wujud jurang luas antara kaum untuk mendapatkan peluang temuduga walaupun calon mempunyai kelayakan setanding.

Kajian itu menggunakan dua individu, seorang lelaki dan seorang wanita, mewakili setiap kaum dengan penggunaan kosmetik untuk mengubah warna kulit mereka.

Terdapat empat calon wanita, dua daripada mewakili kaum Melayu- seorang bertudung, seorang tidak- dan tiga calon lelaki mewakili setiap kaum terbesar Malaysia. Setiap mereka memohon 547 pekerjaan dalam semua sektor.

Pasukan kajian memastikan setiap calon mempunyai kelayakan setanding seperti graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan, memperolehi kelulusan Tingkat Dua Atas, lulusan universiti swasta tempatan dan pernah menjalani latihan industri selama tiga bulan di syarikat terkenal.

Hasil kajian mendapati, calon lelaki India hanya menerima 20 panggilan temuduga, calon Melayu mendapat 43 panggilan dan Cina, 179 peluang. Sementara calon wanita, India (49), Melayu bertudung (50), Melayu tidak bertudung (70) dan Cina (240).

“Dalam perspektif berbeza, Nicoal (wanita Cina) hanya perlu memohon sekurang-kurangnya dua kerja untuk dipanggil temuduga. Nur Sakinah, calon Melayu berhijab pula perlu memohon sekurang-kurangnya 13 kerja sebelum mendapat satu panggilan temuduga.

“Paling mengecewakan, Thivakar, calon India lelaki kami, perlu memohon 28 kerja untuk mendapat hanya satu panggilan temuduga. Jika Thivakar memohon 200 kerja sebulan, beliau hanya mendapat tujuh panggilan temuduga,”
kata Pengarah Cent-GPS Zaidel Baharudin hari ini.

Calon tersebut juga mahir berbahasa Mandarin, tetapi Zaidel berkata, Mandarin bukanlah syarat sebenar seperti yang diiklankan.

Zaidel berkata, lebih ramai akan terpinggir jika kaum mereka jadi keutamaan dan trend itu berterusan.

“Kajian ini penting kerana ia menunjukkan betapa diskriminasinya sektor swasta kita.

“Malah, kalau calon itu ada kelayakan, pendidikan dan pengalaman setanding, etnik calon masih memainkan peranan penting dalam kejayaan permohonan kerja.

“Pelajar India dan Melayu yang berkerja keras tidak akan dapat peluang yang mereka layak dapat, membentuk masa depan jurang kesaksamaan dan ketidakstabilan sosial yang berbahaya,”
tambahnya.

Setpol PM Diserbu Pendemo Ketika Tinjau Penduduk Yang Diusir Dari PPR Taman Manggis.

SEMASA | Setpol kepada Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya hari ini datang ke Pulau Pinang bagi meninjau dua isu pengusiran paksa yang sedang berlaku ketika ini.


Kedua-dua insiden berlaku di dua lokasi berbeza.

Kes pertama berlaku di PPR Taman Manggis. 6 keluarga yang dihalau berkampung di Komtar bagi mendesak kerajaan membuka kunci rumah yang disita dan memulangkan semula rumah PPR itu kepada mereka.

Difahamkan penduduk yang diusir telah berkampung di Komtar memasuki hari keempat.

Kanak-kanak juga dilihat bermalam di lokasi itu.

Menurut sumber kerajaan, 22 penghuni yang dihalau itu kerana telah melanggar syarat yang ditetapkan.

Antaranya tidak membayar sewa RM124 sebulan sehingga tunggakan mencecah RM15,000. Berkahwin dengan warga asing, memiliki rumah lain, dan mempunyai dua buah kenderaan serta berpendapatan RM3,000 sebulan. 

Antara syarat untuk tinggal di PPR Taman Manggis ialah isi rumah mestilah berpendapatan RM1,500 ke bawah. Terdapat gesaan agar syarat ini dikaji semula memandangkan syarat itu dibuat pada 20 tahun yang lepas. Kos sara hidup yang tinggi memustahilkan satu-satu isi rumah itu mampu hidup dengan gaji dibawah RM1,500 sebulan.

Kes kedua pula berlaku di Tanah Wakaf Abdul Cauder. Ia adalah perebutan tanah diantara pewaris yang mahu tanah wakaf itu dikekalkan dan penduduk tidak diusir dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang mengatakan mereka adalah pemilik sah tanah wakaf tersebut. 

Tanah wakaf itu perlu dikosongkan bagi membina unit pangsapuri. Bagaimanapun terdapat percanggahan maklumat diantara kedua-dua kumpulan yang bertelagah ini. Kumpulan penduduk mendakwa pangsapuri yang dibina ialah pangsapuri mewah yang tidak mampu dimiliki orang melayu dan miskin. Manakala sumber yang enggan dinamakan namun pro kerajaan mendakwa pangsapuri yang dibina adalah berkos serdahana dan boleh menempatkan lebih ramai penduduk yang berpendapatan rendah.

Pihak kami belum berpeluang untuk meneliti projek yang bakal dirancangkan itu.

Setiausaha Politik Tun Mahathir yang hadir di kedua-dua lokasi yang dinyatakan nampaknya diserbu dan didesak untuk menyelesaikan masalah berbangkit terutamanya ketika berada di perkarangan Komtar.

Pihak yang datang bersolidariti bersama penduduk yang diusir bersikap agresif dan mendesak agar penyelesaian segera dilakukan.

Ketika meninggalkan lokasi, Abu Bakar Yahya berterusan dikejar dan diserbu serta dikepung supaya mendengar luahan yang ingin disampaikan penduduk.

Bahkan puluhan pendemo itu kemudiannya menghalang laluan keluar kenderaan dari kawasan parkir. Mungkin berniat mahu menahan kenderaan SU Politik kepada Perdana Menteri itu.

Manakala di Tanah Wakaf Abdul Cauder, Abu Bakar Yahya dilihat mampu berbincang dan mendengar masalah yang diutarakan wakil penduduk.

Kami difahamkan tujuan lawatan dibuat adalah untuk meninjau masalah yang berlaku memandangkan perkara itu telah menjadi bahan propaganda bagi melemahkan kerajaan Pakatan Harapan.

“Masalah semakin teruk. Kami tidak mahu apa-apa keadaan yang memberi gambaran buruk terhadap kerajaan PH.


“Ia sudah menjadi propaganda,”
katanya kepada pemberita di pejabat bahagian Tanjong Bersatu sebelum meninggalkan Komtar.



Merakam sejarah gambar pertama dan kedua : hari pertama dihalau, ketika rumah keluarga mereka disita, kedua kanak-kanak ini berada di sekolah namun ketika pulang mereka tak lagi dibenarkan masuk ke dalam rumah.



Merakam sejarah : Kanak-kanak bernama Syazmir Haziq menangis kerana keluarganya dihalau. 



Merakam sejarah : OKU juga dihalau keluar dan rumah PPR yang didiaminya disita.


Merakam sejarah : memasuki hari kedua, gambar kanak-kanak ini yang tidur di perkarangan Komtar tular di sosial media dan mendapat simpati ramai.


Merakam sejarah : Makcik ini tidak membenarkan rumah miliknya diroboh lantas menghalang jentera berat dari melakukan kerja-kerja perobohan. Gambar ini menjadi antara 2 gambar paling tular di sosial media bagi merujuk pengusiran paksa Tanah Wakaf Abdul Cauder.


Merakam sejarah : salah satu antara dua gambar tular merujuk kepada perobohan rumah Tanah Wakaf Abdul Cauder. Makcik yang sama telah diheret, ditarik dan digari secara paksa kerana menghalang kerja-kerja perobohan.

Perumahan. Kesihatan. Pendidikan. 3 perkara ini adalah asas kepada manusia untuk membolehkan mereka hidup dengan baik.

Hak mendapatkan rawatan, pendidikan dan rumah untuk berlindung perlu dipertahankan.

Tanggungjawab kerajaan adalah menyelesaikan masalah dan bukannya menambah atau mengusutkan keadaan.

Tanggungjawab rakyat pula bukannya berpihak kepada penguasa tetapi mendesak agar penyelesaian menang-menang boleh dicapai untuk kebaikan semua pihak. - 8 Mac 2019. 

Khamis, 7 Mac 2019

Tanpa Perjuangan Bangsa Sekalipun, Hari Esok Tetap Siang.

Hadri Shah | Kalau tanya aku, sikit pun aku tak give a shit PAS dah menikah dengan UMNO.

Boleh je nak jadi macam hang, meratap henpon dan dok berjam-jam depan laptop cari bahan nak troll, nak menganjing, nak sindir-sindir wedding of the year PAS & UMNO. Hell, aku rasa berdosa buang masa macam tu.


Bukankah ini fenomena biasa dalam politik arus perdana?

Mahathir masuk keluar UMNO sampai tubuh parti baharu, ahli biasa, pucuk kepimpinan lompat parti, - bila ditanya, semua tu kan dijawab beralaskan selembar perjuangan? Teroxnya hang kalau masih percaya politik arus perdana ialah tentang darjat kejujuran dan segunung prinsip.




 
Samada jujur atau tidak, berprinsip atau bukan, sesebuah parti mesti survive. Mesti menjuarai majoriti rakyat. Mesti menjadi hero, nak ubah itu ini. Mesti beriya nak jaga perut rakyat.

Kalau benda ni tak ada, parti hang nak berkuasa dan 'berkhidmat' macam mana?

Aku baca beberapa analisis dari teman-teman yang menulis di fesbuk berkaitan kemenangan berturut-turut UMNO. Ada yang ulas panjang sampai membawa ke demografi dan matematik politik.

Kalau hang dengar respon Tok Mat mengenai MCA dan MIC nak keluar parti, aku rasa hang, sedikit sebanyak dah dapat agak direction UMNO. Dan bila UMNO dan PAS umum penyatuan, kita sepatutnya yang hari-hari cakap politik sudah dapat hidu titik fokus kedua parti ini berteras bangsa dan agama ini.

Macam yang aku cakap, ini bukan soal prinsip dan kejujuran haram jadah semua tu. Berhentilah dok bertanya "apalah perasaan nik aziz kalau dia nampak penyatuan PAS & UMNO?".

Bukan itu yang patutnya hang bimbang. Bukan itu yang patutnya jadi modal hang up status nak kumpul likes & share sebab boleh perlekeh-lekehkan member-member PAS & UMNO hang.

Yang sepatutnya kita bimbang dan gusar ialah semangat ultra melayu islam yang depa nak bawa. Hang patut gelisah bila sentimen politikal berbau bangsa/agama sudah meletip-letup.

Aku bersetuju dengan sesetengah pandangan mengatakan kemenangan UMNO dan PAS di Semenyih bukan kerana masyarakat dah meluat kat PH (walaupun ya, sebab janji-janji belum dilunaskan) melainkan BN dan PAS kembali konsisten memfokus subjek paling intim dengan orang melayu iaitu hak, kebajikan, nasib bangsa dan kepentingan 'islam'.

Lantas, inilah prioritas utama mereka yang berjaya menyedapkan kebanyakkan golongan melayu terutama mereka yang berada di luar urban area.

Senang cakap, berapa ramai kawan melayu hang yang boleh paham istilah-istilah 'dialektika', ' keadilan sosial' blablabla, ideologi yang terperam dalam kitab-kitab rebelius yang hang baca tu?

Kebanyakkan depa paham satu benda je; hak melayu, hak islam, raja, sultan dan perlembagaan tak boleh kacau. Simpel.

Orang melayu boleh je duduk sekali dengan bangsa-bangsa lain, tapi privelej yang depa perasan rasakan tu jangan lah dipersoal. Dan aku rasa ini turut berlaku dan dirasakan bangsa-bangsa lain. Mengapa? Kerana selama i ni kita hidup dalam pengasingan.

Aku tak kata semua orang ada sifat bias kepada kaum sendiri, tapi timbal balik apa yang aku nyatakan disini, berapa kerat yang sudah boleh menerima perbezaan dan sudah bersedia berkongsi dan menyediakan kesempatan hidup sama rata?

Oleh sebab itu tuan-tuan, eksistensi parti-parti politik berakar ras, bangsa dan agama sangat signifikan dan relevan membawakan aspirasi kaum. Inilah formula terbaik memenangi kepercayaan.




Dengan pengunduran MCA /MIC dari BN, langkah itu memudahkan fokus pengantin baru menumpukan fokus 'nasib bangsa dan agama'. MIC dan MCA juga begitu, tentunya.

Melihatkan perkara ini, hang ingat Pakatan Harapan gabungan pelbagai parti akan berdiam diri? Apakah selepas ini, mereka yang dikenali sebagai parti mewakili kelas M40 dan masyarakat urban tidak kembali menumpu kepada bangsa masing-masing?

Peribumi akan membebel soal melayu dan keyakinan mereka mendapat sokongan melayu, Amanah tetap akan menggelabah cakap soal agama, Keadilan dan DAP konsisten dengan gaya play safe depa. Hang bunyi je sikit isu hudud dan superior melayu, hang tengok depa buat pulun macam mana.

Kita yang dibawah ni tuan-tuan, mesti melihat realiti.

Di industri-industri, di tempat kerja, di kawasan komuniti, berlakulah jujur, apakah perjuangan berteraskan bangsa dan agama signifikan?

Apakah perjuangan sebegitu meningkatkan taraf hidup orang melayu, orang cina, orang india dan lain-lain?




Jika masyarakat berbilang kaum tidak bimbang akan warna politik bersulam perkauman dan agama menjadi asas peejuangan, negeri yang bagaimana kita bakal tinggalkan kepada anak-anak?

Aku tetap optimis, masih konsisten berfikiran bahawa semua orang berhak ke atas kesempatan yang sama. Analoginya mudah, semua manusia dalam dunia ini perlu makan. Takkanlah sebab warna kulit dia ungu, dia layak makan sepinggan, kita pula boleh melantak dari pagi sampai ke malam.

Jadi biarlah aku permudahkannya disini.
Tanpa perjuangan bangsa sekalipun, esok tetap akan siang.

Bahkan, percayalah, ia akan lebih terang!

Apakah PAS Sudah Bersedia Menjadi Hamba Kepada Pencuri Soal Tun Mahathir.

CHEDET | 1. Gabungan PAS dan UMNO ini agak menarik kerana asas perpecahan dan penubuhan PAS dahulu belum selesai. Ulama UMNO keluar UMNO untuk menubuh PAS kononnya kerana Islam. Lagipun semasa kepimpinan UMNO yang lepas, salah satu sebab penggabungan bahkan kerjasama UMNO dan PAS tidak berlaku adalah kerana PAS telah mengkafirkan UMNO.
 

 
2. PAS tidak pernah menarik balik “fatwa” tersebut. Sudahkah PAS Islamkan UMNO?

3. Keduanya, PAS juga tidak mahu bekerjasama dengan UMNO pada masa dahulu kerana UMNO mengamalkan perlembagaan yang dituduh sekular dan kafir.

4. Ini adalah di antara asas Amanat Haji Hadi yang membawa kepada sembahyang dua imam; tidak mahu makan sembelihan orang UMNO, jenazah perlu disembahyangkan semula oleh orang PAS jika sebelumnya disembahyangkan oleh orang UMNO, mengharamkan anak mengahwini anak orang UMNO, mengharamkan isteri mengundi UMNO dan jika dilakukan akan gugur talak dan bermacam-macam lagi.

5. Adakah kesemua larangan dan amalan-amalan ini telah ditarik balik atau di arah untuk dihentikan? Apakah orang UMNO terima bahawa mereka dengan PAS kelainan agama tetapi perbezaan ini diterima kedua-dua pihak.

6. Melihat pada perkembangan sekarang, kerjasama antara UMNO dan PAS lebih ke arah untuk mengembali Datuk Seri Najib sebagai pemimpin dan menghalalkan semua jenayah yang Najib didakwa telah melakukan.

7. Adakah PAS sudah anggap Najib yang sedang menghadapi tuduhan-tuduhan rasuah dan salahguna kuasa tidak bersalah.

8. Apakah atas nama penyatuan Melayu dan Islam, rasuah, salahguna kuasa dan jenayah boleh dihalalkan?. Apakah ini adalah pembohongan yang wajib?

9. Betul Najib belum didapati bersalah kerana perbicaraan oleh Mahkamah belum dapat diadakan. Akan terimakah Najib sebagai pemimpin PAS jika ia didapati bersalah.

10. Tetapi jika ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PAS yang arif akan apa yang berlaku di serata dunia, kenapakah mereka masih bersedia bersekongkol bersama UMNO dan Najib. Tidak sedarkah mereka bahawa ramai ahli UMNO sudah meninggal UMNO kerana telah jadi kleptokrasi dan bukan demokrasi.

11. Mereka juga pasti sedar bagaimana beberapa buah bank terkenal dunia telah di tutup dan pegawai-pegawai mereka didakwa dan di jel kerana pembabitan di dalam skandal 1MDB.

12. Selain dari itu, PAS perlu sedar nilai yang diterap dengan bekerjasama dengan Najib dan UMNO di waktu ini.

13. Najib menggelar dirinya dan digelar oleh pengikutnya sebagai “Boss” yang tak perlu berasa malu.

14. Bos bermakna “Tuan Hamba”. Apakah PAS juga bersedia untuk jadi hamba kepada seorang yang dipercayai mencuri. Sudah gugurkah PAS perasaan malu apabila menerima Najib sebagai “boss”.

15. Beberapa orang pemimpin PAS telah datang berjumpa saya dan menyerah satu dokumen akujanji akan menyokong saya sebagai Perdana Menteri. Pemimpin PAS kata tidak akan berkempen sokong BN di Semenyih. Tetapi pada hari penamaan calon ramai pemimpin PAS hadir bersama pemimpin BN. Inikah janji PAS?

16. PH tidak gentar melihat gabungan PAS dengan UMNO. Ia memberi banyak isu dan peluang mendedahkan kedua-dua parti bahawa pembohongan sudah jadi wajib bagi mereka.

Selepas Tiga Tahun Akhirnya Najib Tampil Nafikan Laporan FMT Kononnya Khazanah Rugi..

POLITIK | Selepas tiga tahun portal Free Malaysia Today melaporkan kerugian Khazanah, Najib Razak tampil menafikan artikel yang tersiar itu.



Menurutnya Khazanah sama sekali tidak pernah rugi semasa dalam jagaannya malahan artikel itu sebenarnya memetik laporan dari portal luar negara yang tidak menamakan sumber.

Penafian Najib itu datang selepas bekas Perdana Menteri itu dikecam kerana berbohong apabila mengatakan Khazanah tidak pernah rugi sepanjang 10 tahun pemerintahannya.

Bagaimanapun Najib menafikan tuduhan tersebut dan bertegas bahawa Khazanah sememangnya tidak pernah rugi dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.





Berikut adalah kenyataan penuh Najib Razak;

Saya diberitahu satu artikel tahun 2017 dari portal FMT yang memberi gambaran palsu bahawa Khazanah telah rugi RM9 bilion dalam tempoh 2 tahun selepas tahun 2014 sedang ditularkan oleh PH.

Berita itu ditularkan oleh mereka sebagai "bukti" seolah-olah Najib telah berbohong.

Sebenarnya, laporan media FMT ini adalah berdasarkan berita dari media Singapura Straits Times yang memetik sumber tidak dinamakan.

Kebenarannya ialah Khazanah tidak pernah melaporkan kerugian untuk tahun 2014, 2015, 2016 atau 2017.

Sebaliknya, Khazanah telah untung berbilion-bilion untuk setiap tahun-tahun itu.

Ini ialah laporan kewangan rasmi (independent auditors 'report) Khazanah Nasional untuk tahun-tahun itu:
http://tkr.khazanah.com.my/…/selected-financial-indicator-1…

Selain dari itu, kedua-dua gambar yang saya lampirkan di sini juga adalah dari laporan rasmi yang dikeluarkan hari ini oleh Khazanah Nasional di bawah kerajaan PH

Ianya sekali lagi membuktikan bahawa Khazanah tidak pernah melaporkan kerugian untuk tahun 2014 sehingga 2017, serta menunjukkan dengan jelas sebab utama mengapa Khazanah telah rugi besar untuk tahun 2018.

Mengapa ianya sangat susah untuk pihak PH menerima kenyataan bahawa Khazanah telah melaporkan kerugian pertama sejak tahun 2005 dan nilai aset Khazanah sudah jatuh RM25 bilion sejak PH mengambil alih?

Kalau tak mahu tengok gambar, boleh baca juga dari akhbar tempatan dan antarabangsa.

Khazanah rugi buat kali pertama sejak 2005
https://www.bharian.com.my/…/khazanah-rugi-buat-kali-pertam…

Khazanah posts first pre-tax loss since 2005
https://www.theedgemarkets.com/…/khazanah-posts-first-preta…

Khazanah posts first loss since 2005, on fewer stake sales and higher impairments
https://www.nst.com.my/…/khazanah-posts-first-loss-2005-few…

Malaysia's Khazanah records first pre-tax loss in a decade
https://www.straitstimes.com/…/malaysias-khazanah-records-f…

Khazanah Nasional posts first annual pretax loss since 2005
https://www.thesundaily.my/…/khazanah-nasional-posts-first-…

For the first time in a decade, Khazanah said it swung to a loss before tax of 6.27 billion ringgit in 2018 from a profit before tax of 2.89 billion in 2017, hit by reduced divestment, higher impairments and a lower dividend income.
https://www.reuters.com/…/update-1-malaysias-khazanah-to-re…

'Isytihar Perang Dengan Bukan Melayu', Guan Eng Tarikbalik Kenyataan, Pembangkang Buat Laporan Polis.

POLITIK | Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi bin Dusuki hari ini mendesak Lim Guan Eng meminta maaf dan seterusnya meletakkan jawatan kerana membuat kenyataan berbaur provokasi dan perkauman bagi mengulas kerjasama politik antara PAS dan UMNO semalam.

Dalam kenyataan itu Lim berkata, kerjasama itu menandakan kedua-dua parti itu mengisytiharkan perang kepada bukan melayu.


Namun selepas dikecam bertubi-tubi, Lim kemudiannya dilaporkan telah menarikbalik kenyataan itu seperti yang disiarkan Malaysiakini menerusi portalnya hari ini. 



"Lim telah menarik balik kenyataan awalnya iaitu "isytihar perang terhadap bukan melayu", memetik laporan itu. 

Lim juga dilaporkan enggan melayan kecaman berikutan beranggapan isu itu telah selesai selepas bertindak membetulkan kenyataan asalnya.



Namun pembangkang masih lagi beranggapan Lim Guan Eng perlu bertanggungjawab kerana menimbulkan provokasi.

Laporan polis atas kenyataan itu juga telah dibuat.

Berikut dibawah adalah kenyataan penuh Ketua Pemuda UMNO itu;


DESAK LIM GUAN ENG MOHON MAAF TERBUKA DAN LETAK JAWATAN

Tengahari tadi di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, kami barisan Pergerakan Pemuda-Pemuda daripada parti UMNO, PAS, MCA, MIC, IPF, BERJASA dan Parti Makkal Sakti Malaysia telah membuat laporan polis berkenaan kenyataan rasis dan chauvinis Menteri Kewangan DAP, YB Lim Guan Eng yang mendakwa bahawa kerjasama UMNO-PAS dianggap sebagai ’declaration of war on Non-Malays (isyarat perang terhadap kaum bukan melayu)’.


Sebaran pro kerajaan.
Pada hari ini juga, Pemuda di seluruh negara telah digerakkan untuk membuat laporan polis yang serupa bagi menghantar isyarat jelas bahawa rakyat berbilang agama dan kaum tidak sesekali merestui perlakuan dan pernyataan bersifat rasis daripada mana-mana pihak apatah lagi daripada seorang Menteri Kanan Kerajaan, YB Lim Guan Eng.

Justeru, kami sepakat mendesak Lim Guan Eng agar segera disiasat dan didakwa di bawah Akta Hasutan, MEMOHON MAAF TERBUKA kepada seluruh rakyat Malaysia dan MELETAKKAN JAWATAN sebagai Menteri Kanan Persekutuan kerana kenyataan tidak bertanggungjawab itu mampu mencetuskan ketegangan kaum dan mewujudkan ketidak-harmonian rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini! - 7 Mac 2019.

PAS Bayar Clare Rewcastle-Brown Cerita Tak Betul - TGHH

BERITA HARIAN | Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, hari ini buat kali pertama membuka mulut menegaskan tiada sebarang bayaran dibuat kepada Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, untuk penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah.




Hadi berkata, PAS atau beliau sendiri secara individu tidak pernah membuat bayaran RM1.4 juta itu seperti didedahkan peguam Rewcastle-Brown, Americk Singh Sidhu dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya tak bayar, PAS tak bayar. Dakwaan itu tak betul," katanya yang mengulangi penafian parti itu sebelum ini berhubung dakwaan PAS membayar RM1.4 juta kepada Rewcastle-Brown, menerusi pihak ketiga, untuk penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah difailkannya di London.

Hadi berkata, 'pertuduhan' terbaru dihadapi parti itu berhubung pembayaran RM1.4 juta kepada Rewcastle-Brown hanyalah satu agenda pihak tertentu untuk menjatuhkan parti berkenaan.

Katanya, PAS hanyalah sebuah parti miskin yang menerima sumbangan daripada orang ramai dan tidak mempunyai dana untuk membayar Rewcastle-Brown seperti didakwa.

Ditanya mengenai gambar yang viral kononnya mengaitkan pertemuan antara beliau bersama ahli perniagaan, Datuk Seri Rameli Musa, iaitu pihak ketiga yang didakwa membuat pembayaran kepada Rewcastle-Brown, Hadi mengesahkan dirinya di dalam gambar itu.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan atau mengesahkan individu yang berada dalam gambar berkenaan adalah Rameli.

Beliau berkata, gambar itu adalah ketika pertemuan beliau dengan bekas Menteri Luar Thailand, Tan Sri Surin Abdul Halim Ismail Pitsuwan, dua tahun lalu untuk membincangkan masalah penindasan terhadap umat Islam di Myanmar.

"Saya rasa gambar itu masa pergi Thailand tak silap saya. Ketika saya berjumpa Surin untuk membincangkan masalah penindasan terhadap umat Islam di Myanmar. Beliau (Surin) dah meninggal pun dua tahun lalu.

"Tak timbul pun (pertemuan itu) nak tandatangan cek atau apa ketika itu,"
katanya.

Gambar didakwa Hadi bersama Rameli itu dimuat naik Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, bersama catatan panjang di Facebook miliknya Sabtu lalu, menggambarkan hubungan akrab Ahli Parlimen Marang itu dengan ahli perniagaan berkenaan.

Hadi juga berkata, PAS tidak berhasrat untuk membawa kes serangan terbaru dihadapi parti itu ke mahkamah bagi membersihkan nama kerana tidak mahu membuang masa dan wang.

"Kita tak mahu habiskan masa yang banyak untuk saman, habis duit banyak. Cuma kita mengadu pada Allah.

"Malam ini kita buat solat hajat di seluruh negara. Mereka yang percaya kita tak buat benda yang difitnahkan ini, kita serahkan kepada Allah. Tindakan kita ialah jelaskan pada masyarakat apa yang sebenar,"
katanya.

Beliau berkata PAS menarik semula saman difailkan terhadap Rewcastle-Brown kerana ia adalah agenda politik dan bukan agenda perniagaan.

"Kita dah didatangi pihak tertentu untuk tarik balik kes ini sebelum pilihan raya lagi, tetapi kita tak mahulah kerana kes ini berlaku masa pilihan raya, kes ini pun kes politik.

"Dan apabila kita menang di Terengganu dan pertahan Kelantan, kita dapat perintah negeri ini dan kita juga jadi parti yang terbesar di Kedah dan Pahang.

"Jadi, kita sudah berjaya dari segi politik. Oleh sebab itu kita dah berjaya (agenda politik) dan kita tarik kes ini (saman Rewcastle-Brown),"
katanya. - 7 Mac 2019.

Unit Sosmed Pantau Penghina Islam Kini Ditubuhkan.

KENYATAAN MEDIA | UNIT PEMANTAUAN ISU HINA ISLAM
Berikutan berlakunya kes-kes menghina Nabi junjungan kita, Muhammad SAW dan perbuatan mempersendakan agama Islam, satu unit memantau tindak-tanduk pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah ditubuhkan. 



 
Inisiatif menubuhkan unit ini yang diselia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertujuan memantau penulisan atau provokasi yang bersifat menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam di semua platform media termasuk media sosial.

Saya juga telah meminta unit pemantau ini menerima sebarang aduan berkaitan penghinaan Nabi Muhammad SAW dan agama Islam, seterusnya dengan segera membuat laporan polis dan SKMM.

Kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan, sila whatsapp segera ke talian hotline 010 300 52 60 atau emelkan kepada aduan@islam.gov.my.

Saya berharap kita semua dapat berganding bahu bagi menjaga dan mengekalkan keharmonian negara kita.

Saya percaya, pihak berkuasa telah melakukan tindakan sewajarnya untuk menangani isu ini.

Di pihak saya Menteri Agama sama sekali tidak akan berkompromi dengan perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam.

Negara kita mempunyai undang-undang. Pihak yang bersalah mesti dijatuhkan hukuman yang setimpal.

DATUK SERI DR MUJAHID YUSOF RAWA
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
7 MAC 2019

PPR Taman Manggis : Kalau Ada Rumah Kami Tak Merempat Di Komtar - Sufian Md Zin.

Sufian Md Zin | Sekilas Pandang.. 


Beberapa Fakta berkenaan isu PPR Taman Manggis;

1. Sewa dikenakan RM124, bukan RM100. Untuk warga miskin tetap tinggi.

2. Mula duduki tahun 2006, bukan tahun 1990.

3. Kereta bukan lambang kemewahan, tapi keperluan masa kini. Satu keluarga ada sehingga 8 orang anak.

4. Tiada tunggakan hutang sehingga RM15k seperti didakwa.

5. Ada keluarga yang ada sehingga ada 8 anak, maka gaji perlu bawah RM1500 untuk tinggal di PPR adalah tak logik.

6. Tempoh mangsa yang berkahwin dengan warga asing sebelum tahun 2006 lagi. Kenapa sekarang baru hendak ambil tindakan. Anak sudah 8. PR dah dapat 30 tahun.

7. Jika ada rumah sendiri mereka tak kumpul di Komtar kerana tiada rumah. Mereka ada maruah.

8. Sepatutnya kerajaan menyediakan rumah-rumah baru untuk 400 keluarga miskin yang senarai menunggu. Bukan halau yang sedia ada. Ini pun nasib rumah bawah kerajaan BN dulu.

9. Notis yang dikeluarkan, penduduk telah mohon rayuan dari bulan 10. Jawapan hanya dapat pada bulan 2 tahun ini dan minta keluar dalam seminggu.

10. Pada 27hb 2 telah diarah keluar, tapi rayuan dibuat. Penduduk diarah kosongkn rumah pada 6hb.

11. 4hb masih dilakukan rundingan dengan YB. Segala dokumen dan rayuan yang diminta semua diberikan.

12. Pada 5hb Mac surat dikeluarkan rayuan ditolak.

13. Pada 6hb Mac penduduk dipaksa keluar dari rumah. Yang ada dalam rumah ditarik keluar. Segala yang ada dalam rumah tak sempat hendak dibawa keluar. - 7 Mac 2019.

22 Penduduk Diusir Dari PPR Taman Manggis - Ini Penjelasan Pro Kerajaan VS Hujah Pembangkang.

SOSMED | Nampaknya isu pengusiran 22 penghuni rumah PPR Taman Manggis semakin mendapat perhatian.


Di sosial media kelihatan kerajaan Pulau Pinang dikecam teruk berikutan dianggap menghalau orang melayu dan miskin dari kediaman mereka.

Hal itu kemudiannya dijawab oleh penyokong kerajaan menerusi satu kenyataan ringkas.

Kenyataan itu disebarkan menerusi halaman Penang Kia.
 
"Salah ka pindahkan 22 penghuni yang sudah hilang/tidak layak diganti dengan 22 penghuni Melayu baru yang lebih layak? 

Kerajaan negeri Pulau Pinang kerajaan Zionis Yahudi?

Sedikit fakta, 22 penyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Georgetown diarah pindah keluar hari ini (6 Mac 2019)

Antara sebab kenapa langkah ini diambil adalah kerana:

(1) 22 penyewa ini mempunyai tunggakan sewa sehingga RM15,000. Tidak bayar sejak bermula tinggal di PPR (1990). Walaupun sewa hanya RM100 sebulan. 13 penyewa mempunyai kereta lebih dari 2 buah, membuktikan mereka golongan yang mampu.

(2) 9 penyewa telah dikenal pasti punyai pertambahan pendapatan sehingga RM3000 sebulan dan melepasi paras dibenarkan untuk menyewa iaitu pendapatan RM1,500.

(3) 5 penyewa berkahwin dgn warga asing (Bangladesh & Indonesia). Melanggari syarat PPR iaitu untuk warganegara Malaysia saja.

(4) 8 Penyewa didapati mempunyai rumah sendiri, tetapi menyewakan kepada orang lain

(5) 400 keluarga miskin terpaksa menunggu hampir 7 tahun untuk menyewa PPR ini.

Arahan pengosongan telah diberikan sejak Oktober tahun 2018 serta notis terakhir pada hari Jumaat lalu (1.3.2019)

Langkah tegas terhadap penduduk ini adalah pilihan terakhir yang terpaksa diambil oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kerana penduduk tetap berdegil dan tidak mahu mengosongkan premis.

Inilah sebahagian bangsaku, diberi betis mahukan peha dan menyusahkan Melayu lain,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebook.




Bagaimanapun kenyataan itu dibidas oleh kumpulan yang menentang pengusiran.


Berikut adalah hujah balas mereka;


"Fitnah Yang di Lemparkan Kepada 22 Penduduk Oleh Admin Penang Kia. Sila Baca Jawapan Saya

(1) 22 penyewa ini TIDAK sama sekali mempunyai tunggakkan sewa sebanyak RM 15,000. Bagaimana mereka boleh tidak membayar sewa sejak tahun 1990. Sedangkan mereka mula menduduki PPR Tmn Manggis pada tahun 2006. Jika mereka ada kereta hanyalah kenderaan lama sebagai keperluan urusan harian.

(2) Kos sara hidup yang melampau dan tangga gaji minimum RM 1,100 adalah terlalu mustahil untuk bergaji di bawah RM 1,500 sekarang. Bilakah perjanjian ini dibuat, benarkah puluhan tahun sudah?? Kerajaan Malaysia Baru perlu kaji semula had kelayakkan menduduki dengan gaji dibawah RM1,500 sebulan.

(3) Mereka telah berkahwin 25 tahun sudah iaitu sebelum memasuki Flat PPR Taman Manggis. Jika menjadi satu kesalahan dulu kenapa mereka diberi rumah di PPR??? Isteri dan anak² yang ramai (8 orang) adalah warganegara nak ke mana jika mereka diusir??? DAN tiada satu pun yang berkahwin dengan warga BANGLADESH!

(4) Kerajaan perlu prihatin. Rumah² telah dilepaskan dan dipindah milik sebab mereka tidak layak membuat pinjaman, cuma kesilapan mereka tidak membuat tukaran nama dan ada sesetengah memberi pinjaman nama sebagai penjamin.

(5) Kerajaan perlu bantu dan sediakan rumah PPR untuk rakyat bukannya usir rakyat daripada rumah PPR. Jika mereka perlu berpindah sebagai kerajaan perlu ada solusi penyelesaian iaitu sediakan rumah kos rendah sewa beli dan mudahkan pinjam bank.

Surat kosongkan rumah dihantar pada bulan Okt 2018. Penduduk menghantar surat rayuan kepada Kerajaan Negeri PP pada bulan yang sama. Penolakan rayuan dibalas jawapan pada tarikh 20 Feb 2019 dan diberi tempoh 1 minggu untuk kosongkan rumah (27 Feb 2019) dan rumah disita. Pada 4 Mac 2019 penduduk berjumpa Yb Teh Lai Heng bersama pegawai perumahan bagi membincangkan masalah ini dan mereka berjanji akan mncari jalan penyelesaian yang terbaik dan akan bncang dalam mesyuarat jawatankuasa. Pada 5 Feb 2019 rayuan penduduk ditolak oleh Kerajaan Negeri Penang.

Kerajaan Negeri Penang perlu membuat perjanjian yang tegas kepada penduduk² yang baru nak ditawarkan rumah² PPR BUKANNYA mnghalau penduduk  sedia ada PPR dengan tindakan tegas. Kerajaan Negeri PP boleh membuat perjanjian semula dengan penduduk selama 5 tahun barulah betul dengan konsep Malaysia Baru yang dihebohkan. Dulu mereka membuat perjanjian dengan Kerajaan BN sekarang Kerajaan PH.

Sophian Md Zain
NGO SURPLUS
0164374040

Saya Sedia Berhujah Dengan Mana Mana Pihak Dalam Isu Ini!,"
katanya dalam respon itu.


Pihak kami akan cuba mendapatkan penjelasan dari wakil kerajaan bagi memahami isu yang berlaku di PPR Manggis. - 7 Mac 2019.

Menjawab Propaganda Pembangkang Kononnya Khazanah Rugi RM6.3B..

Adrian Lim | Kata Najib "DALAM TEMPOH 10 TAHUN SAYA PM, KHAZANAH TAK PERNAH RUGI"

Dan penyokong pembangkang pun mula bersorak, sebab tak faham maksud "kitchen-sinking".

Kalau nak jadi bijak, baca. Jangan jadi macam Najib & penyokongnya.




2. Sebenarnya apa yang dilakukan Khazanah yang menyebabkan 'kerugian' ini disebut sebagai "kitchen-sinking" dalam bahasa perakaunan/perniagaan ataupun politik.

Dalam bahasa mudah, "melonggokkan & mengumum kesemua kerugian/masalah dalam satu-satu masa supaya tidak perlu sakit kepala di masa akan datang".

Bahasa lebih mudah lagi: "Tekan butang reset".

3. Dalam dunia perniagaan, kes "kitchen-sinking" yang paling femes adalah kes TESCO pada April 2015.

TESCO telah umum keuntungan RM12 bil utk financial year 2013. Namun, di bawah pimpinan CEO baharu Dave Lewis, TESCO telah putuskan untuk umum kerugian RM34 bil bagi financial year seterusnya (2014). Perbezaan sebanyak RM36 bil (+12bil -> -34bil).

Pelik bukan?

4. Dave Lewis pada ketika itu baru je ambil alih sebagai CEO TESCO yang baharu.

Segala taik yg disembunyikan CEO lama, sekaligus dikeluarkan agar CEO baru tidak 'diikat' beban yang ditinggalkan CEO lama di masa akan datang. Antaranya pembongkaran pengumuman keuntungan palsu (inflated profit) tahun sebelumnya, pemalsuan akaun, kemerosotan nilai aset-aset yang disembunyikan & sebagainya.

5. Samalah dalam kes Khazanah. Pengarah Urusan yang baharu, Datuk Shahril baru je dilantik pada Ogos 2018.

Maka beliau bersama pimpinan baharu Khazanah telah membuat keputusan untuk menggunakan strategi "kitchen sinking". Orang dalam dunia perniagaan tau strategi ini. Najib sebenarnya pun tau, tapi cuba selamatkan diri dengan mengelirukan orang ramai.

6. Apakah Khazanah tdk pernah rugi zaman Najib?
Rugi. Siapa kata tak pernah rugi? Tahun 2014 - 2016 Khazanah rugi RM9 bilion 


(https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/11/29/khazanah-susut-rm9-bilion-dalam-2-tahun-didesak-perbaiki-prestasi/)

7. Namun Khazanah setiap tahun seolah-oleh untung besar. Sebab ada cara-caranya.

Antaranya jual saham syarikat2 yang dipegang supaya dalam buku akaun dicatit sebagai 'keuntungan'. Antara saham-saham yang pernah dipegang Khazanah kemudian dijual:


- Khazanah kaut RM571 juta ketika menjual saham CIMB pada tahun 2017


- Khazanah kaut RM1.17bil ketika menjual saham TNB pada tahun 2016


8. Selain itu, keengganan menilai semula aset-aset yamg dipegang boleh menyumbang kepada gambaran palsu prestasi kewangan sebenar sesebuah syarikat.

Contoh: Nilai Perniagaan A dicatat sebagai bernilai RM1bil pada tahun 2010. Syarikat andaikan nilai Perniagaan A ini nilainya naik 10% setiap tahun. Maka untuk tahun 2011, tambah jelah 10% untuk menjadikannya RM1.1bil.

9. Ada kalanya andaian tu betul, ada kalanya tak betul. Andaian tersebut tak betul sekiranya berlaku rombakan semula modal perniagaan ke, hakisan market share, perniagaan terbantut akibat ketirisan, dan kadang-kadang bisnes tu tak berjalan sebaik tahun yang lalu.

Maka dengan menganggap nilai perniagaan tersebut naik 10% secara automatik, syarikat akan berjaya memberi gambaran 'palsu' mengenai status sebenar perniagaan tersebut.

10. Sebab itu apabila kerajaan baharu & pimpinan baharu Khazanah mengambil alih, antara beberapa keputusan yang dibuat adalah untuk menilai semula aset-aset, saham-saham, perniagaan-perniagaan yang dipegang Khazanah.

Setelah dibuat, rupa-rupanya jumlah nilai sebenar telahpun susut RM7.3 bil.

11. Maksudnya... Aset-aset Khazanah telah 'terlebih nilai' sebanyak RM7.3bil pada tahun-tahun sebelum ini. Cuma orang tak nampak sebab tidak dilaporkan.

12. Sebenarnya kalau diteliti betul-betul pembentangan Khazanah, anda akan dapati bukan perniagaan Khazaah yang 'rugikan' Khazanah, tapi penilaian semula aset-aset ini.

Nilai rosot (impairment): RM7.3bil
Kerugian yang diumum: RM6.3bil


Dari segi perniagaan, sebenarnya Khazanah untung RM1bil (7.3bil - 6.3bil), tak rugi.

13. Kerjaan PH & pimpinan baharu Khazanah pada asalnya mempunyai 2 pilihan:

Pilihan (1): Buat cara lama, sembunyikan prestasi sebenar dengan 'memanipulasi' akaun, jangan menilai semula nilai aset-aset Khazanah, kemudian umum untung besar. Syoklah satu Malaysia sebab untung, bukan? Tapi semua akan jahanam kelak.

Pilihan (2): Tekan butang reset dengan mengumumkan keadaan sebenar. Benganglah satu Malaysia sebab rugi, betul? Tapi lebih baik & stabil kelak.

Mereka pilih B. Biar pahit & difitnah sekarang, tapi kedudukan Khazanah lebih sihat kelak.

14. Bukan niat saya nak menuding jari. Rasanya bukan niat PH atau Khazanah nak salahkan siapa-siapa pun. Sebab itu dalam sidang media Khazanah, tidak disentuh langsung pasal pentadbiran lama ataupun Najib.

Tapi memandangkan Najib Razak telah ambil berita ini dan spin, kemudian Khairy Jamaluddin pun sebar berita tidak tepat, maka terpanggillah untuk jawab penipuan Najib & Khairy.

15. Mungkin maklumat-maklumat ini complicated. Sebab itu hampir 2 jam digunakan untuk membaca & meneliti laporan Khazanah, sebelum dijelaskan dalam bahasa yang paling mudah untuk orang ramai fahami.

Semoga bermanfaat.

Rabu, 6 Mac 2019

Datuk Rameli Musa Yang Saya Kenali & Hubungannya Dengan Presiden PAS..

HAFIZ BASIR | Datuk Rameli Bin Musa Hafizahullah;
1) Semalam Ezam Nor menulis dengan jujur perihal DRM, Kemudian Ust Nazmi Karim Hafizahullah. Dan saya rakyat marhain juga ingin menulis tentang beliau yang sudah semakin masyhur mendapat cercaan dalam page FB Rafizi & komen-komen penyokong PKR, PAS dan lain-lain.

2) Saya juga mula mengenali beliau selepas saya menjadi imam terawih di Masjid KD tahun 2011, alkesahnya bila semua imam diberikan rm1000 duit raya dan semua bilal mendapat rm500. Rupanya setiap tahun itulah kebiasaan beliau.


3) Ahli jemaah menyebut-yebut nama beliau sebagai sponsor kepada banyak aktiviti masjid, sponsor karpet dan macam-macam lagi yang tak pernah dia sebut. Tapi saya tidak pernah terdetik untuk menjadi akrab dengan beliau sehinggalah Allah izinkan saya mengenali lebih dekat selang beberapa tahun kemudian.

4) Pernah saya jadi imam terawih & selepas itu program tentang isu Syria oleh Syeikh Kuraim Rajih (tokoh qurra Syam), selepas habis program saya, Syiekh Kuraim dan beberapa lagi imam dijemput makan di rumah datuk, lepas makan saya lihat datuk menyalamkan sampul surat besar (sekepuk) penuh dengan duit kepada Syeikh Kuraim untuk rakyat Syria, rasanya 10k.

5) Datuk & datin datang ke kampung saya menghadiri majlis kenduri kawin adik saya yang penuh sederhana. Ayah & ibu saya terkejut kerana menerima salam rm1000 setiap orang.

6) Mereka berdualah tetamu luar saya yang pertama menziarahi rumah kecil yang saya baru siap saya bina di ceruk Sungkai Perak. Tak sangka datuk & datin sudi menerima jemputan makan di rumah saya berjam-jam saya bersembang dengan datuk & datin. Ya Allah betapa berbunga hati saya sekeluarga, kerana insan berpengaruh & SOLEH menziarahi kami

7) Saya katakan soleh kerana beliau sangat pemurah seperti disebutkan oleh Ezam Nor dan Ust Nazmi. Bahkan sebenarnya suka mendampingi ulama, ahlul Qiam setiap malam, setiap 17 ramadhan akan berada d mekah madinah, tdk pernah solat duduk walaupun imam membaca terlalu panjang.

8 ) Saya tak heran kalau benar datuk membayarkan 1.4m kepada Clare, sebab beliau sangat akrab dengan TGHH. Sangat akrab dengan Ust Fadhil Nor, akrab dengan Tun M, pernah sangat akrab dengan Anwar Ibrahim.

Beliau hanyalah simpati kepada presiden Pas yang terpaksa ulang alik ke UK menghadiri sidang mahkamah, menanggung kos & lain-lain sedangkan TGHH sudah seumur dengan beliau dan Anwar, terlalu sebuk dan pernah sakit. So, lebih baik tutup kes sekalipun supaya TGHH tidak terbeban dan Pas tidak akan menanggung kos belasan juta RM.

9) Bukan sekadar tokoh-tokoh politik daripada pelbagai parti pernah dibantu beliau bahkan beberapa ilmuan juga.

10) Beliau tidak ada apa-apa kepentingan kerana kekayaannya dibina tanpa bantuan orang politik mahupun kerajaan. Lantikan sebagai Chairman KTMB pun sebenarnya ditolak tetapi dipaksakan kepada beliau oleh 2 orang Tun.

11) Saya pernah tanya Datuk, kenapa tidak bersara sahaja daripada menguruskan bisnes? Beliau menjawab; Saya mmg fikir untuk jual sahaja syarikat, tapi tiada orang islam mampu beli, ratusan juta ditawarkan oleh hartawan cina. Tapi saya fikir jika saya jual kepada cina tersebut, sudah tentu nasib pekerja-pekerja islam saya tidak terbela! Bayangkan staf-staf yang islam di Thai 900 orang!

12) Saya sentiasa mendoakan beliau & isterinya yang juga solehah agar istiqamah dalam melakukan amal soleh, dikurniakan husnul khatimah & dimasukkan Syurga Firdaus. Saya berjanji jika beliau meninggal dunia saya akan menguruskan jenazahnya, menziarahinya dan solatkan jenazahnya dimana juga beliau diwafatkan Allah.

13) Jagalah lidah dan tangan anda daripada menghina/menfitnah seorang insan yang sangat kuat hubungannya dgn Allah. - 6 Mac 2019.

Jual Tanah KTM Tanjong Pagar, Najib Tampil Dengan Cerita Sebenar..

NAJIB RAZAK | Saya lihat ramai masih tidak tahu kebenaran tentang isu tanah KTM di Tanjong Pagar, Singapura dan menuduh saya telah jual tanah tersebut.


Biar saya jelaskan sekali lagi.

Perjanjian asal untuk menghentikan stesen KTM di Tanjong Pagar dan menukar tanah 271 hektar KTM di Singapura bukan di persetujui oleh saya tetapi dirunding dan ditandatangan oleh Menteri Kewangan kita pada tahun 1990.

Di bawah perjanjian 1990 ini, Malaysia bersetuju untuk memindah stesen di Tanjong Pagar kepada stesen baru di Kranji.

Sebagai pampasan, Malaysia akan membangunankan tiga pakej tanah milik KTM di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands bersama dengan Singapura mengikut nisbah 60% untuk Malaysia dan 40% untuk Singapura.

Selepas kerajaan PM4 menandatangani perjanjian ini, kerajaan PM4 juga tidak mahu menghormati perjanjian ini dan meminta untuk 3 pakej tanah di Bukit Timah milik KTM juga di masukkan.

Singapura pun bersetuju untuk memasukkan tanah Bukit Timah dalam rancangan pembangunan bersama tetapi Malaysia tetap tidak mahu menghormati perjanjian ini kerana masih bersengketa dengan Singapura dalam pelbagai isu pada masa itu.

Oleh itu, perjanjian dan tanah-tanah KTM terbiar begitu sahaja selama 20 tahun tanpa memberi hasil satu sen kepada kita.

Tanah-tanah ini asalnya diberi kepada KTM pada tahun 1918 mengikut Akta Keretapi pada masa itu.

Ianya tanah pajakan 999 tahun dan syarat guna tanah dihadkan kepada kegunaan keretapi sahaja.

Ia TIDAK boleh dibangunkan atau digunakan untuk projek-projek lain.

Kebanyakan tanah itu juga terlalu sempit untuk projek pembangunan kerana laluan landasan keretapi memang tidak luas.

Jika Singapura tidak bersetuju menukar syarat kegunaan tanah, tanah KTM itu akan terus dibiarkan begitu sahaja.

Tunggu lagi 999 tahun pun tidak akan memberi satu sen faedah kepada sesiapa.

Malah kita perlu membayar cukai tanah tahunan kepada Singapura.

Pada tahun 2010, saya pun berunding dengan kerajaan Singapura dan mencapai persetujuan baru di mana mereka akan memberi 4 pakej tanah di Marina Bay (dekat dengan Marina Bay Sands) dan 2 pakej di Ophir-Rochor sebagai tukaran kepada satu pakej tanah di Tanjung Pagar, satu pakej di Kranji, satu pakej di Woodlands dan 3 pakej di Bukit Timah.

Iaitu, 6 pakej tanah bertukar dengan 6 pakej tanah.

Sesiapa yang mengenali Singapura tahu bahawa tanah di Marina Bay ialah yang paling berharga manakala kawasan Ophir-Rochor ialah pusat perniagaan (CBD) baru Singapura.

Jauh lebih berharga berbanding tanah-tanah di Bukit Timah, Kranji atau Bukit Timah.

Pada masa itu, Singapura juga mahu Malaysia membayar S$1.47 bilion (RM4.5 bilion) sebagai caj pembangunan kerana tanah-tanah yang mereka bayar sebagai pampasan adalah sangat berharga.

Saya tidak setuju dan mengarah perkara ini dilawan di mahkamah dunia di The Hague, Belanda.

Pada tahun 2014, kita menang dan Singapura kehilangan RM4.5 bilion kepada kita.

Baca link ini:
https://mothership.sg/…/spore-watched-1-47-billion-in-reve…/

Saya rasa ini kali pertama Malaysia menang kes besar dengan Singapura dan pada masa itu ramai rakyat Singapura sangat marah tetapi itu hak mereka nak marah asalkan negara kita berjaya untuk dapat manfaat bernilai RM4.5 bilion.

Selepas itu, tanah-tanah yang kita dapat telah dibangunkan oleh syarikat perkongsian bersama antara negara Malaysia dan Singapura bernama M-S Pte Ltd di mana pemilikan 60% kita diletak di bawah Khazanah Nasional.

Projek di Marina Bay dinamakan Marina One dan bernilai S$7 bilion (RM21.3 bilion) manakala projek di Ophir-Rochor diberi nama DUO Residences bernilai S$4 bilion (RM12.2 bilion).

Kedua-dua projek ini telah berjaya disiapkan pada awal tahun 2018 dan kini amat berjaya, memberi pulangan besar kepada negara. https://www.todayonline.com/…/pm-lee-najib-open-marina-one-…

Projek di Marina One sebesar 3.67 juta kaki persegi melingkupi dua menara 34 tingkat kediaman mewah, dua bangunan 30 tingkat pejabat gred A dan pusat membeli-belah "The Heart".

Banyak syarikat terkenal seperti FaceBook, PWC, Grab, bank komersil dan sebagainya telah berpindah ke Marina One dan telah mula membayar sewa kepada syarikat milik Khazanah - pulangan berterusan jangka panjang untuk kita.

Pada masa ini, kedua-dua pembangunan yang bernilai RM33.5 bilion ini masih dipegang oleh kerajaan Malaysia tetapi besar kemungkinan ianya akan dijual oleh PH juga tidak lama lagi. https://www.freemalaysiatoday.com/…/khazanah-akan-jual-peg…/

Sekali lagi, saya yang cuba menyelesaikan masalah legasi untuk kebaikan negara tetapi difitnah oleh PH pula bahawa saya telah derhaka kepada negara pula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...