Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 4 Mac 2019

Tanam Buluh Bukan Idea Bangang, Menteri Pertanian Perlu Jalankan Kajian Bantu Menteri Perusahaan.

Nurul Asyikin | KahKahKahKahKah! Demikianlah Teresa Kok ditertawakan seolahnya seperti membuat kenyataan bangang. Teresa Kok yang mungkin sedikit terkesan dengan kritikan yang diterimanya kemudian membuat kenyataan balas bagi membetulkan tanggapan serong yang diterima.

Sememangnya Teresa Kok disalahanggap!

Menanam buluh bukan idea bodoh, bangang lagi tolol - meskipun kita melihat sesetengah rakyat beranggapan idea itu rubbish!

Pandangan Mat Saman Kati;
Sejak dua bulan lalu, aku dan kawan aku memulakan satu projek bangang. Tanam buluh seluas 36 ekar.

Tup-tup...Teresa Kok bawa keluar idea tanam buluh. Kami tepuk meja. Mana dia dapat idea ni?

Seperti biasa, ramai penyokong PH sendiri yang gelak. Macam depa gelak kat wakil PAS cakap pasal padi Singapore dulu.

Industri buluh bukan baru tapi macam aku pernah cakap dulu, pertanian di Malaysia ketinggalan 10-15 tahun berbanding negara lain.

Salah satu masalah utama kita ialah takrifan 'pertanian' itu sendiri.

Patutnya, hal-hal tentang sawit, getah, buluh, nanas ni hal pertanian. Patutnya idea datang dari Menteri Pertanian. Sebaliknya, idea tanam buluh ni datang dari Menteri Perusahaan Utama.

Seolah-olah, semua nak di 'industrialise'kan.

Buluh merupakan bahan asas bangunan masa depan. Orang dah buat baju dengan buluh. Kita nak bakul buluh pun impot dari China.

Ganja dan buluh akan menjadi komoditi utama masa depan. Again, China sedang mendahului negara lain.

China merupakan pengeluar ganja terbesar didunia bersama Israel. China juga menjadi pengeluar buluh yang kedua terbesar didunia.

Dikalangan negara Asia, India mempunyai 9.57 juta ekar buluh. China mempunyai 3.3 juta ekar. Diikuti dengan Vietnam 1.3 juta ekar, Thailand 1.02 juta ekar.

Manakala Malaysia hanya mempunyai 20,000 ekar.

Kalau tanaman buluh ni dibawah Menteri Pertanian, yang untung ialah petani.

Kalau dibawah Menteri Perusahaan Utama...pakat dimonopoli oleh tauke saja la.

Lagi pandangan Mat Saman Kati;

Bila menteri nak keluarkan satu-satu kenyataan atau idea, selalunya dia sudah diberi taklimat oleh pihak yang berkepentingan.


Teresa Kok buat kenyataan pasal buluh semasa merasmikan satu program di Bentong. Bentong tempat Wong Tack. Wong Tack bukan setakat orang politik tapi dia juga businessman yang bermazhab green economy.

Buluh adalah salah satu green economy. Cuba Google TedX Bamboo save the world.

Masa kami nak mula buat projek buluh, masalah utama ialah modal. Kalau nak tanam sawit boleh cari MPOB. Nak tanam getah cari Risda atau MTB.

Nak tanam buluh nak cari duit kat mana? Bank pun tolak mentah saja sebab tak ada 'reference'. Boleh untung ka? Boleh bayar hutang ka?

Big businessman selalunya cari menteri atau Exco untuk dapat endorsement. So, Teresa cuma test water semasa mengeluarkan kenyataan itu.

Aku pun buat benda yang sama. Tapi bukan kepada orang politik. Sebaliknya kepada green foundation all over the world.

Bila bagi kat orang politik...jadi macam ni la. Ini yang tersiar saja. yang berlaku secara diam. lagi teruk.

Ringkasnya; 
India : 9.57 juta ekar buluh
China : 3.3 juta ekar buluh
Vietnam : 1.3 juta ekar buluh
Thailand : 1.02 juta buluh..
Malaysia : 20,000 ekar buluh..


Masih lagi idea bangang?


Orang bangang yang fikir dia sedang gelakkan idea bangang adalah bangang.


Tanam buluh bukanlah idea bangang. Ia boleh diusahakan untuk membantu menaikkan taraf hidup petani dan nelayan alternatif.

Buluh boleh menjadi salah satu produk pertanian dan industri yang menaikkan ekonomi negara jika kerajaan mampu menguruskan idea ini secara sistematik. Apatah lagi ke arah masyarakat yang serba serbi mahukan kehidupan yang mesra-alam. Permintaan ke atas buluh akan menjadi semakin berkembang.

Kadang-kadang kita mempunyai idea yang baik tetapi cara kita menguruskan idea bermasalah, seperti idea daging lembu NFC.

Pasaran daging lembu sangat besar. Apatah lagi jika daging lembu itu dipasarkan sebagai halal. Halal ini dijenamakan sebagai BERSIH. Dan BERSIH bukan hanya disukaikan oleh orang Islam. Orang bukan Islam zaman sekarang pun mahu kepada produk BERSIH. 

Maksudnya bukan sahaja DAGING itu HALAL (sembelihan) tetapi menguruskan LEMBU HIDUP secara BERSIH. Macam Jepun. Bukan sahaja daging dia sedap, ia juga adalah produk yang BERSIH. Sebab tu harga dia mahal.

Kalaulah idea lembu NFC itu terlaksana sama seperti di atas kertas kerja, Malaysia sekarang neh mungkin antara pengeluar daging lembu yang berjaya kalaupun tak jadi top 10 di dunia.

Begitu juga dengan idea tanam buluh, durian dan nenas. Ia perlu dilaksanakan sama seperti yang ada di atas kertas kerja, tak boleh syok sendiri. Kerajaan perlu sediakan garis panduan dan bantuan bagi menolong mereka yang berminat nak mengusahakan.

Dalam waktu sama, industri kelapa sawit perlu dijaga. Sementara kerajaan fikirkan bagaimana nak menaikkan harga komoditi kelapa sawit, pelan jangka masa panjang perlu dilancarkan iaitu tanaman alternatif.

Jika kita ada FELDA untuk KELAPA SAWIT, apa kata kita wujudkan industri yang sama untuk buluh, nenas dan durian.

Lebih bersasar dan sistematik bahkan lebih mudah dipantau.

Dan lebih menarik jika peluang ini dibuka dan diutamakan kepada golongan sasaran luar bandar yang kerajaan beria-beria nak naikkan tarafkan hidup mereka.

Sudah sampai masanya kita berhenti melayan gelak tawa pengkritik dan menumpukan usaha ke atas kerja sebenar. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...