Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 7 Mac 2019

Unit Sosmed Pantau Penghina Islam Kini Ditubuhkan.

KENYATAAN MEDIA | UNIT PEMANTAUAN ISU HINA ISLAM
Berikutan berlakunya kes-kes menghina Nabi junjungan kita, Muhammad SAW dan perbuatan mempersendakan agama Islam, satu unit memantau tindak-tanduk pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah ditubuhkan. 



 
Inisiatif menubuhkan unit ini yang diselia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertujuan memantau penulisan atau provokasi yang bersifat menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam di semua platform media termasuk media sosial.

Saya juga telah meminta unit pemantau ini menerima sebarang aduan berkaitan penghinaan Nabi Muhammad SAW dan agama Islam, seterusnya dengan segera membuat laporan polis dan SKMM.

Kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan, sila whatsapp segera ke talian hotline 010 300 52 60 atau emelkan kepada aduan@islam.gov.my.

Saya berharap kita semua dapat berganding bahu bagi menjaga dan mengekalkan keharmonian negara kita.

Saya percaya, pihak berkuasa telah melakukan tindakan sewajarnya untuk menangani isu ini.

Di pihak saya Menteri Agama sama sekali tidak akan berkompromi dengan perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam.

Negara kita mempunyai undang-undang. Pihak yang bersalah mesti dijatuhkan hukuman yang setimpal.

DATUK SERI DR MUJAHID YUSOF RAWA
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
7 MAC 2019

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...