Kami tidak akan menamakan pasangan itu disini. Tetapi pasangan yang dimaksudkan merujuk kepada ahli perniagaan yang juga pewaris syarikat yang berjaya di Malaysia.
Manakala pasangannya pula dipercayai seorang pelakon wanita.
Blogger itu tidak menamakan pelakon wanita itu secara langsung bagaimana satu video digunakan untuk memberikan bayangan siapakah pasangan ahli perniagaan yang dimaksudkan.
Sepanjang minggu lepas, blogger Steadyaku47 menyebarkan cerita mengenai penderitaan yang dialami oleh Emilia, wanita yang didakwa bekas isteri kepada ahli perniagaan itu.
Artikelnya mendapat sambutan dan menjadi tular di sosmed terutamanya pembaca blog inggeris.
Dan beliau kemudiannya mendakwa telah didekati seseorang untuk memujuknya agar menghentikan cerita mengenai Emilia dan segala pendedahan yang berkaitan. Ini termasuklah video xxx red sofa, mesej WhatsApp yang ditangkaplayar dan dokumen tertentu yang berkaitan dengan pendedahan tersebut.
'Pujukan' itu juga disertai dengan mesej bahawanya mereka mengetahui dua orang cucu Hussien Abdul Hamid berada di Australia.
Bagaimanapun, blogger itu bukan sahaja tidak mengedahkan ugutan yang diterimanya bahkan membalas balik dengan memberitahu kepada wakil itu apa yang bakal beliau sebarkan kelak.
Menurutnya blogger itu, beliau perlu memainkan peranan untuk mendedahkan apa yang menimpa ke atas Emilia kerana kebenaran perlu diceritakan dan penderitaan Emilia perlu diketahui semua pihak bagi menghentikan penindasan orang-orang kaya dan berkuasa ke atas orang biasa dan tak berduit. - 3 Mac 2019.