Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 29 September 2018

Teks Ucapan Penuh Dr Mahathir di UNGA ke-73.

Kenyataan Media | Kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Puan Presiden,

1. Saya ingin turut serta mengucapkan tahniah atas pelantikan Puan sebagai Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73.


2. Saya yakin dengan kebijaksanaan dan pengalaman luas Puan, sesi ini akan mencapai objektif tema sesi kali ini. Saya memberi jaminan terhadap sokongan penuh dan kerjasama Malaysia ke arah mencapai semua matlamat mulia ini.

3. Izinkan saya untuk merakamkan penghargaan kepada Presiden terdahulu, Yang Berbahagia Miroslav Lajcak, atas dedikasi dan kepemimpinan beliau melaksanakan sesi UNGA ke-72.

4. Saya amat menghargai usaha berterusan Setiausaha Agung dan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atas usaha berterusan dalam memacu serta menguruskan aktiviti PBB di seluruh dunia.

5. Secara khususnya, saya merakamkan penghargaan kepada mendiang Kofi Annan, Setiausaha Agung PBB yang ketujuh dari 1997 hingga 2006, yang meninggal dunia pada Ogos lalu. Malaysia mempunyai hubungan kukuh dan aktif dengan PBB ketika perkhidmatan beliau.

Puan Presiden,

6. Tema Perhimpunan Agung sesi ke-73 iaitu ‘Menjadikan PBB Relevan Kepada Semua: Kepemimpinan Global dan Perkongsian Tanggungjawab Ke arah Masyarakat Aman, Sama Rata dan Mapan’ kekal menjadi aspirasi nenek moyang kita. Tema ini amat relevan dan tepat pada masanya. Ia amat bersesuaian dalam konteks Malaysia Baharu. Kerajaan baharu Malaysia yang dibentuk atas mandat kukuh suara rakyat, komited dalam memastikan setiap rakyat Malaysia memiliki hak sama rata dalam perkongsian kemakmuran dan kekayaan negara.

7. Malaysia baharu terbentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei lalu. Rakyat Malaysia memutuskan untuk menukar kerajaan yang berkuasa selama 61 tahun, iaitu sejak kemerdekaan. Kami melakukannya kerana kerajaan terdahulu mengamalkan politik kebencian, ketaksuban perkauman dan agama, selain rasuah yang berleluasa. Proses peralihan kuasa berlangsung secara demokratik tanpa keganasan atau kehilangan nyawa.

8. Rakyat Malaysia mahukan Malaysia baharu yang mengamalkan dasar keadilan, tadbir urus baik, integriti dan kedaulatan undang-undang. Mereka mahukan Malaysia yang menjadi rakan semua dan tidak bermusuh dengan sesiapa. Malaysia yang kekal tidak berpihak dan berkecuali. Malaysia yang membenci peperangan dan keganasan. Mereka juga mahukan Malaysia yang berani bersuara dalam menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan, tanpa rasa takut atau gentar. Malaysia baharu yang percaya kepada kerjasama berdasarkan sikap saling menghormati demi manfaat bersama. Malaysia baharu yang menawarkan kerjasama berdasarkan falsafah ‘hormati jiran tetangga’. Kami percaya dengan kerjasama baik, jiran yang makmur dan stabil dapat menyumbang terhadap kemakmuran dan kestabilan negara sendiri.

9. Malaysia baharu akan teguh menyokong prinsip PBB dalam hubungan antarabangsa kami. Ini termasuk prinsip kebenaran, hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang, keadilan, kesamarataan, tanggungjawab dan kebertanggungjawaban, selain kemapanan. Kerajaan baharu Malaysia turut berikrar dalam lingkungan sama, untuk mengiktiraf semua baki instrumen PBB berkaitan perlindungan hak asasi manusia. Ia bukan mudah bagi kami kerana Malaysia adalah negara berbilang etnik, agama, budaya dan bahasa. Kami akan memperuntukkan ruang dan masa bagi semua untuk membuat keputusan secara bebas berasaskan demokrasi.

Puan Presiden,

10. Kali terakhir saya berucap di sini pada 2003, saya teringat bagaimana dunia ini kehilangan arah. Saya meratapi hakikat betapa negara kecil terus melutut di kaki negara berkuasa. Saya tegaskan perlunya negara membangun mendesak supaya dunia berubah, meningkatkan pembinaan kapasiti dan mempelbagaikan ekonomi. Kita mesti kekal mengawal masa depan sendiri.

11. Namun hari ini, 15 tahun berikutnya, dunia tidak banyak berubah. Malah, boleh dikatakan keadaan dunia ketika ini jauh lebih teruk berbanding 15 tahun lalu. Hari ini, dunia berada dalam kegawatan ekonomi, sosial dan politik.

12. Perang ekonomi hebat melanda di antara dua kuasa terbesar ekonomi dunia. Dan seluruh dunia terkena perit tempiasnya.

13. Nilai sosial baharu mengurangkan kestabilan negara dan rakyatnya. Kebebasan membawa kepada terhakisnya konsep perkahwinan dan keluarga, nilai moral, hormat dan sebagainya.

14. Bagaimanapun, kegawatan terburuk adalah dalam arena politik. Kita menyaksikan perlakuan keganasan di mana-mana. Ada yang mengikat bom ke tubuh dan meletupkan diri di tempat awam. Trak dipandu merempuh pelancong bercuti. Peperangan berleluasa manakala orang dipancung sesuka hati. Perlakuan ganas disiarkan secara langsung ke seluruh dunia. Rakyat mempertaruhkan nyawa untuk berhijrah, sebelum dinafikan hak perlindungan suaka, tidur beratapkan langit dan kedinginan hingga meragut nyawa. Ramai menanggung kelaparan manakala ribuan lagi meninggal dunia akibat wabak taun.

15. Tiada sesiapa dan tiada negara yang selamat. Pemeriksaan keselamatan menyukarkan perjalanan orang ramai. Cecair dilarang dalam pesawat. Sedikit syak wasangka boleh membawa kepada penahanan dan soal siasat menjengkelkan.

16. Pelbagai jenis gajet dan peralatan digunakan dalam usaha menangani ‘pengganas’. ‘Kuasa besar’ sentiasa memerhati. Bagaimanapun, perlakuan keganasan terus berlaku.

17. Malaysia menentang penjahat dan pengganas untuk mencapai kemerdekaan serta mengalahkan mereka. Kami menggunakan tentera, namun apa yang lebih penting, kami berkempen untuk memenangi hati dan fikiran rakyat.

18. Peperangan menentang pengganas tidak akan berakhir selagi punca di akar umbi tidak ditemui dan dihapuskan, manakala hati dan pemikiran dikuasai.

19. Apakah puncanya? Pada 1948, tanah rakyat Palestin dirampas untuk mewujudkan Israel. Rakyat Palestin dibunuh beramai-ramai dan dipaksa meninggalkan kampung halaman. Rumah dan ladang mereka dirampas.

20. Mereka cuba melawan perang konvensional dengan bantuan jiran yang bersimpati. Bagaimanapun, rakan kepada Israel memastikan cubaan itu gagal. Lebih banyak tanah Palestin dirampas manakala penempatan Israel dibina secara meluas di atas tanah Palestin. Pada masa sama, rakyat Palestin dinafikan akses terhadap penempatan yang dibina di tanah mereka.

21. Awalnya rakyat Palestin cuba melawan menggunakan lastik dan batu. Mereka ditembak dengan peluru hidup dan ditangkap. Ribuan lagi dipenjarakan.

22. Kecewa dan marah, kecundang dalam menentang peperangan konvensional, rakyat Palestin beralih kepada apa yang kini dipanggil keganasan.

23. Dunia langsung tidak peduli ketika Israel melanggar undang-undang antarabangsa, merampas kapal membawa ubat-ubatan, makanan dan bahan binaan di perairan antarabangsa. Rakyat Palestin melancarkan roket biasa yang tidak mencederakan sesiapa. Israel bertindak balas secara besar-besaran, melancarkan roket dan mengebom hospital, sekolah serta pelbagai bangunan yang mengorbankan nyawa orang awam termasuk kanak-kanak dan pesakit. Dan ramai lagi.

24. Dunia menghargai Israel dan sengaja membakar perasaan Palestin dengan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

25. Kemarahan membuak dan kekecewaan rakyat Palestin serta rakan yang bersimpati, mendorong mereka bertindak terhadap apa yang dipanggil keganasan. Namun demikian, penting untuk kita memperakui bahawa apa juga perlakuan yang menakutkan orang ramai, turut mendorong kepada keganasan. Dan negara yang mengebom atau melancarkan roket hingga mencacatkan atau meragut nyawa mereka yang tidak berdosa, juga menakutkan orang ramai. Ini juga adalah perlakuan keganasan.

26. Malaysia bencikan keganasan. Kami akan menentangnya habis-habisan. Namun kami percaya, satu-satunya cara untuk menentang keganasan ialah dengan menghapuskan puncanya. Benarkan rakyat Palestin mendapatkan kembali wilayah mereka. Izinkan pembentukan negara Palestin. Hidupkan keadilan dan kedaulatan undang-undang. Penentangan terhadap mereka tidak akan menghentikan keganasan. Cubaan untuk mengatasi mereka juga tidak akan berhasil.

27. Kita perlu mengingatkan diri sendiri bahawa PBB, seperti mana Liga Negara-Negara satu ketika dulu, dibentuk dengan matlamat murni untuk menamatkan peperangan antara negara.

28. Peperangan bermakna membunuh manusia. Peperangan moden cenderung kepada pembunuhan beramai-ramai dan kemusnahan negara. Negara bertamadun mendakwa mereka menentang pembunuhan atas apa alasan sekalipun. Apabila seseorang membunuh, dia melakukan jenayah bunuh. Dan balasannya mungkin hukuman mati.

29. Bagaimanapun, seperti yang diketahui, peperangan menggalakkan dan membenarkan pembunuhan. Malah, pembunuhan itu dianggap mulia manakala pembunuh dijulang sebagai wira. Dada mereka disemat pingat manakala patung didirikan bagi mengenang jasa mereka, nama pula dicatat dalam buku sejarah.

30. Ada yang tidak kena dengan cara kita berfikir, dengan sistem nilai kita. Bunuh seorang lelaki, itu adalah pembunuhan. Bunuh sejuta orang dan anda menjadi wira. Dan kita masih percaya konflik antara negara boleh diselesaikan dengan peperangan.

31. Oleh kerana kita masih begitu, kita mesti bersedia untuk berperang. Pepatah lama mengatakan ‘untuk mendapat keamanan, siap sedia untuk berperang’. Dan kita selama-lamanya bersedia untuk berperang, mencipta lebih banyak senjata yang merosakkan. Kita kini mempunyai bom nuklear, yang mampu memusnahkan seluruh bandar. Tetapi sekarang kita tahu radiasi yang berpunca daripada letupan akan memberi kesan terhadap negara yang menggunakan senjata itu sendiri. Perang nuklear akan memusnahkan dunia.

32. Ketakutan ini menyebabkan negara Eropah dan Amerika Utara mengekalkan keamanan selama lebih dari 70 tahun. Tetapi itu bukan untuk negara lain. Perang di negara lain boleh digunakan untuk menguji senjata baharu yang dicipta.

33. Dan mereka menjualnya ke negara berperang. Kita melihat senjata mereka dalam perang antara negara kecil. Ini bukan perang dunia tetapi tidak kurang kemusnahan yang dibawa. Ratusan ribu orang dibunuh, seluruh negara hancur dan negara itu muflis disebabkan senjata baharu yang hebat ini.

34. Namun peperangan ini memberi keuntungan kepada pengeluar dan pedagang senjata. Perniagaan senjata kini menjadi perniagaan terbesar di dunia. Mereka mendapat keuntungan tak bermaruah daripada kematian dan kemusnahan yang yang berpunca daripada mereka. Malah sebenarnya, negara yang kononnya mencintai keamanan ini yang mempromosikan perniagaan memalukan ini.

35. Hari ini, senjata menelan kos berjuta ringgit. Jet pejuang berharga kira-kira AS$100 juta. Dan kos penjagaan serta penyelenggaraan membabitkan berpuluh juta dolar. Tetapi negara miskin dipujuk untuk membeli walaupun mereka tidak mampu. Mereka diberitahu jiran mereka atau musuh memilikinya, maka penting untuk mereka mempunyai senjata sama.

36. Justeru, ketika rakyat mereka kelaparan dan tertekan akibat pelbagai jenis penderitaan, sebahagian besar bajet diperuntukkan untuk membeli senjata. Hakikat bahawa pembeli terbabit mungkin tidak tidak perlu menggunakannya langsung tidak melintasi pemikiran si penjual.

Puan Presiden,

37. Di Myanmar, umat Islam di wilayah Rakhine dibunuh, kediaman mereka dibakar manakala sejuta pelarian dipaksa menyelamatkan diri, lemas di lautan, berteduh di pondok jerami, ketiadaan bekalan air atau makanan, jauh sekali kemudahan sanitasi. Namun demikian, pihak berkuasa Myanmar termasuk seorang penerima Anugerah Nobel Keamanan, menafikan itu berlaku. Saya percaya kepada prinsip tidak mencampuri hal-ehwal dalaman negara lain. Namun apakah dunia hanya memerhatikan pembunuhan beramai-ramai berlaku tanpa berbuat apa-apa? Semua negara bebas merdeka. Tetapi apakah ia bermakna mereka mempunyai hak membunuh rakyat sendiri, hanya kerana mereka merdeka?

Puan Presiden,

38. Pada masa sama, dari aspek dagangan, negara tidak lagi bebas. Perdagangan bebas bermakna negara kecil tidak melindungi industri kecil mereka. Mereka mesti mengetepikan sekatan tarif dan membuka negara mereka kepada kemasukan produk negara kaya serta berkuasa. Namun demikian, produk biasa negara kecil tertakluk kepada sekatan licik supaya mereka tidak dapat menembusi pasaran mewah. Minyak kelapa sawit Malaysia dilabel sebagai berbahaya kepada kesihatan manakala ladangnya dikatakan memusnahkan habitat haiwan. Produk makanan negara kaya didakwa bebas daripada minyak sawit. Kini diesel sawit dikecam kerana memusnahkan hutan dara. Kelompok ini terlupa pemulauan minyak sawit ini menyebabkan ratusan ribu pekebun kehilangan pekerjaan dan tidak dapat menikmati kehidupan sempurna.

39. Di Malaysia, kami amat mengambil berat perihal alam sekitar. Kira-kira 48 peratus daripada negara kami adalah hutan dara. Mampukah penentang kami membuat dakwaan sama mengenai negara mereka?

Puan Presiden,

40. Malaysia komited terhadap pembangunan mapan. Kami telah mengambil pelbagai langkah, sebagai contoh meningkatkan kaedah pengeluaran bagi memastikan pengeluaran minyak kelapa sawit dilakukan secara mapan. Menjelang Disember 2019, piawaian Minyak Sawit Mapan Malaysia (MSPO) akan menjadi mandatori. Ini akan memastikan setiap titisan minyak sawit keluaran Malaysia akan diperakui mapan menjelang 2020.

Puan Presiden,

41. Di seluruh dunia, kita menyaksikan aliran berbahaya membabitkan nasionalisme yang mementingkan diri sendiri, kerajaan cenderung menjadi populis, menjauhi kerjasama antarabangsa dan menutup sempadan kepada pergerakan bebas orang ramai, barangan dan perkhidmatan walaupun pada masa sama, mereka lantang menyebut mengenai dunia tanpa sempadan, perdagangan bebas. Pada ketika globalisasi ada manfaatnya, impaknya jelas mengancam kebebasan negara kecil. Kita tidak boleh bersuara atau bergerak tanpa ada yang mendengar dan merakam pergerakan yang diguna untuk menentang kita. Maklumat berkaitan semua disimpan dan dijadikan bahan dagang oleh negara berkuasa serta pertubuhan mereka.

42. Malaysia memuji usaha PBB ke arah menghapuskan kemiskinan, memelihara bumi dan cuba memastikan setiap orang menikmati keamanan dan kemakmuran. Bagaimanapun, saya ingin merujuk terhadap perlunya pertubuhan ini melalui beberapa perubahan. Lima negara atas dasar kemenangan lebih 70 tahun lalu, tidak boleh mendakwa mempunyai hak untuk menentukan hala dunia selama-lamanya. Mereka tidak boleh memperkudakan moral, melaungkan demokrasi dan perubahan rejim negara lain di dunia sedangkan mereka menafikan demokrasi dalam pertubuhan ini.

43. Saya pernah mencadangkan kuasa veto tidak sepatutnya dipegang oleh hanya satu anggota tetap, sebaliknya sekurang-kurangnya dua kuasa besar dengan disokong tiga negara bukan anggota tetap Majlis Keselamatan. Perhimpunan Agung boleh menyokong keputusan itu dengan majoriti mudah. Itu saja yang ingin saya katakan,

44. Saya akui, dunia akan kucar-kacir tanpa PBB. Kita perlukan PBB, kita perlu mengekalkannya dengan dana mencukupi. Tiada siapa berhak mengancamnya dengan kekangan kewangan.

Puan Presiden,

45. Selepas 15 tahun dan pada usia 93 tahun, saya kembali ke podium ini dengan memikul tanggungjawab berat membawa suara dan harapan Malaysia baharu ke pentas dunia. Rakyat Malaysia yang bangga dengan pencapaian demokratik mereka baru-baru ini, mempunyai harapan menggunung - untuk melihat keamanan, kemajuan dan kemakmuran - di seluruh dunia. Kami berharap PBB akan mendengar permintaan kami ini.

Terima kasih, Puan Presiden.

Gambar Anwar, Saiful Bersalaman Terima Pujian, Saiful Berikrar Tiada 'Cerita Liwat' Di PD.

POLITIK | Jiwa besar. Begitulah rata-rata netizens pro Pakatan Harapan memandang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dirakamkan bersalaman dengan Saiful Bukhari Azlan, salah seorang pencabarnya di PRK Port Dickson.

Saiful Anwar Bersalaman Di PRK Port Dickson
Saiful Anwar Bersalaman Di PRK Port Dickson

Untuk rekod, setakat ini SPR mengesahkan menerima lapan pencalonan bagi PRK Port Dickson dan sedang meneliti kesemua borang pencalonan yang diterima agensi itu pagi tadi.

Saiful menerusi Facebook memberitahu beliau menghantar borang pencalonan dengan menaiki motor kerana tidak mempunyai wang dan escort yang besar.




"Calon tak ada duit, jentera. Merempit je pergi tempat pencalonan. Alhamdulillah selamat sampai. Mohon doa pencalonan saya diterima 🙏🙏," katanya dalam kenyataan itu.

Ketika di tempat pencalonan Saiful dilihat menghampiri Anwar, menegurnya dan kemudiannya menghulurkan tangan untuk bersalaman.



Anwar kemudiannya dilihat membalas huluran salaman tangan tersebut sambil tersenyum.

Sesetengah netizens pro pembangkang pula dilihat menyindir aksi tersebut dengan menyifatkan dan membayangkan Anwar kelihatan berpeluh ketika bersalaman dengan Saiful Bukhari Azlan.


Sebelum ini NST melaporkan sebab sebenar Saiful mengumumkan mahu menentang Anwar di PRK Port Dickson. Saiful dilaporkan berkata beliau dilahirkan di Port Dickson meskipun membesar di Seremban.

Beliau menyifatkan Port Dickson ialah 'tempat permainan' dan mahu membantu membangunkan tempat yang dianggap bersejarah bagi dirinya.

"Saya mahu masuk ke Parlimen. Semasa saya kecil, Port Dickson ialah tempat permainan saya. Sudah tentu saya sayangkan Port Dickson. Itulah antara sebab kenapa saya masuk bertanding," katanya dipetik sebagai berkata.

Free Malaysia Today pula melaporkan yang Saiful Bukhari Azlan turut berikrar tidak akan berkempen apa-apa mengenai kes liwatnya (skandal sodomi II) di PRK Port Dickson.

"Saya bukannya bertanding atas sebab peribadi. Saya tidak akan membangkit isu mengenai kes sodomi," katanya dipetik oleh portal itu.

Petang semalam beberapa media tempatan melaporkan kesediaan Saiful untuk masuk bertanding di PD bagi mencabar Anwar Ibrahim.

Sebelum ini PAS dan Isa Samad turut mengumumkan akan bertanding di PD.

Perkara itu kemudiannya menjadi perbincangan hangat dikalangan pemerhati politik memandangkan tujuh pencalonan akan masuk bertanding di PD, satu rekod pencalonan yang agak ramai.

Saiful juga dikecam oleh penyokong Pakatan Harapan kerana dianggap akan menjaja 'politik liwat' di Port Dickson.

Selain itu ramai yang mempersoalkan siapakah dalang disebalik pencalonan Saiful Bukhari Azlan yang dilihat sebagai 'last minute' menyertai PRK PD. - 29 September 2018.

Gambar Ketua Pemuda PAS Hadir Perhimpunan Agung UMNO 2018.

POLITIK | Sinar Harian hari ini melaporkan pemimpin muda PAS hadir ke Perhimpunan Agung Umno 2018. Persidangan pagi ini ialah persidangan Pemuda UMNO. 

Muhammad Khalil Abdul Hadi
Gambar Oleh Sinar Haria
Rombongan Pemuda Pas itu dilaporkan diketuai oleh Muhammad Khalil Abdul Hadi bersama beberapa ahli jawatankuasa Pemuda Pas.

Kehadiran Muhammad Khalil disambut mesra oleh Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Malah, pengumuman kehadiran Muhammad Khalil turut disambut dengan takbir dan tepukan gemuruh.

Pada 13 September lalu, Pemuda Umno diketuai Asyraf telah hadir di Muktamar Pemuda Pas di Kuala Terengganu. - 29 September 2018.

Pencalonan Anwar Di Port Dickson Tidak Sah - Calon PAS.

The Malaysian Insight | MOHD Nazari Mokhtar mendakwa pencalonan Anwar tidak sah kerana pengampunan ke atas sabitan kes mahkamah itu hanya untuk meringankan hukuman.

Anwar Layak Bertanding Di Port Dickson

Beliau mendakwa demikian melalui wakilnya yang membangkitkan bahawa pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan.

“Saya percaya bahawa kuasa pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan hanyalah merujuk kepada pengampunan terhadap pelaksanaan hukuman sama ada meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman, bukannya bermaksud membatalkan secara langsung sabitan kesalahan jenayah,”
suratnya dipetik.

Bantahan tersebut difailkan oleh pencadangnya, Ramli Ismail.

Peguam Negara Tommy Thomas semalam memberi jaminan bahawa Anwar layak bertanding kerana diberi pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong. – 29 September 2018

Khamis, 27 September 2018

Sultanah Terengganu Saman Sarawak Report Berhubung Isu Buku 1MDB.

The Malaysian Insight | SULTANAH Terengganu menghantar surat tuntutan kepada Pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown berhubung dakwaan fitnah dalam buku yang baru diterbitkan mengenai skandal 1Malaysia Development Bhd (MDB).

Sultanah Nur Zahirah
Sultanah Nur Zahirah
Sultanah Nur Zahirah dijangka memfailkan saman fitnah yang menuntut ganti rugi tidak dinyatakan dan permohonan maaf berhubung dakwaan beliau terlibat dalam konspirasi dengan ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho serta dituduh terlibat dalam urusan pentadbiran kerajaan berhubung 1MDB.

Peguam beliau, Mohd Haziq Phillip Abdullah, memberitahu The Malaysian Insight surat tuntutan sudah dihantar kepada Rewcastle-Brown di London.

Petikan halaman tiga buku Rewcastle-Brown, “The Sarawak Report : The Inside Story of the 1MDB Expose” turut disertakan.

Haziq menghantar kepada The Malaysian Insight petikan yang dimaksudkan:

“In April he (Low) had netted himself an official advisory role at the newly set-up sovereign wealth fund designed to invest the oil revenues from the Malaysian State of Terengganu (since elections in this oil state had just been won by the opposition, BN was ruthlessly looking for ways to divert its revenues into a federally controlled entity).

“Jho (Low) was also friendly with a key player in Terengganu, the wife of the sultan, whose acquiescence was needed to set up the fund and he later cited her support as having been crucial to his obtaining the advisory position. This was the fund that would shortly be converted into the scandalous entity known as 1MDB ...”


1MDB dahulunya dikenali sebagai Badan Kuasa Pelaburan Terengganu sebelum ditukar nama pada 2009 di bawah pentadbiran Najib Razak.

Hazid berkata saman itu akan memberi tumpuan kepada petikan buku itu. – 27 September 2018.

Saya Disiasat, Ditahan, Dimalukan & Diaibkan Kerana Enggan Keluar UMNO - Datuk Azeez Rahim.

POLITIK | Abdul Azeez Abdul Rahim mendakwa beliau ditahan reman untuk siasatan kes rasuah dan dimalukan dengan bergari serta baju lokap kerana cekal untuk terus kekal di dalam parti Umno lapor The Malaysian Insight pada rabu.


Bekas pengerusi Tabung Haji itu berkata walaupun diperlakukan sebegitu beliau tetap akan terus kekal dalam parti.

“Inilah harga yang perlu saya bayar untuk sebuah perjuangan. Jika saya telah keluar dari Umno minggu lepas, anda tidak akan lihat saya begini, berbaju lokap SPRM dan bergari.

“Namun walau apa pun dugaan atau rintangan atau ugutan yang datang,hatta ke penjara sekalipun saya tetap tidak akan meninggalkan perjuangan parti keramat Umno ini,”
beliau dipetik sebagai berkata oleh portal itu.

Untuk rekod, Abdul Azeez direman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah semalam bagi siasatan ke atas beberapa kes rasuah melibatkan Tabung Haji.

Turut dilaporkan, Majistret Shah Wira Abd Halim membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menahan reman abang Abdul Azeez, Abdul Latiff dan sepupu mereka, Mohamed Nazri selama empat hari.

Ketiga-tiganya semalam dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya dengan memakai baju lokap SPRM berwarna oren dan bergari.

Kenyataan Abdul Azeez itu juga diperlihatkan seolahnya menyindir pemimpin Umno yang keluar parti kerana didakwa tidak tahan dengan tekanan semenjak parti berkenaan kalah pilihan raya umum 9 Mei.

Lima ahli Parlimen Umno keluar parti sejak pilihan raya umum tersebut, termasuk dua ahli Parlimen veteran Umno, Mustapa Mohamed dan Anifah Aman yang meninggalkan parti bulan ini. - 27 September 2018.

Kekecohan Pengundian PKR, Satu Peringatan Buat PPBM.

Shabudin Husin | KEKECOHAN PENGUNDIAN PKR, SUATU PERINGATAN BUAT BERSATU

Kekecohan dalam pemilihan PKR pada hari pertama pengundian di Kedah dan PulauPinang sehingga kerusi-kerusi turut berterbangan adalah sesuatu yang di luar jangkaan, sekaligus memalukan parti tersebut.

Lebih-lebih lagi ia berlaku ketika Anwar Ibrahim turut diisytiharkan menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR dan dalam persiapan menghadapi kempen pilihanraya Port Dickson pada 13 Oktober yang merupakan laluan untuknya mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad.


Apa pun alasan dan kemungkinan sebab-sebab terjadinya kekecohan itu, dua perkara iaitu sistem satu ahli satu undi dan e-voting atau pengundian elektronik adalah punca berlakunya ketidakpuasan hati dan seterusnya pergaduhan, pukul-memukul serta kejadian membaling kerusi itu.

Dari segi demokrasi dan hak sama rata, sistem satu ahli satu undi memang baik untuk memberi peluang kepada semua orang hak sama rata dalam memilih pemimpin.

Namun, sebagai parti politik yang tiada jentera khusus dalam menguruskan hal pengundian itu, sistem satu ahli satu undi, apa lagi jika pengundian dijalankan secara elektronik, kemungkinan berlakunya masalah atau gangguan adalah sukar dielakkan.

Pertama, tiada jaminan seratus peratus pengundian e-voting tidak berdepan masalah teknikal di saat-saat akhir sehingga boleh mengganggu kelancaran pada hari pengundian.

Kedua, masyarakat kita belum cukup maju, terutamanya golongan berusia, untuk memahami dan mengundi secara e-voting.

Ramai ahli parti adalah orang kampung dan suri rumah yang hanya biasa dengan parang, cangkul, pisau, periuk belanga dan rempah rayus serta cili berbanding faham tentang kecanggihan teknologi.

Bagi golongan tersebut, mengundi secara manual atau menggunakan kertas undi adalah kebiasaan bagi mereka. Ia misalnya biasa dilalui mereka dalam pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR.

Mengundi secara dalam talian terlalu asing bagi mereka. Ramai di antara mereka yang lebih kenal kertas undi dan pen berbanding tetikus komputer.

Selain itu, pengundian dalam talian juga menyebabkan pemeriksaan senarai nama ahli turut dilakukan dengan kaedah yang sama. Inilah yang selalu menyebabkan masalah timbul kerana kadangkala menyebabkan ada nama yang hilang, terpadam dan sebagainya.

Kesimpulannya, sistem satu ahli satu undi yang disusuli dengan pengundian secara elektronik belum begitu sesuai diadakan buat masa ini. Mungkin sepuluh atau 20 tahun akan datang ia relevan dengan sendirinya seiring dengan tahap kemajuan dan pemahaman masyarakat.

Di satu senario yang lain, pemilihan Bersatu yang sepatutnya diadakan pada hujung tahun ini telah ditangguhkan kepada tahun depan berikutan adanya pertikaian daripada sesetengah pihak yang mahukan parti itu turut mengamalkan sistem satu ahli satu undi seperti PKR.

Dalam perlembagaan Bersatu, sistem yang ditetapkan sekarang ialah menggunakan perwakilan sebagimana amalan kebanyakan parti-parti yang lain.

Untuk mengubah amalan itu, ia terpaksa diputus dan diluluskan dalam mesyuarat agung luar biasa terlebih dahulu. Ini bermakna jika Bersatu mahu berubah kepada sistem satu ahli satu undi, satu mesyuarat agung luar biasa wajib diadakan terlebih dahulu bagi meminda perlembagaan parti sebelum pemilihan pada tahun depan.

Jika ia diluluskan, barulah Bersatu boleh melaksanakan sistem satu ahli satu undi bersama dengan pilihan sistem pengundian yang mahu digunakan.

Adakah Bersatu mahu menggunakan sistem e-voting sebagaimana PKR atau pengundian secara manual yang menggunakan kertas undi?

Jika mahu menggunakan pengundian secara elektronik, apakah Bersatu benar-benar sedia dengan satu sistem yang betul-betul canggih dan sifar gangguan teknikal atau bersediakah menghadapi kemungkinan berlakunya kekecohan, pergaduhan serta baling membaling kerusi?

Siapa yang akan malu kekecohan, pergaduhan dan insiden baling kerusi turut berlaku dalam Bersatu?

Kalau mahu menggunakan pengundian secara manual pula, siapakah yang akan menguruskannya dan mampukan Bersatu mencari tenaga sukarelawan di seluruh negara yang mungkin berjumlah antara 3,000 hingga 5,000 orang ramainya? - 27 September 2018.

Bukannya Nak Tutup Semua Tahfiz Tapi Nak Wajibkan Semua Tahfiz Berdaftar Dengan JAWI Rupanya - Malulah Yang Dah Maki Kaw-Kaw Tu..

KENYATAAN MEDIA | Kementerian Wilayah telah mengambil keputusan untuk mewajibkan semua pusat-pusat tahfiz di Kuala Lumpur didaftarkan untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan pembelajaran pelajar-pelajar tahfiz berada dalam keadaan baik.

Oleh itu, laporan sesetengah media yang menyatakan pusat-pusat tahfiz yang tidak berdaftar di Kuala Lumpur akan segera ditutup adalah tidak tepat dan salah lapor.

Dalam usaha pendaftaran ini, Kementerian Wilayah akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mendaftarkan semua pusat tahfiz ini.

Gambar Hiasan - Ihsan Google
Kementerian memberikan tempoh sehingga 31 Disember 2018 kepada semua pusat tahfiz untuk mendaftar dengan JAWI dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

DBKL dengan kerjasama Bomba dan TNB akan memeriksa keadaan fizikal pusat-pusat tahfiz ini agar memenuhi keperluan minima dari segi keselamatan dan keselesaan pelajar, manakala JAWI akan melihat kurikulum dan pembelajaran pelajar.

Bagi pusat-pusat tahfiz yang gagal memenuhi keperluan keselamatan dan keselesaan, pihak Kementerian akan mempertimbangkan sokongan yang sewajarnya bagi membolehkan semuanya dapat memenuhi keperluan minima dari segi keselamatan dan keselesaan sebelum didaftarkan bagi kebaikan pelajar.

Kami menyeru agar pusat-pusat tahfiz ini tampil mendaftar sebagai menyahut saranan ini demi keselamatan dan keselesaan pembelajaran pelajar.

KHALID ABD SAMAD
Menteri Wilayah

NGO Dakwa Rombongan Mahathir Ke Amerika Menginap Di Hotel Termahal Di New York.

POLITIK | Tular di laman sosial hari ini dakwaan NGO Empirical Watch kononnya Tun Mahathir dan rombongannya yang dalam lawatan kerja lima hari ke Amerika telah menginap di hotel paling mahal di New York.

NGO itu diketuai oleh salah seorang bekas pengasas BERSATU, Anina Saadudin yang membuat pusingan U dengan menyokong kepimpinan Najib sebelum PRU ke 14 yang lalu.

Anina mendakwa;

"PERDANA MENTERI BERSAMA ISTERI DAN 11 ENTOURAGE MENGINAP DI HOTEL TERMAHAL DI NEW YORK?

Plaza Hotel New York adalah sebuah hotel yang paling ikonik di dunia sejak 1907. Terletak di antara penjuru Fifth Avenue dan Central Park menjadikan Plaza Hotel sebagai hotel yang menawarkan penginapan termahal di New York. Harga bilik penginapan paling biasa adalah lebih kurang RM4,000 hingga RM12,000 semalam manakala Suites untuk pemimpin-pemimpin dunia adalah dalam lingkungan RM60,000 hingga RM100,000 semalam.

The Plaza adalah hotel yang cukup popular dikalangan keluaraga DiRaja seluruh dunia, manusia-manusia terkaya di dunia, Pemimpin-pemimpin dunia, selebriti bertaraf dunia, malah Presiden Donald Trump juga pernah mengadakan majlis perkahwinannya di situ pada 1993. Ianya adalah hotel paling diminati oleh putera puteri DiRaja Arab di New York.

Perdana Menteri Malaysia tiba dari London bersama isteri dan 11 orang entourage nya tinggal di Plaza Hotel selama 4 malam dari 24 hingga 29 September 2018 untuk menghadiri UNGA sebelum bertolak kembali ke London.

Persoalannya, jika benar hutang negara RM1 trillion hingga Perdana Menteri lancarkan Tabung Harapan yang berjaya mengutip RM160 juta dari rakyat marhaen yang miskin tetapi terlalu terharu dengan pengorbanan TunM yang berusia 93 tahun, MENGAPA TUNM MENGINAP DI PLAZA HOTEL YANG TERMAHAL DI NEW YORK?

Saya kira ianya adalah tidak keterlaluan jika rakyat Malaysia yang ditipu dengan segala janji manifesto dan dipaksa untuk membayar hutang PTPTN walaupun RM50 sebulan kerana perlu bersikap amanah, berakhlak, bermoral sebagai syarat ke syurga untuk BERTANYAKAN BERAPA KAH KOS KESELURUHAN PENGINAPAN TUN M, ISTERI DAN 11 ORANG ENTOURAGE NYA SELAMA 4 MALAM DI NEW YORK?

Dengan segala pengorbanan yang dituntut dari rakyat hari ini kerana kononnya negara ini telah dibankrapkan oleh Najib Razak, ADAKAH KOS PENGINAPAN TERSEBUT DIBAYAR DENGAN DUIT RAKYAT?

Jika ianya dibayar oleh penderma politik dari luar negara, BERSEDIAKAH TUN M, KESEMUA 11 ENTOURAGENYA SERTA TUN SITI HASMAH UNTUK DISIASAT SPRM, DITAHAN DI LOKAP DAN DIDAKWA DI MAHKAMAH DI BAWAH AMLA?

Dan, jika sekiranya ianya dibayar sendiri dengan duit poket TunM, DARI MANAKAH TUN M MENDAPAT BEGITU BANYAK KEKAYAAN?

Sebagai rakyat yang dipimpin oleh kononnya kerajaan Selamatkan Malaysia, saya mohon soalan-soalan saya ini dijawab dengan penuh ketulusan,"
katanya dalam satu kenyataan yang tular sejak semalam.


Setakat ini post tersebut telah dikongsikan sebanyak 861 kali di Facebooknya.


Respon-respon netizens di post berkenaan pula rata-ratanya mempercayai dakwaan NGO tersebut.

Malahan mereka turut berkongsikan kos penginapan semalam di hotel yang dimaksudkan.


Berdasarkan semakan, didapati Tun Mahathir dan rombongannya sememangnya ada mengemaskini maklumat bahawanya mereka ke hotel yang dimaksudkan bagi menghadiri mesyuarat.


"YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dan YABhg Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali telah tiba Lapangan Terbang Westchester Country, New York pada jam 1.12 petang waktu tempatan.

Beliau dan rombongan kemudiannya tiba di Hotel Plaza, New York untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa sempena lawatan kerja lima hari di Amerika Syarikat,"
kata pentadbir halaman Dr. Mahathir Bin Mohamad.



Bagaimanapun tidak dapat dipastikan samada Tun Mahathir, Tun Siti Hasmah, dan rombongan itu menginap di hotel tersebut ataupun sekadar menghadiri mesyuarat.



Untuk rekod, sebelum ini Anina pernah terkantoi menfitnah rumah rasmi Perdana Menteri di Putrajaya dimasuki pencuri dan Najib kehilangan beberapa barang berharga miliknya. PDRM bagaimanapun menafikan dakwaan itu selepas beberapa hari ianya diviralkan Anina. - 27 September 2018.

Jika Berlaku Kes Liwat Di Balai Polis, Takkan Nak Tutup Balai Polis? Soal Exco Terengganu.

BERNAMA | TINDAKAN mahu menutup pusat tahfiz hanya disebabkan kesalahan individu adalah tindakan zalim kerana hukuman sepatutnya dikenakan kepada pesalah sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu Saiful Bahri Mamat berkata tindakan menutup pusat tahfiz disebabkan kesalahan pengetuanya juga boleh diumpamakan seperti ‘marahkan seekor nyamuk, habis kelambu dibakar’.


“Kenapa sebab ada kes gangguan seksual di pusat tahfiz, kerajaan nak arah pusat tahfiz ditutup?...kalau macam tu, jika berlaku kes liwat di balai polis, takkan nak tutup balai polis?.

“Ini contoh Islamphobia, baru-baru ni ramai yang mati sebab minum arak, sepatutnya tutuplah kilang arak, tapi kenapa tak ada pula yang berbunyi mengenai isu tersebut,”
katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof yang menegaskan kerajaan tidak akan teragak-agak menutup pusat tahfiz yang pengetua atau pemiliknya terbabit kes gangguan seksual.

Ia susulan kes seorang pemilik pusat tahfiz di Kepong, yang ditahan polis selepas disyaki meliwat dan melakukan gangguan seksual terhadap sembilan penuntut berusia belasan tahun sejak beberapa bulan lalu.

Suspek berusia 30-an sudah sudah didakwa dengan 11 pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 di Mahkamah Sesyen, Putrajaya, pada Rabu minggu lalu.

Mengulas lanjut, Satiful Bahri berkata kerajaan Terengganu akan terus memperkasakan institusi swasta seperti maahad tahfiz, pondok dan madrasah bahkan berterima kasih kepada mereka yang telah banyak berkorban dalam membangunkan institusi tersebut. - 27 September 2018.

Veteran Tentera 'Tembak' Perangai Mat Sabu Kaw-Kaw, Adakah Ini Kerja Menteri Pertahanan??

Mejar Mior Rosli TUDM Bersara | MENTERI PERTAHANAN

Saya seperti juga rakan-rakan saya yang lain adalah penyokong PH tegar. Saya telah membantu PR dan sekarang ditukar nama sebagai PH. Saya juga seorang perjuangan Veteran, bekas seorang pegawai komando dalam TUDM. Mula berkhidmat pada tahun 1974 Dan bersara pada tahun 1995.



Sejak PRU 12, saya bergerak dalam kumpulan saya membantu menegakkan kebenaran dan melawan kezaliman pemerintah. Saya tidak pernah menyertai mana-mana parti politik tetapi berkerja membantu mereka tanpa sebarang upah. Semua Kami lakukan dengan wang Dan tenaga Kami sendiri.

4 tahun yang lepas, perjuangan saya telah menubuhkan kepada perjuangan masaalah dan kebajikan Veteran Dan Kuasa ATM. Dengan ilmu dan kelulusan undang-undang yang ada pada saya, saya mula mengkaji kenapa ATM menjadi lemah dari segi pentadbiran dan kebajikan Veterannya.


Pada mulanya saya bergerak seorang diri hingga 3 tahun yang lepas PVTUDM menjemput saya dan beberapa orang bekas pegawai kanan untuk menubuhkan team kajian pencen ATM. Saya juga bersuara Di RAFOC, di persatuan matan Panglima-Panglima perkhidmatan ATM. Saya juga pernah jadi SUK Patriot dan cuba suarakan di pentas Patriot. Saya dengan berani menegur dan menetang mantan Menteri Pertahanan BN. Dua kali saya meminta YB Lumut dulu bawa isu Veteran menurut undang-undang tapi Mantan Menteri yang lalu tidak pedulikan hal Veteran.

Apabila PH menang, saya gembira melihat Mat Sabu dilantik jadi Menteri Pertahanan. Tetapi kegembiraan saya itu sebentar sahaja. Saya mula naik meluat melihat cara Mat Sabu berkerja. Saya ada nombor telefon dia, no.telefon SU politiknya, malah ramai pemimpin PH dari berbagai parti saya ada kerana mereka pernah minta saya tolong mereka berkempen. Malah mereka minta saya tulis semula manifesto janji no.20 iaitu manifesto untuk ATM dan Veteran. Saya lihat selepas jadi Menteri Mat Sabu asyik berjalan sakan naik pesawat dan kapal ATM. Melawat kem-kem didalam dan luar negara. Saya mula bertanya di manakah keutamaan dia? Ramai yang menegur saya supaya sabar tunggu 100 hari habis. Mereka kata dia sibuk nak selesaikan masalah 1MDB. Betul ke? Apa yang MAT Sabu selesaikan? Dapat baliklah tanah-tanah ATM yang dijual pada China?

Saya mula nak muntah bila baca puji-pujian penyokong dia. Dia makan roti canai di warong-warong pakai kot pon dipuji sebagai jujur dan perbagai. Dia cerita pekong kelemahan sistem pertahanan negara pun dikira sebagai wira yang hebat. Dia ada masa bersama artis-artis untuk menyanyi dan kumpulan motor besar jam dua pagi pun dikira hebat. Dia naik pesawat dan masak di atas kapal pun hebat. Inikah kerja Menteri Pertahanan?

Baru-baru ini Mat Sabu larang pegawai guna kereta tentera pergi main golf. Tapi Mat Sabu pergi bank dengan kereta kerajaan siap dengan bodyguard yang ramai dan outriders lagi. Adakah itu jujur? Tahukah berapa kos gaji, latihan, peralatan dan semua kenderaan yang mengikut Mat Sabu? Mungkin gaji dan selengaraan mereka sahaja melebihi RM500k sebulan. Perlukah Mat Sabu mempunyai bodyguard seramai itu? Perlukah dia outriders? Mat Sabu ada musuh nak bunuh dia ke? Ini semua membazir bagi saya. Bukan sahaja pada Mat Sabu tapi pada Menteri-Menteri PH yang lain juga. Kalau nak bodyguard pun seorang sudah cukup. Kalau di hitung semua kakitangan Menteri-Menteri PH ini tidak ada kurangnya pembaziran dilakukan oleh BN dulu. Kalau betul mat Sabu ikhlas, dia tak perlu buat baju di Jakel, semua orang tahu itu kepunyaan Rosmah Mansor. Kalau dia nak ke selatan Siam nak jumpa sahabat-sahabat syiahnya pun tak perlu letak gambar dalam blog dia. Ini semua hal peribadi. Saya tak ada halangan sama ada dia nak jadi syiah atau apa, itu hak dia. Sebagai Menteri tak payahlah makan pakai kot makan roti canai. Balik tukar bajulah dulu. Adakah nak bagi sampoi, sampai di Istana pun nak makan macam itu? Nanti bila pembesar-pembesar luar negara datang ajaklah mereka makan di warong-warong. Semua orang melayu makan di warong-warong tapi tak perlulah pakai kot dan bawa bodyguard. Tak kena pada tempatnya.

Yang paling saya terkilan dengan Mat Sabu adalah cara dia menjawab di parliamen dan ucapan-ucapan rasmi. Text yang dia baca adalah sama macam text DS Hishamuddin dulu. Mungkin penasihat-penasihat Mat Sabu adalah penasihat-penasihat yang sama berkerja dengan DS Hishamuddin dulu. Mat Sabu bercakap lebih seperti pembangkang dari seorang Menteri. Tun M pun berkata begitu. Mat Sabu longgokkan semua masalah disebabkan BN. Rakyat dah lama tahu BN tak guna. Tak perlu ungkit kesalahan mereka. Rakyat mahu tahu apa polisi Mat Sabu tentang ATM dan Veteran. Kalau dok jadi Burung kakak Tua baca text tak guna ada menteri pun. Kalau pergi melawat rasmi, orang hampar karpet merah dan semua masalah di sapu bawah karpet, tidak ada apa masaalah yang nampak. Jika masalah besar yang tak boleh tutup, alasan di beri adalah peruntukan kewangan tak cukup. Kalau harga sebatang sekrew harga RM200 dan upah pasang RM200, upah tukang beli RM500 dan upah tukang lulus pembelian RM1000, duit besar gunung Kinabalu pun tak cukup.

Pesawat dalam negara pun tak boleh selengara, apatah lagi di luar negara. Mat Sabu tahu tak bahawa 2 buah C130 kita dihantar ke Saudi Arabia sejak tahun 2015, tapi satu je beroperasi. Pasti dia tahu. Itu pun kerap rosak. Nak balik pun rosak. Mat Sabu dah kaji ke kenapa? Kalau tanya pegawai-pegawai di KEMENTAH pasti jawapan mereka berbalik kepada duit tetapi bukan sistem yang lemah. Saya tidak mahu cerita dengan terperangkap di sini macam Mat Sabu cerita kat semua orang tentang kelemahan-kelemahan ATM. 


Begitu juga hampir 50 kereta kebal kita hanya 2 sahaja boleh beroperasi. Kapal perang..?? Itu pun belum saya cakap pasal kemahiran dan ketahanan anggota kita berperang. Kita hanya lihat tentera buat demo sahaja. Hebat. Yang lain kita tak tahu. Mat Sabu tak perlu syok sendiri. Jangan jadi macam Menteri BN. PH perlu ubah. Kalau Mat Sabu suka sangat melawat, saya lebih suka lihat Mat Sabu duduk di bawah pesawat bersama juru teknik baiki pesawat di tengah panas.. dan tanya mereka kenapa pesawat atau kereta kebal atau kapal tidak boleh di baiki. Kemudian baru tanya pegawai kenapa. 

ATM mengambil berpuluh ribu juru teknik, latih mereka, belanja berbillion-billion... tapi yang senggarakan peralatan semua diswastakan. Pemikiran? Kerajaan bayar gaji anggota, kerajaan bayar syarikat yang senggarakan peralatan. Kemudian Menteri cakap di Parliamen tak cukup duit.

Saya sebagai Veteran masih menunggu apakah cara Mat Sabu nak selesaikan masaalah Veteran. Saya tidak mahu dengar text yang sama yang dibaca oleh DS Hishamuddin dulu. Kalau Mat Sabu masih mahu mendengar penasihat yang bukan ahlinya, percayalah ATM akan sama seperti era BN dahulu selepas PKM hentikan perjuangan mereka. - 27 September 2018.

Selasa, 25 September 2018

BN Luluskan Ratusan Kontrak Berat Sebelah Ketika Memerintah.. - Tommy Thomas.

Berita Harian | Peguam Negara, Tommy Thomas mendedahkan ratusan kontrak berat sebelah ditandatangani ketika pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.



 
Beliau berkata terdapat pegawai dari Pejabat Peguam Negara yang membantah kontrak perjanjian berat sebelah itu, namun tetap diteruskan oleh kementerian terbabit.

“Secara dalaman, terdapat ratusan kontrak sedemikian (berat sebelah). Tetapi apa yang kita tidak sedari adalah jumlah sebenar kontrak berkenaan. Kita ada kontrak lebuh raya, perkhidmatan, inisiatif kewangan swasta bagi pembinaan-penyewaan-penyelenggaraan dan pemindahan (46 kontrak), pelabuhan dan lain-lain.

“Banyak kategori iaitu lebih 350 kontrak yang berat sebelah. Juga, kontrak perolehan yang mana lebih daripada 300 kontrak,”
katanya yang dipetik daripada portal berita, hari ini.

Beliau berkata, terdapat beberapa pegawai dari Pejabat Peguam Negara tidak berpuas hati tetapi tetap dilaksanakan oleh menteri yang terbabit.

“Mereka (pegawai) adalah wira tak didendang. Mereka adalah penjawat awam, dan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan sebelum ini hanya menolak mereka,” katanya.

Katanya, walaupun pegawai berkenaan sudah biasa dengan kontrak berkenaan, namun masalah berhubung perjanjian itu adalah berat sebelah dan tidak menguntungkan kerajaan.

“Kita cuba untuk menjadi kreatif. Sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu, saya akan meluangkan masa untuk penilaian kontrak oleh peguam.

“Pengalaman litigasi komersial korporat saya digabungkan dengan penggubal undang-undang dan penasihat teknikal di Pejabat Peguam,”
katanya.

Tommy turut mengambil contoh projek inisiatif kewangan swasta (PFI) yang bernilai RM350 juta dan dianggarkan tempoh pelaksanaan selama tiga tahun.

“Sama seperti anda membina sebuah rumah, jadi pembayaran akan dibayar kepada sijil arkitek secara beransur-ansur. Selepas tiga tahun, XYZ hilang dan menerima bayaran sebanyak RM350 juta dan kami menerima projek yang dibina di atas tanah kami,” katanya.

Beliau berkata, di bawah PFI yang mempunyai kontrak pembinaan selama 22 tahun, kerajaan perlu terus membayar untuk penyelenggaraan dan caj lain.

Tommy berkata perjanjian itu adalah tidak masuk akal dalam sektor komersil.

“Kesannya adalah kerajaan (pembayar cukai) perlu membayar secara tiga kali ganda lebih banyak. Jadi, dalam contoh RM350 juta, kerajaan membayar RM1.1 bilion dalam tempoh lebih 22 tahun, berbanding RM350 juta dalam tempoh tiga tahun.

“Seperti yang dikatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini, ‘siapakah yang melakukan semua kontrak bodoh ini?’,”
katanya.

Dr Mahathir mendakwa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengadakan perundingan kontrak dan perjanjian berat sebelah.

Beliau dilaporkan berkata, kebodohan sedemikian tidak pernah dilihat dalam sejarah Malaysia.

Dr Mahathir turut mengkritik dua projek saluran paip gas oleh Suria Strategic Energy Resources (SSER) di mana wang yang dibayar berdasarkan garis masa dan bukannya kerja siap.

“Saya tidak pernah mendengar kontrak yang anda bayar tepat waktu tanpa kerja (sedang) dilakukan. Biasanya, kita membayar mengikut kerja yang dilakukan. Jenis kebodohan apakah ini? ” katanya.

Hutang Negara Perlu Dibayar Segera Kalau Tak, Malaysia Bankrup : 2 Individu Jawab Mahathir.

Zainulfaqar Yaakob | 97.7% HUTANG KERAJAAN DALAM DEDOMINASI RM, CERITA MALAYSIA NAK BANKRAP SAMPAI TERPAKSA NAK GADAI ASET PERSEKUTUAN UNTUK BAYAR HUTANG KERAJAAN ADALAH DAKYAH NEOLIBERAL SEMATA-MATA
 

Tun Dr Mahathir Mohamad kata, perlu bayar segera hutang negara atau Malaysia akan bankrap?


Hutang persekutuan ini bukan sahaja RM36 bilion tugakan PTPTN yang Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebut, “pandai mahasiswa meminjam, pandai lah bayar.”

Malah, hutang terkumpul Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan juga adalah termasuk di bawah maksud hutang persekutuan + liabiliti luar jangka kira-kira RM1 trilion.

Jika Kerajaan Pahang diasak membayar hutang persekutuan atas dalih Perdana Menteri Ke-7 iaitu “bayar segera hutang atau Malaysia akan bankrap”, bayangkan apa akan terjadi pada pentadbiran, sistem kewangan negeri serta rantaian ekonomi negara?

Jom bincang daripada aspek #SectoralBalances bagi ekonomis yang selalu back up dakyah Dr Mahathir kononnya Malaysia akan bankrap.

Soalan saya satu sahaja, berapakah angka hutang sebenar (bad debt) persekutuan dalam dedominasi Ringgit Malaysia yang melayakkan Kerajaan Pusat diisytihar bankrap?

Hakim Mahkamah mana di negara ini yang nak isytihar Kerajaan Malaysia bankrap?

Khairul Azri | Hutang 1 Trillion perlu segera dibayar atau Malaysia diisytihar muflis -Tun M

Adoi.. Who are you trying to kid ni Tun.. Subhanallah.

Kamonlah Tun, la ni dah 2018..bukan 1998, internet dah laju.. nah den share kenapa benda ni kelakar:


[1] 97.7% hutang adalah dalam nilaian Ringgit Malaysia.

[2] Lebih 60% pemilik hutang adalah dari institusi kerajaan seperti GLIC dan GLC seperti KWSP, KWAP, TH, PNB, Maybank etc etc.

[3] Hutang pula adalah dalam bentuk sukuk dan bon, manakala 'Maturity' bon/sukuk ini ada yang 'interest payment'nya mencecah 30 tahun.

So nak bayar segera celah mana?

Facepalm betul lah.. 😅

Sekian.


Rujukan :

[1]Economic and Financial Data for Malaysia, Central Government Debt - Bank Negara Malaysia
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic_nsdp

Federal Government Domestic Debt: Classification by Holder
http://www.bnm.gov.my/index.php…

[2]http://www.bnm.gov.my/index.php…

[3]https://www.bpam.com.my/op/o4008.asp
http://www.bnm.gov.my/index.php?tpl=2014_govtsecuritiesyield

https://fast.bnm.gov.my/fastweb/public/MainPage.do

http://bondinfo.bnm.gov.my/

https://asianbondsonline.adb.org/malaysia.php

Politik Wang Pemilihan PKR - Setiausaha Menteri Sogok Projek Bernilai RM20,000.

The Malaysian Insight | SEORANG setiausaha politik kepada seorang menteri di Putrajaya menawarkan kontrak pembinaan berjumlah RM20,000 kepada pemimpin PKR di Pahang untuk memberi undi kepadanya dalam pemilihan parti itu, dakwa seorang pemimpin sayap pemuda PKR.

Individu itu yang juga calon ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan ketua sebuah cabang dituduh menawarkan rasuah itu dalam satu mesyuarat di Pahang pada 1 September lalu, kata Setiausaha Pengelola Angkatan Muda Keadilan, Ahmad Syukri Ab Razab.



Syukri, yang juga calon naib ketua AMK, mendakwa tawaran kontrak itu ada kaitan dengan pemilihan parti yang sedang berlangsung.

“Saya percaya individu ini telah menyalahguna kedudukannya sebagai pegawai awam dalam menawarkan habuan-habuan berbentuk projek bagi meraih sokongan pemimpin setempat,” kata Syukri kepada wartawan di Putrajaya hari ini.

Beliau ditemui selepas membuat laporan dakwaan salah guna kuasa itu di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Syukri bagaimanapun enggan mengulas lanjut identiti individu yang dimaksudkannya itu.

“Saya serahkan kepada SPRM untuk siasat. Tak boleh dedahkan,” katanya yang hadir ke ibu pejabat agensi anti rasuah itu bersama dua pimpinan AMK Selangor.

“Melalui bukti gambar-gambar mesyuarat dan rakaman audio yang diberikan, saya percaya setiausaha politik menteri ini merupakan individu utama yang mengendalikan mesyuarat tersebut,” katanya.

Syukri juga mendedahkan individu itu mendakwa beliau akan dapat peruntukan RM300,000 yang perlu dihabiskan sebelum akhir tahun ini.

“Justeru, beliau (pelaku) meminta setiap pemimpin yang hadir membuat permohonan untuk mendapatkan kontrak tersebut.

“Beliau juga dakwa bakal dapat peruntukan daripada satu lagi kementerian yang juga akan diagih-agihkan kepada pemimpin setempat,” dakwa Syukri.

Dalam laporannya, Syukri turut melampirkan bukti-bukti aduan termasuk rakaman audio dan gambar berkaitan mesyuarat.

“Saya bersedia untuk dipanggil sekiranya pihak SPRM memerlukan maklumat selanjutnya yang lebih lengkap,” katanya lagi.

Bakal Presiden PKR, Anwar Ibrahim pada Ahad mendedahkan ada calon pemilihan PKR yang menawarkan projek kepada ahli untuk meraih undi.

Beliau memberi amaran tidak akan bertolak ansur dengan amalan kotor itu dan sedia membuang mereka yang terlibat dari parti.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Mohd Shukri Abdull berkata pihaknya mengalu-alukan laporan mengenai dakwaan rasuah dalam pemilihan PKR itu supaya dapat diambil tindakan yang selanjutnya. – 25 September 2018.

MP Baling, Azeez Rahim & Abangnya Dicekup SPRM.

Malaysiakini | Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menangkap anggota parlimen Baling Datuk Seri Azeez Abdul Rahim dan seorang abangnya.



Sumber SPRM berkata mereka berdua ditangkap awal hari ini.

Setakat laporan ini ditulis, masih tidak jelas kenapa tangkapan itu dibuat.

SPRM dijangka mengeluarkan kenyataan berkaitan dalam masa terdekat.

Azeez menjadi perhatian ramai selepas serbuan SPRM di hartanah yang dikaitkan dengan Azeez di Subang Jaya, Selangor dan Kedah.

Serbuan itu dibuat selepas SPRM mendapat bos baru yang dilantik kerajaan Pakatan Harapan.

SPRM merampas RM500,000 wang tunai dan jam tangan mewah.

Azeez menjelaskan wang tunai yang dirampas adalah milik Umno bahagian. Beliau juga berkata sebahagian daripada jam tangan mewah bukan barangan tulen. - 25 September 2018.

"Where Is Najib" - Syarikat Singapura Jadikan Karektor Najib Dalam Permainan 'Ketuk Kepala'.

LAPORAN | “Where Is Najib?’ (Di mana Najib?) mungkin kedengaran seperti tajuk berita mengenai bekas perdana menteri Najib Razak, tetapi sebenarnya itu merupakan permainan video telefon pintar yang dicipta oleh syarikat Singapura Glassfire Games.


Permainan itu menampilkan Najib yang kini berdepan dakwaan rasuah dan penggubahan wang haram.

Skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pemberian derma ke dalam akaun beliau dan pelbagai dakwaan ke atas Najib menjadi inspirasi kepada syarikat itu untuk menghasilkan permainan video tersebut.

Cara permainannya amat mudah iaitu mengetuk Najib apabila karakter permainan itu mengeluarkan kepalanya yang mempunyai berlian dari lubang.

Setiap ketukan yang tepat akan memberikan pemain sebanyak 10 markah selain diberikan masa 10 saat untuk mencapai 100 markah bagi ‘mencari’ Najib.

Jika mampu mencapai 100 markah, mereka akan mendapat diberikan beberapa jawapan sarkastik.

“Saya bukan sekadar menjadikan permainan ini sebagai satu hiburan tetapi mahu menceritakan seluruh perkara yang berlaku,” kata pereka permainan itu, Samantha De Silva merujuk kepada skandal 1MDB.

Memetik laporan The Malaysian Insight, Pengasas Digital News Asia Karamjit Singh berkata pereka permainan video dari Singapura terlebih dahulu mencipta permainan tersebut kerana mungkin rakyat Malaysia bimbang atau takut jika perkara itu membangkitkan kemarahan orang ramai.

“Mungkin mereka takut Jamal Jamban muncul di luar pejabat mereka,” kata Karamjit sambil merujuk kepada ketua bahagian Umno Sungai Besar Jamal Yunos.

Beliau berkata permainan video berdasarkan realiti kehidupan Glassfire Games akan dikeluarkan dengan mengisahkan tentang ahli politik muda yang menyertai politik di sebuah negara seperti Singapura.

Permainan ‘Where Is Najib?’ adalah percuma dan boleh didapati di Apple App Store sebelum diperluaskan ke Google Play Store dalam tempoh tiga bulan lagi. - 25 September 2018.

Sudahlah Anak Diliwat Pengetua Tahfiz, Mak Bapa Pula Buat Tak Peduli - Mujahid Rawa.

The Malaysian Insight | DAKWAAN pelajar tahfiz diliwat pengetua sendiri sudah cukup mengejutkan tetapi bagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa , beliau tambah terkejut apabila ibu bapa pelajar yang terlibat seolah-olah tidak ambil berat dengan apa yang berlaku pada anak-anak mereka.

 
Beliau yang melawat pusat tahfiz itu hari ini terkejut apabila diberitahu oleh isteri suspek bahawa semua mangsa yang membuat laporan polis mendakwa dicabul oleh suaminya masih meneruskan pengajian seperti biasa.

“Saya tidak akan pergi lanjut (mengenai keadaan mangsa) kerana tidak mahu masuk campur proses pendakwaan. Tetapi, nampaknya isu di sini adalah ibu bapa,” katanya kepada wartawan selepas melawat Pusat Tahfiz Darul As-Syabab di Kepong, Kuala Lumpur, hari ini.

The Malaysian Insight difahamkan dua daripada sembilan mangsa sudah pulang ke rumah tetapi tujuh masih tinggal di asrama itu dan belajar seperti biasa.

“Cara cakap (dengan mangsa) seolah-olah ibu bapa tidak kisah, tidak peduli (dengan kejadian yang menimpa mereka),” kata Mujahid selepas bertemu sendiri dengan pelajar yang terlibat.

Tegas menteri itu, ibu bapa mesti lebih bertanggungjawab dan mengambil tahu perkembangan anak-anak mereka.

“Kejiranan di sini (Kepong) boleh dianggap sebagai golongan B40. Mereka tinggal di perumahan flat. Hantar anak ke sini (pusat tahfiz), disediakan asrama, bayar sedikit yuran, habislah,” tambah Mujahid.

Pusat tahfiz itu kini tidak mempunyai guru selepas tiga gurunya yang bertanggungjawab membawa pelajar terlibat membuat aduan polis sudah tidak lagi berkhidmat di situ, kata Mujahid.

Pusat tahfiz itu juga sudah tidak ada dana yang cukup untuk beroperasi, tambahnya.

“Saya cadangkan ibu bapa bawa pulang (anak-anak) dan kami juga akan menawarkan sekolah-sekolah alternatif yang berdaftar dan ikut semua prosedur yang ditetapkan,” jelasnya.

Mujahid sebelum itu mendedahkan pusat tahfiz berkenaan beroperasi tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Hasil tinjauan The Malaysian Insight juga mendapati, ciri-ciri keselamatan pusat tahfiz itu tidak teratur apabila terdapat wayar-wayar terjuntai dan tiada tapak kecemasan jika berlaku apa-apa perkara tidak diingini.

Rabu lalu, pengetua pusat tahfiz itu didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya dengan 11 pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Zainuddin Yaacob berkata suspek didakwa hasil laporan yang dibuat oleh guru-guru pusat tahfiz itu bersama semua mangsa pada 13 September lepas.

Media sebelum itu melaporkan seorang pengetua sebuah pusat tahfiz di Kepong ditahan polis kerana dipercayai meliwat sembilan pelajarnya sendiri.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Zainuddin Yaacop berkata suspek berusia 30 tahun itu ditahan sehari selepas polis menerima laporan kes berkenaan, melibatkan pelajar berusia dalam lingkungan 11 hingga 16 tahun. - 25 September 2018.

Isnin, 24 September 2018

"Kalau Dah Pinjam (PTPTN), Kenalah Bayar," - Kenyataan Maszlee Ini Diserang Kaw-Kaw Oleh Pelbagai Pihak.

LAPORAN | Bernama melaporkan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menyeru agar semua peminjam-peminjam tabung PTPTN bersikap bertanggungjawab dengan membayar semula pinjaman mereka meskipun manifesto Pakatan Harapan menyatakan sebaliknya.

Maszlee dipetik sebagai berkata oleh BERNAMA : "Apa pun manifesto kata tetapi kalau sudah pinjam kenalah bayar hutang itu. Kalau sudah pinjam kenalah berusaha untuk membayar pinjaman itu.

"Pembangkang semua nak politikkan isu tetapi ini soal akhlak dan moral apabila pinjam duit kenalah bayar. Bayarlah walau dengan hanya RM10 sebulan".


Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad turut dilaporkan berkata beliau berasa kesal dan malu terhadap sikap tidak amanah sesetengah peminjam PTPTN terutamanya melayu, yang menjadi punca jumlah tunggakan hutang pembayaran balik pinjaman tersebut menjangkau sehingga RM36 bilion.


“Kerajaan membelanjakan banyak wang dalam memberi pinjaman kepada pelajar dalam dan luar negara untuk memastikan kehidupan mereka lebih baik, malangnya mereka tidak mahu bayar balik pinjaman, hutang RM36 bilion kepada PTPTN.


“Saya malu, mereka dapat beribu-ribu tetapi tidak membayar kerana mereka tidak mempunyai amanah.

“Apabila ia berlaku, orang melihat ia hanya melibatkan kaum tertentu sahaja.

“Sebagai contoh saya meminjamkan wang kepada rakan dan saudara, dan mereka tidak bayar balik, mereka tidak peduli ia akan menjejaskan komuniti kita dan ia menyebabkan orang tidak lagi percaya kepada kita,”
kata Mahathir seperti yang dilaporkan portal Free Malaysia Today.


Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang membaca kenyataan Mahathir itu kemudiannya menjawab di Twitternya.
Khairy Jamaluddin Tibai Pakatan Harapan Isu PTPTN
Twitter KJ
"Siapa yang keluarkan mereka dari senarai hitam? Siapa yang janji mereka hanya perlu bayar selepas gaji bulanan mencapai rm4,000 sebulan?," tempelak KJ dalam satu kenyataan.

Najib Razak yang baru dilepaskan dari tahanan reman SPRM dan siasatan PDRM juga tidak berdiam diri dalam mengulas isu PTPTN bagi menjawab kenyataan Dr. Maszlee Malik.


"Peminjam-peminjam PTPTN dihasut selama 10 tahun oleh Pakatan untuk tidak membayar balik pinjaman mereka. Kini mereka sering dimarah oleh Pakatan kerana tidak membayar pinjaman pula.

Mereka tidak sepatutnya dimarah sebagai tidak amanah, memalukan bangsa sendiri dan kini dimarah supaya mengabaikan janji manifesto PH.

Peminjam-peminjam PTPTN hanya mahu menuntut PH untuk tunaikan janji-janji mereka.

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga.

Nasihat saya ialah untuk mereka yang mampu untuk membayar supaya membayar mengikut keupayaan masing-masing kerana akibat langkah kerajaan PH yang populis dan tidak bijak, kerajaan sedang mengalami tekanan fiskal yang teruk di mana mereka sudah kehilangan hasil sebanyak RM40 bilion setiap tahun selepas pemansuhan GST, melaksanakan semula subsidi pukal dan mengalami ketirisan dalam pengutipan cukai korporat dan SST,"
kata Najib Razak dalam satu kenyataan.


Di media sosial, kami membaca banyak ulasan peminjam yang memberikan respon terhadap kenyataan Dr. Maszlee Malik.

Ada individu yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau dan beberapa kawannya ada menerima email dari pihak PTPTN dan di dalam email tersebut menyatakan beliau perlu melakukan pembayaran balik.

Meskipun belum bergaji RM4,000 sebulan, beliau merasa hairan dengan email yang diterima dan tertanya-tanya apakah Pakatan Harapan melupakan janji manifestonya sendiri.

Untuk rekod, individu itu ialah salah seorang yang mengundi Pakatan Harapan dalam PRU ke 14 yang lepas.

Sesetengah komen netizens yang dipetik dari Malaysiakini;




Kebiasaannya komen-komen di Malaysiakini dikuasai oleh penyokong-penyokong Pakatan Harapan dan memuji pentadbiran kerajaan baru nampaknya itu tidak berlaku dengan artikel yang melaporkan Maszlee menyeru peminjam PTPTN membayar semula wang pinjaman mereka.

Ini pula komen-komen dari halaman yang anti Pakatan Harapan, Tentera Troll Kebangsaan Malaysia (TTKM);



Benar. Hutang wajib dibayar. Apabila anda meminjam, anda perlulah membayar semula. 

Begitu juga dengan janji. 

Janji perlu ditepati. Apabila anda berjanji mahu menangguhkan semula pembayaran PTTPN sehingga mereka bergaji rm4,000 sebulan, anda kenalah tepati janji tersebut. 

Dalam kes ini menunaikan janji anda untuk membolehkan peminjam menangguhkan pembayaran sehingga bergaji rm4,000 sebulan lebih penting untuk ditekankan kerana mereka mengundi anda untuk itu. Mari jangan cakap soal moral dan akhlak peminjam. Mari kita renung soal akhlak dan moral pemimpin yang mendustai kata-katanya terutamanya membabitkan isu JANJI. - 24 September 2018.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...