Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 21 Ogos 2018

Berhenti Temberang Kata Hutang Negara 1 Trillion - Najib Razak.

Najib Razak | Melalui ucapan yang disiarkan televisyen semalam, Tun Mahathir mendakwa Malaysia akan bankrap hanya dengan membayar faedah bagi hutang RM1 trilion yang merupakan angka rekaan mereka.


Definasi hutang 1 trillion tak ikut piawaian antarabangsa. Cuma PH sahaja satu-satu kerajaan didunia yang membuat definasi tersebut

Bukan sahaja itu satu penipuan tetapi adalah kenyataan palsu yang tidak akan membantu ekonomi negara ini dan meraih keyakinan pelabur.

Siapa yang nak melabur di negara yang akan bankrap hanya kerana membayar faedah sahaja?

Berulangkali saya jelaskan sebelum ini bahawa hutang perlulah diimbangi dengan pendapatan dan aset. Bagi tempoh 9 tahun lalu, biarpun hutang telah meningkat berikutan langkah menyelamatkan ekonomi kita dari terjerumus ke dalam krisis pada 2008 hingga 2009 berikutan krisis ekonomi global, defisit negara diuruskan dengan teliti dan menyusut setiap tahun.

Hasilnya, pendapatan dan aset kerajaan, KDNK dan aset dimiliki syarikat milik kerajaan (GLC) telah meningkat lebih pantas berbanding hutang.

Lihat kepada dua senarai negara-negara di dunia dengan jumlah hutang yang tingi berbanding KDNK bagi 2017. Lihat di mana Malaysia dan negara manakah yang mempunyai hutang lebih tinggi dari kita.

https://en.wikipedia.org/…/List_of_countries_by_public_debt…

https://www.cia.gov/…/the-world-fac…/rankorder/2186rank.html

Tabung Rizab Antarabangsa (IMF) meletakkan Malaysia pada kedudukan 87 bagi senarai 180 negara manakala rujukan CIA (CIA factbook) meletakkan negara ini pada tempat ke-90 bagi negara yang mempunyai hutang yang tinggi.

Kerajaan PH telahpun mengakui bahawa hutang sebenar kerajaan adalah pada 50.8 peratus selari dengan apa yang diumumkan kerajaan BN sebelum ini, tetapi jika kita ambil angka ciptaan kerajaan PH iaitu RM1 trilian atau 80.3 peratus berbanding KDNK sekalipun, Malaysia masih lagi berada di kedudukan yang baik berbanding negara lain di dunia.

Sebab itu, Malaysia menerima penarafan kredit A daripada agensi penarafan antarabangsa pada 2017 dan biarpun kerajaan PH mendakwa hutang negara adalah RM1 trilion, penarafan kredit negara ini masih lagi dikekalkan pada gred "A".

Jika yang gred "A" pun bakal muflis, apa pula akan terjadi dengan kebanyakkan negara-negara jiran kita yang masih gred "B" dan ke bawah?

Amat mudah difahami, jika Tun Mahathir adalah benar dengan mendakwa Malaysia akan bankrap hanya dengan membayar faedah hutang, maka sudah tentu negara lain di dunia sudah bankrap awal lagi.

Dan kenapa pula Tun Mahathir mahu meminjam wang dari Jepun yang mempunyai hutang 200 peratus, berbanding dengan Malaysia yang hanya pada 80.3 peratus? Adakah Tun Mahathir lebih betul berbanding agensi penarafan kredit antarabangsa?

Ketika pemerintahan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-4, hutang berbanding KDNK Malaysia adalah antara 80 hingga 103.4 peratus, namun kita tidak pula bankrap biarpun pada 103.4 peratus. Tetapi sebagaimana didakwa Tun Mahathir, Malaysia akan bankrap kerana nisbah kita berada pada 50.8 peratus atau 80.3 sekalipun?

Atau dengan memetik kenyataan Tun Mahathir, Malaysia akan bankrap kerana membayar faedah walhal kos membayar faedah kerajaan adalah 12.5 peratus tahun lalu dan ini adalah lebih rendah daripada 30 peratus yang pernah dibayar kerajaan ketika pentadbiran Tun Mahathir dulu?

Semalam, kerajaan mengumumkan pertumbuhan KDNK pada suku kedua 2018 selepas PH mengambilalih menjunam kepada 4.5 peratus dan ia turun lebih jauh berbanding unjuran penganalisa ekonomi. Ia kini jatuh dan berada di bawah Thailand dan Indonesia biarpun sebelum ini Malaysia menikmati pertumbuhan yang sangat baik pada tahun-tahun sebelum ini berbanding dua negara jiran itu.

Saya telah menganalisa angka-angka tersebut dan melihat beberapa kebimbangan. Saya akan kongsikan analisa saya ini sebentar lagi.

Sementara itu, kerajaan PH sepatutnya meletakkan perhatian yang lebih untuk memastikan ekonomi kita berada dalam keadaan baik, peluang pekerjaan terus diwujudkan dan berhenti menggunakan angka atau membuat kenyataan palsu hanya untuk memburukkan kerajaan BN lalu yang sekaligus akan merencatkan pertumbuhan ekonomi negara ini.

Isnin, 20 Ogos 2018

Sita Peralatan Muzik Busker OKU, Ini Respon DBKL.

Laporan | Tular di laman sosial beberapa hari lepas mengenai satu rakaman video yang menunjukkan DBKL merampas peralatan muzik milik kumpulan busker yang juga OKU di sekitar Kuala Lumpur (lihat rakaman di akhir artikel).

Pakatan Harapan dan DBKL kemudiannya dikecam kerana dianggap menyerang golongan OKU dan menganggu OKU mencari rezeki di ruangan komen post tersebut.





Setakat ini video tersebut telah dikongsikan sebanyak 5,900 kali dan masih lagi aktif menjadi topik di sosial media.


Dan berikut adalah kenyataan dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seperti yang dipetik dari halaman rasmi Facebook agensi berkenaan;


"Merujuk kepada insiden peralatan muzik 'buskers' disita oleh DBKL di kawasan Bukit Bintang yang telah tular di media sosial.

Dimaklumkan bahawa DBKL telah mengeluarkan notis peringatan kepada semua 'buskers' termasuk 'buskers' OKU di dalam video tular tersebut supaya mematuhi syarat permit seperti tidak menggunakan set drum & P.A system yg melampau, sekiranya engkar tindakan penguatkuasaan akan di ambil.

Ini adalah susulan aduan yang telah diterima oleh DBKL berkenaan bunyi bising yang melampau oleh 'buskers'.

Walaubagaimanapun, tindakan penguatkuasaan hanya dibuat selepas dua minggu daripada tarikh notis untuk memberi peluang kepada semua buskers mengambil tindakan mematuhi notis peringatan tersebut.

Namun begitu, ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan masih ramai yg tidak mematuhi notis peringatan tersebut termasuk 'buskers' OKU tersebut. Memandangkan peringatan dan masa telah diberikan tetapi masih tidak diendahkan, tindakan penguatkuasaan terpaksa diambil,"
kata DBKL dalam satu kenyataan.


Tinjauan mendapati netizens kemudiannya berpecah kepada dua, apabila sebahagiannya dapat menerima alasan DBKL manakala sebahagian yang lain tidak dapat menerima alasan tersebut.


Kenyataan balas DBKL itu juga tidak tular sebagaimana tularnya dakwaan DBKL menyita peralatan muzik busker OKU. 

Ini memberikan bayangan yang rata-rata netizens berkemungkinan tidak mempercayai dan menerima alasan DBKL. - 20 Ogos 2018.
 

Netizens Puji PH Serbu Kelab Gay Terkenal, Blue Boy, Anggap Cipta Sejarah.

Laporan | Kelab gay terkenal, Blue Boy yang telah beroperasi selama 20 tahun diserbu oleh pihak penguatkuasa tempatan pada malam ahad.

"KELAB GAY TERKENAL DI KL DISERBU DALAM OPS BAH SIRI KE-46 

Operasi Banteras Aktiviti Haram (OPS BAH) siri ke-46 kali ini dilakukan di sebuah kelab gay terkenal di ibu kota. Dimaklumkan kelab tersebut telah beroperasi hampir 20 tahun di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur. 

OPS BAH kali ini diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Adnan bin Hj. Md Ikshan, Ketua Setiausaha, Kementerian Wilayah. 

Operasi turut dilakukan di PPR Beringin dan PPR Sri Aman. Pihak Kerajaan sangat serius dalam membanteras pemahaman serta gejala songsang dan radikal ini.

Gambar - Kementerian Wilayah Persekutuan
Semoga inisiatif yang diambil ini, dapat membendung budaya LGBT dari terus merebak ke dalam masyarakat kita," tulis Khalid Samad, Menteri Wilayah dalam satu kenyataan di Facebook.

Bacaan doa sebelum serbuan dilakukan;


Ketika serbuan;






Serbuan dilakukan oleh beberapa agensi penguatkuasa yang bekerjasama ini termasuklah dari pasukan polis dan agensi agama, JAWI.



Rata-rata netizens memuji tindakan kerajaan itu dan beranggapan ia satu sejarah kerana selama ini kelab gay tersebut dilindungi tanpa sebarang tindakan diambil ke atasnya.



Walaupun terdapat segilintir yang seperti menyindir dan memandang sinis akan tindakan kerajaan itu, namun majoritinya bersetuju dengan tindakan penguatkuasaan yang dilakukan oleh pihak polis bersama jabatan agama.






Ini juga kata netizens memadamkan sangkaan kononnya Pakatan Harapan menyokong dan mengalakkan LGBT di Malaysia. - 20 Ogos 2018.

Dulu Menangis Teresak-Esak, Sekarang Kerjasama Dengan Geely Boleh Pula - Najib Sindir Mahathir Kaw-Kaw.

Najib Razak |Ketika Proton yang sudah dimiliki syarikat swasta menjual 49 peratus sahamnya kepada syarikat Geely dari China pada Mei tahun lalu, saya masih ingat tulisan Tun Mahathir menuduh saya menjual maruah negara dan negara bakal dijual.


Malah, Tun Mahathir melalui tulisan dan ucapannya mengakui menangis teresak-esak mengenangkan saham Proton dijual kepada Geely.

Walhal, disebalik hakikat Tun Mahathir sebagai penasihat dan pengerusi Proton, syarikat itu kehilangan wang pada jumlah yang besar setiap tahun, jualan menjunam, eksport sangat rendah dan ketinggalan dari segi teknologi. Proton berada dalam keadaan kritikal pada masa itu sehingga pembekal-pembekal tidak dibayar. Bukan sahaja pembekal Proton dan 60,000 pekerjaan berdepan risiko ketika itu, syarikat induknya – DRB Hicom turut menerima kesan.

Lantaran itu, penstrukturan Proton diperlukan. Kerajaan kemudian memberikan pinjaman mudah RM1.5 bilion kepada Proton dan syarikat itu kemudiannya membawa masuk Geely sebagai rakan perkongsian. Ketika pemeteraian perjanjian itu, Proton dan Geely bersetuju untuk menjadikan Proton sebagai pusat eksport ke Asia Tenggara dan juga China.

Setahun kemudian, saya gembira melihat Proton dan Geely menunaikan janji mereka dan membuat pengumuman untuk menjual kereta Proton dengan disaksikan oleh Mahathir yang tampak sangat gembira biarpun hanya setahun sebelum ini, beliau mengkritik saya dan melalui tulisannya berkata, tidak akan lagi bangga terhadap jenama Proton selepas Geely dijadikan rakan kongsi.

Disebalik segala fitnah dan kritikan dibuat Tun Mahathir sebelum ini, semalam menyaksikan satu pengumuman yang membuktikan keputusan dibuat setahun lalu adalah satu langkah yang terbaik untuk semua. Sebanyak 60,000 pekerjaan diselamatkan dan Proton adalah pada kedudukan lebih kukuh untuk pertumbuhan.

Jika keputusan itu tidak dibuat tahun lalu, sudah tentu tiada apa yang boleh disaksikan Tun Mahathir di Geely di China semalam.

Sebelum PRU14, isu Proton dengan projek "Forest City" dan "Melaka Gateway" merupakan isu-isu utama yang sering dimainkan oleh Tun Mahathir dan pemimpin PH untuk menuduh saya menjual negara.

Kini, kerajaan PH pula amat bangga dengan Proton-Geely.

Mereka juga sudah umumkan di Parlimen bahawa kerajaan PH tidak mempunyai halangan untuk benarkan Forest City menjual hartanah secara hak-milik kekal kepada warga asing manakala Ketua Menteri Melaka pula mengumumkan bahawa projek Melak Gateway tiba-tiba menjadi amat penting untuk pembangunan negeri dan bakal membawa Melaka kembali ke zaman kegemilangan kesultanan Melaka.

Walaupun saya dan BN difitnah teruk pada masa itu, saya gembira bahawa langkah-langkah kerajaan BN dulu telah dibuktikan sebagai langkah yang menguntungkan negara dan rakyat. - 20 Ogos 2018.

Usul Undi Tak Percaya Pada MB Perak Kerana Enggan Layan Tuntutan DAP Pajakan Tanah 999 Tahun Adalah Tidak Benar - Exco.

Bernama |Isu berhubung undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu hanya bersifat spekulasi memandangkan hubungan beliau dengan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) amat baik, kata seorang Exco hari ini.


Pada masa sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrustruktur, Pertanian dan Perladangan Abdul Yunus Jamhari berkata sebaiknya perkara itu juga tidak terus diperbesar-besarkan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu yang menyatakan ada desas-desus wakil rakyat akan membuat undi tidak percaya terhadap Ahmad Faizal.

Sementara itu, Abdul Yunus turut mengingatkan wakil rakyat Pakatan Harapan (HARAPAN) agar berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan bagi mengelakkan ia dimanipulasikan oleh pihak lain.

"Isu pemberian hak milik tanah adalah isu sensitif dan itu boleh diselesaikan dengan baik bagi mengelak spekulasi yang boleh menggugat keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming semalam yang dilaporkan berkata beliau mahu kerajaan negeri memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada kampung-kampung baharu seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas.

Sementara itu, Abdul Yunus berkata kerajaan negeri akan mengadakan karnival usahawan pada tahun depan untuk memberi peluang kepada usahawan memasarkan produk di daerah Kerian.

Mohd Yunus berkata pihaknya akan berbincang dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan mengenai karnival itu yang dirancang seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA).

“Usaha itu akan membantu usahawan kecil memasarkan produk mereka di samping membendung golongan muda berhijrah,” katanya yang ditemui selepas merasmikan Karnival Usahawan Industri Kecil dan Sederhana Kerian 2018 yang disertai 22 usahawan di Mydin Mall di Parit Buntar.

Mak Nyah Dibelasah, Timbalan Menteri, Peguam Seru Hentikan Serangan.

Malaysiakini | Timbalan menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat Hannah Yeoh menggesa semua pihak agar bekerjasama untuk menghentikan serangan fizikal dan lisan terhadap komuniti transgender di negara ini.


Beliau mengulas kejadian seorang mak nyah yang cedera parah akibat dibelasah sekumpulan lelaki di Taman AST, Jalan Sungai Ujong di Seremban, Rabu lalu.

Menurut Hannah, pihaknya telah berjumpa dengan mangsa yang kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.

"Kumpulan tersebut telah mengepung mangsa dan adalah dipercayai bahawa mangsa telah diserang atas sebab prejudis terhadap identiti jantinanya, iaitu dia adalah seorang wanita transgender.

"Mangsa telah mengalami kecederaan dalaman, patah beberapa tulang rusuk dan juga kecederaan pada belakang dan kepalanya, yang memerlukan 12 jahitan.

"Mangsa diwadkan di hospital untuk beberapa hari selepas serangan tersebut,"
katanya dalam satu kenyataan bersama peguam hak asasi, Syahredzan Johan.

Menurut Hannah, kejadian tersebut bukan merupakan insiden terpencil dan komuniti transgender telah lama menjadi sasaran serangan dan gangguan di seluruh negara.

"Dalam beberapa kes, serangan-serangan yang dilakukan telah mengakibatkan kecederaan serius dan juga kematian,"

"Selalunya, pelaku-pelaku jenayah itu tidak di bawa ke muka pengadilan, sama ada kerana mangsa takut serangan lain atau pihak berkuasa enggan mengambil tindakan lanjut,"
katanya.

Tambah beliau, serangan itu juga merupakan pencabulan hak asasi manusia terhadap golongan transgender, yang sepatutnya menikmati kebebasan asasi yang sama dengan warganegara lain.

"Kami memanggil semua pihak untuk bekerjasama untuk menghentikan serangan-serangan terhadap salah satu daripada komuniti yang paling dipinggirkan di Malaysia," katanya.

Terdahulu Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman dilapor berkata, kejadian pada jam 12.10 tengah malam itu berlaku ketika mangsa berusia 32 tahun didatangi sekumpulan lelaki bermotosikal.

Katanya, kumpulan lelaki berkenaan dipercayai memukul mangsa menggunakan kayu dan paip sebelum melarikan diri.

Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dengan ditemani seorang ahli keluarganya.

Susulan itu polis menahan lelaki berusia 37 tahun yang disyaki salah seorang daripada kumpulan berkenaan.

Nga Kor Ming Nafi DAP Berkeras Mahu Pajakan Tanah 999 Tahun.

Politik | Semalam Utusan melaporkan kenyataan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming yang berkeras mahukan pajakan tanah 999 tahun diberikan kepada kampung-kampung baharu.

Laporan itu menyebut;



1. Nga Kor Ming mahu PH komited melaksanakan janji pilihanraya seperti yang terkandung dalam manifesto pru ke 14.


2. Perlaksanaan janji itu tidak akan bercanggahan dengan perlembagaan negara memandangkan hal ehwal tanah adalah bidang kuasa kerajaan negeri.


3. Nga Kor Ming juga menegaskan, pajakan tanah 999 tahun akan diberikan kepada penempatan yang sudah lama dibina sebelum kemerdekaan lagi, iaitu sejak tahun 1948 waktu zaman darurat. Ia bukan merujuk kepada kampung-kampung baru dan tak semestinya kepada orang cina sahaja. Hak milik kekal (999) akan diberikan kepada kampung tersusun, penempatan kaum india dan kampung baru.


4. Nga Kor Ming juga dipetik sebagai berkata, PH memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan janji berkenaan. 



Bagaimanapun dalam satu kenyataan di Twitter, Nga Kor Ming tak semena-mena menafikan laporan Utusan yang bertajuk : DAP BERKERAS, tetap tuntut milik tanah 999 tahun.

Menurut Nga Kor Ming berita yang dilaporkan Utusan adalah tidak benar dan amat tidak bertanggungjawab.

"Saya berasa amat kesal dengan laporan Utusan Malaysia hari ini. Ini adalah berita yang tidak benar dan amat tidak bertanggungjawab. Laporan sedemikian bertujuan membuat provokasi. Saya harap seluruh rakyat Malaysia jangan jatuh dlm perangkap dan jauhi racun politik perkauman yang berdusta," katanya dalam satu kenyataan.

Selain Utusan Malaysia, tinjauan mendapati Bernama turut melaporkan berita yang sama dengan tajuk yang sedikit berbeza.

Sejak minggu lepas, DAP Perak khususnya dikritik keras kerana mendesak pajakan tanah 999 tahun diberikan kepada perkampungan baharu yang mana rata-ratanya beranggapan ia hanyalah merujuk kepada perkampungan yang didiami oleh masyarakat cina. - 20 Ogos 2018.

Pajakan Tanah 999 Tahun, Orang Melayu Makin Meluat Dengan DAP - Arif Atan.

Arif Atan | 1000 tahun takkan mungkin.

Sudah jadi macam tajuk lagu popular 90-an nyanyian Bumiputera Rockers pula tuntutan DAP Perak kali ini.

Kebetulan, sejak kelmarin saya bertandang di Perak. Dari Kamunting singgah ke Matang.

Semalam, pergi kenduri saudara di Pendang, Kedah yang mengabsahkan 'teori' klasik budaya politik pilihan raya Melayu di Kedah - di mana ada bendang di situ berkibar bendera Pas.

Cerita dan suara orang tempatan dari lingkungan pak mak saudara hingga orang awam di kedai, pasar dan hentian bas saling berbaur antara isu cuaca panas, jalan sesak musim cuti dan raya dengan perubahan politik semasa tanah air.

Rata-rata orang Melayu Perak resah sebenarnya dengan PH termasuk penyokong PH sendiri ketika harga sawit dan getah terus jatuh.

Rasa meluat mereka kepada 'Cina DAP' ada asasnya ditambah salakan DAP Perak mahukan kerajaan negeri beri status hak milik 999 tahun kepada kampung-kampung baru (baca: perkampungan Cina yang diwujudkan British tahun 1940-an untuk menghalang anasir komunis).



Di Kamunting misalnya, kita boleh lihat tinggalan Kampung Baru Cina ini yang tipikalnya rumah kayu sebuah-sebuah berjajaran tersusun. Lokasi pula strategik di tengah pekan. Hanya kini banyak antaranya telah dirobohkan diganti rumah jenis batu.

Tapi ada orang Melayu Perak memanggil penempatan itu sebagai 'kampung komeneh" walaupun yang tepatnya adalah perkampungan Cina yang wujud ketika zaman komunis.

Apapun, kerajaan PH perlu berhati-hati menangani sikap DAP sebagai rakan gabungan mereka. Ketegasan Menteri Besar Perak berhubung status tanah buat masa ini menarik rasa lega orang Melayu negeri ini.

Apalagi semakin ke utara Perak, politik Melayunya lebih mendekati Pas. Perak Tengah pula kuat lagi pengalaman sejarahnya bertumpah darah memerangi komunis.

Jika PH gagal 'menjampi' DAP daripada terus bersikap melampaui batas, jangan terkejut itu hanya membangkitkan 'harimau' yang sedang lena.

DAP Perak terutamanya lupa penjajah Inggeris dulu pun memasukkan kosa kata "amok" untuk menggambarkan reaksi luar biasa orang Melayu yang lazimnya sebelum mengamuk, dia bermanis muka nampak baik-baik saja.

Tuntutan DAP Perak selepas di peringkat nasional panas dengan isu Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) hanya mengingatkan kembali masyarakat Melayu negeri itu tentang kisah Selempang Merah yang berlaku lebih 70 tahun lalu.

Ini bukan satu isyarat yang baik sama ada buat PH tetapi keamanan masyarakat negeri dan negara ini.

Tidaklah wajar DAP di peringkat pusat dan negeri masih selamba dengan desakan yang keterlaluan seolah-olah menganggap orang Melayu itu tunggul tiada perasaan.

DAP Perak terutamanya mungkin mudah lupa negeri itu ada sejarah panjang bagaimana orang Melayunya "lain" dari negeri lain.

Tragedi pembunuhan JWW Birch hinggalah Perang Sungai Manik ketika zaman Darurat. Kes sebegitu hanya di Perak.

Tapi sejarah Melayu Perak jadi begitu pun sebab sejarah kedatangan orang Cina di negeri itu pun "lain" dari negeri lain.

Hanya di Perak ketika era kolonial, boleh wujud konflik antara kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San sekitar tahun 1860-an.

Berbalik pada isu tuntutan status tanah 999 tahun, takkan DAP Perak tak tahu bukan sedikit orang Melayu Perak yang bukan tegar Umno pun hanya memanggil "komuneh" (komunis) apabila merujuk orang Cina?

DAP Perak yang galak mahukan status hak milik 999 tahun untuk kampung-kampung Cina itu kena sedar dirilah.

Padahal, nak ikutkan Perlembagaan dan Wasiat Raja-Raja Melayu, orang Melayu sebenarnya yang lebih layak dapat hak milik tanah kekal tiada tempoh.

Tapi orang Melayu tak bising. DAP Perak tak sedarkah desakan mereka itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan?

DAP Perak lupakah apa terjadi pada orang Cina pada 70 tahun lalu yang terpaksa lari ke kawasan lain seperti Teluk Intan, Langkap dan Setiawan meninggalkan tebing Sungai Perak ketika meletusnya 'Perang Sabil'?

Sikap DAP Perak yang mahu hak tanah hampir 1,000 tahun betul-betul dianggap cacing naik ke mata oleh orang Melayu Perak termasuk penyokong PH sendiri pun.

Tidak hairanlah tuntutan melampau itu juga dikaitkan dengan 'DNA' kongsi gelap Ghee Hin-Hai San dan komunis.

Kampung orang Melayu Perak pun tiada yang diberi status hak milik lagi setahun nak ke 1,000 tahun!

Ahad, 19 Ogos 2018

Mahathir Dakwa BN Paksa Peniaga China Beri 30% Saham, Ini Jawapan Najib Razak.

Najib Razak | Hari ini di China, nada Tun Mahathir bagai berucap di ceramah politik di hadapan ahli perniagaan China dengan menuduh bahawa BN memaksa syarikat China untuk memberi 30 peratus saham syarikat mereka kepada orang tertentu.


Dua projek infrastruktur yang dilaksanakan di bawah kerajaan BN lalu ialah projeck ECRL dianugerahkan kepada syarikat CCCC Ltd dan projek saluran paip petroliam kepada syarikat kepada syarikat China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB).

Syarikat CCCC Ltd ialah sebuah syarikat disenarai awam yang dikuasai oleh kerajaan China dan adalah syarikat yang amat besar di peringkat global dengan nilai penjualan US$70 billion (RM280 bilion) setahun di seluruh dunia.

Syarikat CPPB adalah sebuah syarikat pembina saluran paip petroliam terbesar di dunia dan dimiliki sepenuhnya oleh syarikat gergasi China National Petroleum Corporation (CNPC) yang dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan negara China. CNPC ialah syarikat yang keempat terbesar di dunia dengan nilai penjualan setahun di sekitar US$300 bilion (RM1.2 trillion).

Adakah masuk akal kononnya kerajaan BN meminta 30 peratus saham syarikat-syarikat kerajaan China sebagai sogokan? Adakah Tun Mahathir menuduh bahawa syarikat-syarikat gergasi milik kerajaan China bersubahat dengan kerajaan BN untuk melakukan jenayah rasuah?

Tun Mahathir perlu berhenti bercereka dan tunjukkan bukti bahawa tuduhannya adalah benar dan sebagai seorang Perdana Menteri, seharusnya beliau berhenti bermain politik di hadapan pelabur-pelabur luar negara.

Tak Perlu Pindaan, PH Komited Jawatan MB Hanya 2 Penggal.

Bernama | Kerajaan Johor berpendapat tiada keperluan untuk mengadakan pindaan bagi memasukkan klausa yang mengehadkan jawatan Menteri Besar tidak lebih dua penggal.


Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berkata ini kerana kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan berpegang kepada prinsip dan dasar pentadbiran sekali gus pindaan itu tidak perlu dilakukan jika semata-mata mahu menunjukkan keikhlasan dan kejujuran kepada rakyat.

"Mengenai tawaran dalam manifesto iaitu mengehadkan jawatan Menteri Besar tidak lebih dua penggal, secara asasnya kami di pihak PH telah mencapai persetujuan bersama untuk memberikan tempoh maksimum dua penggal untuk jawatan Menteri Besar mentadbir.

"Tempoh ini dirasakan paling sesuai untuk melaksanakan segala pelan pembangunan yang dirancang.

"Ini juga dipersetujui di peringkat persekutuan di mana seseorang yang memegang jawatan Perdana Menteri juga tidak boleh melebihi tempoh dua penggal,"
katanya pada ucapan penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di Iskandar Puteri hari ini.

Osman berkata had masa tersebut juga dibuat bagi memastikan ketelusan dalam urusan pentadbiran selain dicapai secara konsensus kepimpinan tertinggi PH yang melibatkan empat parti.

Sementara itu, mengenai pemilihan ketua kampung, beliau berkata ia akan selesai tidak lama lagi dengan kerajaan Johor akan mengumumkan pelantikan untuk 674 jawatan kosong itu menjelang Sept ini.

Menurut Osman, pemilihan ketua kampung mengambil sedikit masa bagi memastikan setiap individu yang dilantik benar-benar layak untuk berkhidmat kepada masyarakat.

"Walaupun ketika ini jawatan ketua kampung masih belum di isi oleh mana-mana individu lagi, kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan untuk semua penghulu di setiap DUN bagi menggalas sementara tanggungjawab berkenaan, sekali gus melancarkan proses sokongan kerajaan negeri untuk manfaat masyarakat," katanya.

Osman berkata kerajaan negeri sudah membuat temuduga secara terbuka yang lebih telus dan tidak melibatkan individu daripada parti politik sebagai panel temuduga.

Katanya ia hanya melibatkan Pegawai Daerah, Ketua Penolong Pegawai Daerah dan kadi daerah.

"Ini membuktikan kerajaan negeri Johor yang baharu ini tidak sama seperti kerajaan yang lalu, mempolitikkan pemilihan ketua kampung dengan melibatkan ketua bahagian atau ahli politik dalam pemilihan ketua kampung.

"Perkara seperti ini tidak akan berlaku dalam sistem pentadbiran di bawah pimpinan saya sebagai Menteri Besar Johor. Kerajaan Negeri akan pastikan individu yang layak berdasarkan merit akan dipilih sebagai ketua kampung bukan hanya berdasarkan politik semata-mata,"
katanya

Penulis Buku Altantuya Dedah Rahsia, Pernah Ditahan Kerana Didakwa Hina Najib Di Twitter.

Malaysiakini | Seorang penulis mendakwa disoal siasat polis kerana didakwa mengirim kenyataan di Twitter pada 2016 yang disifatkan sebagai menghina perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak dan bekas ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.


Penulis itu, ES Shankar - yang menulis buku tentang pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu bertajuk Murdered in Malaysia : The Altantuya Story pada 2015 - berkata dia ditahan sebaik tiba di kaunter imigresen di KLIA pada 7 Ogos.

Dia mendakwa ditahan dari pukul 3.30 petang hingga 11.00 malam hari itu dan disiasat oleh empat pegawai cawangan khas dari Bukit Aman yang tiba pada pukul 8 malam.

"Mereka kata saya perlu beri kenyataan. Jika tidak mereka akan bawa saya ke balai polis dan masukkan lokap semalaman untuk (reman) perbicaraan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi semalam.

Ketika disiasat, Shankar mendakwa dia dimaklumkan bahawa dirinyaa disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung kenyataannya di Twitter yang dibuat pada Nov 2016.

Seksyen 504 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan menyediakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] pula boleh membawa hukuman di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Shankar juga mendakwa polis menggeledah barangannya sementara imigresen meramspas pasport dan dokumen perjalanan kecemasan yang dikeluarkan Suruhajaya Tinggi Malaysia di Toronto.

Dia bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis namun diminta hadir di mahkamah majistret pada 8 Oktober.

Shankar berkata dia meninggalkan Malaysia pada Sept 2015 ketika bukunya diterbitkan kerana bimbang penerbitan buku itu akan memberi akibat buruk kepadanya.

Dia mendakwa dia di luar negara termasuklah ketika kenyataan di Twitter itu dibuat, sehingga selepas pilihan raya umum ke-14.

PAS Terbuka Terima Kerjasama Dengan MIC - TGHH.

Kenyataan Media Pejabat Presiden PAS

PAS SAMBUT BAIK KETERBUKAAN MIC


1. PAS menyambut baik keterbukaan MIC yang menunjukkan kesediaan untuk bekerjasama dalam agenda kebajikan rakyat dan keharmonian kaum dalam negara.


2. Perkara ini dinyatakan di dalam pertemuan di antara Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Presiden MIC, YB Senator Tan Sri Dato’ Sri S.A Vigneswaran pada hari Ahad, 19 Ogos 2018 di Pejabat Agung PAS Pusat.

3. Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, YB Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung PAS, YB Dato’ Takiyuddin Hassan dan Ketua DHPP, Encik Balasubramaniam. Manakala di pihak MIC oleh Timbalan Presiden MIC, YB Senator Dato’ Sri S.K. Devamany dan Ketua Pemuda MIC, YB Dato’ Sivarrajah Chandran.

4. Presiden PAS berkongsi pandangan terhadap kemajmukan kaum dan kepelbagaian agama dalam negara, serta keperluan untuk memberi kefahaman yang sebenar demi mewujudkan keharmonian antara agama.

5. Presiden MIC menyatakan kesediaan untuk menjalin kerjasama dalam pelbagai aspek demi kepentingan bersama, termasuk kesediaan untuk memberi sokongan terhadap calon PAS dalam PRK N32 Seri Setia.

6. Presiden PAS merakamkan setinggi penghargaan kepada Presiden MIC di atas pertemuan yang bersejarah ini, serta menyatakan kesediaan untuk meneruskan usaha dialog antara kaum dan agama, demi mewujudkan perubahan yang lebih baik dalam negara.

"Sejahtera Bersama Islam”

SYAHIR SULAIMAN
Setiausaha Politik Presiden PAS

Nik Abduh Percaya Orang UMNO Akan Undi PAS Di Seri Setia, Berkata Sejarah Bukan Untuk Balas Dendam.

Oleh : Nik Abduh / Ahli Parlimen Bachok

PRK N32 Seri Setia

Orang tua terdahulu cekal tabah dan sabar menghadapi tekanan dan dendam UMNO BN ke atas mereka. Mereka istiqamah di jalan Allah dengan PAS dan perjuangan Islam. Dengannya mereka pasti mendapat laba besar di akhirat nanti insya Allah.


Hari ini, generasi baru adalah untuk Malaysia baharu dan politik Islam yang lebih dinamik dan terbuka. Sejarah bukan untuk dibalas dengan dendam dan kemarahan. Ia bukan pun menambah pahala, bahkan mungkin sahaja meruntuhkannya kembali. Perpecahan bukanlah satu kejayaan untuk dikecapi.

Carilah pahala dan redha-Nya dengan meneroka sesuatu yang lebih baru, benar dan tepat buat umat Islam.

Perpecahan adalah dipaksakan pada zaman sayyidina Ali karramaLlahu wajhahu. Keadaan amat kelam dan menyedihkan. Tetapi, sebaik anaknya, sayyidina Hasan bin Ali mengambil alih khilafah daripada ayahandanya, beliau meneroka sesuatu yang luar biasa.

Khilafah umat diserahkan secara damai kepada saingan ayahnya iaitu sayyidina Muawiyah radhiaLlahu anhu dengan syarat beliau mengusahakan kesatuan umat yang menamatkan kelam perpecahan umat. Muawiyah menerimanya dan beliau berjaya melakukannya dengan segera dan sempurna. Itulah lambang persaudaraan yang terpasak teguh di persada politik umat.

PRK N32 Seri Setia sedang menyaksikan penerokaan politik baharu, sambungan daripada PRK Sungai Kandis.

Semalam saya berkata, orang PAS undilah UMNO. Hari ini saya tidak perlu lagi berkata, orang UMNO undilah PAS. Ia sedang dan pasti berlaku insya Allah.

Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa.

#Istiqamah
#SejahteraBersamaIslam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...