Ahad, 19 Ogos 2018

Mahathir Dakwa BN Paksa Peniaga China Beri 30% Saham, Ini Jawapan Najib Razak.

Najib Razak | Hari ini di China, nada Tun Mahathir bagai berucap di ceramah politik di hadapan ahli perniagaan China dengan menuduh bahawa BN memaksa syarikat China untuk memberi 30 peratus saham syarikat mereka kepada orang tertentu.


Dua projek infrastruktur yang dilaksanakan di bawah kerajaan BN lalu ialah projeck ECRL dianugerahkan kepada syarikat CCCC Ltd dan projek saluran paip petroliam kepada syarikat kepada syarikat China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB).

Syarikat CCCC Ltd ialah sebuah syarikat disenarai awam yang dikuasai oleh kerajaan China dan adalah syarikat yang amat besar di peringkat global dengan nilai penjualan US$70 billion (RM280 bilion) setahun di seluruh dunia.

Syarikat CPPB adalah sebuah syarikat pembina saluran paip petroliam terbesar di dunia dan dimiliki sepenuhnya oleh syarikat gergasi China National Petroleum Corporation (CNPC) yang dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan negara China. CNPC ialah syarikat yang keempat terbesar di dunia dengan nilai penjualan setahun di sekitar US$300 bilion (RM1.2 trillion).

Adakah masuk akal kononnya kerajaan BN meminta 30 peratus saham syarikat-syarikat kerajaan China sebagai sogokan? Adakah Tun Mahathir menuduh bahawa syarikat-syarikat gergasi milik kerajaan China bersubahat dengan kerajaan BN untuk melakukan jenayah rasuah?

Tun Mahathir perlu berhenti bercereka dan tunjukkan bukti bahawa tuduhannya adalah benar dan sebagai seorang Perdana Menteri, seharusnya beliau berhenti bermain politik di hadapan pelabur-pelabur luar negara.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...