Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 20 Ogos 2018

Sita Peralatan Muzik Busker OKU, Ini Respon DBKL.

Laporan | Tular di laman sosial beberapa hari lepas mengenai satu rakaman video yang menunjukkan DBKL merampas peralatan muzik milik kumpulan busker yang juga OKU di sekitar Kuala Lumpur (lihat rakaman di akhir artikel).

Pakatan Harapan dan DBKL kemudiannya dikecam kerana dianggap menyerang golongan OKU dan menganggu OKU mencari rezeki di ruangan komen post tersebut.





Setakat ini video tersebut telah dikongsikan sebanyak 5,900 kali dan masih lagi aktif menjadi topik di sosial media.


Dan berikut adalah kenyataan dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seperti yang dipetik dari halaman rasmi Facebook agensi berkenaan;


"Merujuk kepada insiden peralatan muzik 'buskers' disita oleh DBKL di kawasan Bukit Bintang yang telah tular di media sosial.

Dimaklumkan bahawa DBKL telah mengeluarkan notis peringatan kepada semua 'buskers' termasuk 'buskers' OKU di dalam video tular tersebut supaya mematuhi syarat permit seperti tidak menggunakan set drum & P.A system yg melampau, sekiranya engkar tindakan penguatkuasaan akan di ambil.

Ini adalah susulan aduan yang telah diterima oleh DBKL berkenaan bunyi bising yang melampau oleh 'buskers'.

Walaubagaimanapun, tindakan penguatkuasaan hanya dibuat selepas dua minggu daripada tarikh notis untuk memberi peluang kepada semua buskers mengambil tindakan mematuhi notis peringatan tersebut.

Namun begitu, ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan masih ramai yg tidak mematuhi notis peringatan tersebut termasuk 'buskers' OKU tersebut. Memandangkan peringatan dan masa telah diberikan tetapi masih tidak diendahkan, tindakan penguatkuasaan terpaksa diambil,"
kata DBKL dalam satu kenyataan.


Tinjauan mendapati netizens kemudiannya berpecah kepada dua, apabila sebahagiannya dapat menerima alasan DBKL manakala sebahagian yang lain tidak dapat menerima alasan tersebut.


Kenyataan balas DBKL itu juga tidak tular sebagaimana tularnya dakwaan DBKL menyita peralatan muzik busker OKU. 

Ini memberikan bayangan yang rata-rata netizens berkemungkinan tidak mempercayai dan menerima alasan DBKL. - 20 Ogos 2018.
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...