Isnin, 20 Ogos 2018

Pajakan Tanah 999 Tahun, Orang Melayu Makin Meluat Dengan DAP - Arif Atan.

Arif Atan | 1000 tahun takkan mungkin.

Sudah jadi macam tajuk lagu popular 90-an nyanyian Bumiputera Rockers pula tuntutan DAP Perak kali ini.

Kebetulan, sejak kelmarin saya bertandang di Perak. Dari Kamunting singgah ke Matang.

Semalam, pergi kenduri saudara di Pendang, Kedah yang mengabsahkan 'teori' klasik budaya politik pilihan raya Melayu di Kedah - di mana ada bendang di situ berkibar bendera Pas.

Cerita dan suara orang tempatan dari lingkungan pak mak saudara hingga orang awam di kedai, pasar dan hentian bas saling berbaur antara isu cuaca panas, jalan sesak musim cuti dan raya dengan perubahan politik semasa tanah air.

Rata-rata orang Melayu Perak resah sebenarnya dengan PH termasuk penyokong PH sendiri ketika harga sawit dan getah terus jatuh.

Rasa meluat mereka kepada 'Cina DAP' ada asasnya ditambah salakan DAP Perak mahukan kerajaan negeri beri status hak milik 999 tahun kepada kampung-kampung baru (baca: perkampungan Cina yang diwujudkan British tahun 1940-an untuk menghalang anasir komunis).



Di Kamunting misalnya, kita boleh lihat tinggalan Kampung Baru Cina ini yang tipikalnya rumah kayu sebuah-sebuah berjajaran tersusun. Lokasi pula strategik di tengah pekan. Hanya kini banyak antaranya telah dirobohkan diganti rumah jenis batu.

Tapi ada orang Melayu Perak memanggil penempatan itu sebagai 'kampung komeneh" walaupun yang tepatnya adalah perkampungan Cina yang wujud ketika zaman komunis.

Apapun, kerajaan PH perlu berhati-hati menangani sikap DAP sebagai rakan gabungan mereka. Ketegasan Menteri Besar Perak berhubung status tanah buat masa ini menarik rasa lega orang Melayu negeri ini.

Apalagi semakin ke utara Perak, politik Melayunya lebih mendekati Pas. Perak Tengah pula kuat lagi pengalaman sejarahnya bertumpah darah memerangi komunis.

Jika PH gagal 'menjampi' DAP daripada terus bersikap melampaui batas, jangan terkejut itu hanya membangkitkan 'harimau' yang sedang lena.

DAP Perak terutamanya lupa penjajah Inggeris dulu pun memasukkan kosa kata "amok" untuk menggambarkan reaksi luar biasa orang Melayu yang lazimnya sebelum mengamuk, dia bermanis muka nampak baik-baik saja.

Tuntutan DAP Perak selepas di peringkat nasional panas dengan isu Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) hanya mengingatkan kembali masyarakat Melayu negeri itu tentang kisah Selempang Merah yang berlaku lebih 70 tahun lalu.

Ini bukan satu isyarat yang baik sama ada buat PH tetapi keamanan masyarakat negeri dan negara ini.

Tidaklah wajar DAP di peringkat pusat dan negeri masih selamba dengan desakan yang keterlaluan seolah-olah menganggap orang Melayu itu tunggul tiada perasaan.

DAP Perak terutamanya mungkin mudah lupa negeri itu ada sejarah panjang bagaimana orang Melayunya "lain" dari negeri lain.

Tragedi pembunuhan JWW Birch hinggalah Perang Sungai Manik ketika zaman Darurat. Kes sebegitu hanya di Perak.

Tapi sejarah Melayu Perak jadi begitu pun sebab sejarah kedatangan orang Cina di negeri itu pun "lain" dari negeri lain.

Hanya di Perak ketika era kolonial, boleh wujud konflik antara kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San sekitar tahun 1860-an.

Berbalik pada isu tuntutan status tanah 999 tahun, takkan DAP Perak tak tahu bukan sedikit orang Melayu Perak yang bukan tegar Umno pun hanya memanggil "komuneh" (komunis) apabila merujuk orang Cina?

DAP Perak yang galak mahukan status hak milik 999 tahun untuk kampung-kampung Cina itu kena sedar dirilah.

Padahal, nak ikutkan Perlembagaan dan Wasiat Raja-Raja Melayu, orang Melayu sebenarnya yang lebih layak dapat hak milik tanah kekal tiada tempoh.

Tapi orang Melayu tak bising. DAP Perak tak sedarkah desakan mereka itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan?

DAP Perak lupakah apa terjadi pada orang Cina pada 70 tahun lalu yang terpaksa lari ke kawasan lain seperti Teluk Intan, Langkap dan Setiawan meninggalkan tebing Sungai Perak ketika meletusnya 'Perang Sabil'?

Sikap DAP Perak yang mahu hak tanah hampir 1,000 tahun betul-betul dianggap cacing naik ke mata oleh orang Melayu Perak termasuk penyokong PH sendiri pun.

Tidak hairanlah tuntutan melampau itu juga dikaitkan dengan 'DNA' kongsi gelap Ghee Hin-Hai San dan komunis.

Kampung orang Melayu Perak pun tiada yang diberi status hak milik lagi setahun nak ke 1,000 tahun!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...