Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 21 Ogos 2018

Berhenti Temberang Kata Hutang Negara 1 Trillion - Najib Razak.

Najib Razak | Melalui ucapan yang disiarkan televisyen semalam, Tun Mahathir mendakwa Malaysia akan bankrap hanya dengan membayar faedah bagi hutang RM1 trilion yang merupakan angka rekaan mereka.


Definasi hutang 1 trillion tak ikut piawaian antarabangsa. Cuma PH sahaja satu-satu kerajaan didunia yang membuat definasi tersebut

Bukan sahaja itu satu penipuan tetapi adalah kenyataan palsu yang tidak akan membantu ekonomi negara ini dan meraih keyakinan pelabur.

Siapa yang nak melabur di negara yang akan bankrap hanya kerana membayar faedah sahaja?

Berulangkali saya jelaskan sebelum ini bahawa hutang perlulah diimbangi dengan pendapatan dan aset. Bagi tempoh 9 tahun lalu, biarpun hutang telah meningkat berikutan langkah menyelamatkan ekonomi kita dari terjerumus ke dalam krisis pada 2008 hingga 2009 berikutan krisis ekonomi global, defisit negara diuruskan dengan teliti dan menyusut setiap tahun.

Hasilnya, pendapatan dan aset kerajaan, KDNK dan aset dimiliki syarikat milik kerajaan (GLC) telah meningkat lebih pantas berbanding hutang.

Lihat kepada dua senarai negara-negara di dunia dengan jumlah hutang yang tingi berbanding KDNK bagi 2017. Lihat di mana Malaysia dan negara manakah yang mempunyai hutang lebih tinggi dari kita.

https://en.wikipedia.org/…/List_of_countries_by_public_debt…

https://www.cia.gov/…/the-world-fac…/rankorder/2186rank.html

Tabung Rizab Antarabangsa (IMF) meletakkan Malaysia pada kedudukan 87 bagi senarai 180 negara manakala rujukan CIA (CIA factbook) meletakkan negara ini pada tempat ke-90 bagi negara yang mempunyai hutang yang tinggi.

Kerajaan PH telahpun mengakui bahawa hutang sebenar kerajaan adalah pada 50.8 peratus selari dengan apa yang diumumkan kerajaan BN sebelum ini, tetapi jika kita ambil angka ciptaan kerajaan PH iaitu RM1 trilian atau 80.3 peratus berbanding KDNK sekalipun, Malaysia masih lagi berada di kedudukan yang baik berbanding negara lain di dunia.

Sebab itu, Malaysia menerima penarafan kredit A daripada agensi penarafan antarabangsa pada 2017 dan biarpun kerajaan PH mendakwa hutang negara adalah RM1 trilion, penarafan kredit negara ini masih lagi dikekalkan pada gred "A".

Jika yang gred "A" pun bakal muflis, apa pula akan terjadi dengan kebanyakkan negara-negara jiran kita yang masih gred "B" dan ke bawah?

Amat mudah difahami, jika Tun Mahathir adalah benar dengan mendakwa Malaysia akan bankrap hanya dengan membayar faedah hutang, maka sudah tentu negara lain di dunia sudah bankrap awal lagi.

Dan kenapa pula Tun Mahathir mahu meminjam wang dari Jepun yang mempunyai hutang 200 peratus, berbanding dengan Malaysia yang hanya pada 80.3 peratus? Adakah Tun Mahathir lebih betul berbanding agensi penarafan kredit antarabangsa?

Ketika pemerintahan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-4, hutang berbanding KDNK Malaysia adalah antara 80 hingga 103.4 peratus, namun kita tidak pula bankrap biarpun pada 103.4 peratus. Tetapi sebagaimana didakwa Tun Mahathir, Malaysia akan bankrap kerana nisbah kita berada pada 50.8 peratus atau 80.3 sekalipun?

Atau dengan memetik kenyataan Tun Mahathir, Malaysia akan bankrap kerana membayar faedah walhal kos membayar faedah kerajaan adalah 12.5 peratus tahun lalu dan ini adalah lebih rendah daripada 30 peratus yang pernah dibayar kerajaan ketika pentadbiran Tun Mahathir dulu?

Semalam, kerajaan mengumumkan pertumbuhan KDNK pada suku kedua 2018 selepas PH mengambilalih menjunam kepada 4.5 peratus dan ia turun lebih jauh berbanding unjuran penganalisa ekonomi. Ia kini jatuh dan berada di bawah Thailand dan Indonesia biarpun sebelum ini Malaysia menikmati pertumbuhan yang sangat baik pada tahun-tahun sebelum ini berbanding dua negara jiran itu.

Saya telah menganalisa angka-angka tersebut dan melihat beberapa kebimbangan. Saya akan kongsikan analisa saya ini sebentar lagi.

Sementara itu, kerajaan PH sepatutnya meletakkan perhatian yang lebih untuk memastikan ekonomi kita berada dalam keadaan baik, peluang pekerjaan terus diwujudkan dan berhenti menggunakan angka atau membuat kenyataan palsu hanya untuk memburukkan kerajaan BN lalu yang sekaligus akan merencatkan pertumbuhan ekonomi negara ini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...