Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 27 Ogos 2018

BR1M Dihentikan Kerana Terdapat Unsur Rasuah Untuk Dapatkan Sokongan Rakyat - Azmin Ali.

BERNAMA | Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional terdahulu perlu dihentikan kerana ia mempunyai unsur rasuah untuk mendapatkan sokongan rakyat, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


Beliau berkata bagaimanapun kerajaan dibawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) sedang merangka inisiatif baharu yang meletakkan fokus untuk mensejahterakan rakyat bukan menyogok atau memperbodohkan rakyat.

“Melalui Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan kewangan kita pastinya akan memberikan pandangan dan membentangkan inisiatif baharu dalam hala tuju ekonomi negara di parlimen dalam masa yang terdekat.

“Kalau fokus ini (inisiatif baharu) untuk memperdayakan rakyat, saya percaya rakyat akan mempunyai kuasa ekonomi yang lebih dalam membantu meringankan kos sara hidup masing-masing,”
katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tertinggi Cabang (MATC) 2018 negeri Perak di sini pada Ahad.

Memetik sebuah portal berita dalam talian semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbirannya berhasrat mengurangkan BR1M secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya. - 27 Ogos 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...