Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 1 September 2018

Najib Perjelaskan Punca Kekayaan Luar Biasa Jamaluddin Jarjis.

Najib Razak | Saya melihat ramai bertanya mengenai harta peninggalan Allahyarham Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis yang dianggarkan berjumlah RM2.1 bilion. Ada juga yang menuduh bahawa hubungan Allahyarham dengan saya ialah punca kekayaan Allahyarham.

 
Agak sedih pelbagai tuduhan dilempar kepada Allahyarham yang tidak dapat menjawabnya segala tohmahan serkap jarang tanpa usul periksa.

Sebenarnya, apabila saya menjadi Perdana Menteri, Allahyarham Jamaludin sudah dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya dan kaya.

Pada tahun 1974, Allahyarham mendapat Ijazah Sarjana Muda kelas pertama dalam Kejuruteraan Elektrikal dari Universiti of Manchester di United Kingdom dan melanjutkan pelajaran sehingga mencapai Doktor Falsafah Kejuruteraan Elektrikal dari McGill university yang merupakan antara universiti terunggul di Kanada pada 1980.

Beliau kemudian membuka syarikat perunding kejuruteraan pada tahun 1984 dan pada tahun 1986 telah membeli syarikat yang bernama EPE Power yang kemudiannya berjaya disenaraikan di KLSE pada tahun 90an.

Ketika inilah, Allahyarham memperolehi kekayaannya dan berupaya untuk membuat pelaburan dalam projek lain yang menghasilkan pendapatan kepadanya.

Pada tahun 1990an di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir, EPE Power dianugerahkan projek penjana elektrik bebas (IPP) di Sabah manakala beliau diberi beberapa projek kerajaan dan penswastaan seperti Bengkel baikpulih TUDM dengan Airrod/NADI dan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA).

Kesemua projek penswastaan ini ada di dalam senarai projek-projek yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1998 ketika krisis antara Tun dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Allahyarham juga dilantik menjadi Pengerusi Tenaga Nasional pada tahun 2000. Selepas Tun Daim Zainuddin meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan untuk kali kedua dan diambil alih oleh Tun Mahathir, Allahyarham Tan Sri juga dilantik sebagai Menteri Kewangan II pada tahun 2002.

Walaupun Allahyarham Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis ada hubungan yang baik dengan saya, beliau tidak pernah meminta apa-apa projek dari saya.

Pada masa itu, saya juga difahami anak-anak Allahyarham telah mengambil alih perniagaan apabila beliau bertugas sebagai duta di Amerika Syarikat dan meneruskan usaha pelaburan.

Pelaburan-pelaburan ini termasuk menyelamatkan sebuah syarikat penjana elektrik bebas di Kulim yang diberi lesen pada tahun 1997 dan telah diambil alih oleh beberapa bank-bank tempatan pada tahun 2004 kerana gagal melangsaikan hutang sebanyak RM1.4 bilion.

Difahamkan juga, Allahyarham memiliki 10% saham dalam syarikat NADI hasil penswastaan Tun Dr Mahathir pada tahun 1990an. Syarikat NADI pula ialah antara pelabur syarikat pernerbangan MALINDO Air bersama syarikat Lion Air dari Indonesia.

Allahyarham Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis merupakan seorang yang berpelajaran tinggi dan peniaga anak Melayu yang berjaya. Dia telah meninggal di bawah keadaan yang begitu tragis dan kita tidak patut bersangka buruk kepada beliau dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. - 1 September 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...