Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 29 Ogos 2018

MPKB Jawab Amanah Kelantan - Cabut Jalur Gemilang Kerana Bahayakan Pengguna, Alih Ke Lokasi Baru Dan Bukannya Buang.

SOSMED | Siang tadi tular status Facebook Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah yang meluahkan perasaan kerana MPBK - BRI telah bertindak mencabut kesemua bendera-bendera Malaysia yang dipasang oleh Amanah Kelantan bagi menyambut hari kemerdekaan negara.


"Oleh kerana tidak nampak usaha Pihak Berkuasa Negeri kibarkan Jalur Gemilang di jalan-jalan utama Kota Bharu menjelang Sambutan Merdeka 31 Ogos, ambo minta aktivis AMANAH naikkan di Cabang 4 Cherang dan Cabang 4 Bayam. 

Pagi ini, pihak MPKB-BRI bertindak membuang semua Jalur Gemilang di Cabang 4 Cherang di atas alasan mengganggu.

Nak kata apa lagi?," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.



MPKB bagaimanapun menyangkal dakwaan berkenaan dengan mengeluarkan kenyataan balas di Facebook rasmi mereka petang tadi.


"Operasi Pengalihan Jalur Gemilang Yang Dipasang Membahayakan Pengguna Jalan Raya Dan Tidak Mengikut Garis Panduan. 

Pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam ada menerima aduan menyatakan bendera yg dipasang oleh Majlis merbahaya kepada pengguna jalan raya. 

Bertindak kepada aduan ini pihak Majlis telah turun ke tapak dan mendapati bendera yang dimaksudkan bukan dipasang oleh pihak Majlis dan ianya menutupi lampu isyarat dan sebahagiannya dipasang terlalu rendah dan merbahaya kepada pengguna motosikal. 

Pihak Majlis telah mengambil tindakan memindahkan bendera tersebut ketempat yang lebih sesuai iaitu di sekitar Padang Merdeka, Kota Bharu. 

Dakwaan menyatakan Pihak Majlis tidak patriotik adalah tidak benar," kata kenyataan itu.

MPKB turut menunjukkan beberapa bukti bergambar bagi mengesahkan dakwaan mereka.



Gambar-gambar bendera dialihkan ke lokasi baru yang dianggap lebih bersesuaian oleh pihak MPKB.


Amanah Kelantan dan Cikgu Wan Rahim masih belum mengeluarkan apa-apa respon berhubung jawapan balas dari wakil MPKB itu setakat ini. - 29 Ogos 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...