Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 15 Jun 2019

Jawab Dulu, Video Itu Tulen Atau Edit - Editor, Jurugambar Bersatu Menolak Andaian Video Itu Palsu..

POLITIK | Haziq ditahan. Haziq disiasat.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata Haziq akan disiasat dibawah;

1. Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
 

2. Seksyen 292 kanun yang sama iaitu menjual dan sebagainya buku-buku dan sebagainya yang lucah yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

3. Seksyen 377B kanun yang sama iaitu melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan luar tabii yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan hendaklah juga dikenakan hukuman sebat.


4. Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. Sekiranya bersalah hukuman itu boleh dikenakan dengan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.


Yang paling menarik perhatian masyarakat adalah nombor dua dan nombor tiga.

Ia membayangkan video yang tersebar itu tulen dan disebarkan Haziq. 

Jika video itu edit, palsu, rekaan - maka bukankah polis patut siasat siapakah dalang yang membuat rakaman palsu, pengakuan palsu, pelakon palsu dan sewaktu dengannya.

Nombor tiga pula membayangkan seolahnya polis mengakui seks luar tabii itu berlaku. Jadi masyarakat mahu tahu siapakah pasangan Haziq itu. Bilakah akan dibawa ke balai untuk disiasat? Adakah wajahnya akan didedahkan? Punya persamaankah wajahnya seperti Azmin Ali?

Oleh kerana video itu belum diverifikasikan sebagai palsu oleh mana-mana pihak yang berauthoriti, maka secara automatiknya ia dianggap tulen - lalu siasatan pun berlandaskan kepada PANDANGAN semasa.

Maka itulah sebab Seksyen 292 dan 377b digunakan. Inilah pandangan rata-rata netizens yang mempertahankan tindakan pihak polis menyiasat Haziq.

Dalam perkembangan semasa, facebooker yang dikenali sebagai Jonathan Ramesh Raj menempelak sikap sesetengah netizens yang sewenang-wenangnya beranggapan video seks itu adalah palsu meskipun bukan pakar atau arif dalam bidang tersebut.


"Untuk kamu-kamu yang gemar mengatakan bahawa video itu palsu secara terus-menerus..

Saya mahu berkongsi ini dengan anda ...

Separuh dari hidup saya, saya telah bekerja dalam industri perfileman dan penghasilan fotografi. Sebagai produser, kerja saya adalah untuk mengetahui keseluruhan kerja dari peringkat pra-pengeluaran sehingga memposting pengeluaran yang meliputi penyuntingan, CGI, grading warna, telecine dan apa yang tidak. Sebagai jurugambar, saya memahami kamera dan kanta saya dengan baik.

Malah telefon pintar cikai dengan resolusi 1080p pada kamera hadapan jika sensor tidak cukup besar untuk rakaman 4K.

Video seks dirakam pada nisbah 16:9, bukan kebiasaan 4:3, jadi, ini adalah telefon pintar generasi baru.

Video yang saya lihat jelas TIDAK dimanipulasi. Tiada fu**king video itu adalah fitnah!!! Seseorang TIDAK BOLEH mencapai manipulasi imej yang sempurna dengan kualiti imej yang lebih rendah. Satu, adalah kerana terlalu banyak faktor yang perlu dipertimbangkan semasa proses pengeluaran selepas.. pixelation, pembetulan warna, dan sebagainya.

Dan tidak, zoom tidak akan membuat gambar lebih jelas. Wonder mana fu**king dungu datang dengan alasan ini!!,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebook.  


Pandangan yang sama turut dinyatakan oleh Mohd Noor dan Faizil;



Untuk rekod, semasa video rakaman pertama, kedua dan ketiga tersebar - ramai beranggapan video tersebut adalah fitnah, edit dan palsu. 

Bagaimanapun rata-ratanya menukar tanggapan apabila tersebar video versi HD yang menampilkan rakaman yang lebih jelas. 

Berdasarkan tajuk WhatsApp, dua lagi video panas yang tidak didedahkan kepada umum berada dalam simpanan penyebar dan mungkin akan didedahkan pada bila-bila masa. - 15 Jun 2019.

45,000 Pekerja Pembersihan Hilang Kerja Serta Merta Adalah Salah Tun Mahathir.

BAWANI KS | Tun Dr Mahathir Mohamad adalah penyebab utama 45,000 pekerja pembersihan hilang kerja!
 

 
Bukan 1, bukan 2 tapi 45,000 pekerja pembersihan sekolah di seluruh Malaysia!

Mereka dibuang kerja dengan begitu kejam hanya notis 24jam!

Mereka menitis air mata hilang punca pendapatan!

Majoriti sudah berusia tiada siapa sanggup bagi mereka kerja lagi!

Ini semua adalah kerana Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir!

Kerana Tun Dr Mahathir pada tahun 1990an pekerja kerajaan ditukar jadi pekerja swasta!

Kerana Tun Dr Mahathir sistem kerja tetap ditukar menjadi sistem kontrak!

Kerana Tun Dr Mahathir pekerja hilang segala hak dan keistimewaan mereka!

Kerana otak neo-liberal Tun Dr Mahathir kroni-kroni kontraktor besar terus kaya raya!

Sebelum diswastakan setiap tahun pekerja naik gaji, ada bonus, ada epf socso, kerja 8jam & macam-macam faedah!

Lepas diswastakan walau kerja 20 tahun sekali pun kerja yang sama di tempat kerja sama tapi dengan perkataan "kontrak" semua faedah dirampas!

Secara terang-terang pekerja ditindas, dianiayai, dicabuli hak mereka kerana sistem kontrak!

Pada 1 Mei 2019 Tun Dr Mahathir cakap kerja 3D lebih baik daripada menganggur.

Tapi 31/05/2019 Tun Dr Mahathir adalah punca sebenar 45,000 pekerja pembersihan sekolah dibuang kerja.

Kerana penswastaan dan sistem kontrak yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir punca sebenar para majikan begitu berani lari daripada tanggungjawan sebenar mereka yang terkandung di bawah undang-undang Akta Kerja.

Sudah 14 hari, 45000 pekerja pembersihan hilang kerja Tun Dr Mahathir terus membisu tanpa suara, tapi isu sex dan skandal boleh komen dengan begitu cepat!

Semua pihak termasuk Kementerian Sumber Manusia Malaysian Trade Union CongressSuruhanjaya Hak Asasi Manusia masih duduk berdiam walaupun 45,000 keluarga sedang merana tanpa kerja.

Selagi Malaysia baru tidak hapuskan penindasan dari kerajaan sebelum ini selagi itu kerajaan ini bukan untuk rakyat.

#hapuskansistemkontrak
#Kerjatetapbukankerjakontrak
#Kembalikansiatemkerjatetap

Kalau Bukan Pakar Jangan Sembang Kencang Kata Video Sekkks Itu Palsu..

Syed Azidi Aziz, The Malaysian Insider | SAYA baca di akhbar kenyataan seorang profesor tempatan mengenai mudahnya memuat turun aplikasi bagi membuat video palsu.
 

 
Profesor ini yang bidang kepakarannya ialah keselamatan rangkaian (network security) juga menimbulkan andaian seolah-olah aplikasi itu boleh menghasilkan video palsu yang sukar dikesan.

Pandangan saya, kalau sesuatu itu di luar bidang kepakaran adalah lebih baik jangan memberi pandangan yang sudah tentu akan menimbulkan kekeliruan.

Menghasilkan visual bergerak dan bersuara dengan beberapa pelakon bukan benda mudah, manakala menilai kepalsuan sesebuah visual bergerak adalah mudah bagi mata yang terlatih.

Bagi pakar dalam bidang visual bergerak, sebarang gangguan atau manipulasi pada sesuatu imej pasti akan dapat dikesan.

Mata yang terlatih akan menangkap dan memberi isyarat kepada pakar itu jika ada sesuatu yang diluar alami. Seperti pakar bahasa mengesan kesalahan ejaan dan tatabahasa dalam sesuatu ayat.

Ini kerana seseorang pakar visual bergerak akan membaca setiap pergerakan, suntingan, tata cahaya, tata rias dan bunyi untuk mencari maksud sesuatu visual.

Ada beberapa parameter yang diguna dalam siasatan untuk memastikan kesahihan sesuatu imej bergerak bagi individu terlatih.

Berikut adalah sebahagian daripadanya:

* Jumlah piksel dan resolusi pada imej latar dan imej yang disyaki diganggu. Cara mudah ialah kedua-dua imej ini akan diperbesarkan sehingga petak-petak piksel boleh dilihat. Jika tiada konsistensi maka ada kemungkinan imej itu telah diusik.

* Melihat pada sasaran tertentu. Sekali lagi imej dibesarkan. Mata terlatih akan tahu sudut-sudut yang perlu dilihat untuk mengesahkan sesuatu dakwaan. Antara sudut yang biasa dilihat ialah di leher. Jika ada “smudge” atau kekaburan, ia adalah konsisten dengan usikan pada imej asal.

Kedua-dua parameter di atas adalah bagi imej dalam format digital.

Namun terdapat juga kaedah-kaedah tradisional yang perlu disiasat, antaranya:

* Pencahayaan dan bayang-bayang. Imej terhasil dari kontras antara objek-objek di dalamnya. Mata terlatih akan mengesan kehadiran sumber cahaya, dan bayang-bayang pula perlu konsisten dengan sumber cahaya. Jika imej diusik, maka konsistensi akan terganggu.

* Penggunaan lensa. Mata terlatih akan mengenal pasti jenis lensa yang digunakan. Dan setiap pakar dalam bidang visual bergerak akan tahu karektoristik dan herotan yang dihasilkan setiap lensa. Satu imej yang terhasil hanya boleh dihasilkan menggunakan satu lensa sahaja.

Tetapi, sekiranya imej itu dihasilkan daripada gabungan beberapa imej, seringkali herotannya tidak konsisten kerana ia mungkin dihasilkan dengan lensa-lensa berlainan.

* Titik fokal atau tumpuan fokus. Sekali lagi setiap lensa berbeza kedalaman fokusnya. Setiap objek di dalam imej yang asli akan mempunyai konsistensi kedalaman fokus. Objek yang berbeza jaraknya dari titik fokal akan berada dalam kedalaman fokus berbeza.

Selain aspek teknikal, pakar visual bergerak yang turut terlatih dalam bidang pengarahan juga akan melihat dari parameter alami.

Antaranya:

* Gerak tubuh, kelipan mata, tindakbalas anggota badan dan reaksi wajah kepada sekitaran.

* Tabiat seseorang apabila menyedari dia dirakam oleh kamera video. Antara masalah pelakon amatur, apabila menyedari dirinya dirakam, dia akan sering menoleh atau melihat ke arah kamera walaupun kamera itu tersembunyi.

Selain contoh parameter di atas, suntingan imej juga perlu disiasat. Seringkali suntingan bertujuan memendekkan visual tetapi adakalanya suntingan juga dibuat untuk menyembunyikan sesuatu. Apakah yang cuba disembunyikan?

Berhubung video dua lelaki dikatakan pegawai kanan timbalan menteri dan menteri persekutuan mengadakan hubungan seks sejenis, ramai memperlekehkan kualiti resolusi video.

Saya yakin video itu dirakam dalam resolusi yang tinggi mungkin setinggi 4K. Tetapi kaedah mampatan (compression) dan jenis mampatan yang digunakan menyebabkan resolusi rendah dan gambarnya tidak jelas.

Tujuan mampatan ini bagi membolehkan ia disebar menerusi WhatsApp. Tiada siapa mahu mengambil gambar dengan resolusi rendah.

Bagaimanapun, penilaian kesahihan ketulenan video itu perlu dibuat bersandarkan resolusi yang lebih tinggi dan sebaik-baiknya menggunakan resolusi asal.

Tiada siapa, tidak kira sama ada dia doktor perubatan atau pakar keselamatan rangkaian boleh dipercayai penilaiannya berdasarkan resolusi yang disebarkan menerusi WhatsApp.

Kesahihan dan ketulenan juga tidak boleh disahkan hanya dengan bersandarkan kepada satu parameter sahaja.

Oleh itu, mereka yang bukan pakar visual bergerak diharap berhenti memberi penilaian yang menimbulkan kekeliruan. – 15 Jun 2019.

Koleksi Teori-Teori Disebalik Penyebaran Video Azmin - Haziq.

ULASAN | Menteri Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya video yang tersebar adalah membabitkan dirinya.


Haziq pula mempertahankan dakwaan. Beliau berkata Azmin adalah individu yang merakamkan video tersebut. Azmin juga disifatkannya sebagai 'lelaki yang sakit'.

Antara dua pihak yang berbeza kenyataan ini, timbulnya teori konspirasi dikalangan netizens.

Dan berikut adalah apa yang netizens bawangkan di laman sosial;

👉 Penyebaran video lucah adalah untuk mematikan karier politik Azmin. Azmin dilihat sebagai penghalang bagi seseorang menjadi Perdana Menteri.

👉 Penyebaran video lucah adalah kerja kem #RR dan #DSAI. Ia adalah untuk memberikan amaran kepada Azmin dan PPBM bahawanya tindakan menghalang DSAI menjadi PM8 ada akibatnya.

👉 Penyebaran video lucah adalah untuk menghalang Anwar naik sebagai PM8. Haziq akan uturn. Haziq akan menuduh Anwar sebagai dalang. Anwar akan dipenjarakan. Sekaligus gagal menjadi PM8. Azmin akan dinaikkan sebagai PM dan Mukhriz akan menjadi TPM.

👉 Penyebaran video lucah didalangi PPBM. Untuk membunuh karier politik Azmin dan Anwar. Untuk melemahkan kekuatan PKR. Memandangkan PKR merupakan saingan kuat dalam gabungan PH. PKR sukar ditenangkan dan dipujuk untuk menerima setiap keputusan yang PPBM ingin lakukan.

👉 Penyebaran video lucah adalah sebagai laluan mudah Mukhriz naik sebagai Perdana Menteri. Apabila PKR dilihat terlalu bermasalah dan berantakan, parti itu akan kehilangan sokongan rakyat - sekaligus PPBM akan punya lebih suara bagi membuat keputusan.

👉 Penyebaran video lucah adalah kerja UMNO. Ini adalah taktik konspirasi bagi melenyapkan perhatian rakyat dari menumpukan perhatian ke atas kes Najib. Apabila semuanya tumpu ke atas video lucah - kuranglah orang bercakap hal perbicaraan Najib.

👉 Penyebaran video lucah didalangi BN. Ini penting bagi memastikan PH terkubur dan retak sebelum PRU ke 15. PH akan bergaduh sesama sendiri dan termasuk ke perangkap BN sepertimana Langkah Kajang. BN akan membayangkan menerusi MOLE-MOLE yang mereka 'pasang', bahawanya video lucah kerja DSAI, kerja Mahathir, kerja kem RR, kerja Daim - seterusnya ini akan memecahbelahkan hubungan parti komponen PH kerana masing-masing merasa syak wasangka ke atas satu sama lain - bergaduh di sosial media - mendorong membocorkan rahsia kawan - memberikan modal kepada pembangkang.

👉 Penyebaran video lucah adalah taktik Azmin bagi mendapatkan simpati. Taktik fitnah diri sendiri ini dilakukan bagi mewujudkan persepsi betapa mangsanya Azmin sehingga dizalimi, diaibkan, sebagaimana yang DSAI pernah lalui suatu ketika dahulu. Ini mungkin kerana ada pihak-pihak yang tak senang dirinya sebagai saingan utama dalam merebutkan kedudukan Perdana Menteri.

👉 Penyebaran video lucah adalah strategi. Supaya kem Azmin keluar PKR apabila PKR bergaduh sesama sendiri. Azmin dan orangnya akan memasuki PPBM. Azmin kemudiannya diangkat sebagai PM. Kerana ketika itu PPBM telah menjadi kuat berikutan mempunyai ramai ahli parlimen dengan sokongan UMN0-BN-PAS yang bersama-sama pentadbiran Tun Mahathir. Kerana itulah orang kuat Azmin pegang jawatan KP SPRM. Ini kerana untuk memegang tengkuk PAS - BN.

👉 Penyebaran video lucah adalah kesan kesilapan dan kecuaian Azmin - Haziq. Simply, hanya terkantoi. Tiada konspirasi. PH sedang struggle untuk cover. Tetapi rakyat Malaysia tak boleh terima jalan cerita semudah itu lalu membuat andaian dan spekulasi bagi memuaskan nafsu konspirasi mereka. 

Jadi, yang mana pilihan anda? Teori anda? Apa yang anda mahu percaya? - 15 Jun 2019.

Kini Norman KRU, Anwar, Fahmi Dianggap Sebagai Dalang Pencipta Video Skandal..

SOSMED | Nampaknya teori-teori video skandal yang membabitkan Azmin Ali semakin meliar di sosial media.

Kali ini Norman, Anwar, Fahmi Fadhil dibayangkan sebagai antara dalang yang mungkin berkonspirasi disebalik penyebaran video itu.


Ia dimulakan dengan status individu yang dikenali sebagai Jefri Md Nor dimana beliau mengulas gambar yang dimuatnaik Haziq ketika menonton Avengers : EndGame bersama Anwar Ibrahim pada 4 Mei lepas.

"Ada director, ada producer, ada actor dan ada teknologi pun boleh buat cerita Abangjer Endgeligeleman jugak kan?

Aku rasa dalam citer ni Thanuar atau Ironmin akan mati... Atau ikut Avengers Endgame dua² kaput?

Yang pasti Schaziq Jerkulomsen yang bawak watak Nutassia Romenonok mati awal,"
katanya.


Kenyataan itu kemudiannya dipetik lalu disebarkan dalam bentuk poster dengan mengaitkan ia dengan isu penyebaran video seks.

Mereka yang menyebarkan pula adalah penyokong-penyokong parti tertentu, pro kerajaan.

Disebarkan secara berleluasa di halaman Facebook, ruangan komen dan aplikasi WhatsApp. Kesannya pula, membuatkan ahli PKR dan PH bergaduh sesama sendiri. - 15 Jun 2019.

Naib AMK Dedah Bukti Lakonan Blissoon Kaitkan Rafizi Dalang Video Sekkks.

SYED BADLI SHAH SYED OSMAN | KENYATAAN MEDIA

BLISSON BERNIAT JAHAT

Saya ingin mengecam kenyataan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah Sdr. Blisson Zainudin diatas cubaan untuk memberi gambaran bahawa Sdr. Rafizi Ramli terlibat secara langsung dalam isu klip video lucah yang membabitkan seorang pemimpin.

Kenyataan yang dibuat dalam satu sidang media tersebut ternyata berniat jahat dan sengaja ingin memecahbelahkan perpaduan dalaman Parti Keadilan Rakyat.

 

 
Malah saya juga berasa sangat curiga dengan tindakan Blisson berkaitan isu ini kerana pada 2 hari yang lalu iaitu pada 12 Jun 2019, Blisson sendiri telah menghantar pesanan ringkas kepada saya melalui applikasi Whatsapp yang antara lain berbunyi :-

"Hari tu saya sma haziq bah"
"Dia memang mau kasih azmin tu"
"Habis la azmin ni"
"Ni kali laa"


Saya turut sertakan lampiran tangkap layar perbualan whatsapp tersebut beserta gambar yang dihantar oleh Sdr. Blisson kepada saya.

Dalam perbualan ringkas tersebut beliau juga mengakui yang beliau tidak menyokong YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.

Saya sendiri tidak jelas apakah niat Blisson yang secara tiba-tiba memulakan perbualan menerusi whatsapp berkaitan isu ini kerana saya langsung tidak berminat untuk melayan isu politik lucah dan fitnah.

Justeru itu timbul persoalan apakah niat sebenar beliau apabila 2 hari yang lalu beliau tidak menyokong Azmin dan harini beliau tampil dengan membuat dakwaan mengaitkan individu lain dalam kes ini.

Saya dengan tegas menolak segala bentuk permainan politik lucah dan fitnah dengan tujuan menjatuhkan imej mana-mana pemimpin.

Sesungguhnya permainan "gutter politics" hanyalah strategi yang dimainkan oleh pihak-pihak yang ketandusan idea.

Justeru itu saya menyeru semua pihak untuk berhenti menuding jari antara satu sama lain dan bersatu mengharungi ujian ini. Bertenang dan serahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

Sekian.

SYED BADLI SHAH SYED OSMAN
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan

Rafizi Nafi Dakwaan Dalang Video Skandal Azmin.

RAFIZI RAMLI | KENYATAAN MEDIA

Hari ini saya dihujani dengan panggilan wartawan dan orang ramai yang ingin mendapat reaksi dari saya mengenai kenyataan yang dibuat oleh Sdr Blission Zainuddin

Kenyataan beliau cuba memberi gambaran seperti saya dalang kepada episod seks dan video terkini.

 

 
Saya maklumkan kepada wartawan saya langsung tidak mahu terlibat kerana ia sangat memualkan. Ia menyebabkan rakyat benci kepada ahli politik dan KEADILAN kini terpalit sama. Sebab itu saya langsung tidak mahu komen pun.

Lagi pun faktanya jelas:

1) Si penuduh, Sdr Haziq tidak pernah bersama saya. Beliau sepanjang masa rapat dengan orang lain

2) Saya yang pertama mempersoalkan kenapa seorang yang pernah mahu keluar parti boleh bertanding dalam pemilihan

3) Dalam pemilihan lalu, Sdr Haziq mendokong Sdr Najwan yang bersama Sdr Azmin

Kenyataan saya kepada media pendek, dan saya nyatakan tidak mahu terlibat.

Saya dimaklumkan kemudiannya bahawa Sdr Syed Shah Syed Osman telah pun mengeluarkan kenyataan dan mengemukakan bukti yang boleh menolak terus sebarang usaha untuk melibatkan saya.

Saya harap selepas ini usahlah cuba mengheret saya.

Serahkan perkara ini untuk disiasat sebebas-bebasnya oleh pihak berkuasa.

Saya Difitnah Haziq - Hilman.

HILMAN IDHAM | KEMENTERIAN HAL EHWAL EKONOMI
KENYATAAN MEDIA


Saya telah dimaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat ke atas saya oleh penama Haziq Abdullah Bin Abdul Aziz pada 13 Jun 2019 yang menuduh saya melakukan ugutan ke atas beliau semasa pertemuan kami pada 11 Jun 2019, kira-kira jam 2.40 petang di Zest Coffee House, Marriot Hotel, Putrajaya. Pertemuan tersebut adalah atas kapasiti peribadi tanpa pengetahuan mana-mana pihak termasuk YB Menteri. 

 

 
Justeru, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya laporan tersebut dan ingin menegaskan bahawa laporan tersebut adalah laporan palsu.

Dalam pertemuan tersebut, Haziq telah menyatakan kepada saya bahawa beliau adalah mangsa permainan politik kotor untuk menjatuhkan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau juga menyatakan bahawa video tersebut palsu dan menafikan beliau adalah karakter dalam video tersebut.

Haziq juga meminta pandangan saya untuk beliau bertemu keluarganya bagi mendapatkan pandangan. Saya bersetuju dan meminta beliau bersabar. Malah, saya menasihatkan beliau bahawa dalam menghadapi fitnah begini, keluarga adalah elemen penting yang harus dipelihara perasaan dan maruahnya.

Untuk maksud itu, saya telah membuat satu laporan polis di IPD Putrajaya, kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi, bersangkut laporan polis tersebut yang merupakan laporan palsu serta merupakan pemfitnahan jenayah ke atas saya.

MUHAMMAD HILMAN IDHAM
Setiausaha Politik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi

Khamis, 13 Jun 2019

"Kali Pertama Kami Buat Di Hotel Grand Continental..," Haziq Tampil Dengan Pengakuan Berani Mati, Kaitkan Hilman Sebagai Messenger Azmin..

SEMASA | Secara ringkasnya Haziq Aziz menyatakan;


👉 Saya kini mulai meragui samada kerajaan Pakatan Harapan benar-benar mahu melakukan proses reformasi keadilan apabila kurangnya sokongan yang saya terima selepas membuat pengakuan bersumpah telah melakukan hubungan ranjang bersama Azmin Ali pada 11 Mei 2019.

👉 Tun Mahathir telah menuduh saya membuat agenda politik. Saya takut dan satu-satunya 'ketenangan' yang saya terima apabila anda (merujuk kepada Azmin Ali) menghantar Hilman untuk berjumpa di Zest Restoran di Marriot, Putrajaya yang saya tunggu selama satu jam pada hari itu bagi memujuk agar saya menafikan semua perlakuan dalam video viral itu adalah Azmin Ali. Dan saya perlu melakukan pembohongan bagi Azmin (menyelamatkan).

👉 Saya dipaksa untuk melakukan pembohongan. Saya meminta untuk bercakap (berunding) dengan keluarga saya dan ini membuatkan beliau marah. Selepas saya enggan (berkompromi untuk melakukan pembohongan), dia membuat ugutan dan mengatakan hal tersebut akan diselesaikan dalam masa 48 jam samada saya menolongnya melakukan penipuan ataupun tidak.

👉 Ia menyedihkan saya kerana Azmin Ali lelaki yang saya sanjungi telah memilih untuk mementingkan dan menyelamatkan dirinya sendiri berbanding mengakui kesalahannya. Saya menyedari anda orang yang sakit kerana hanya anda yang tergamak rakam video untuk simpanan peribadi selepas menjemput saya di bilik hotel anda dalam semua jenis program.

👉 Kali pertamanya di Grand Continental, Kuching pada 3 tahun lalu. Kemudiannya di Pullman, Kuching ketika pemilihan parti Oktober lalu. Kita lakukan sekali lagi di Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Ketika itu Azmin sebagai Menteri Pengiring kepada Sultan Brunei dalam bulan Mac. Dan terbaru di Fourpoint, Sandakan.


👉 Saya bimbang lebih banyak video akan keluar. Dan kemewahan yang anda dapati sebagai Menteri akan hilang sementara itu masa depan saya pula hancur musnah.

👉 Azmin bahkan mendapat sokongan penuh dari Perdana Menteri meskipun siasatan rasmi belum bermula.

👉 Hanya kebenaran sahaja yang boleh membebaskan saya sementara itu keselamatan saya dan ahli keluarga mungkin terancam.

👉 Saya berharap orang ramai dapat melihat anda sebagai siapa anda sebenarnya - pemanipulasi dan mempunyai pengaruh yang besar bersama-sama budak-budak anda; Hilman, Afif, Zuraida dan mereka yang berada dalam kelompok yang sama, dimana termotivasi dek sikap tamak dan gila kuasa.



Pengakuan oleh Haziq ini disiarkan menerusi Facebooknya pada jam lebih kurang 11 pagi.

Setakat ini lebih dari 300 pengguna telah mula berkongsikan di dinding Facebook masing-masing. Sementara itu Haziq menerima pelbagaib respon menerusi maklum balas di ruangan komen. 

Ada yang menyokong pendedahan tersebut. Dan ada yang mengutuk Haziq sebagai penyebar fitnah dan memalukan kaum lelaki. - 13 Jun 2019.

Rabu, 12 Jun 2019

Bilik Hotel Itu Sama Seperti Dalam Video, Mana Azmin Hilang Selama 22 Jam Dari 10 - 11 Mei Soal Pengkritik..

SOSMED | Kem pengkritik Azmin meneruskan serangan dengan menyebarkan gambar bilik di Hotel Sheraton, Sandakan seperti yang diakui oleh Haziq Aziz pagi tadi.


Pagi tadi Haziq bersumpah melakukan hubungan bersama Azmin Ali dan mengesahkan rakaman lucah yang berlegar-legar sejak semalam adalah tulen dan ia berlaku di Hotel Sheraton pada 11 Mei ketika PRK Sandakan.



Kem penyokong Azmin bagaimanapun menolak pengakuan tersebut dengan membuktikan Azmin berada di Istana Negara - sekurang-kurangnya pada 11 Mei 2019, pada jam 10 malam.



Namun pengkritik Azmin yang dilihat seperti mempertahankan pengakuan Haziq dilihat menyebarkan gambar bilik hotel di Sheraton dan mendakwa ianya sama seperti yang dilihat dalam video lucah yang berlegar-legar sejak semalam.


Malahan TTKM - juga mendakwa penafian Ratu Naga yang mengatakan Azmin berada di Istana Negara adalah hujah yang terlalu lemah.


"Ratu Naga - Syarul Ema Rena jam 12 AM 11 Mei 2019, pun 11 Mei 2019 juga. Janganlah tolol sangat

10 Mei 2019 9PM = Azmin di Sandakan
11 Mei 2019 7PM = Azmin di Kuala Lumpur

Flight terakhir Sandakan - Kuala Lumpur adalah jam 8.40 PM (Air Asia), 6.10 PM (MAS). Tak mungkin la Menteri book tiket Air Asia. Maka Azmin kena juga bermalam di Sandakan pada malam 10 Mei 2019.

Persoalan. Dimanakah Azmin di antara 9 PM (10/05/19) dan 7 PM (11/05/19) = 22 jam?,"
soal pentadbir halaman itu dalam satu kenyataan hari ini.  


Sementara itu, Azmin Ali setakat ini belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi bagi mengulas pengakuan bersumpah Haziq Aziz. - 12 Jun 2019. 

Sebar Video XXXX, Portal Sabahkini2 Disekat SKMM.

POLITIK | Portal Sabahkini telah disekat oleh SKMM bermula semalam, 11 Jun 2019. 

Sekatan ini dipercayai ada kaitan dengan penyebaran tiga video lucah yang mengaitkan Menteri Ekonomi, Azmin Ali bersama pimpinan PKR - Haziq Aziz.


Video itu disebarkan tanpa tapisan dan tidak sesuai untuk dipertontonkan secara umum apatah lagi di website berita. Mungkin itu yang menjadi asas kepada sekatan tersebut dilakukan.

SKMM bagaimanapun tidak menyatakan sebabnya secara terperinci setakat ini melainkan satu notis awam dipaparkan apabila cubaan mengakses portal tersebut dilakukan.
 
"MAKLUMAN.

Laman sesawang ini tidak dapat diakses di Malaysia kerana kanduntgannya melanggar undang-undang negara," katanya notis tersebut.

Untuk rekod, selain portal berita, blog-blog, video berkenaan turut melegar-legar di group-group WhatsApp. Pihak kami ingin menasihati agar tiada mana-mana pihak menyimpan video berkenaan di telefon masing-masing, apatah lagi bagi mereka yang sudah mempunyai anak-anak kerana ia boleh mempengaruhi pemikiran anak masing-masing. Jangan disebabkan galak mahu menyerang pimpinan tertentu, anak sendiri menjadi mangsa dalam proses itu. - 12 Jun 2019.

"Saya Bersama Azmin Pada 11 Mei," - Pasangan Akui Video XXXX Tulen Dan Diambil Tanpa Kebenaran..

POLITIK | Susulan dari penyebaran 3 video lucah yang mengaitkan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali, lelaki yang dikenali sebagai Haziq Aziz tampil membuat pengakuan berani mati subuh tadi.

Lelaki itu, mengakui beliau melakukan hubungan seksual luar tabii bersama Azmin Ali pada 11 Mei yang lalu.

"Saya Haziq Aziz, dengan ini saya membuat pengakuan bersumpah bahawa sayalah individu bersama Azmin Ali dalam video yang telah viral semalam. Video tersebut telah diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei semasa pilihanraya kecil Sandakan di bilik Azmin di hotel Sheraton.

Saya menggesa SPRM untuk menyiasat tuduhan korupsi. Beliau bukanlah individu yang layak untuk menjadi seorang..," katanya dalam pengakuan tersebut.

Pengakuan Haziq dilihat terhenti dan bukan dalam rakaman penuh.  

Dalam perkembangan yang sama, penyokong Azmin Ali dilihat membidas pengakuan Haziq itu sebagai satu pembohongan.

Kem Azmin mendakwa pada 11 Mei 2019 Menteri Ekonomi itu berada bersama Agong dan barisan menteri kabinet di Istana Negara.


Gambar mengenai program itu turut disebarkan sebagai bukti bagi menyokong penafian itu. - 12 Jun 2019.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...