18 Februari 2018 - Ameno World
Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 23 Februari 2018

Bukan Semua Peneroka Bersetuju Dengan Perjanjian Tanah Ijok.

Tidak semua peneroka bersetuju dengan perjanjian baharu dalam isu pertikaian tanah Ijok disini, lapor Berita Harian pada isnin. 

Menurut laporan itu, sebahagian peneroka masih belum berpuas hati kerana rumah yang dijanjikan pada 2000 sudah berubah termasuk jenis rumah yang bakal dibina untuk peneroka tanah terbabit.

Wakil penduduk, Mohd Fadzil Ibrahim, segelintir penduduk kini tidak berpuas hati berikutan sebelum ini mereka dijanjikan rumah jenis berangkai (semi D) namun mereka difahamkan akan menerima kediaman bersaiz lebih kecil.

"Selepas pentadbiran Kerajaan Negeri bertukar pada Pilihan Raya Umum lalu, bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ada membuat perjumpaan tertutup dengan kami memandangkan projek perumahan kami masih terbengkalai.

"Dalam pertemuan itu, Abdul Khalid mengarahkan projek perumahan kami di Puncak Alam ini dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) tetapi disebabkan berlakunya pertukaran Menteri Besar, projek itu juga tidak menjadi.

"Sekarang, lain pula jadinya. Apa yang kami pertikaikan, kenapa perjanjian dahulu, sudah berubah kerana sepatutnya rumah kami dibina di kawasan laluan utama dan semua penerima mendapat rumah jenis Semi D,"
katanya ketika ditemui, di sini.

Difahamkan, penduduk juga tidak berpuas hari berikutan saiz rumah yang kecil selain tidak dapat melihat rumah contoh.

Selain isu saiz rumah, Mohd Fadzil berkata, peneroka juga mempersoalkan isu wang tunai yang sepatutnya diterima berdasarkan kepada nilai tanah ketika ini yang lebih tinggi berbanding dengan kira-kira 18 tahun lalu.

"Mengikut perjanjian pada tahun 2000, kami menerima wang tunai RM180,000 berdasarkan nilai semasa tetapi duit itu juga masih belum diterima sepenuhnya.

"Dengan nilai tanah ketika ini, sepatutnya jumlah berkenaan harus lebih tinggi dan berikutan itu kami minta Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, untuk bantu kami mendapatkan hak kami,"
katanya.

Justeru, penduduk mahu Kerajaan Selangor terutama Mohamed Azmin untuk campur tangan dalam isu berkenaan.

Mohd Fadzil berkata, tanah berkenaan adalah 'tanah anugerah' yang diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika Selangor ditadbir Tan Sri Muhammad Muhd Taib bagi membantu golongan penduduk susah.




Katanya, sepatutnya Kerajaan Negeri yang kini ditadbir PKR berterusan membantu penduduk dan bukan bertindak sebaliknya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Adnan Kandar, 71, berkata, beliau merasakan ditindas dan ditipu kerana sepatutnya mendapat wang pampasan lebih berbanding nilai tanah pada tahun 2000.




"Sudah 18 tahun dan harga tanah di sini melambung tetapi kenapa kami tidak menerima wang sepatutnya. Malah, wang RM180,000 yang sepatutnya diberikan dahulu pun ada peneroka yang masih belum terima.

"Untuk dapat wang itu, saya terpaksa mengemis dan memanjat bangunan pejabat untuk dapatkan pampasan bagi diri sendiri,"
katanya.

Nama, Wajah, Identiti Individu Yang Cuba Merasuah Ahli Didedahkan PPBM.

PEGUAM parti PPBM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Haniff Katri hari ini mendedahkan beberapa perkara penting mengenai individu yang didakwa telah ditahan SPRM semasa cuba merasuah pimpinan PPBM Perlis pada 5 Februari lepas.

Individu yang ditangkap secara LIVE itu dilaporkan kantoi dihadapan pegawai SPRM Putrajaya semasa cuba membayar suapan bernilai tertentu kepada Ketua Penaja Srikandi PPBM Perlis, Puan Baridah Che Nayan.

"Tangkapan dibuat semasa wang dipindahkan dari tangan suspek ke tangan pengadu," kata Haniff Katri dalam sidang media LIVE Facebook petang ini.

Suspek itu menurut Peguam Haniff Katri adalah seorang bekas ahli PPBM. Jawatan akhir sebelum individu tersebut keluar dari parti ialah Penolong Setiausaha Srikandi Pusat. 

Individu itu juga pernah dilaporkan telah meletak jawatan pada 30 Mei 2017 atas alasan kronisme dan pilih kasih melampau mengikut laporan Utusan Online pada 14 September tahun lalu.

Nama suspek itu ialah Puan Hasnita Binti Hishamuddin. Mengikut kenyataan Haniff Katri, PPBM telah mengugurkan keahlian Puan Hasnita pada 14 September tahun lalu.

Bagaimanapun mengikut laporan Utusan Online pada tarikh yang sama, memaklumkan Puan Hasnita Binti Hishamuddin telah bertindak keluar parti dan ianya dilaporkan secara berleluasa oleh portal pro BN ketika itu. 

Gambar Puan Hasnita mengikut portal Utusan Online


Meskipun telah menyerahkan semua bukti yang ada dan membantu siasatan termasuklah hadir beberapa kali ke pejabat SPRM bagi memberikan keterangan dan mengambiltahu perkembangan kes, PPBM masih tidak dimaklumkan tentang perkembangan kes dan tertanya-tanya apa yang sudah berlaku sebenarnya. 

"Saya ingin sekali lagi sarankan, Dzulkilfi Ahmad sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM mengambil serius perkara ini. Ini bukan main-main ya. Ini adalah suapan yang telah dimasukkan ke dalam akaun bank sebahagiannya dan sebahagiannya lagi diserahkan dengan tangan. 

Bagaimanakah kes ini masih belum didedahkan? Bagaimanakah suspek masih belum dibawa untuk prosiding reman? Tahanan sementara menanti siasatan? Bagaimanakah sehingga kini beliau masih bebas dijalanan buat demotransi. Bagaimanakah sampai sekarang kita tidak diberitahu apa yang sedang berlaku?," soalnya dalam sidang media itu. 

Gambar oleh Haniff Katri



Menurut Haniff Katri lagi, beliau dimaklumkan oleh Pesuruhanjaya SPRM Putrajaya, Tuan Ramlan bahawa siasatan diharap ditamatkan pada atau sebelum Tahun Baru Cina iaitu pada15 Februari 2018. 

Dan beliau percaya kertas siasatan akan dimajukan kepada pihak pendakwaraya. Bagaimanapun setakat ini PPBM tidak dimaklumkan apa-apa.

"Itu pada 8 hari yang sudah. Sehingga kini belum ada maklum balas. Adakah SPRM serius akan perkara ini? Kenapa SPRM berdiam diri? Kenapakah orang ramai dibiarkan orang tertanya-tanya. Betulkah ada tangkapan ataupun tohmahan? Perkara ini tidak sihat. Sebab PPBM sebagai satu parti yang menentang gejala rasuah telah bertindak untuk menanggani perkara itu namun pihak berkuasa tidak memberikan kerjasama," katanya.

Haniff Katri turut menjelaskan yang PPBM juga telah menghantar notis kepada SPRM bagi mendesak agensi itu memberikan maklum balas tentang perkembangan kes dalam masa tujuh hari.

Tambahan pula, kes ini sebenarnya disiasat dan dilaporkan oleh PPBM dan PPBM mempunyai hak untuk mengetahui dan mendedahkan hasil siasatan kepada orang awam.

"Pada jam 2.30 petang tadi, pejabat kami telah menghantar notis akhir kepada SPRM. Dalam surat ini kami telah memberikan masa tujuh hari kepada SPRM untuk menjelaskan proses siasatan kepada orang awam dan pengadu. Jika gagal, segala proses yang dibawah undang-undang akan dilakukan oleh PPBM jika perlu," katanya lagi.

Tujuan rasuah
 

Tujuan suapan diberikan ialah untuk mendorong Puan Baridah hadir ke satu sidang akhbar di hadapan pejabat ROS di Putrajaya, jelas peguam itu lagi. 

Mengikut semakan kami, 5 Februari lepas dua pimpinan muda PPBM hadir ke Pejabat ROS di Putrajaya bagi mendesak PPBM berhenti menyalahkan ROS berhubung isu pendaftaran parti sebaliknya PPBM harus menilai kesalahan diri kerana gagal mematuhi perlembagaan parti (rujukan kami disini).

Menurut kenyataan Haniff Katri lagi, dalang disebalik cubaan membeli dan merasuah ahli PPBM dipercayai adalah individu yang sangat rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Satu fakta yang penting yang saya perlu sentuh disini. Antara maklumat yang diperolehi. Apabila pihak pengadu mempunyai perbualan telefon dengan suspek dari masa ke semasa. 

Pengadu ada bertanyakan kepada suspek. Siapakah yang bagi duit ini. Ataupun dari manakah datangnya wang ini. Melalui perbualan telefon tersebut, pengadu dimaklumkan oleh suspek bahawa pihak berkenaan adalah orang yang paling paling paling paling paling paling enam kali paling rapat dengan Najib Razak. Itu sahaja. Sekian," katanya lagi.  

Terdahulu, beberapa penyokong termasuklah pimpinan Pakatan Harapan telah menfitnah isteri Chegu Bard ataupun nama sebenarnya Badrul Hisham sebagai individu yang ditahan SPRM kerana cuba membeli ahli PPBM.

Sebaran fitnah itu bertebaran secara berleluasa di media sosial termasuklah aplikasi WhatsApp sehingga menyebabkan Chegu Bard suami isteri menjadi mangsa tohmahan, cacian, maki hamun dan diserang oleh penyokong-penyokong taksub Pakatan Harapan. 

Gambar-gambar Chegu Bard bersama beberapa individu lain juga disebarkan untuk tujuan membuat posting kebencian dan menghina secara peribadi.

Berang dengan fitnah yang tidak berasas itu, Chegu Bard kemudiannya membuat laporan polis dan SKMM bagi mendesak pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap individu-individu yang menyebarkan fitnah ke atas keluarganya.

Pihak kami juga diberitahu Cikgu Idris adalah nama kepada suami suspek yang sebelum ini identitinya dirahsiakan oleh PPBM. Bagaimanapun pihak kami tidak dapat mengesahkan kesahihan maklumat tersebut.

Berikutan penulisan yang menyebut perkataan cikgu itu menjadi tular, ia akhirnya mendorong salah-faham ke atas Chegu Bard yang dilihat seringkali mempertikaikan kepimpinan Azmin Ali dan intergriti Tun Mahathir Mohammad. 

Pihak kami juga mendapat maklumat beberapa individu Pakatan Harapan yang menfitnah Chegu Bard dan keluarganya telah membuat permohonan maaf secara bersemuka dan di media sosial. - 23 Februari 2018.

Taman Tamadun Ilmu, MB Terengganu Kantoi Kaw-Kaw.

Dan ini adalah laporan kedua mengenai projek Taman Tamadun Ilmu, Tembila, Besut di Terengganu.

DIUGUT dan didakwa menyebarkan fitnah ke atas kerajaan negeri. Itulah kenyataan Hishamuddin Abdullah di akaun Facebooknya selepas membuat LIVE FACEBOOK tentang kerosakan teruk Taman Tamadun Ilmu di Besut, Terengganu pada minggu lepas.


Baca laporan pertama kami disini : MB Terengganu kata gambar edit, netizens akan dedahkan bukti secara LIVE.

Menurut Hishamuddin, beliau telah diugut kerana melakukan pencerobohan di beberapa lokasi Taman Tamadun Ilmu bagi memberikan bukti LIVE kepada netizens bahawanya gambar-gambar sebarannya adalah gambar terkini dan bukannya gambar lama seperti dakwaan Datuk Seri Ahmad Razif sebelum ini.

"Hari ni selepas edisi terjah dan bongkar, aku diugut mereka kerana menceroboh dan mengfitnah pihak kerajaan dan sekarang mereka tambah lagi pihak keselamatan untuk bertugas disana," katanya pada jumaat lepas. 

Menurut Hishamuddin lagi, kabel dan segala barangan penting di dalam bangunan stadium Taman Tamadun Ilmu sebenarnya telah dicuri oleh bahkan dicuri secara terang-terangan.

"Harta yang hampir 400 juta dan hampir siap, mereka biarkan begitu sahaja tanpa ada pengawalan kerajaan negeri Terengganu sehingga mudahnya bapak segala perompak dan pencuri menunaikan tugas mereka. 

Sehinggakan lori dan jentolak pun masuk sewenang-wenangnya mengambil cable dan barang-barang didalamnya. Berapalah gaji untuk membayar petugas keselamatan bagi menjaga harta kepunyaan Negeri Terengganu di Taman ILMU.. 

Ditimbunnya tiang letrik yang tumbang disetiap pintu depan Taman Ilmu untuk menghalang sesiapa masuk. BUAT APA? Hey, FIKIRLAH dengan AKAL yang WARAS, kenapa selepas dibongkar baru kamu nak jaga?

Sebelum ini kamu hanya menyaksikan kemusnahan tanpa ada sedikit pun penyesalan. Kamu tak pernah rasa rugi.. Pasal bukan duit kamu. Sebaliknnya kekayaan yang diperolehi oleh kroni-kroni kamu itu membuatkan mereka senang.

Sebenarnya pihak kamu hanya mementingkan diri sendiri tanpa fikir apa khidmat sebenar kepada rakyat. JANGAN JADI KURANG CERDIK. FIKIR SEBAIKNYA, bukan mencari dalih dan janji bersama angan-angan kosong untuk menipu berkali-kali. Tell the truth behind. SIASAT sampai lumat," katanya lagi. 

Ini mengesahkan laporan portal pro BN, teganukita.net yang menulis : "Menurut beberapa sumber tempatan, keseluruhan bangunan tersebut diberikan kawalan keselamatan yang sempurna sehinggakan berlakunya kecurian dan pencerobahan yang cukup terancang. 

Tiang lampu limpah (highmast) tersebut yang tingginya kira-kira 30 meter dan berat dianggar tiga tan ditumbangkan sebanyak empat unit tanpa meninggalkan kesan hentakan yang kuat dipermukaan tanah dan trek balapan di mini stadium. 

Ianya hanya boleh dilakukan menggunakan jentera berat serta membuktikan bahawa tenaga manusia tidak dapat menumbangkan tiang tersebut. 

Apakah ianya satu jenayah terancang yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan melakukan jenayah mencuri dan merompak? 

Melapor biarlah tepat dan betul dan bukannya bermotifkan politik serta sama-sama membantu agar apa yang diusahakan kerajaan menjadi kenyataan," kata portal itu pada rabu.

Kononnya berlaku kegiatan kecurian besar-besaran dan sangat terancang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sudahkah kerajaan negeri membuat laporan polis tentang kecurian yang menyebabkan kerugian jutaan ringgit ini? Timbul satu persoalan baru. 

Malahan, netizens turut mempertikaikan jika kerajaan negeri bercadang untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat punca dan jumlah kerugian sebenar Taman Tamadun Ilmu yang menyebabkan Terengganu terpaksa menanggung beban kerugian jutaan ringgit.

Sebelum ini, pihak kami melaporkan penafian kerajaan negeri menerusi kenyataan Ahmad Razif yang berkata gambar-gambar kerosakan Taman Tamadun Ilmu adalah gambar lama dan menyeru agar kesemua pihak berhenti menyebarkan fitnah. 

Untuk rekod, Taman Tamadun Ilmu dirancang pada tahun 2004, bagi mewujudkan hub pendidikan utama di negeri Terengganu.

Idea itu diilhamkan oleh Menteri Besar Terengganu ketika itu, Datuk Seri Idris Jusoh dan kos asal projek dianggarkan bernilai 400 juta Ringgit Malaysia.

Tanah seluas 280 hektar di Tembila, Besut dipilih menjadi lokasi utama dan pembinaan bermula pada tahun 2007 dengan peruntukan awal RM300 juta.

Bagaimanapun sejak tahun 2012, projek itu mula menjadi topik pertikaian politik di antara parti pembangkang dan kerajaan apabila satu demi satu kelemahan projek itu didedahkan dan dipertikaikan oleh blok-blok pembangkang. - 23 Februari 2018.
 

Ini Punca Sebenar Kenapa Orang Asli Buat Sekatan - Jawapan Kepada Mohd Amar.

SEMALAM, Malaysiakini melaporkan kenyataan
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang dipetik sebagai berkata pihaknya tidak mengetahui punca sebenar yang mendorong kepada tiga sekatan laluan di Hutan Simpan Gunung Stong Selatan sejak khamis minggu lalu.
"Saya tak dapat nak komen lanjut sebab tak tahu apa isu sebenarnya. Kita sedang tunggu laporan," katanya, dalam laporan itu. 

Mohd Amar turut dilaporkan berkata, sedang menunggu kertas laporan yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan siap dibentangkan kepada semua pihak yang terlibat dan selepas itu barulah beliau boleh memberikan respon yang sewajarnya.
"Wakil kerajaan negeri adalah JPNK, mereka sedang siapkan laporan, mungkin (siap) dalam minggu ini.
"Melalui laporan itu baru kita boleh follow up (buat tindakan susulan)," katanya dalam laporan itu.
Sumber kami memaklumkan, pihak rundingan telah menghantar surat rasmi lebih dari tiga kali untuk berjumpa sendiri dengan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan bagi membincangkan masalah pembalakan di kawasan tersebut.

Bagaimanapun tiada respon diterima dari mana-mana wakil kerajaan.

Beberapa perjumpaan turut dilakukan dengan pihak JPNK, JAKOA, Suhakam tetapi masalah masih berlarutan berikutan tiadanya penglibatan rasmi dari wakil kerajaan negeri. 

Sumber kami turut memaklumkan respon 'luarbiasa' dari Mohd Amar yang kami jangkakan sepatutnya sudah faham masalah yang wujud namun kami tidak akan melaporkan kenyataan itu disini.

Berdasarkan maklumat yang diterima oleh pihak kami lagi, sekatan itu berlaku kerana berpunca daripada aktiviti pembalakan yang berlebihan dan semakin lama semakin berleluasa sehingga menjejaskan kehidupan Orang Asli di kawasan berkenaan. 

Perkara ini bukanlah benda yang baru disuarakan bahkan seringkali dibangkitkan oleh Orang Asli setiap tahun terutamanya selepas Bah Kuning 2014 berlaku.

Bagaimanapun, suara dan hak mereka dinafikan.
3 sekatan terpaksa dibuat di laluan, Pos Gob, Pos Tohoi dan Pos Simpor dengan menampalkan mesej-mesej pemberontakan menerusi kertas yang turut dipamerkan di sepanjang laluan sekatan jalan yang dibuat.
Dengar suara kami
"Banjir 2014 angkara siapa", "Kami bantah projek berskala besar", "Kami Orang Asli menjadi pengemis di tanah dan negeri kami sendiri. Suara kami tidak didengari", "blockade, sekatan jalan-jalan pembalakan", "Kami sayang hutan. Pelihara hutan kami", antara mesej-mesej pemberontakan yang tertera di atas kertas manila itu.
Pusat Komas turut menulis, "Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) sekatan yang didirikan sendiri di Gua Musang, Kelantan pada 16 Feb 2018. 
3 Kampung Orang Asli (Orang Asli) sebahagian besarnya terjejas oleh pembalakan yang berlebihan. Orang Asli ditolak hak tanah adat mereka untuk hidup dan mengamalkan budaya mereka. 
Kawasan yang terjejas secara langsung ialah Pos Pasik dan Kuala Wok. Persoalannya masih dijawab ialah mengapa Jabatan Perhutanan tidak mengawal pembalakan yang berlebihan ini dan Jabatan Alam Sekitar tidak berdiam diri terhadap kesan eko-sistem dan alam sekitar. 
Adakah syarikat pembalakan memegang lesen yang sah? Siapa yang menjaga pemantauan bilangan pokok yang ditebang dan keberlanjutan hutan? 
Kerajaan Negeri Kelantan melakukan apa sahaja untuk memelihara hutan? Malaysia menggalakkan pembangunan Mampan dan Matlamat 15 mengenai penebangan hutan, ekosistem kelihatan seperti Malaysia tidak konsisten dengan dasar dan agendanya di peringkat bawah," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Terdahulu pada 19 Februari, Jabatan Perhutanan Kelantan dilaporkan telah memberikan nasihat kepada penduduk Orang Asli di Gua Musang agar tidak mengganggu atau menghalang tugas penjawat awam yang melakukan tinjauan berhubung sekatan terbaru di kawasan pedalaman.
Pengarah Perhutanan Kelantan, Datuk Zahari Ibrahim dipetik sebagai berkata, pihak­nya sedia maklum dengan tiga sekatan terbaru yang dibina di Kuala Woo, Pos Pasik, Cawas, Pos Bihai dan Tohoi, Pos Bring dan telah menghantar pegawai untuk membuat tinjauan tetapi Orang Asli tidak boleh menghalang tugas penjawat awam yang mahu melakukan tinjauan seterusnya menghantar maklumat kepada kerajaan negeri katanya.

“Pihak jabatan telah menghantar pegawai kita untuk membuat tinjauan menyeluruh bagi mengkaji tindakan yang perlu diambil. 

Laporan itu akan dibawa ke pihak kerajaan negeri untuk tindakan selanjutnya.

Cuma kami ingin memberi nasihat kepada penduduk Orang Asli kalau boleh tidak menghalang tugas pegawai ini membuat pemantauan. Jika ingin menghalang pihak pembalak itu merupakan hak mereka,” katanya seperti laporan Kosmo Online.

Siti Kassim dalam satu kenyataan pula menafikan sekatan di laluan pembalakan didalangi oleh dirinya ataupun pihak luar. Ini katanya lagi, Orang Asli sebenarnya mampu berfikir untuk mempertahankan hak mereka tanpa dipengaruhi oleh sesiapa pun. 

Penafian dibuat kerana terdapat spekulasi dan dakwaan yang menuduh Siti Kassim antara individu yang mempengaruhi Orang Asli bagi melakukan sekatan.

Dan Siti Kassim juga menegaskan dirinya hanya berperanan sebagai peguam dan menyampaikan apa yang dituntut oleh Orang Asli mengenai hak-hak mereka tentang tanah adat dan isu pembalakan.

Menurut Siti Kasim lagi, beliau dimaklumkan oleh Orang Asli bahawanya terdapat pegawai dari Jabatan Perhutanan yang mengakui sebagai ahli NGO tetapi memakai ves yang tertera logo Jabatan Perhutanan Kelantan justeru itu pegawai tersebut tidak dibenarkan masuk ke laluan yang disekat.

Bagaimanapun Siti Kassim turut menasihati agar tiada mana-mana pihak melarang penjawat awam dari masuk ke lokasi sekatan kerana ia akan dianggap menghalang tugas penjawat awam.  



Dalam perkembangan berkaitan, Siti Kassim turut memaklumkan yang beliau diberitahu terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah membayar sesetengah Orang Asli untuk membuat demo di kawasan sekatan. 

Sedangkan pada 21 Februari lepas, Pusat Komas melaporkan yang JPNK bersama JAKOA dan APM bersetuju untuk menasihati kerajaan Kelantan menghentikan aktiviti pembalakan di kawasan terjejas dan memohon agar pihak kerajaan menggantikan kawasan lain kepada pengusaha ladang yang telah mendapat kelulusan.

Maka, tindakan membayar sesetengah Orang Asli untuk melakukan demo dianggap mempunyai niat tertentu dan bermotifkan sabotaj.


Pada semalam pula, salah seorang aktivis Orang Asli yang menggunakan id Kropok Lekor memaklumkan bahawanya kumpulan blockade didakwa telah melakukan kecurian barang-barang milik syarikat pembalak bagaimanapun kumpulan Orang Asli itu menafikan mereka melakukan kecurian.

Mereka sebaliknya, meminta agar pekerja itu membuat laporan polis bagi mengesahkan dakwaan itu. Tambahan pula, wakil orang Asli didakwa mencuri ketika sedang mengiringi pegawai tinggi kerajaan, pihak polis dan APM ke lokasi-lokasi terjejas dek aktiviti pembalakan, ia adalah sesuatu yang mustahil katanya.

"Kami juga menganggap bahawa tuduhan ini adalah tudahan yang berniat jahat kerana ketika kami masuk untuk menggiringi YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Polis dan JPAM. Masakan mungkin wakil yang mengiringi rombongan masih boleh mencuri," katanya dalam satu kenyataan. - 23 Februari 2018.

Jururawat Lapor Polis, Dakwa Difitnah Ratu Naga.

Ia adalah kelas pendidikan seks untuk golongan yang berisiko menghidap HIV. Itulah penjelasan seorang kakitangan perubatan yang bekerja dengan Kementerian Kesihatan di Negeri Kelantan. 

Menurut jururawat yang enggan mendedahkan namanya itu, beliau mendakwa berasa malu selepas difitnah secara politik oleh seorang pemain media sosial Pakatan Harapan yang dikenali sebagai Ratu Naga ataupun nama sebenarnya Syarul Ema.

Laporan polis


Jururawat yang berusia 43 tahun itu membuat laporan polis pada selasa selepas melihat rakaman video tentang dirinya sedang mengajar pendidikan seks menjadi tular di laman sosial dengan dakwaan kononnya beliau ialah orang UMNO, tiada maruah, tiada rasa malu, membuat demo bercampur lelaki perempuan dan seterusnya menjadi mangsa hinaan dan kritikan di ruangan komen atas post berkenaan. 

Post yang dimaksudkan



Jururawat itu turut mendakwa kelas pendidikan seks itu sebenarnya berlaku sekitar Ogos 2017 bagaimanapun disebarkan semula secara politik dan keadaan itu memberikan impak ke atas dirinya dan keluarganya.

Dalam perkembangan berkaitan, Doktor Abdul Rahman Abdul Kadir tampil membuat kenyataan mengenai insiden yang membabitkan jururawat itu di akaun Facebooknya.

"#RATU_NAGA_KAKI_FITNAH 

Kasihan jururawat di dalam video yang diviralkan oleh Ratu Naga ini. Ratu Naga telah memfitnah video pendidikan seks untuk golongan berisiko menghidap HIV sebagai video UMNO. 

Hasilnya, macai-macai pembangkang telah memaki hamun dan memfitnah jururawat yang tidak bersalah ini. Beliau amat tertekan dan menghubungi saya. Saya syorkan beliau mesej Ratu Naga dan jelaskan keadaan sebenar dan pohon dipadamkan posting tersebut. 

Jururawat tersebut telahpun mesej Ratu Naga namun mesej tersebut tidak dihiraukan. Posting fitnah tersebut kekal terpampang dengan segala komen yang mengecam jururawat ini dibiarkan begitu saja," katanya dalam satu kenyataan. 

Doktor Abdul Rahman Abdul Kadir turut berkata tujuan beliau membuat penjelasan kerana mahu membersihkan nama jururawat yang difitnah kerana hakikatnya jururawat itu sebenarnya sedang bertugas untuk mendidik masyarakat.

"Sewajarnya bila empunya diri tampil menjelaskan keadaan sepatutnya Ratu Naga sepatutnya mohon maaf dan padamkan saja posting tersebut kerana ia melibatkan maruah dan nama baik serta gangguan psikologi kepada seorang wanita Muslimah yang tidak bersalah. 

Tetapi Ratu Naga tidak berbuat demikian entah mengapa. Mungkin yakin kulitnya kalis api neraka agaknya. Kerana tidak tahan dengan tohmahan, wanita tersebut telah membuat laporan polis. 

Beliau memohon saya untuk menjelaskan perkara sebenar bagi membersihkan namanya yang hanya menjalankan tugas mendidik masyarakat. 

Beliau juga sedang mempertimbangkan mengambil tindakan undang-undang. Marilah kita semua menolak politik sampah dan fitnah seperti ini," jelasnya lagi. 

Mesej kepada Ratu Naga


Berdasarkan semakan, post yang dimaksudkan sudah tidak kelihatan sejak semalam.


Dan menurut individu yang dikenali sebagai Ratu Naga pula, beliau mendakwa hanya mempunyai dua akaun facebook yang aktif iaitu id Ratu Naga secara rasminya dan Ema Lee untuk kegunaan peribadinya. - 23 Februari 2018.

Penjelasan Isu Skandal Tanah Ijok Yang Anda Mesti Tahu - Dr. Dzul.

KENYATAAN MEDIA

22 Februari 2018
 

TANAH MUKIM IJOK: SIAPA YANG TERDEDAH..?

Dr Dzulkefly Ahmad, Penyelaras Parlimen Kuala Selangor

1. Serangan Umno-BN dan Tan Sri Khalid lbrahim terhadap MB DS Azmin Ali atas isu penyelesaian projek terbengkalai di Mukim Ijok telah pun mendedahkan kebobrokan Umno sendiri dan kelemahan serta kegagalan Tan Sri Khalid Ibrahim ketika mentadbir Selangor dahulu.


Sebaran blog BN
2. Pandangan pemerhati lebih baik Umno diam sahaja dan Khalid tidak ambil kesempatan. Hari ini kedua-dua didedah 'pekong' masing-masing kerana gelagat buruk sendiri.

3. Umno melalui Pengarah Strategi dan Komunikasi BN, Rahman Dahlan telah mula menembak pihak kerajaan negeri, sejurus, MB merasmikan Majlis memeterai Perjanjian Pemilikan antara Peneroka Alam Mutiara dan Alam Utama (Fasa 2&3) dengan Paragon Pinnacle, pada 11 Februari lalu di Stadium tertutup Kuala Selangor.

5. Jelasnya Rahman tidak faham susur-galur cerita sebenarnya dan jauh lagi untuk memahami 'global formula' yang bersifat 'menang-menang' untuk semua pihak termasuk peneroka pemaju yang digunapakai kerajaan negeri.

6. Apakah Rahman tidak ada pengetahuan bahawa sebahagian besar tanah peneroka yang diberikan pada tahun 1987 di bawah Rancangan Hijau Bukit Cherakah diambil kembali oleh kerajaan negeri BN dalam tahun 1999-2001? Peneroka dijanjikan bayaran pampasan RM180,000 seorang dan sebuah rumah berharga RM180,000.

7. Tiga syarikat kroni pemaju yang diberikan tanah oleh pihak kerajaan Umno-BN ialah LBCN Development SB, MZSB (Mujur Zaman SB) dan LCSB (Liputan Canggih SB) diberikan tanah tersebut antara 1999 - 2001, keseluruhan di bawah Dato Chin Chan Leong dan isterinya.

8. Kedua-duanya mencagarkan tanah-tanah ini untuk mendapatkan ratusan juta ringgit pinjaman melibatkan pelbagai bank dan pihak peminjam bukan-bank.


Jawapan Kerajaan Negeri
9. Hutang-hutang ini sebahagian besarnya telah menjadi hutang tak berbayar (NPL) dan berbaki RM1.6 bilion pada tahun 2012. Kalau tidak kerana penglibatan sebuah entiti, Hadron Consulting, sebahagian besar dari tanah 987 keluarga peneroka mungkin sahaja terpaksa dilelong pihak bank.

10. Dalam tahun 2005, ketiga-tiga syarikat ini telah mengalami krisis kewangan dan kerja-kerja pembinaan terhenti.

11. 987 peneroka berdepan dengan risiko buruk bahawa rumah mereka akan terbengkalai dan bayaran RM44 juta masih belum dilunaskan sepenuhnya oleh pihak pemaju kepada mereka.

12. Menarik juga kalau dihimbau kembali apa yang dilakukan Tan Sri Khalid Ibrahim ketika menjadi MB kerajaan Pakatan Rakyat pada tahun 2008.

13. Pihak peneroka bertanya apakah mereka boleh dapatkan semula tanah-tanah mereka? Khalid hanya menjawab bahawa peneroka telah 'hilang kelayakan' terhadap tanah itu kerana telah menyerahkan kepada 3 pemaju tersebut.

14. Perkara ini diulang sebut lagi oleh Hj Omar, Pengerusi JK Bertindak Projek Terbengkalai dalam sidang akhbar bersama saya semalam (20 Feb). Saya juga masih ingat kata-kata itu dari mantan MB itu sendiri. Kini Khalid dan mantan PAnya, semacam mahu jadi juara peneroka pula. Aduuh.

15. Tegasnya, apa yang menjadi pendekatan pentadbiran Khalid Ibrahim adalah sekadar melakukan pengambilalihan semula tanah-tanah itu. Tanah-tanah ini termasuk tanah LBCN dan Mujur Zaman kira-kira 2,200 ekar.

16. Agak lucu juga kerana seorang korporat tidak tahu yang bank yang telah memberi kredit atau pinjaman punya hak yang tidak bolih diatasi atau dikalahkan (indefeasible charge) ke atas tanah-tanah itu. Mereka berhak melelong tanah-tanah itu untuk mendapatkan bilion ringgit pinjaman yang diberikan kepada pemaju kroni tadi. Nyata Khalid tidak langsung menghitung kemaslahatan dan risiko peneroka yang akan hilang segala hak.

17. Dalam kejahilan dan tidak tahu menahu seluruh susur-galur kisah sebenar, Rahman Dahlan pula menembak MB Azmin yang kononnya, tergesa-gesa mengizinkan penjualan tanah 2,200 ekar tanah milik Mujur Zaman dan LBCN kepada.sebuah pemaju berwibawa (penyelamat) dengan nilai RM1.18bilion. Ini dakwa beliau, kerana kerajaan negeri telah berjaya di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan untuk pengambilalihan tanah tersebut, hanya menanti di Mahkamah Persekutuan?

19. Juga kata beliau sinis, kalau RM421.4 juta adalah untuk bayaran pampasan kepada peneroka dan pembinaan rumah, di mana baki RM756.6 juta lagi yang dibayar pemaju tadi?

20. Untuk pengetahuan umum, kemenangan di pihak kerajaan negeri hanyalah disebabkan kelemahan teknikal pihak pemaju yang melepasi 40 hari rayuan. Pun begitu, andainya kalah di Mahkamah Persekutuan, kerajaan negeri akan terdedah kepada pembayaran ratusan juta ringgit kepada pihak pemaju yang akan dinilai mengikut kadar komersial seperti kes Maybank yang berjaya menyaman kerajaan negeri dalam rampasan tanah yang sama.



21. Sebaliknya, andainya kerajaan negeri menang dan mendapat tanah itu semula, Rahman sengaja tidak menyebut atau memang tidak tahu bahawa kerajaan negeri mesti membayar pampasan kepada pemilik tanah dan bank yang memberi pinjaman beratus juta ringgit. Di dalam kedua-dua senario Rahman dan Khalid, bukan sahaja akan membebankan kewangan negeri tetapi jelsnya tidak langsung memikirkan nasib peneroka malang yang mereka kononnya juarai.

22. Soalan yang sarat dengan insinuasi fitnah adalah apabila beliau bertanya mana pergi baki RM756.6 juta? Ada yang kata soalan ini lazim dengan DNA Umno-BN apabila urusniaga kewangan ditangani yakni seolah-olah mesti ada ketirisan? Siapa yang dapat, begitu gamaknya? Maaf.

23. Rahman dan juga Khalid serta Faeqah yang mahu mengulangi insinuasi jahat itu wajar tahu bahawa pecahan bayaran RM1.18bilion adalah seperti berikut:

Bayaran oleh anak syarikat Pemaju, Paragon Pinnacle untuk 2,200 ekar tanah sebanyak RM1.18bilion, antara lainnya untuk;

Pampasan + rumah = RM300 juta
Bayaran hutang bank & creditor = RM670 juta
Bayaran kpd syarikat swasta = RM210 juta


24. Berakhir sudah derita rakyat selama 18 tahun dalam penyiksaan penantian dengan penyelesaian 'Formula Global' yang bersifat "menang-menang" kepada hampir semua pihak. Saya selaku mantan Ahli Parlimen Kuala Selangor bersama-sama YB Khalid Samad (Shah Alam) dan YB Sivarasa (Subang) turut bersyukur kerana turut sama merumuskan 'formula global' itu. Sememang tidak mudah dan perlu di atasi pelbagai rintangan.

25. Kreditors; bank dan pihak swasta, disaksikan 'laughing to the banks', sementara pemaju yang gagal pun mendapat habuan mereka hasil usaha penyelesaian yang adil ini. Peneroka bergembira dengan bayaran tunai dan insyaAlLah akan mendapat rumah impian mereka yang bernilai RM450,000 apabila siap. 258 peneroka telah kembali ke rahmatulLah.

26. Kerana komitmen MB kepada penyelesaian yang baik itu, kerajaan negeri juga mendapat habuan sebanyak 1000 ekar yang kini punya nilai pasaran RM750 juta. Anda nilai sendiri penyelesaian oleh mantan dan penyandang MB sekarang ini secara adil.

28. Yang jelas malang akibat siksa jiwa yang jelek dan jengkel, adalah mereka yang akan terus membuat fitnah. Mengikut mafhum kalam Nabi Junjungan, pahala mereka akan diberikan kepada orang yang mereka fitnah, setelah habis pahala mereka, maka golongan pemfitnah akan menanggung dosa orang yang mereka fitnah..Nasihat ini saya tujukan buat semua tanpa pengecualian termasuk diri yang kerdil ini..

Pun begitu, hanya lafaz dan rafaq Syukur yang layak menutup tulisan ini...

WalhamdulilLahuli Rabb Al-'Alaamin.

Dr Dzulkefly Ahmad
Penyelaras Parlimen
Kuala Selangor.
22 Feb 2018.

Rabu, 21 Februari 2018

Duit Kami Bila Nak Bayar Soal Netizens Pada YB PKR.

SEMALAM Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor, Y.B Amirudin bin Shari tampil membuat penjelasan mengenai skandal tanah Ijok yang menjadi hangat sejak kebelakangan ini.

Beliau membuat penjelasan itu dalam satu poster ringkas untuk memudahkan pemahaman orang ramai yang tertanya-tanya tentang perkara itu.

Gambar - Amiruddin Shaari
Bagaimanapun apa yang menarik perhatian ialah terdapat beberapa netizens yang tampil mempersoalkan isu pembayaran wang yang belum dijelaskan bagi penganjuran Selangor Strongest Man.





Khairul Hafizi Angah : Yb harap dapat balik ke negeri asal yb. Yb pun bukan asal orang Selangor, yang sibuk hal kami watpe.. jangan politikkan apa-apa yb, tolong serahkan kembali #duitselangorstrongestmanmana??

Putra : Tak payah sibuk hal politik dulu la YB. Duit selangor strongestman mana???

Hairil Azri : kesian kat pengajur selangor strongestman.
Peserta jadi mangse... Peserta datang dari Australia 🇦🇺 Thailand 🇹🇭 🇧🇳 ... #duitselangorstrongertmanmana






Menurut semakan online, penganjuran Selangor Strongestman and Woman, diadakah di SACC Walk dan Sacc Mall, pada 30 dan 31 Disember tahun lalu. Turut dilaporkan ia dianjurkan oleh Real Estate Sdn Bhd. - 21 Februari 2018

PAS Sasarkan Kemenangan Di Kelantan, Selangor, Perlis, Kedah & Terengganu Dalam PRU 14.

Oleh : Malaysiakini

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayangkan matlamat parti itu untuk menang di lima negeri pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.



Selain mengekalkan kemenangan di Kelantan dan merampas kembali Terengganu, Perlis menjadi sasaran terbaru parti itu selain Selangor dan Kedah.

Ia berserta dengan sasaran menang 40 kerusi di peringkat Parlimen dalam matlamat parti itu untuk menjadi penentu kepada pihak yang ingin membentuk kerajaan.

"Kita usaha untuk mempertahankan Kelantan, berusaha untuk menang lagi di Terangganu, menang di Kedah, Perlis dan Selangor.

"Ini kita akan usahakan," katanya ketika berucap sempena majlis pelancaran markas Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong di Marang, Terengganu, yang disiarkan Harakahdaily hari ini.

"Jika kita mendapat kejayaan, insyaAllah kita tunjuk adilnya dan baiknya Islam ini khusus kepada orang bukan Islam dan menyedarkan orang Melayu sendiri wajibnya mereka balik kepada Islam," katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang.

Untuk rekod, pada PRU ke-13, PAS yang ketika itu masih bersama Pakatan Rakyat hanya menang satu daripada 15 kerusi DUN di Perlis iaitu Sanglang.

Hadi telah menyuarakan hasrat untuk menang di Selangor ketika majlis pelancaran jentera PAS negeri pada 21 Januari lalu.

PAS menang di Kelantan sejak 1990 manakala mentadbir Terengganu dan Kedah (bersama Pakatan Rakyat) selama satu penggal, masing-masing selepas menang pada PRU tahun 1999 dan 2008.

Dalam ucapan itu, Hadi juga menekankan misi merampas kembali Terengganu untuk meneruskan pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah yang diluluskan ketika pentadbiran PAS pada tahun 2002.

"Apa yang kita buat (ketika itu), Umno tak berani nak hapus (dan) masih ada lagi sekarang. Tetapi ia tak boleh berjalan kalau kita tak menang.

"Kita kena menang dan boleh sambung balik (usaha melaksanakannya). Maka perjuangan kita dalam pilihan raya ini sangat besar maknanya,"
katanya lagi.

Pada PRU yang lalu, BN Terengganu memenangi 17 DUN iaitu kelebihan hanya tiga DUN, manakala PAS menang di 14 DUN dan PKR satu DUN.

Malah BN negeri itu juga mengalami pergolakan dalaman beberapa tahun lalu akibat pertembungan antara Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Datuk seri Ahmad Said, yang menyaksikan DUN hampir dibubarkan.

Soal Jawab Skandal Tanah Ijok - Khalid Ibrahim.

Oleh : Muhammad Harris Nasril

Untuk mereka yang belum baca mengenai isu ini, saya terangkan dengan ringkas.

1. 981 peneroka di Ijok telah memberikan tanah mereka kepada 2 syarikat swasta, tetapi mereka tidak mendapat pampasan yang dijanjikan.

2. TSKI merampas tanah tersebut selepas PRU12 kerana 2 syarikat terbabit gagal menunaikan pampasan dan juga tidak membayar cukai premium tanah. Beliau kemudian menyatakan akan memberikan pampasan yang lebih tinggi kepada peneroka kerana nilai tanah semakin meningkat.

3. Syarikat swasta tersebut kemudian talah mengheret kerajaan negeri Selangor ke mahkamah untuk mendapatkan kembali tanah tetapi keputusan memihak kepada Kerajaan Negeri Selangor di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

4. TSKI digulingkan melalui Kajang Move Rafizi. Azmin Ali menjadi Menteri Besar.

5. Syarikat membuat rayuan terakhir kepada Mahkamah Persekutuan.

6. Sebelum perbicaraan bermula, Azmin bersetuju membuat penyelesaian luar mahkamah dan menyerahkan kembali tanah tersebut kepada 2 syarikat swasta terbabit.



7. Syarikat swasta terbabit telah menjual tanah yang mereka dapat kembali itu kepada syarikat awam pada harga pasaran RM1.18 billion! RM421 juta mereka bayar pampasan kepada peneroka.

8. Yang menjadi isu adalah untung atas angin yang diperoleh oleh syarikat terbabit iaitu RM757 juta. Kenapa mereka menjual tanah pada harga pasaran kepada syarikat awam terbabit, tetapi peneroka diberi pampasan pada harga 18 tahun dulu?

9. Inilah yang dipersoalkan oleh TSKI, adakah terdapat penyelesaian tepi? Di mana wang RM757 juta itu pergi?

10. Azmin dan kuncu-kuncunya sekarang gusar dengan serangan bertalu-talu mengenai isu ini. Malah setiausaha Politik Azmin, Suhaimi menjawab dengan tidak profesional, beliau menuduh "Adakah TSKI mahu memenuhi KPI UMNO dengan menyerang Azmin untuk menyertai BN?" (https://www.malaysiakini.com/news/412676)

11. Ketika kajang move dulu, PKR telah mengeluarkan laporan setebal 91 ms di mana diantaranya mereka menuduh TSKI bersekongkol dengan UMNO. TSKI telah mengheret mereka ke mahkamah yang berakhir dengan permohonan maaf oleh setiausaha agung PKR ketika itu, Saifudin Nasution. Nampaknya fitnah memang menjadi darah daging mereka dengan menuduh sekali lagi TSKI bekerjasama dengan BN dalam menyerang Azmin dalam isu tanah Ijok ini.

Isu ini sepatutnya dijawab terus oleh Azmin Ali. Kenapa beliau hanya menyuruh macainya yang jawab? Sudah goyangkah? :P

Video temuramah TSKI dengan BH : https://youtu.be/Y_83xMlcoD0

Temuramah Edisi online: https://www.bharian.com.my/…/kerajaan-selangor-tidak-boleh-…

TINDAKAN mudah menyerah kerajaan negeri Selangor pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dalam isu pemulangan tanah Mukim Ijok mencetuskan pelbagai persoalan, termasuk kemungkinan wujudnya rundingan tepi atau rahsia membabitkan kepentingan politik. Ikuti kupasan isu tanah Ijok oleh bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pada pertemuan bersama wartawan NSTP, Syed Umar Ariff dan Luqman Arif Abdul Karim, semalam.

S: Apakah penyelesaian terbaik dalam isu tanah Ijok mengikut strategi Tan Sri?

J: Tanah Rancangan Revolusi Hijau ini seluas 2,820 ekar (1,141 hektar) dan kawasan Ijok itu ialah sebahagian daripadanya. Ini cerita lama, pada 1973. Kerajaan negeri ada hutan simpan. Selaras hasrat memberi peluang kepada rakyat memiliki tanah, mereka luluskan hutan simpan sebagai zon pertanian.

Bagi tiga ekar (1.2 hektar) kepada setiap penerima dalam senarai berkaitan untuk diusahakan. Bagi membantu mengusahakannya, mereka minta Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menguruskan hampir 3,000 ekar (1,214 hektar) ini seperti FELDA.

Ada usahawan pandai, beli tanah daripada mereka. Dijanjikan apabila buat projek perumahan, bukan pertanian, akan bagi mereka pampasan, duit dan rumah. Jadi, mereka serahkan kuasa kepada pemaju.

Ketika menjadi Menteri Besar, saya dapati terlalu banyak projek terbengkalai. Maknanya, kerajaan negeri bagi tanah kepada pemaju yang kata nak buat pembangunan perumahan.

Pemaju kemudian pinjam duit daripada bank secara cagaran sebelum lancarkan projek, mendorong orang mula membeli. Pembeli kemudiannya pinjam duit bank, katakanlah RM120,000 harga rumah itu, dia bayar RM20,000 sebagai deposit.

Bagaimanapun, banyak pemaju yang apabila rasa tidak untung lagi akan tutup perniagaan. Apabila mereka tutup, negeri rugi tanah. Keduanya, pembeli yang sudah pinjam duit bank dengan menjangkakan dalam tempoh dua tahun atau dua tahun setengah akan dapat menduduki rumah berkenaan, tetapi selepas tujuh tahun, masih kena bayar duit bank sementara rumah tidak siap.

Kita nak cari pemaju itu tapi mereka sudah tukar syarikat lain. Untuk memajukan semula, kita perlukan pelaburan, namun tanah itu tidak boleh diguna kerana sudah dicagar kepada bank yang tidak bagi pakai. Masalah ini bukan membabitkan tanah Ijok saja, sebaliknya lebih 20 projek berdepan masalah sama ketika saya jadi Menteri Besar.


S: Apa pelan Tan Sri terhadap rancangan pembangunan tanah di Ijok?

J: Saya ambil projek di Ijok sebagai satu kes, dengan memberi keutamaan untuk menolong empunya tanah dan pembeli rumah. Itu yang saya nak selesaikan. Saya tiada tujuan nak tolong pemaju yang lari. Kerajaan negeri akan buat tatacara yang lebih munasabah dan tidak mencetuskan keadaan projek terbengkalai yang banyak.

Dalam kiraan saya, kalau dapati pemaju menyalahgunakan kesempatan ini dan tidak mengikut tatacara untuk mendapat kebenaran, membayar premium tanah, maka taktik yang saya nak cuba adalah secara merampas tanah. Ini kerana pemaju sedia ada tiada duit, bankrap dan apabila panggil pemaju lain mereka cakap tidak mahu bayar hutang orang.

Jadi kerajaan negeri kena bayar? Kalau kita suruh pemaju bangunkan rumah, mereka tidak dibenarkan masuk ke tapak itu kerana sudah dicagarkan kepada orang lain. Justeru, tatacara adil dan munasabah adalah kerajaan rampas tanah. Apabila rampas tanah menggunakan kuasa kerajaan negeri, tanah itu akan bebas daripada beban, namun kita kena bayar pampasan kepada mereka yang mempunyai milikan terhadap tanah itu.

Kita kena lebih tertib dalam penganalisaan kerana tanah yang dibangunkan pemaju dengan tidak membayar premium atau pertukaran status tanah, kita boleh ambil alih tanah itu dengan membayar harga pertanian untuk selesaikan masalah pembeli dan merungkai isu peneroka yang tidak dapat wang dijanjikan pemaju. Pada saya, projek di Ijok adalah 'test case' (kes ujian) dalam membangunkan tatacara kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah rakyat secara terus. Saya kena jumpa penduduk sekurang-kurangnya empat kali.

Kumpulkan mereka dalam dewan untuk menerangkan masalah dihadapi. Saya juga memanggil pemaju yang dikatakan membangunkan tanah itu untuk hadir bersama dalam usaha meminta mereka memajukan semula tanah terbabit. Hasilnya, saya dapati mereka memikirkan keuntungan. Kalau tidak untung, tidak jalan. Jadi, kalau begitu, daripada bagi dia untung, baik kerajaan negeri ambil alih manakala keuntungan kalau dapat, kita pulangkan kepada rakyat.

Menerusi tatacara undang-undang, pembayaran pampasan lazimnya akan timbul beberapa isu tetapi kita kata kalau ambil alih berdasarkan nilai pertanian, maka nilainya pertanian. Itupun ada tatacara, bukan boleh buat begitu saja sebab kerajaan negeri mesti mendapat nasihat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Perbendaharaan Selangor untuk tentukan harga menerusi lantikan penilai bebas.

Sudah tentulah, empunya tanah nak harga setinggi mungkin, manakala kerajaan negeri ingin membeli dengan harga sebaik-baiknya. Proses ini dilaksana menggunakan Kanun Tanah Negara (KTN). Ada tatacara merangkumi pemberian notis dan bukan secara sewenang-wenangnya.

Jika isu di Ijok berjaya diselesaikan, kaedah ini akan dilakukan pentadbiran kerajaan negeri, mencakupi Unit Pengurusan Selangor dan kerajaan tempatan terhadap projek lain. Contohnya, projek Bukit Botak di Selayang. Saya tunjukkan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagaimana cara kita selesaikan masalah pemberian tanah kepada penduduk setinggan dan isu penilaian.

Bukit Botak adalah satu contoh yang menyaksikan penyelesaian menerusi pembinaan rumah jenis semi-D untuk menangani isu penilaian. Berkaitan projek Bandar Alam Perdana (Ijok), mereka yang mempunyai kepentingan membawa kes ini ke mahkamah. Mempersoalkan kewibawaan dan keupayaan, sama ada kerajaan negeri mengikut tatacara undang-undang yang sah dalam kes itu.

Mahkamah Tinggi, kita menang, Mahkamah Rayuan, kita juga menang. Kemudian kita bawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan. Pada saya, saya nak teruskan kes ini kerana ia perlu dibuktikan yang negeri bukan ada kepentingan menjana keuntungan, sebaliknya ia untuk rakyat. Kita sudah cuba dengan cara yang tertib untuk pemaju datang menyelesaikan masalah ini, tetapi dia tidak boleh selesaikan.

S: Tindakan Tan Sri teruskan prosiding mahkamah boleh mengundang risiko kepada perbendaharaan negeri?

J: Negeri kena tahu berapa nilai tanah yang kita nak beli. Tanah 2,800 ekar (1,133 hektar) sudah tentu bayarannya mengikut pertanian juga tinggi tetapi kerajaan negeri mesti sanggup membelinya dengan tujuan membuat pembangunan dan mendapat hasil daripadanya.

Kerajaan negeri jangan takut nak buat sebab kita bukan bagi duit kepada orang lain tanpa harta yang kita nak beli. Boleh jadi, Menteri Besar sekarang tidak mempunyai pengalaman dalam hal itu, tetapi saya sendiri boleh tunjukkan pengalaman daripada segi membuat projek perumahan yang saya anggap lebih besar daripada Alam Perdana ini.

Saya buat projek di Bukit Jelutong ketika bersama Guthrie, yang tiga hingga empat kali ganda skala pembangunannya. Kita jangan takut kerana kita sudah menang di mahkamah. Kalau tidak untung, kenapa orang itu beriya nak tanah berkenaan. Selesaikan masalah ini dengan penuh tertib dan tanggungjawab.

S: Pendekatan kerajaan negeri ketika ini berkaitan tanah Ijok akan timbulkan masalah?

J: Betul. Sekarang ramai minta kerajaan negeri tolong balik. Kasihan kepada pembeli rumah lain. Projek terbengkalai ini kena guna tatacara tertib dan betul supaya pengusaha yang nak memainkan kerajaan negeri akan berfikir 10 kali. Saya ada rampas tanah sebelum ini, tapi membabitkan keluasan kecil sekitar tiga hingga empat ekar tetapi pemaju pun tiada masalah dalam hal itu.

Kerajaan negeri mempunyai kuasa menerusi Kanun Tanah Negara. Masalah kerajaan negeri ketika ini adalah tanah diberi kepada pengusaha yang tidak pandai nak majukannya. Dapat tanah, jual balik dan jadi broker. Tanggungjawab untuk selesaikan masalah pembangunan negeri itu tidak tinggi.

Justeru, saya tidak mahu adakan konsep 'bailout' (menyelamatkan). Kalau pengusaha itu akan rugi, rugilah dia, sebab dia dalam perniagaan, kerajaan negeri pun begitu. Jangan kita tolong lagi, berapa kali nak tolong? Yang perlu kita tolong adalah pembeli rumah. Kita kena betulkan benda yang selama ini dibuat secara salah.

S: Mengikut penilaian Tan Sri, berapa pampasan yang perlu dibayar?

J: Kita sudah membayar lebih RM160 juta. Sudah bayar pun, bukan tak bayar. Pengambilalihan hanya dilakukan apabila sudah bayar, namun masalah yang diperbahaskan mencakupi dua perkara. Satu, kuasa negeri boleh mengambil alih tanah. Kedua, sama ada pampasan diberi adalah adil.

Itu mahkamah tentukan tetapi daripada segi pengambilalihan, kalau sudah setuju, setuju. Jumlah wang yang dibayar pada 2009 ini membabitkan semua pihak berkepentingan, termasuk bank, syarikat dan peneroka. Lebih rumit apabila kontraktor pembina rumah tidak dibayar dalam perkara ini. Kedua-dua syarikat ini ada minta 'bailout'.

Saya bawa jumpa orang kampung. Saya cakap, sokongan akan diberi tapi mereka kena keluarkan RM40 juta iaitu dana asas bagi membolehkan mereka membangunkan semula projek itu. Mereka tiada duit dan tidak berani minta 'full bailout'. Apabila semua cadangan tidak jalan, saya buat cara lain. Perkara ini berlaku pada 2009, menerusi perjumpaan di Kuala Selangor, membabitkan hampir 700 peneroka.

Saya juga ada di situ, saya bawa pegawai kewangan negeri serta Pejabat Tanah dan Galian Selangor untuk memberi penerangan kepada orang ramai, selain mengelak mereka daripada bergaduh. Tuntutan syarat kepada kedua-dua syarikat ini dibuat di hadapan semua orang, tapi mereka kata tidak boleh tepati.

S: Apakah pelanggaran terma yang dilakukan pemaju dalam kes ini?

J: Tanah itu sudah dicagarkan, justeru mereka kena cari wang lain suntik dana dalam projek ini. Masalah mereka adalah wang cagaran tanah Ijok tidak dimasukkan dalam projek berkenaan, sebaliknya digunakan untuk projek yang akhirnya rugi.

Proses cagaran tanah pun bermasalah kerana bukan berasaskan nilai sepatutnya sehingga mereka mendapat wang lebih. Mereka cagar pada nilai lebih tinggi dan ia diterima bank. Kalau cagar tanah harga pertanian, paling banyak boleh dapat RM20,000 hingga RM40,000 seekar (0.4 hektar).

Sebenarnya tanah pertanian tapi mereka cagar pada harga tanah pembangunan, jadi mereka dapat RM400,000 seekar (0.4 hektar). Kerajaan negeri rampas tanah sebab mereka buat projek itu tanpa kelulusan dan masih dalam status pertanian. Mereka juga tidak bayar premium penukaran untuk ubah tanah. Kedua, tiada kelulusan merancang.

S: Bagaimana Datuk Seri Mohamed Azmin Ali boleh beri 'bailout' pula?
J: Itu sebab kita kena adakan perbincangan. Saya buat kenyataan akhbar, menjelaskan bahawa selain kerajaan negeri, saman individu difailkan terhadap saya sebagai Menteri Besar.

Mahkamah Rayuan pun sama. Mahkamah Persekutuan juga sama, namun kerajaan negeri tidak jemput saya untuk mempertahankan diri ketika perbicaraan di Mahkamah Persekutuan. Keputusan menarik balik pengambilalihan itu tidak mendapat persetujuan saya.

Kalau saya ambil tindakan perundangan berhubung perkara ini pun tiada manfaatnya. Masalah ini bukan membabitkan saya dengan kerajaan negeri, tetapi berkaitan pembangunan di Ijok.

Saya bangkitkan perkara ini pada 2016, mengapa kerajaan negeri tidak meneruskan usaha pengambilalihan tanah, sebaliknya serahkan semula kepada pemaju. Jika mengikut strategi, saya akan buat rancangan semula, wujudkan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) baharu dan selesaikan masalah membabitkan peneroka dan pihak berkaitan. Kemudian, saya akan tender tanah itu untuk dibeli pemaju selepas mendapat kelulusan merancang dan GDV. Maknanya, kerajaan negeri akan dapat hasil paling baik. Bukan buat rundingan tidak telus dan kurang jelas.

S: Apa kemungkinan kes tanah Ijok menang di Mahkamah Persekutuan?

J: Ini bukan perniagaan, sebaliknya kerajaan negeri kena perteguhkan haknya untuk mengambil alih tanah kalau wujud benda salah. Kita sebagai kerajaan negeri, bukan berniaga untuk beli loteri. Baru orang percaya apabila kerajaan negeri buat sesuatu, ia akan dilakukan dengan betul dan hingga selesai. Tidak boleh fikir kemungkinan dan sebagainya.

Kita sudah gantung orang, gantunglah. Habis cerita. Orang akan lihat sesuatu kerajaan negeri itu tertib apabila mempertahankan keputusannya. Mahkamah Persekutuan ada hak untuk ubah pendirian atau keputusan, tetapi kerajaan negeri tidak boleh takut dengan Mahkamah Persekutuan atau sesiapa.

Kalau kita menang di Mahkamah Tinggi dan Rayuan, keputusan sama akan berulang di Mahkamah Persekutuan sebab itu kita tidak bercakap soal kemungkinan. Ini kerajaan negeri, bukan individu. Isu sekarang adalah sama ada kerajaan negeri jalankan tugasnya dengan penuh tertib dan tanggungjawab.

Kepentingan rakyat diutamakan. Pengusaha kalau bekerja dengan kerajaan negeri secara baik, kita sokong. Pengusaha yang bekerja dengan kerajaan negeri secara tidak elok, kita tidak sokong.

Saya bangkit isu ini di Dewan Undangan Negeri. Kalau tidak diselesaikan secara baik, akan rugikan rakyat. Saya tiada kepentingan dengan Azmin. Kepentingan saya adalah rakyat mendapat pentadbiran baik. Kerajaan negeri selalu buat rundingan dengan pengusaha.




Pada saya, itu tidak sepatutnya dilakukan kerana kita lebih tinggi daripada pengusaha. Kalau dia rugi, dia rugi, kalau dia untung, dia untung. Kalau kerajaan negeri buat rundingan dengan pengusaha, kita sudah rendahkan kuasa.

Ataupun kerajaan negeri ingin dapat hasil tidak nyata daripada rundingan itu. Kerajaan negeri tidak boleh buat begitu sebab asas Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika saya menjadi ahlinya adalah ketelusan dan kebertanggungjawaban. 


Kerajaan negeri perlu adil dengan mengendalikan perniagaan menerusi tender terbuka. Itu yang perlu dilakukan.

Bukan kita panggil: "Eh, datang... you boleh saya bagi". Mana boleh. Bila kita buat begitu, orang akan anggap kita buat rundingan tepi. Menerusi tatacara betul, kita akan kurangkan salah guna kuasa dan rasuah. Ini paling penting. Kita bawa sampai ke Mahkamah Persekutuan untuk ditentukan kita tiada rundingan, rasuah dan salah guna kuasa.

Saya berpandangan kerajaan negeri mesti dalam keadaan itu. Saya tidak gunakan kerajaan negeri untuk membuat rundingan tepi kerana rakyat ingatkan saya untuk menjaga harta rakyat dengan penuh tanggungjawab.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...