Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 9 Februari 2018

Jurugambar Pertahankan Dakwaan, Gambar2 Viral Kerosakan Taman Ilmu Bukan Gambar Lama.

"Sampai macam ini UMNO nak tipu orang. Gambar aku ambil sendiri dicakapnya gambar lama," demikianlah respon Hishamuddin Abdullah yang juga seorang jurugambar yang merakamkan gambar-gambar kerosakan Kompleks Taman Ilmu yang tular baru-baru ini.

Terdahulu Hishamuddin Abdullah berkongsikan lebih dari 20 gambar di laman Facebooknya yang mana gambar-gambar itu menunjukkan kerosakan yang jelas ketara di beberapa bahagian Kompleks Taman Ilmu, Kampung Tembila, Besut, Terengganu.

"Hari ini, saksikan sendiri salah satu projek mega TAMAN ILMU, Tembila, Besut, Terengganu yang bernilai lebih daripada RM400 JUTA.

Dibazirkan dengan sewenang-wenangnya oleh mereka BARISAN NASIONAL. Sedih bila melihat harta rakyat Malaysia digunakan sewenang-wenangnya tanpa ada rasa kekesalan sedikit pun oleh mereka. Aku tak perlu nak detailkan satu persatu kerosakan. Cuma anda lihat gambar sudahlah...Ia sudah menceritakan segalanya... NAK BIARKAN LAGI," katanya dalam satu kenyataan.

Jurugambar itu turut berkongsikan bukti-bukti bergambar bagi menyokong dakwaannya itu;
















Gambar-gambar yang dikongsikan oleh Hishamuddin Abdullah jelas memaparkan kerosakan yang teruk di beberapa bahagian kompleks antaranya lantai, bumbung, dinding termasuklah stadium dan pecahan kaca yang terlihat di sini sana. 

Siling yang terkopak, semak samun dan sampah berteraburan juga dilihat dalam gambar-gambar itu.

Laluan sepanjang kompleks juga dilihat berlopak dengan takungan air hujan dipercayai berpunca lubang-lubang (jalan rosak) yang berada di atas laluan tersebut. Laluan simen itu dipercayai telah pecah dan terkopak yang menandakan ia mungkin telah lama terbiar.

Turut terdapat binaan yang telah runtuh disamping wayar berselerakan di merata bahagian kompleks tersebut.

Penjelasan yang diberikan bagi menjawab dakwaan yang tular ini menerusi Terengganu News ialah, "Nyata disini momokan berbau fitnah yang dibawa oleh pembangkang Terengganu terutamanya dari Pas hanyalah mahu mengaburi mata rakyat dengan mengambarkan gambar-gambar lama yang mana dalam proses baikpulih di sebahagian Taman Ilmu tersebut. 

Cukup-cukuplah merekayasa fitnah untuk kelirukan rakyat, gunalah pendekatan “apa yang kita boleh beri kepada rakyat” dan “bukannya apa yang kita boleh menipu dan mengelirukan rakyat”," katanya dalam satu kenyataan di portal itu.  

Manakala portal Sinar Online pula melaporkan kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif yang dilaporkan berkata, "Dengan apa yang dilakukan ini (sebar gambar lama) merupakan satu cubaan untuk gagalkan usaha kerajaan negeri membangunkan kembali kawasan berkenaan. 

Bayangkan kalau ada pelabur atau mana-mana syarikat yang berminat untuk melabur namun disebabkan perkara tidak betul (sebar gambar lama) ini mungkin ada yang menarik balik hasrat mereka itu. 

Kerugian bukan sahaja terpaksa ditanggung kerajaan, tetapi juga rakyat setempat kerana melalui pembangunan pesat di kawasan itu masyarakat terutamanya peniaga juga turut menikmati peluang ekonomi yang lebih luas," katanya seperti dipetik oleh portal itu. 

Pihak kami turut difahamkan, terdapat skuad peninjau yang akan datang dan melakukan tinjauan sendiri di kompleks berkenaan bagi mencari kebenaran disebalik penafian Menteri Besar Terengganu itu. 

Malahan ada yang mahu melakukan LIVE FB untuk membuktikan penipuan Ahmad Razif itu.

"Buat LIVE lepas tu tag Sinar Harian dan MB itu," kata Alang Gigih.

"Tu la pasal. Lepas ni buat rakaman LIVE pula," ulas Mohd Aliman Ismail.

Bagaimanapun Hishammudin Abdulah berkata, kali ini mungkin sukar untuk masuk buat kali kedua selepas terbongkarnya gambar-gambar tersebut di laman sosial disebabkan kawalan keselamatan yang sangat ketat.

Dalam pada itu Hishammudin Abdulah turut menjelaskan beberapa gambar kononnya didakwa Kompleks Taman Ilmu yang disebarkan oleh pro UMNO di laman sosial sejak semalam adalah satu bentuk manipulasi.

Gambar Unisza, bukan Kompleks Taman Ilmu



Untuk rekod, Kompleks Taman Ilmu, Tembila itu mula dibina pada tahun 2004 dengan kos projek yang dianggarkan bernilai RM400 juta di atas tanah seluas 280 hektar.

Kompleks Tamanh Ilmu itu sebelum ini pernah dilaporkan telah rosak dan berlakunya kecurian kabel selepas lama terbiar sekitar tahun 2015 dulu.

Pada tahun lepas, Unisza - Universiti Sultan Zainal Abidin dilaporkan telah mengeluarkan kos sebanyak RM20 juta bagi membaikpulih dua blok bangunan dikawasan tersebut kerana dibenarkan untuk menduduki bangunan tersebut selama 10 tahun tanpa sewaan.

Selain menolak penafian Ahmad Razif, netizens juga menyeru dan mencabar agar Menteri Besar Terengganu itu bergambar di dalam kompleks Taman Ilmu, seperti tersebarnya gambar-gambar kerosakan kompleks itu. - 9 Februari 2018.

Kredit gambar : Hishamuddin Abdullah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...