Ahad, 4 Februari 2018

Saya Tak Kata Azmin Badut, Joker Kata Izham Hashim.

DISERANG bertubi-tubi oleh penyokong Azmin Ali di laman sosial, Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim tampil membuat penjelasan.

Menurut Leman Rajalawak ataupun nama sebenarnya Sulaiman Ibrahim yang menyiarkan kenyataan Izham mendakwa perkataan 'Joker' dan 'Badut' bukan dikeluarkan oleh pemimpin Amanah Selangor itu.


"Bertenang. Biar dia orang serang. Hakikatnya Azmin mulakan dengan menuduh Amanah tidak amanah dan pembohong," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Kenyataan yang dipetik oleh Sulaiman itu juga mendakwa yang Izham berkata maruah parti di mata rakyat harus dipertahankan bagaimanapun beliau menafikan pernah mengeluarkan kenyataan Azmin tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor ataupun melabelkan Azmin sebagai 'joker' dan 'badut' katanya dalam penjelasan itu.

"Ini maruah kita di mata rakyat yang kita mesti pertahankan. Tentang tak layak jadi MB tu saya tak cakap. Saya mempertikaikan peranannya sebagai pengerusi Pakatan Harapan tetap tak berfungsi dengan berkesan. Perkataan joker dan badut bukan daripada saya," katanya lanjut.

Perang mulut antara Amanah dan PKR bermula mengenai isu pembahagian kerusi DUN di Selangor. The Malaysian Insight sebelum ini melaporkan yang PKR mahu membolot sehingga 31 kerusi DUN di Selangor manakala DAP mahu kekal bertanding dengan 15 kerusi. PPBM dan Amanah pula dakwanya portal itu perlu berkongsikan baki 10 kerusi yang tinggal.

Cakap-cakap (spekulasi) politik di laman sosial oleh penyokong-penyokong Amanah pula membayangkan yang Azmin tidak akan dilantik sebagai Menteri Besar untuk penggal seterusnya yang membuatkan PKR nekad mahu bertanding sebanyak 31 kerusi supaya dilihat kuat dan tidak mampu diganggugugat oleh parti lain yang akan mempertikaikan perlantikan semula Azmin sebagai MB andai Pakatan Harapan memenangi semula Selangor pada PRU ke 14 kelak. - 4 Februari 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...