Isnin, 5 Februari 2018

Yang Jelas Saya Tak Sokong YB Gombak Balas Khalid Pada Azmin.

BEKAS Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khalid Ibrahim menjawab pertanyaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dalam isu sokongan yang ditimbulkan oleh Menteri Besar Selangor itu baru-baru ini.

Gambar Oleh Captain M
Terdahulu, Azmin mempersoalkan kedudukan Khalid yang tidak diketahui berada di kumpulan dan menyokong parti mana, dan Khalid perlu menyatakan pendiriannya dengan tegas. Menurut Azmin lagi, sekejap Khalid UMNO (hadir ke majlis UMNO) sekejap Khalid menyokong PAS, sekejap Khalid BEBAS, dan jika mahu bersama PAS dan menjadi calon PAS, tiada masalah namun Khalid perlu menyatakan pendiriannya, katanya.

Menjawab pertanyaan itu, Khalid yang menjawabnya dalam satu kenyataan di Facebook berkata, "Siapa saya sokong adalah hak saya. Yang jelas saya tidak sokong YB Gombak kerana dia akan merugikan duit rakyat Selangor sebanyak lebih RM2 billion, dalam isu penyusunan semula industri air di Selangor," katanya.

Gambar Oleh The Unspinners
Respon Khalid itu dipercayai ada kaitan dengan kenyataan yang pernah dibuat oleh bekas Menteri Besar itu pada November 2016 yang mempertikaikan lebihan bayaran 2 billion terhadap pengambilalihan SPLASH.

"Saya ingin menegaskan kos ambilalih syarikat tidak boleh melebihi dari RM9.65 billion kerana ia akan menjejaskan kadar air (bil) pada masa akan datang dan langkah kerajaan yang sedang mempertimbangkan untuk membayar SPLASH bayaran tambahan sebanyak RM2.45 billion merupakan pengkhianatan ke atas rakyat," katanya.

Untuk rekod, proses penstrukturan semula air Selangor masih berterusan kerana rundingan dengan SPLASH masih belum selesai. - 5 Februari 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...