Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 18 Mac 2019

Kereta Naik Harga Kerana Percukaian, Najib Sindir Pakatan Harapan Lagi.

NAJIB RAZAK | Saya tergelak apabila membaca penjelasan Menteri DAP minggu lepas mengapa kerajaan PH tanpa tender, telah meluluskan 36 lagi syarikat baru diberi Open Approved Permit (AP) untuk mengimport kereta.

Jumlah Open AP yang diberi setiap tahun juga tidak lagi dihadkan seperti di bawah kerajaan BN.

Bertahun-tahun, DAP kata sistem AP ini memperkayakan kroni dan merugikan Rakyat.

Dulu, DAP kata Rakyat marah kerana AP menyebabkan kereta import mahal.

Bertahun-tahun, DAP tegas bahawa sistem AP mesti dimansuhkan.

Tiba-tiba, U-turn.

Menteri DAP ini kata sistem AP baik untuk negara pulak.

Tambahkan 36 lagi syarikat baru dapat AP. Tak menghadkan lagi jumlah AP diberi setiap tahun pulak.

Tak memperkayakan kroni dan tak merugikan Rakyat lagi.

Dalam manifesto mereka, PH janji untuk turunkan harga kereta dengan mengurangkan atau memansuhkan cukai.

"Turun harga kereta antara manifesto HARAPAN"
https://www.malaysiakini.com/news/414976

Selepas menang, harga kereta yang dipasang di negara juga tidak turun.

Malah mulai Mac 1 lalu, harga kereta import telah naik juga akibat penukaran sistem cukai.

Semua jenama dan model kereta import naik dengan tinggi.

"Kesemua model-model popular di pasaran recond mengalami peningkatan tersebut. Contohnya, harga MPV mewah Toyota Alphard dan Velfire meningkat antara RM10,000 ke RM15,000,"

"Kenaikan yang banyak itu mustahil untuk diserap semuanya oleh pengimport dan kemungkinan besar kenaikan itu akan dirasakan oleh pasaran."
kata seorang pengimport.

Semasa saya menjadi PM, saya tidak pernah naikkan cukai ke atas penjualan kereta, tidak kira buatan tempatan atau import.

Kita hapuskan cukai import untuk kereta Jepun menjadi 0%. Kita ganti cukai jualan 10% kepada 6%.

Kita hapuskan sistem francais AP dari zaman PM ke-4 yang memberi laluan untuk orang tengah mengaut keuntungan dari jualan semua jenama kereta yang dipasang di Malaysia.

Walaupun bukan semua harga kereta turun 30% ketika saya PM tetapi harga kereta bagi kebanyakan model turun. Ianya tidak naik kerana cukai dinaikkan.

Malah ada model yang dijual lebih rendah ketika saya PM berbanding 20 tahun lalu.

Tak sama dengan PH yang janji akan turunkan harga kereta dan untuk mansuhkan atau mengurangkan cukai kereta.

Tetapi harga dinaikkan pula kerana PH tukarkan sistem cukai.

https://careta.my/…/harga-kenderaan-recond-meningkat-mulai-…

https://careta.my/…/harga-vellfirealphard-recond-bakal-naik…

Ahad, 17 Mac 2019

Najib VS Mat Sabu Isu Penjualan Aset LTAT - Najib 2, Mat Sabu 0.

DEBAT ONLINE | Debat online ketika ini antara Najib Razak melawan Menteri Pertahanan, Muhammad Sabu.


Najib telah memenangi pusingan pertama, apabila berjaya membuktikan penghujahan wakil dari Muhammad Sabu terlalu lemah.



👉 Bayar deposit bukan tanda jualbeli

👉 Pengumuman di Bursa Saham adalah perkara biasa



Kedua-dua hujah di atas gagal menyakinkan orang ramai untuk menyebelahi Muhammad Sabu dan Pakatan Harapan.



Berikut kami kongsikan kedua-dua hujah penuh dari Najib Razak, dan harapan kami juga, wakil Muhammad Sabu haruslah bersedia untuk menangkis dakwaan di bawah ini dengan hujah-hujah yang kuat dan bertenaga. Rakyat Malaysia meraikan kepelbagaian dan perdebatan sihat, oleh itu Mat Sabu perlu masuk ke gelanggang perdebatan ini dengan secepatnya.


i)
Pihak Mat Sabu telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan untuk menafikan LTAT melalui syarikat Boustead sedang menjual Hotel Royale Chulan 4 bintang di lokasi segitiga emas ibukota milik LTAT melalui Boustead kepada syarikat Singapura dengan harga yang murah.

Mat Sabu kata saya tak faham proses jual beli.
http://www.astroawani.com/…/hampir-10-tahun-jadi-pm-najib-m…

Selar saya "lama hidup dalam 'kayangan'"
https://www.malaysiakini.com/news/467452

Tuduh saya "sebar berita palsu penjualan aset LTAT"
https://www.sinarharian.com.my/…/Najib-dinasihat-tak-sebar-…

Apabila saya membuktikan surat terima setuju telah ditandatangan oleh pihak Boustead dan wang deposit RM3.94 juta telah diterima oleh pihak Boustead, pihak Mat Sabu jawab:

"Wang deposit masih boleh dikembalikan sekiranya sesuatu urusniaga itu tidak jadi atau terbatal,"
Okay. Saya buktikan lagi.

Syarikat Singapura itu telah mengumumkan kepada Bursa Saham Singapura bahawa perjanjian Jual Beli telah ditandatangan semalam.

Ini adalah kontrak. Bukan lagi surat terima setuju sahaja.

Syarikat Singapura ini juga mengesahkan telah membayar bayaran kedua sebanyak RM15.8 juta lagi kepada Boustead untuk hotel ini.

Saya lampirkan pengumuman mereka di sini:
https://links.sgx.com/FileOpen/HRL_SPA_Signing.ashx…

Saya sebar berita palsu? Saya hidup dalam khayalan?

Saya tak faham proses jual beli?

Saya tentu faham tetapi saya tak past Menteri Pertahanan kita faham atau tidak.

Ini perjanjian dan proses jual beli hartanah. Bukan keropok lekor.




Kita tunggu jika PH masih mahu terus nafi dan menipu tentang penjualan aset negara ini..

ii) LTAT perlukan wang dengan segera.

Itulah sebab syarikat milik LTAT, Boustead Holdings terpaksa jual hotel Royale Chulan kepada Singapura dengan harga murah.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) perlukan wang dan Boustead terpaksa ikut.

Ini pernah didedahkan oleh media The Edge pada bulan Disember lalu.

LTAT ditubuhkan sebagai tabung simpanan untuk jaga faedah pegawai-pegawai Angkatan Tentera Malaysia dan Anggota Kerahan Angkatan Sukarela yang akan atau telah bersara.




Dua aset terbesar mereka untuk menjana keuntungan supaya LTAT boleh membayar dividen dan menjaga kebajikan anggota tentera adalah Boustead Holdings dan Affin Bank.

Kedua-dua aset terbesar LTAT ini mengalami kejatuhan nilai saham selepas PH menang PRU14.

Nilai saham Boustead jatuh 50% manakala Affin Bank jatuh sekitar 15% tahun lepas walaupun keuntungan Affin Bank naik sedikit kepada RM500 juta.

Tetapi Boustead Holdings yang merupakan aset terbesar LTAT mengalami kerugian besar sebanyak RM488 juta berbanding keuntungan RM875 juta untuk tahun 2017 di bawah BN.

Seperti Khazanah Nasional, Boustead Holdings tidak pernah rugi selama 9 tahun saya menjadi PM.

Tiba-tiba rugi besar tahun lepas.

Boustead sebagai sebuah konglomerat besar memegang pelbagai bisnes lain dalam pelbagai sektor.

Tetapi tahun lepas, semua perniagaan Boustead telah merosot.

Pada tahun lepas, perolehan (penjualan) sektor perladangan Boustead jatuh 21%, sektor kejuruteraan berat jatuh 50% manakala sektor hartanah Boustead jatuh 7%.

Oleh itu, jurucakap dalam kenyataan semalam berkata penjualan hotel itu kepada Singapura adalah sebahagian daripada rancangan keseluruhan kumpulan Boustead untuk kembali mencatat keuntungan dengan cara menjual aset bukan strategik.

Ini bermakna selain hotel Royale Chulan, banyak lagi aset LTAT sedang dan akan dijual walaupun pasaran dan ekonomi sekarang lembab.

Itulah sebab mereka belum mengumumkan dividen walaupun Mat Sabu pernah berjanji dividen LTAT akan diumumkan pada bulan Februari.


https://www.theedgemarkets.com/…/ltat-declare-its-fy18-divi…

Sabtu, 16 Mac 2019

Isu Pemakaian Topeng, Ini Penjelasan Unit Amal Yang Teruk Difitnah.

Shehdi Hazrik | Saya terpanggil untuk menjelaskan dan menangkis beberapa FITNAH yang dilontarkan kepada anggota Amal kami kerana tersibarnya gambar anggota Jabatan Amal Malaysia sedang memakai topeng penuh kononnya mahu membersihkan kawasan yang tercemar dengan toksik gas merbahaya.


Gambar berikut adalah sesi pemeriksaan peralatan yang di panggil "self-contained breathing apparatus" (SCBA) atau boleh dikenali sebagai "compressed air breathing apparatus" (CABA), atau singkatan lebih mudah "breathing apparatus" (BA)

Peralatan ini digunakan untuk tugasan menyelamat atau apa sahaja keadaan yang memerlukan sokongan pernafasan ketika berada di Kawasan pencemaran udara yang membahayakan kesihatan dan nyawa atau Immediately Dangerous to Life or Health (IDLH). Tong tersebut hanya mengandungi mampatan udara yang bersih bagi membantu pernafasan anggota ke kawasan tercemar teruk untuk tugasan dalam masa yang singkat.

Pada awalnya peralatan SCBA ini hanya mempunyai dua penggunaan utama iaitu ketika tugasan anggota bomba memadam kebakaran dan kedua untuk penggunaan industri. Namun kini ia telah diperluaskan penggunaannya untuk keselamatan dalam bantuan perubatan ; sebagai contoh ketika dunia menangani penyakit berjangkit seperti ebola, dimana doktor dan jururawat terpaksa memakai peralatan ini untuk merawat pesakit.

Anggota Jabatan Amal Malaysia kini sudah terlatih, mereka dilatih dibawah bimbingan Jabatan Bomba dan Penyelamat sendiri serta agensi Penyelamat NGO yang diiktiraf negara.


SCBA atau BA ini bukanlah digunakan untuk pergi membuat pembersihan sisa toksik malah anggota kami dilarang sama sekali mendekati kawasan merbahaya tersebut.

Adapun penggunaan peralatan ini adalah mengikut keperluan jika pasukan kami diminta oleh pihak berkuasa untuk mengambil pesakit di kawasan atau Zon Merah atau berdekatan dengan kawasan bahaya pencemaran gas tosik tersebut. Ini adalah langkah persediaan keselamatan awal anggota kami dalam mendepani segala tidak ketentuan di sana.

Semoga kenyataan ini dapat merungkai segala fitnah dan tohmahan kepada anggota kami dan seterusnya memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di sana.

#SafetyFirst
#Profesional
#BeramalKeranaAllah
#JabatanAmalMalaysia

Shehdi Hazrik
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

PTPTN Tidak Akan Laksanakan Dasar Senaraihitamkan Peminjam - Jangan Sebar Fitnah.

POLITIK | Hari ini kerajaan dikecam kerana terdapat laporan bahawa dasar senaraihitamkan peminjam berkemungkinan akan dilaksanakn kembali.


Kita akan mulakan cerita ini secara kronologi;



👉 Utusan melaporkan berita dengan tajuk; "Peminjam PTPTN mungkin dihalang ke luar negara".



👉 Netizens yang hanya membaca tajuk sahaja menjadi marah, mengecam, mengutuk dan menghina kerajaan dengan pelbagai kata-kata nista.

👉 Tajuk itu sebenarnya tiada kaitan sama sekali dengan isi kandungan artikel.

👉 Ini kandungan artikel;


 
👉 Selepas berita di atas menjadi viral, Utusan kemudiannya menukarkan tajuk berita mereka kepada ==> "PTPTN masih mampu tawarkan pinjaman".


👉 Apakah Utusan menyedari mereka tersalah letak tajuk? Kenapakah meletakkan tajuk yang sama sekali tiada kaitan dengan isi pemberitaan? Apakah tujuannya? Apakah benar Wan Saiful tak menyebutkan sama sekali mengenai isu dasar senaraihitamkan peminjam?

👉 Jawapannya adalah, ya, Wan Saiful ada sebut. Tetapi dia bagitau bahawa terdapat cadangan dari pihak lain agar PTPTN mengambil tindakan yang tegas untuk mendapatkan balik wang yang dipinjamkan. Antaranya dasar senaraihitam. Tetapi PTPTN tidak mahu melakukan tindakan tersebut.

👉 Ini yang Wan Saiful ceritakan kepada pihak media.

👉 Wan Saiful juga berkata PTPTN sedang mengumpul maklumat dan pandangan dari pelbagai pihak untuk menentukan kaedah terbaik bagi mendapatkan kembali pinjaman (isu tunggakan) dan mekanisme pembayaran balik.

👉 Dapatan dari hasil kajian juga akan dibentangkan kepada orang awam sebelum membawa kepada KEMENTERIAN bagi tujuan PERBINCANGAN dan PERBAHASAN sihat.

Dengan ini diharapkan tiada lagi mana-mana pihak yang beranggapan PTPTN dan PAKATAN HARAPAN mahu melaksanakan DASAR SENARAIHITAMKAN peminjam PTPTN setakat hari ini. Sekian.

Selepas Tarik Balik, Kini ADUN DAP Minta Maaf Kerana Kaitkan PAS - UMNO Dengan Insiden Christchurch..

CHEW CHONG SIN | Tragedi yang berlaku di New Zealand sangat menyedihkan, saya mengutuk keras perbuatan pengganas pelampau ini. 


Ucapan takziah saya kepada keluarga mangsa dan saya berdoa semoga cepat sembuh kepada mereka yang tercedera dalam kejadian ini.

Tujuan asal kenyataan media saya petang tadi ialah untuk mengingatkan masyarakat akan kepentingan mencegah keganasan pelampau. 


Saya memohon maaf atas kenyataan saya itu yang mengundang salah faham daripada maksud sebenar yang ingin saya sampaikan.

Dengan hati yang ikhlas, saya meminta maaf atas kenyataan saya itu kerana telah menyinggung perasaan orang ramai, terutamanya masyarakat Muslim. - 16 Mac 2019.

Jumaat, 15 Mac 2019

Satu Lagi Pemimpin PAS Minta Maaf Tersebar Fitnah, Terjebak Dengan Pihak Yang Nak Jejaskan Reputasi..

Normala Sudirman | PERMOHONAN MAAF.

'Salam Ukhuwwah' dan 'Salam Sejahtera'..


Saya ingin membuat pencerahan berkaitan isu dakwaan yang mengatakan saya penyebar berita palsu dan fitnah.


Sebenarnya ceritanya begini, ada seseorang yang forward info kematian ini kepada saya sebelum ini.

Saya pun copy paste dan update berita itu secara umum di fb dengan tujuan untuk minta semua doakan, bukan niat menyuluh kelemahan sesiapa.


Saya pun dah delete segera di FB pagi semalam, bila dimaklumkan ianya tidak benar.

Tetapi rupanya ramai dah share .
Dalam FB saya, dah lama tak ada..

Memang kita pun tak sangka kalau mesej yang diforward ada niat mempermainkan isu seperti ini. Berhati -hati juga dan waspada buat semua sebagai muhasabah bersama..


Muhasabah bersama ini juga untuk semua rakan FB agar waspada pada masa akan datang. Yang cuba nak ambil kesempatan untuk cari kesalahan kita itu ramai...


Jadi selepas ini kita semua kena hati-hati kerana ramai sahaja nak attack bila kita tersilap tanpa sengaja.

Biasalah, manusia memang begitu..


Perkara yang baik sukar dihargai, tapi sedikit kesilapan walaupun tak sengaja, itulah yang dijaja untuk mencari kelemahan kita dengan niat mahu memalukan..

Semua pun dalam FB ini kena berhati -hati juga sebab, ada juga orang yang nak jejaskan reputasi kita dengan bawa berita palsu.


Jangan sampai terjebak macam saya, sebab orang yang bawa berita ni adakalanya orang yang kita percayai.

Hati-hati semua dan waspada selalu.


Saya tidak berniat begitu sebenarnya dan bukan reka cerita, tetapi ada mesej yang diforward dan saya update secara umum di fb supaya lebih ramai mendoakan..


Tak sangka pula, ianya tak benar dan ada yang cuba mempermainkan isu ini.

Justeru itu saya ingin MEMOHON MAAF kepada semua yang terguris hati ..

Sesungguhnya manusia itu tidak pernah sunyi dari melakukan kesilapan termasuk diri saya yang penuh dengan kelemahan.


Sesungguhnya segala kesempurnaan adalah 

milik ALLAH SWT jua.

Syukran. Wassalam ..

Kritiklah Puas-Puas Tapi Minta Tolong PAS Jangan Tipu & Sebar Fitnah! - MP Sepang.

HANIPA MAIDIN | Kritik lah kami semahunya tapi janganlah tipu dan fitnah!!!

1. Tadi di Dewan Rakyat, Dato Speaker Dewan Rakyat telah benarkan perbahasan usul tergempar YB Pasir Gudang tentang isu pencemaran di Pasir Gudang. Usul dibawa di bawah Peraturan 18 (1) Peraturan Mesyuarat atau Standing Orders.

2. Antara yang berbahas adalah YB Pasir Gudang sendiri, YB Pontian dan YB Kubang Kerian.


3. Enam Kementerian telah menjawab di mana saya bagi pihak JPM diamanahkan untuk menggulung perbahasan.

4. Semasa YB Kubang Kerian berbahas beliau telah petik ayat Al-Quran dari surah al-Rum tentang kerosakan di laut dan di daratan kerana tangan-tangan manusia.

5. Semasa menggulung, antara lain saya jawab baguslah YB parti ehem baca al Quran.. tapi al- Quran juga larang kita tipu dan fitnah. Saya kata ada orang parti ehem yang buat fitnah kononnya ada orang yang telah meninggal dunia dalam isu ini. Ia jelas fitnah . YB Menteri Kesihatan telah sebut penama yang tipu dan fitnah tersebut. Beliau adalah salah seorang pemimpin parti ehem.

6. Kerajaan PH amat serius tangani isu ini meskipun tak isytihar darurat buat masa ini. Jentera-jentera Kerajaan Pusat aktif turun membantu Kerajaan Negeri as if telah ada darurat.

Kerajaan Pusat juga telah setuju luluskan RM 8 JUTA utk kerja-kerja pembersihan di sungai yang berkenaan.

7. Kami mungkin tak fasih baca al Quran tapi insyaAllah kami cuba sedaya upaya, sekadar mampu, terjemah ruh al-Quran. - 15 Mac 2019.

Khamis, 14 Mac 2019

"Belum Sampai Ke Tahap Membunuh," Menteri Kesihatan Pula Dikecam Netizens.

SOSMED | Sehari dua ini nampaknya netizens terlalu cepat berasa marah-marah dengan kenyataan demi kenyataan dari kerajaan. Kali ini Menteri Kesihatan, Dr. Dzul menerima nasib yang sama apabila ditempelak netizens kerana mengeluarkan kenyataan, "belum sampai tahap membunuh" ketika mengulas insiden pencemaran di Pasir Gudang.

Dr. Dzul dipetik berkata sedemikian oleh portal Utusan Online. Sebelum anda nak mengatakan ia mungkin SPIN dari UTUSAN, maka ingin diperjelaskan, ia bukan SPIN. Ia diakui sendiri secara tidak langsung oleh Dr. Dzul apabila beliau sendiri menyebarkan berita itu di akaun media sosialnya.

BUKAN SPIN..
 
 
Netizens nampaknya menzahirkan perasaan tidak selesa dengan penggunaan perkataan MEMBUNUH seperti dilaporkan Utusan itu.

Ini adalah sebahagian dari pandangan netizens bila mengulas akan kenyataan Menteri Kesihatan itu;




Setelah diteliti kenyataan Dr. Dzul pihak kami mendapati apa yang ingin Menteri Kesihatan sampaikan ialah;

👉 Keadaan di Pasir Gudang terkawal (dari sudut RAWATAN KESIHATAN)

👉 Kerajaan sudah mengambil langkah-langkah untuk mengatasi dan menyelesaikan krisis itu (dari sudut RAWATAN KESIHATAN)

👉 Racun yang masuk ke dalam tubuh badan mangsa bukan di tahap yang mampu menyebabkan kematian

👉 Kerajaan belum mengenalpasti semua jenis sebatian toksik itu walaupun mengesahkan lapan darinya telah dikenalpasti

👉 Dan lapan bahan toksik itu pula tidak boleh menyebabkan maut

Tetapi seperti yang pihak kami nyatakan sebelum-sebelum ini, penggunaan frasa yang tepat perlu untuk memastikan apa yang ingin disampaikan menteri menjadi tumpuan rakyat. Dan bukannya mengalihkan focus mereka ke arah perkara lain.

Jika boleh, Menteri Kesihatan patutnya lebih lunak dengan mengatakan sisa bahan yang dihidu itu belum sampai ke tahap mengancam nyawa atau membahayakan nyawa mangsa. 

Untuk lebih adil, perkataan yang disebutkan oleh Dr. Dzul ialah FATAL. Dan apabila dialihbahasakan, ia akan menjadi maut, perkataan ini lebih tepat.

Jika menjadi tajuk, ia sepatutnya, "BELUM SAMPAI TAHAP MEMBAWA MAUT" - tetapi tajuk sebegini tetap akan mengundang perasaan marah netizens. Kerana MAUT, MEMBUNUH adalah perkataan yang terlihat TIDAK SENSITIF dengan SITUASI semasa.

Pun begitu, walaupun perkataan membunuh adalah terjemahan yang kurang tepat tetapi boleh diterima dalam konteks ayat di atas. 

Namun hasilnya, kini Menteri Kesihatan terlihat sepertinya kurang perasaan sensitif, peka, dan simpati dengan insiden di Pasir Gudang. 

Perkataan MAUT ataupun MEMBUNUH, dua-dua ini tak patut digunakan merujuk dalam insiden pencemaran toksik ini. Perlu kursus komunikasi dulu ya. 😄😄😄 - 14 Mac 2019.

Kenapa Tun Mahathir Enggan Jawab Bila Ditanya Tentang Sijil Palsu Sesetengah Menteri..

SHAHBUDIN HUSIN | Bukan perkara yang biasa bagi Tun Mahathir Mohamad tidak menjawab atau mengelak daripada menjelaskan sesuatu perkara yang ditanyakan kepadanya.

Biasanya, tanyalah apa jua soalan atau siapa saja yang ingin menanyakan soalan kepadanya, pantang bagi Tun Mahathir tidak memberikan jawapannya.

Di dalam negara atau di luar negara, di forum antarabangsa atau oleh wartawan media, tidak pernah sekali pun beliau menghampakan mereka yang bertanya soalan atau inginkan jawapan daripadanya.


Beliau selalu dianggap sebagai sumber berita yang tidak pernah menghampakan bagi wartawan.

Dan karektor itulah yang menjadikan beliau sentiasa nampak hebat dan berbeza berbanding Perdana Menteri lain yang pernah dilahirkan oleh Malaysia.

Tetapi, ternampak ada yang luar biasa tentang Tun Mahathir di Parlimen pagi tadi.

Ketika Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan bertanya tentang kerajaan berintergriti yang sekarang ini dibelenggu dengan dua masalah utama iaitu janji-janji manifesto yang gagal ditunaikan serta beberapa anggota pentadbiran kerajaan yang didapati memiliki sijil akademik palsu, Tun Mahathir hanya menjawab soalan yang pertama saja.

Soalan berkaitan anggota pentadbiran kerajaan yang didakwa memiliki sijil akademik palsu, langsung tidak dijawabnya.

Beliau terus duduk selepas memberi jawapan mengenai sebab janji-janji manifesto berdepan masalah untuk dilaksanakan oleh kerajaan.

Malah, selepas beliau menjawab soalan pertama itu dan Ahmad Maslan kemudian bertanya tentang soalan kedua yang tidak dijawab oleh Tun Mahathir, Speaker terus memintasnya dengan mengatakan masa sudah tamat.

Pelik kan!!

Mengapa Tun Mahathir tidak berani menjawab tentang perkara itu?

Bukankah selama ini beliau terkenal dengan kehebatan berhujah dan menjawab apa juga soalan serta akan mempertahankan mereka yang dilantiknya?

Apakah ini bermakna Tun Mahathir sendiri dalam diam-diam sebenarnya turut terasa terbeban dengan anggota pentadbiran kerajaan yang didakwa memiliki sijil palsu itu?

Atau ini menandakan beliau mahu merombak kabinet dan membuang semua mereka yang memiliki sijil palsu itu dalam waktu terdekat ini?

Jika tidak, mengapa kali ini beliau mengelak daripada mempertahankan kepalsuan mereka itu?

Netizens VS Dr. Streram : Rantau Tiada Balai Bomba.

SOSMED | Satu lagi isu yang membabitkan imej Pakatan Harapan ialah calon PRK Dun Rantau, Dr. Streram.


 
Ada beberapa isu yang memalitkan intergriti Dr. Streram dan PKR setakat ini. Isu-isu tersebut ialah;

👉 Dr. Streram ada hutang sebanyak RM62,000 dan gagal bayar hutang tersebut. Tetapi Dr. Streram menafikan tuduhan itu. Isu ini dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Segamat (PKR), Datuk Seri Dr. R. Santhara Kumar. Ahli Parlimen itu dikatakan telah membuat satu laporan polis kerana Streram tidak membayar hutang kepadanya. Streram pula berkata Ahli Parlimen itu kawan baiknya dan tidak faham kenapa tindakan dibuat sejauh itu. Bukti berkaitan hutang juga akan diserahkan kepada kepimpinan PKR bagi membersihkan dakwaan itu.


👉 Tetapi apa yang berlaku selepas itu ialah TIADA APA-APA PUN YANG BERLAKU.

Laporan polis terhadap Dr. Streram tidak ditarikbalik. Kita tidak pasti sejauh mana laporan polis itu memberikan kesan dari segi penyiasatan. Jika fitnah, bukankah patut Ahli Parlimen Segamat patut disiasat kerana membuat laporan palsu? Tetapi sekali lagi undang-undang dilentur mengikut partisan. Rakyat Malaysia tidak memiliki kelebihan itu melainkan ada kaitan dengan VVIP dan PARTISAN.

Dr. Streram tidak menjawab secara terperinci mengenai 6 cek tendang dan dakwaan yang disebutkan oleh Dr. R. Santhara Kumar. Sedangkan ramai pihak mahu perkara itu dibuktikan sebagai fitnah. Bila disebutkan "BUKTIKAN IA SEBAGAI FITNAH", ini bermakna pihak yang menafikan perlu mengambil satu tindakan yang TEGAS terhadap pihak yang menuduh dirinya. Bukan percakapan kosong depan media.

Kesilapan PKR kem Anwar dan Kem Azmin ialah mereka fikir dengan tidak menjawab tuduhan ialah perkara yang betul. Menjawab tuduhan bermakna tunduk kepada lawan. Dan lawan kem Anwar ialah kem Azmin. Lawan kem Azmin ialah kem Anwar. Disini mereka salah. Kerana setiap tuduhan yang dilemparkan perlu dibuktikan sebagai fitnah berserta FAKTA kepada BAKAL PENGUNDI-PENGUNDI DUN RANTAU. Dr. Streram dan Dr. R. Santhara sebenarnya ada tanggungjawab untuk memberikan KENYATAAN BENAR kepada PENGUNDI. Bukannya buat drama parti kamu secara publik. Sungguhpun rakyat Malaysia suka tepuk tangan dan makan popcorn, sampai satu tahap perkara itu akan jadi membosankan jika dibuat secara berterusan dan over.

👉 Jika isu berkaitan hutang ini TIDAK MENCAPAI KATA PUTUS, PENUTUP ATAUPUN KESIMPULANNYA, maka ia adalah ISU YANG TERGANTUNG. Sampai bila-bila pun akan sentiasa dipersoalkan. Jika isu seremeh ini pun gagal diselesaikan PKR, bagaimana nak menyakinkan pengundi yang kamu layak menjaga RANTAU?

👉 Penyokong PKR berpecah kepada dua blok. Oleh kerana mereka bergaduh secara terang-terangan tanpa tapisan maka kami disini pun akan menyatakan secara terang-terangan tanpa tapisan. Blok tersebut ialah;

📌 Kem Anwar
📌 Kem Azmin

Dr. Streram dianggap pro kepada Anwar dan Rafizi. Penyokong Anwar menggunakan KARTEL bagi melabelkan kumpulan Azmin.
 
👉 Kedua-dua kumpulan ini bercakaran secara terbuka, serang menyerang diantara satu sama lain dan ya, pengundi Rantau perlu undi PH - seriously? Kamu tak mencapai kata sepakat pun walaupun kamu semua dalam satu parti dan bagaimana ini boleh menyakinkan pengundi? Tak cukup kelakar lagi ke isu ini?

👉 Dr. Streram berkata di Rantau tiada kemudahan asas antaranya seperti BALAI BOMBA. Bagaimana? Isu ini dah cukup kelakar ke?

Artikel kali ini akan menyentuh secara terperinci mengenai dakwaan TIADANYA BALAI BOMBA di DUN Rantau.

Tersebarnya satu rakaman video dipercayai video kempen PRU ke 14, Dr. Streram mendakwa tiadanya balai bomba di Rantau, bahkan satu KEMUDAHAN AWAM pun tiada juga. 

Apakah kenyataan ini benar?

Berdasarkan semakan di Google, di Rantau ada balai bomba. Balai Bomba dibina pada tahun 2017. Dan siap pada Mac 2018.



Ini bermakna ia berjaya disiapkan pada tahun 2018, dua bulan sebelum Pakatan Harapan memenangi pilihanraya umum.

Jika video kempen ini adalah video lama sekalipun, ia membuktikan Dr. Streram suka bercakap TANPA FAKTA.

Jika BALAI BOMBA belum siap pada MAC 2018 sekalipun, hujah yang mengatakan TIADA SATU PUN KEMUDAHAN AWAM, contohnya seperti BALAI BOMBA merupakan satu pembohongan yang melampaui batas. 

Tahukah Dr. Streram apakah yang dimaksudkan sebagai KEMUDAHAN AWAM?

Kemudahan awam adalah seperti;

- Jalanraya
- sekolah
- balai polis
- ATM
- Bank
- Klinik
- Hospital
- Air
- Api
- Internet

Dan TIADA SATU PUN KEMUDAHAN AWAM di RANTAU? Janganlah suka tokok tambah cerita. JANGAN GEMAR MEMPERBESARKAN MASALAH SAMPAI HILANG FAKTANYA.

Cakap masalah sepertimana masalah itu sendiri.

Contohnya, Dr. Streram berbohong mengenai kemudahan awam dan balai bomba. Cukup.

Jangan tambah ajinomoto. Dr. Streram berbohong mengenai balai bomba lepas tu dia kata melayu babi, dan dia kata sapa undi melayu, orang tu bodoh. Jangan.

Cakap masalah sepertimana masalah itu sendiri. Dah cukup.

Tapi dalam isu KEMUDAHAN AWAM dan BALAI BOMBA - ini jelas merupakan satu FITNAH yang KETARA dan tidak boleh diterima.

Dan ini bukan satu-satunya bakal wakil rakyat, atau wakil rakyat dan Ahli Parlimen kaum india yang suka cakap merapu!

Kita perlukan berapa banyak wakil rakyat yang suka bercakap merapu sehingga kita puas hati?

Tak cukup dengan peranan RSN Rayer, M. Kulasegaran, P. WaythaMoorthy dan P.Ramasamy? Kita perlu tambah satu lagi seperti mereka dari segi SIKAP?? Cukuplah.

Video yang dimaksudkan;

Netizens VS Osman Sapian Isu : Penduduk Tak Perlu Berpindah, Boleh Tutup Pintu.

SOSMED | Osman Sapian menerima kecaman bertubi-tubi di sosial media sejak semalam atas beberapa isu.

Isu-isu tersebut ialah;


👉 Kerajaan Johor lambat bertindak membersihkan kawasan yang tercemar (kenyataan dikeluarkan pihak bomba) atas alasan kos tinggi. Ia dibangkitkan Najib Razak.

👉 Mangsa semakin ramai, kenapa kerajaan negeri enggan isytiharkan darurat - ini dipersoalkan netizens.


👉 Aturcara briefing yang ada majlis makan-makan dan sesi bergambar - ini disebarkan oleh pro pembangkang dan kemudiannya dinafikan secara ringkas oleh Menteri Besar Johor menerusi komen pendek di Facebook tanpa disusuli dengan kenyataan rasmi setakat ini.


👉 Penduduk tak perlu berpindah, boleh tutup pintu - ini dikecam netizens pelbagai peringkat/merentasi parti politik.


Focus dalam artikel ini ialah isu nombor empat.

Osman Sapian telah mengeluarkan kenyataan penafian dan menjelaskan apa yang difahami oleh orang ramai itu adalah salah.

"Ingin ditegaskan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak tepat dan tidak mengambarkan keseluruhan penjelasan mengenai situasi semasa dan keperluan memindahkan penduduk," katanya dalam satu kenyataan.

Osman turut menjelaskan, kawasan sekolah ditakrifkan sebagai risiko tinggi atas alasan rekabentuk bangunannya terbuka disamping faktor bangunannya yang tinggi.


Ini berbeza kawasan perumahan yang rendah dan lebih bertutup.

Justeru itu beliau beranggapan penyebaran sebahagian dari kenyataan asalnya dibuat dengan niat jahat dan bertujuan memberikan gambaran buruk.

Netizens yang membaca penafian Osman Sapian itu bagaimanapun tidak berganjak dari kritikan mereka terhadap Menteri Besar Johor itu.

Respon-respon netizens dengan mudahnya boleh dibaca menerusi Facebook rasmi Osman Sapian, dimana tersiarnya kenyataan media itu.

Minta maaf jela..


Datok sendiri yang cakap, fitnah apa pula..



Dah ada video nak spin apa lagi..



99.9% komen mengecam Menteri Besar Johor. Apa yang mereka mahu Osman Sapian fahami ialah, perkataan tutup pintu dan tutup tingkap itu adalah salah dari awal lagi. Ia tak sepatutnya digunakan sama sekali untuk 'reasoning' kenapa penduduk tak perlu dipindahkan.

Penduduk juga perlu keluar bekerja, pergi ke kedai, dan bukannya duduk rumah 24 jam tanpa berbuat apa-apa aktiviti.

Pihak kami berpendapat apa yang cuba disampaikan oleh Menteri Besar Johor itu ada benarnya tetapi beliau tersalah memilih perkataan yang tepat.

Berbanding mengatakan penduduk boleh tutup pintu, tingkap, rumah kosong, tiada di rumah dan sebagainya, adalah lebih baik Osman Sapian sebutkan sahaja begini;

"Keperluan semasa mendesak kita untuk memberikan cuti kepada sekolah-sekolah atas faktor bangunan yang tinggi dan lebih berisiko untuk terdedah kepada pencemaran disebabkan reka bentuknya yang terbuka.

Dalam masa yang sama, kita akan sentiasa meneliti dan memantau situasi semasa dan jika perlu kita akan lakukan, seperti pemindahan contohnya, bagi menyelamatkan semua pihak yang terdedah kepada pencemaran itu".

Ini lebih manis dibaca kerana memberikan bayangan kerajaan negeri sentiasa berjaga-jaga dengan sebarang perkembangan samada negatif ataupun positif.

Bagi kami, masalah yang utama dikalangan menteri-menteri Pakatan Harapan ialah mereka gagal BERKOMUNIKASI dengan baik.

Mereka tidak tahu menggunakan ayat yang tepat untuk menjelaskan apa yang ingin mereka sampaikan. Apabila berlaku salah faham dengan mudahnya;

Salah media
kena spin
kena fitnah
suruh portal pantau komen, eh seriously?

Dimana salahnya? Diri sendiri atau pegawai menteri? Jawapannya ada pada mereka.

Berikut adalah kenyataan rasmi Menteri Besar Johor;
KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG KEPERLUAN MEMINDAHKAN PENDUDUK

Merujuk kepada paparan petikan tajuk berita yang sedang ditularkan di media sosial kononnya Menteri Besar Johor mengeluarkan kenyataan “tidak perlu pindah penduduk kerana rumah boleh ditutup pintu”.

Ingin ditegaskan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak tepat dan tidak mengambarkan keseluruhan penjelasan mengenai situasi semasa dan keperluan memindahkan penduduk.

Penilaian yang dibuat oleh Jawatankusa Pengurusan Bencana Negeri mendapati kawasan sekolah dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi setelah mengambil kira struktur bangunan yang terbuka manakala orang awam yang tinggal di kawasan perumahan yang lebih tertutup dan terlindung pula paling kurang terdedah kepada risiko pencemaran.

Rupabentuk struktur bangunan antara kegunaan awam seperti sekolah (tinggi dan terbuka) dengan rupabentuk premis peribadi seperti rumah menjadi faktor penting bagaimana kawalan boleh dilakukan dari merebaknya pencemaran.

Justeru berdasarkan laporan serta nasihat daripada agensi yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini, satu tindakan proaktif telah diambil serta pemantauan secara rapi, maka Jawatankuasa Bencana Negeri mendapati tiada keperluan untuk memindahkan penduduk memandangkan keadaan adalah terkawal. Namun demikian, langkah-langkah pencegahan dan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, hendaklah dipatuhi oleh orang ramai.

Merujuk kepada paparan mengenai laporan kenyataan tersebut, secara jelas dan sememangnya tidak masuk akal malah penularan paparan ini ternyata berniat jahat, tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memburukkan nama YAB Menteri Besar serta memberi gambaran yang salah mengenai kedudukan situasi ini.

Pejabat Menteri Besar Johor
14 Mac 2019
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...