Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 31 Disember 2019

Khalid Dedah Rahsia Kelulusan Tergesa-Gesa Mansuh Elaun Kritikal Demi Betulkan Kerajaan..

POLITIK | Tindakan Menteri Wilayah mendedahkan kejadian disebalik tabir mengenai pemansuhan elaun kritikal nampaknya membuka mata orang awam terhadap cara menteri tertentu bekerja dalam kabinet Pakatan Harapan.




Sebelum ini kita ketahui;

1. Tun Mahathir
2. Muhyiddin Yasin
3. Lim Guan Eng
4. Azmin Ali

adalah empat menteri yang membuat keputusan memansuhkan elaun kritikal penjawat awam.

Syed Saddiq dan Dr Dzul menjadi dua menteri terawal yang meminta keputusan itu dikaji semula. Bagaimanapun Syed Saddiq dan Dr. Dzul dituduh bermain wayang supaya tak dikecam masyarakat akan langkah yang dibuat oleh Pakatan Harapan itu.

Anwar Ibrahim yang turut meminta kerajaan mengkaji semula tindakan tersebut turut dikecam netizens kerana Wan Azizah berada dalam mesyuarat kabinet yang membincangkan pemansuhan elaun kritikal itu.

Bagaimanapun pendedahan yang dibuat oleh Khalid Samad akhirnya merungkai persoalan yang bersarang di pemikiran rakyat.

Menurut Khalid Samad;

1. Menteri kabinet (tidak pasti samada kesemuanya ataupun hanya beberapa sahaja) TIDAK MEMBACA KESELURUHAN KERTAS CADANGAN PEMANSUHAN ELAUN KRITIKAL sebelum diluluskan.

Ini bermaksud apa? Maksudnya menteri-menteri kabinet PH telah bertindak meluluskan sesuatu yang mereka sendiri TIDAK BACA, TIDAK FAHAM, TIDAK TAHU!

Ini adalah PERKARA YANG SANGAT MEMALUKAN!

Kenapa mereka berbuat tindakan sedemikian agaknya? 

2. Baik, Khalid seterusnya menjelaskan kegagalan para menteri kabinet membaca dan memahami kertas cadangan pemansuhan tersebut adalah kerana ia dibentangkan secara tergesa-gesa.

Mengikut kelaziman, sesuatu kertas cadangan yang akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet, perlulah dihantar dua minggu sebelumnya. 2 minggu adalah tempoh untuk para menteri membaca, mengkaji, memahami apa yang mereka perlu bahaskan, bincang dan kaji sebelum bertindak meluluskan atau membatalkan cadangan.

3. Bahkan, perkara pemansuhan elaun kritikal juga terdapat diakhir kertas cadangan. Hal itulah yang membuatkan para menteri tak berkesempatan untuk meneliti perkara : pemansuhan elaun kritikal, kerana butirannya berada di akhir kertas cadangan.

4. Bagi mengelakkan kejadian sama berulang, Khalid Samad bertindak menegur kerajaan Pakatan Harapan secara terbuka dan lantang sekali.

Khalid Samad mahu;

- Tiada lagi kertas cadangan diluluskan secara tergesa-gesa.

- Tak boleh lagi meluluskan kertas cadangan yang diberi pada hari yang sama. Para menteri perlu diberi masa untuk memahami butiran cadangan sebelum bertindak meluluskan ia.

- Tindakan meluluskan kertas cadangan tergesa-gesa akan membuatkan ia tidak adil kepada menteri yang terpaksa membaca dan memutuskan cadangan dalam masa yang singkat.

“Belakang baru bincang cerita pemotongan bila kita tidak sempat baca, kita baca covering letter tidak ada cakap (tentang pemansuhan BIPK) hanya sempat rujuk mukadimah penyelarasan, sebab itu ia lulus begitu.
 

Saya akan minta Kabinet, untuk tidak meluluskan terus yang dibentangkan pada hari itu kecuali kecuali yang benar-benar terdesak, kalau tidak tidak adil untuk menteri buat keputusan.

“Kami tidak dapat membaca kesemuanya, dan ia diluluskan. Kenapa tergesa?,”
jelas Khalid Samad, memetik laporan The Malaysian Insight.


Sebahagian pengkritik telah menegur tindakan Khalid Samad, lebih baik tak payah jadi menteri kalau tak baca kertas cadangan.


Sebahagian yang lain pula telah mengejek dan menyindir Khalid Samad kerana membuat pengakuan tersebut.


Bagaimanapun bagi mereka yang mahu memahami cerita, tindakan Khalid Samad ini sebenarnya merupakan satu teguran kepada Pakatan Harapan.


Dia ialah salah seorang menteri dalam kabinet Pakatan Harapan. Bila-bila masa sahaja dia boleh kehilangan jawatan kerana mendedahkan kelemahan sendiri, tetapi adakah dia berhenti menegur? Nampaknya tidak.


Yang ditegur pula bukan calang-calang orangnya. Ada 4 pemutus kata dalam pemansuhan elaun kritikal itu. Adakah beliau bertindak merahsiakan apa yang berlaku disebalik tabir? TIDAK.

Katakanlah apa sahaja, menteri dedahkan kelemahan sendiri, menteri bocorkan rahsia, menteri malas baca, akhirnya yang kita faham, Khalid Samad sebenarnya sedang meminta bantuan masyarakat untuk menegur kelemahan pentadbiran Pakatan Harapan. Membetulkan ia secara dalaman dan luaran, adalah sama-sama penting bagi negara kita ini. - 31 Disember 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...