1. Selamat datang tahun baru 2020 dan selamat tinggal 2019. Tahun yang penuh keperitan bagi rakyat dan tahun yang penuh kegagalan bagi sebuah kerajaan.
2. Keperitan rakyat tidak perlu diulas. Semua merasakannya. Peniaga kecil,besar, pekerja swasta, awam, didesa dan dibandar semua merasakan keperitannya.
3. Kerajaan mungkin tidak merasakannya. Yang pasti tidak merasakannya ialah sang menteri yang boleh meraikan perkahwinan anak di hotel 6 bintang dan menjadikan majlis paling gilang gemilang bagi tahun 2019.
4. Tapi kerajannya samasekali tidak gemilang. Tahun 2019 adalah tahun kerajaan yang gagal. Paling jelas PRK Tg Piai yang mencipta sejarah kemorosotan undi terbesar parti kerajaan didalam sejarah negara sejak Merdeka.
5. Kajian kecenderungan rakyat terhadap prestasi ahli kabinet diakhir tahun 2019 juga membuktikan hakikat ini. Kajian dilakukan oleh portal berita paling berpengaruh dan popular di Malaysia itu memperlihatkan kejutan dimana majoriti menteri mendapat peratus amat rendah dan diparas gagal.
6. Jelas, 2019 menampilkan ciri kerajaan gagal dan memualkan rakyat.Makanya Tahun 2020, kerajaan mesti berubah dan mesti berubah drastik.Perubahan biasa tidak akan membawa kesan kerana kegagalannya luarbiasa.
7. Sekadar merombak kabinet itu langkah biasa dan tidak akan beri kesan apa-apa. Jawatan PM sendiri harus berubah dan harus berubah segera.
8. Sidang APEC seharusnya bukan alasan untuk bertangguh. Sidang APEC sebenarnya harus menjadi faktor utama PM menyerahkan tampuk kerajaan kepada PM baru lebih jelas dan awal kerana ia memberi masa kepada PM baru untuk merangka perjalanan APEC.
9. Sekiranya PM baru diberi ruang memimpin di awal tahun ini (Januari) beliau mempunyai masa 11bulan (hampir setahun) untuk merangka rencana impak maksimal APEC kepada ekonomi negara. Ini paling penting dalam suasana ekonomi negara yang amat mendesak sekarang.
10. Fikirkanlah APEC untuk manfaat negara. Tun adalah negarawan. Negarawan bertindak demi negara bukan demi diri sendiri. Jangan layan karenah juak-juak disekeliling yang desperado dan gila kuasa. Mereka tidak pernah fikir untuk negara.
11. Tun Dr Mahathir mesti lakukan sesuatu yang betul ditahun ini. Jangan ulangi kegagalan tahun lalu. Atau kalau Tun masih enggan, tahun ini kita akan ditampilkan dengan kerajaan yang gagal lagi dan padahnya lebih parah lagi. Jangan sampai nasi menjadi bubur.
Selamat Tahun Baru.