Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution dalam satu kenyataan media bertarikh 30 Disember 2019.
Kenyataan penuh menteri akan disertakan di akhir artikel ini.
Sekarang, kita nak cerita dulu apa implikasi tindakan kerajaan PH ke atas para penyokongnya terlebih dahulu;
1. Uturn. Kita tahu kerajaan PH dan UTURN berpisah tiada. Uturn ini bukannya gambaran hasil persepsi tetapi hakikat kerana sememangnya kerajaan hari ini gemar membuat pusingan U. Sepatutnya kerajaan dah boleh faham budaya uturn ini telah menjadi bahan troll ke atas PH. Dan kerajaan ini sudah patut berhenti uturn bagi membebaskan PH dari terlekat dengan label itu sehingga PRU 15. Tetapi kurang 3 tahun nak PRU, mereka tetap mempertahankan sikap suka uturn. Kenapa agaknya tu?
2. Sikap suka uturn PH juga menyusahkan penyokong-penyokongnya di alam maya.
3. Cuba fikir, bila PH buat pengumuman PSP, penyokong-penyokong kamu kerah otak bagaimana nak membetulkan tanggapan serong. Mereka berhujah. Buka manifesto PH. Bagi fakta. Tunjuk bukti. Fahamkan netizens kesan negatif subsidi pukal. Terangkan pada netizens konsep subsidi bersasar. Agensi KPDHNEP siap buat iklan berbayar di Facebook.
4. Last-last PH buat tindakan uturn. Atas alasan perlu beri penerangan.
5. Kalau tak begitu yakin boleh dilaksanakan pada Jan 2020, dari awal lagi tak perlu dikeluarkan tarikh pelaksanaan. Terus sahaja dengan tindakan menerangkan kepada rakyat. Katakan, kamu bercadang 6 bulan proses nak fahamkan rakyat & seru mereka daftar, so kempen kamu sepatutnya focus kepada pendaftaran mereka yang mahu terima subsidi kelak. Tak payah sebut tarikh pelaksanaan memandangkan asyik goyah je setiap masa.
6. Macam mana pelabur nak yakin pada kerajaan sebegini? Mereka tak konsisten pada polisi ciptaan sendiri. Bagaimana orang luar nak yakin pula? Polis ini dah la ada dalam manifesto kamu sendiri. Fikirlah.
7. Penyokong yang dah berhujah tadinya tu pula kena tebal muka tahan malu. Kerana PH asyik membuat pusingan U.
8. Cuba la sekali ini mendengar kritikan orang dan berhenti membuat pusingan U.
9. Cuba bayangkan, lepas ini jika PH umum apa-apa polisi, penyokong dah cuak nak pertahankan kamu. Mereka pun rasa serba salah. Nak dipertahankan nanti PH uturn macam mana? Tak dipertahankan, tapi ada respon yang salah faham. Jadi bagaimana? Kamu meletakkan penyokong kamu dalam satu keadaan yang serba mengelirukan.
10. Tak pasti jangan sebar, tahu kan kempen ini? Kempen memerangi berita palsu. Kempen ini juga boleh digunakan bagi memerangi sikap suka uturn. Tak pasti jangan sebar. Jangan umum. Jangan cakap. Jangan potpet dekat media & orang awam. Berhenti merosakkan imej & intergriti penyokong kamu di hadapan netizens. Tolong.
Sekian.
-----
Kerajaan pada 7 Oktober 2019 telah mengumumkan pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) bermula Januari 2020 sesuai dengan manifesto Pakatan Harapan.
Kerajaan memperuntukkan RM 2.4 billion dalam Belanjawan 2020 dengan jumlah penerima manfaat ini seramai 8juta orang daripada kelompok B40 dan M40.
Mesyuarat Kabinet pada 18 Disember 2019 telah memutuskan bahawa pelaksanaan PSP yang dijadual bermula Januari 2020 tidak diteruskan dahulu sehingga satu masa yang akan diumumkan kemudian.
Hal ini adalah untuk memberi ruang:
1. Sesi penerangan dan penjelasan diteruskan dengan tujuan memberi kefahaman dan mempersiapkan rakyat menerima pelaksanaan program PSP ini.
2. Proses pendaftaran penerima daripada kelompok M40 akan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan. Sementara menunggu konfirmasi pelaksanaan PSP ini diumumkan kemudian, rakyat akan terus menikmati harga petrol sepertimana sistem sekarang.
Sekian, terima kasih
Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
30 Disember 2019