Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 31 Disember 2019

Pelepasan VISA Pelancong China Dan India - Apa Yang Anda Patut Faham.

POLITIK | Baik, kita lihat sekarang neh ramai bercerita mengenai pelepasan visa ke atas pelancong dari negara China dan India.

Majoriti pengomen beranggapan tindakan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohammed menandatanggani perjanjian tersebut sebagai satu tindakan MENJUAL KEDAULATAN NEGARA, kerana pelancong asing ini dianggap akan memberikan UNDI kepada DAP.



Ini bukan percakapan kosong. Anda boleh membaca sendiri komen-komen ini yang bertebaran di sana sini. Khususnya di halaman Malaysiakini yang melaporkan berita tersebut.

Hujah mereka itu kemudiannya dikuatkan dengan LAPORAN AUDIT NEGARA 2018.

Laporan audit menyebut;

1. 95% pelancong China dan India tiada rekod keluar Malaysia dari tahun 2016 hingga 2018.

2. Dari 79,799 warganegara China yang melancong ke Malaysia, seramai 76,258 (95.6%) didapati tiada rekod keluar Malaysia.

3. Manakala, bagi warga India, dari 41,243 yang masuk Malaysia, seramai 39,806 (96.5%) didapati tiada rekod keluar Malaysia.

4. Laporan audit kemudiannya merumuskan, 1.26j pelancong warga China dan 295.634 pelancong warga India diproses secara manual dibawah sistem MyIMM.

5. Sistem MyIMM ini dikatakan mempunyai kelemahan yang sangat serius.

6. Kerana pengesahan data kemasukan pelancong ke Malaysia diproses secara offline yang tidak dikemaskini. 

7. Keadaan itu menyebabkan data 1.56 juta pelancong warga asing dari tahun 2016 hingga 2018, terapung (tidak diketahui keberadaan mereka).

Hal ini serius, bukan?

Ini bermakna masalah sebenar kita bukanlah terletak pada PELEPASAN VISA ataupun VISA PERCUMA - TETAPI CARA KITA MENGURUSKAN PENGESAHAN & DATA KEMASUKAN PELANCONG ASING KE DALAM NEGARA KITA.

Apa yang Tun Mahathir buat sebenarnya?

1. Meneruskan legasi kerajaan terdahulu, pelepasan visa bagi pelancong asing China dan India ke Malaysia.

2. Tujuannya untuk mengalakkan industri pelancongan Malaysia. Kita bersaing dengan Indonesia, Singapura dan Thailand. Maka, Malaysia juga mahu dilihat mampu menyaingi negara-negara tersebut.

3. Antara yang dilakukan kerajaan bagi menanggani masalah kemasukan haram pelancong asing ialah;

- Pelancong perlu membuat pendaftaran maklumat terlebih dahulu melalui sistem “Electronic Travel Registration and Information (eNTRI) dan melakukan perjalanan dalam tempoh tiga bulan selepas mendaftar.

- Pelancong China dan India hanya diberikan tempoh lawatan selama 15 hari dan WAJIB menunjukkan TIKET PULANG / KELUAR MALAYSIA dalam jangkamasa tersebut. Tiada apa-apa pas tambahan akan diberikan kepada mereka bagi memanjangkan tempoh lawatan. 

- Perlu ada itenenary; mereka perlu nyatakan aktiviti pelancongan. 

- Kena tunjukkan mereka ada kemampuan kewangan semasa melancong ke Malaysia menerusi akaun bank yang sah yang turut mempunyai logo 0nionPay, kad kredit (kad kredit tak boleh bar), e-wallet yang mencukupi. Dalam ertikata lain, takde duit tapi nak datang melancong? Keraguan ini munasabah, kerana mereka boleh dianggap datang untuk bekerja secara haram, kerana itu kerajaan mengenakan undang-undang sedemikian.

- Pelancong dari negara berkenaan yang telah pulang, hanya boleh mendaftar semula untuk memasuki Malaysia paling cepat, selepas 45 hari meninggalkan Malaysia.

-  Pelancong China dan India perlu memasuki Malaysia dan keluar dari Malaysia hanya melalui lapangan terbang yang dibenarkan atau pos kawalan imigresen.

Ini adalah beberapa penambahbaikan yang kerajaan PH lakukan. Disamping mengalakkan industri pelancongan negara, PH juga mahu mengatasi kebanjiran warga asing yang memasuki secara haram seperti menyamar sebagai pelancong.

Yang ramai orang kurang faham mengenai PELEPASAN VISA ialah, bukanlah bermaksud tiada visa. Tetapi ia bermaksud VISA PERCUMA (tiada pembayaran perlu dibuat) dan tak perlu membuat pengesahan melancong di kedutaan negara masing-masing.

Pelancong masih memerlukan VISA untuk dicop, yakni VISA ON ARRIVAL.

Dan pendaftaran secara online di portal ENTRI juga boleh dianggap membuat pengesahan kemasukan di kedutaan. Bezanya kita tak lagi perlu hadir ke kedutaan dan membuat pengesahan, sebaliknya ia boleh dilakukan secara online, dimana-mana sahaja. Limit 3 bulan diberikan adalah untuk memastikan pelancong masuk ke Malaysia dalam had yang diberikan, jika tidak, butiran pemohon akan dinyahsahkan bagi mengelakkan pemanipulasian.

Diharapkan dengan penjelasan ini, pihak yang salah faham akan nampak usaha kerajaan memerangi kemasukan warga asing secara haram ke Malaysia. - 31 Disember 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...