Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 2 April 2020

#Covid19, Lupakan Bazar Ramadhan - Sultan Johor.

KENYATAAN MEDIA | SULTAN JOHOR : PENGANJURAN BAZAR RAMADAN TIDAK SESUAI SUSULAN PENULARAN WABAK COVID-19

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah menegaskan susulan penularan wabak COVID-19 ketika ini, adalah tidak sesuai untuk mengadakan Bazar Ramadan.

 


Baginda Tuanku Sultan bertitah ini adalah disebabkan risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar, sekali gus boleh memberi kesan kepada kesihatan masyarakat secara keseluruhan.

“Kes positif COVID-19 masih dilaporkan berlaku, maka saya melihat adalah tidak sesuai jika mahu diadakan Bazar Ramadan bukan sahaja di sini, malah ditempat lain juga demi kesihatan serta keselamatan rakyat.

“Lupakan Bazar Ramadan, saya bimbang jika berlaku penularan virus berkenaan secara berleluasa, ini akan turut memberi kesan kepada usaha kerajaan dalam membasmi sepenuhnya wabak ini,”
titah Baginda.

DYMM Sultan Johor bertitah demikian kepada Royal Press Office (RPO) di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini (2 April).

Baginda Tuanku Sultan bertitah masyarakat tidak seharusnya memandang ringan arahan serta nasihat pihak berkuasa.

“Anda lihat sendiri, bagaimana petugas-petugas perubatan bersama pasukan barisan hadapan bertugas dari pagi hingga malam dalam usaha mahu membendung penularan wabak ini.

“Bayangkan, jika wabak ini semakin berleluasa ia akan turut memberi kesan kepada pasukan perubatan sehingga merencatkan sistem rawatan,”
titah Baginda. - 2 April 2020.

Rupanya T20 Paling Banyak Terima Bantuan Kerajaan.

Isham Jalil | ORANG KAYA T20 PALING BANYAK TERIMA BANTUAN KERAJAAN BERBANDING B40 DAN M40

Saya lihat ada sesetengah pihak terutama orang kaya T20 yang tidak faham tentang peranan B40 dan M40 dalam menyumbang kepada ekonomi negara.


Ada orang-orang kaya ini kata bahawa golongan B40 dan M40 ini tidak menyumbang kepada ekonomi dan hanya mengharap bantuan kerajaan.

Orang-orang kaya T20 ini juga kata bahawa mereka (T20) adalah paling banyak membayar cukai oleh itu sepatutnya dapat manfaat paling banyak dari kerajaan berbanding B40 dan M40.

Apa yang diperkatakan oleh mereka ini adalah mitos yang tidak benar.

Berdasarkan laporan Jabatan Statistik Malaysia, lebih daripada separuh atau 54% daripada pendapatan isirumah negara adalah diperoleh oleh golongan B40 dan M40.

Selebihnya 46% daripada pendapatan negara pergi kepada golongan kaya T20.

Ini bermaksud secara purata setiap seorang daripada golongan T20 memperoleh lebih daripada tiga kali ganda pendapatan golongan B40 dan M40.

Walaupun setiap orang daripada golongan B40 dan M40 menjana pendapatan yang lebih kecil dari T20, namun hampir semua daripada pendapatan golongan B40 dan kebanyakan daripada pendapatan golongan M40 dibelanjakan semula ke dalam ekonomi dengan pembelian keperluan barangan dan perkhidmatan harian isirumah mereka.

Ini berbanding dengan pendapatan golongan-golongan kaya T20 yang kebanyakannya disimpan sebagai simpanan atau dilabur untuk perniagaan.

Namun perniagaan-perniagaan mereka (T20) ini tidak akan berjaya dan akan gagal tanpa pengguna-pengguna daripada golongan B40 dan M40 yang membeli barangan dan perkhidmatan yang dijual oleh perniagaan-perniagaan T20 tersebut.

Golongan B40 dan M40 ini adalah golongan pengguna yang terbesar di Malaysia, dari segi bilangan dan jumlah perbelanjaan pengguna ke dalam ekonomi berbanding T20.

Ekonomi Malaysia dipacu oleh perbelanjaan isirumah, dan ini dipacu oleh golongan B40 dan M40.

Tanpa perbelanjaan B40 dan M40, ekonomi Malaysia (dan kekayaan T20) akan jatuh.

........

Dari segi pembayaran cukai pula, setiap tahun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengutip lebih kurang RM36 billion cukai pendapatan individu.

Hampir semua daripada jumlah ini adalah daripada potongan gaji melalui skim Potongan Cukai Berjadual (PCB).

Potongan Cukai Berjadual (PCB) ini dibuat daripada pekerja-pekerja yang makan gaji, yang mana kebanyakan daripada mereka ini adalah daripada golongan B40 dan M40.

Ramai daripada golongan kaya T20 tidak bekerja makan gaji namun mempunyai perniagaan sendiri.

Kebanyakan daripada mereka ini membayar cukai melalui cukai perniagaan atau cukai syarikat.

Walaupun jumlah pembayaran cukai syarikat adalah dua kali ganda iaitu RM70 billion berbanding cukai pendapatan individu, namun kebanyakan daripada jumlah ini adalah dibayar oleh syarikat-syarikat berkenaan kerajaan seperti Petronas, TNB, Telekom Malaysia, Sime Darby, PNB dan sebagainya.

Berbanding dengan pembayaran cukai individu melalui PCB dan cukai syarikat berkenaan kerajaan di atas (yang perlu dibayar secara automatik atau melalui peraturan syarikat kerajaan tersebut), banyak syarikat-syarikat lain milik persendirian dan milik individu-individu T20 memilih untuk sama ada lari dari bayar cukai, langsung tidak bayar cukai atau bayar kurang dari yang sepatutnya.

Ini dibuat dengan manipulasi akaun atau mengisytiharkan kerugian supaya mereka tidak perlu membayar cukai walaupun mereka sebenarnya membuat untung.

Dengan pembatalan GST dan pengenalan semula SST oleh kerajaan PH dahulu, perkara ini menjadi lebih teruk oleh kerana sistem cukai SST yang tidak telus berbanding GST.
........

Persepsi yang dikatakan oleh orang-orang billionaire terkaya di Malaysia bahawa mereka menjadi kaya oleh kerana usaha sendiri tanpa bantuan kerajaan juga adalah suatu mitos.

Jika kita lihat daripada senarai 10 orang billionaire terkaya di Malaysia, tanpa menyebut nama sesiapa, semua daripada mereka telah mendapat bantuan, subsidi, pengecualian cukai atau kontrak besar kerajaan pada suatu masa dahulu atau berkali-kali sehingga sekarang.

Secara purata, jumlah manfaat bantuan kerajaan yang diperoleh oleh setiap daripada mereka ini adalah jauh lebih tinggi berbanding jumlah bantuan kepada setiap orang dalam golongan B40 dan M40.

Semasa zaman PM-4, mereka ini (golongan kaya T20) yang paling banyak menerima subsidi dan bantuan kerajaan.

Ini menyebabkan perkongsian pendapatan negara oleh mereka (T20) telah meningkat daripada 50% ke 52% berbanding perkongsian pendapatan B40 yang telah jatuh daripada 15% ke 13% dalam tempoh tersebut.
........

Saya dahulu pernah menjadi pensyarah sambilan di UiTM pada tahun 1999-2000.

Hampir semua daripada pelajar UiTM adalah dari keluarga B40 dan M40.

Kalau dahulu ibu dan ayah mereka adalah orang miskin di kampung, kini dengan bantuan pendidikan oleh kerajaan, anak-anak nelayan, petani dan penoreh getah ini telah menjadi doktor, jurutera, akauntan dan usahawan yang berjaya yang telah menyumbang besar kepada ekonomi negara.
........

Kebanyakan daripada golongan kaya T20 mempunyai simpanan yang boleh digunakan semasa waktu kecemasan.

Namun hampir semua golongan B40 dan kebanyakan golongan M40 tidak mempunyai simpanan yang mencukupi di kala masa memerlukan seperti sekarang.

Jika orang yang berpendapatan tinggi pun mengeluh pada ketika ini, bayangkan keadaan golongan yang miskin dan berpendapatan rendah.

Sebab itu golongan B40 dan M40 ini perlu dibantu lebih oleh kerajaan di kala ini.

Dan hampir semua anggota kerja kesihatan barisan hadapan yang membantu dan menyabung nyawa sewaktu wabak COVID-19 ini adalah dari golongan B40 dan M40.

Saya harap selepas ini tidak ada lagi golongan kaya T20 yang menghina dan mengkeji golongan B40 dan M40, lebih-lebih lagi semasa kita sedang menghadapi cabaran krisis wabak COVID-19 ini.

Cukuplah hanya beberapa orang yang mempunyai pemikiran sinikal terhadap golongan B40 dan M40 dan selalu menghina orang miskin.

Kepada orang-orang kaya yang mempunyai pemikiran sebegini, tanpa B40 dan M40, anda tidak akan menjadi kaya raya seperti sekarang, anda perlu ubah pemikiran anda.

Lebih banyak seseorang membantu orang lain, lebih banyak punca rezeki akan dibuka oleh Allah SWT, inshaAllah.

Selasa, 31 Mac 2020

Kementerian Wanita Nasihat Isteri Kena Memujuk Suami Dengan Nada Doraemon..

POLITIK | Nampak Kementerian Wanita dikecam hebat selepas mengeluarkan beberapa siri nasihat kepada kaum wanita di ruangan sosial media mereka.



Ini adalah siri nasihat yang dikeluarkan KWK dan menjadi pertikaikan di laman sosial.

Jaga penampilan diri semasa berada di rumah.. 
 

Memujuk dengan nada suara doraemon dan bergelak manja..



Sungguh pun ada juga yang bersetuju dengan kenyataan Kementerian Wanita mengenai menjaga penampilan diri di rumah, tetapi rata-rata kaum wanita mempersendakan kempen tersebut kerana hanya mensasarkan satu pihak.


"Lelaki tak perlu jaga penampilan diri ke," - Asnita.



"Kalau meniaga kat pasar malam macam aku, kena make up juga ke," - Mimie.


"Tak payah nasihat perempuan hal make up la, kau tak cakap pun perempuan yang suka make up tetap make up, perempuan yang tak suka make up, dia tak make up walaupun pergi kerja. Sibuk sangat kenapa," - Zuriana.

"Kenapa tak kempen pasal keganasan rumah tangga atau aktiviti bersama suami isteri di rumah? Aku yang lelaki pun tak faham motif kempen suruh make up ni," - Muhd Azmie.

Manakala kempen memujuk suami dengan menggunakan nada suara Doraemon adalah yang paling teruk dikecam netizens.

Rata-ratanya mempersoalkan kenapa gaya suara Doraemon tambahan pula Doraemon adalah robot lelaki dan suaranya adalah versi alih bahasa. - 31 Mac 2020.

Syed Saddiq Nafi RM250,000 Duit Haram, Akan Ambil Tindakan Pada Yang Fitnah.

POLITIK | Mantan Menteri KBS menafikan wang RM250,000 yang hilang dari peti besinya adalah hasil duit haram. Sebaliknya beliau berkata itu adalah wang miliknya bersama ibu bapa.



Syed Saddiq menggariskan pecahan wang itu seperti berikut;

- RM90,000 miliknya.
- RM50,000 milik ibunya.
- RM70,000 milik bapanya.

Sebagai rekod, Syed Saddiq pada 30 Mac membuat laporan polis yang mendakwa wangnya sebanyak RM250,000 telah hilang dari peti besi rumahnya yang terletak di Petaling Jaya.

Bagaimanapun hasil kiraan dari kenyataan penafian Syed Saddiq mendapati hanya RM210,000 dan bukannya RM250,000. Netizens kini mempersoalkan baki RM40,000 adalah milik siapa.

Dalam kenyataan yang sama, Syed Saddiq menegaskan beliau tidak akan berkompromi bab intergriti dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menfitnahnya.

Berikut adalah kenyataan penuh Syed Saddiq;


Saya dan keluarga tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan.

Malahan kami sendiri yang membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang.

Sekiranya benar duit itu duit haram, why should we report it?

Saya ambil maklum akan laporan SPRM yang dibuat dan faham akan tugas SPRM dalam menyiasat segala tuduhan dan laporan. Saya akan berikan kerjasama penuh dalam membantu siasatan SPRM. Wang tersebut merupakan wang peribadi milik saya serta ibu bapa.

Mereka juga telah membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang tersebut. ~RM90 ribu milik saya, ~RM50 ribu milik ibu saya dan ~RM70 ribu milik ayah saya.

Majoriti wang itu dikeluarkan bagi tujuan renovasi rumah yang kami miliki bersama. Selainnya adalah untuk tujuan peribadi.

Sampai sekarang saya tidak memiliki sebuah rumah. Dengan itu saya, Abuyah & mama mengambil ketetapan untuk membeli rumah bersama.

Dan saya berhasrat ingin pindah ke rumah tersebut selepas siap renovasi.

Rumah belum siap renovasi, peralatan elektronik & perabot semua belum dibeli lagi.

Saya sudah mengarahkan pegawai saya untuk membuat laporan Polis dan mengambil tindakan kepada mereka yang memfitnah saya dan keluaga dengan cubaan untuk mengaitkan kes ini dengan Duit Haram atau wanita yang dikatakan bersama saya.

Ini adalah fitnah untuk menjatuhkan reputasi saya dan keluarga.

Saya juga tidak akan berkompromi bab integriti dan akan memastikan diri dan keluarga saya memberi kerjasama penuh dalam membantu pihak polis dan SPRM.

Saya harap semua pihak berhenti berspekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa membuat siasatan. - 31 Mac 2020.

SPRM Sahkan Siasat Sumber Wang Bekas Menteri, Gambar Ketiak Viral.

POLITIK | Ada tiga berita berkaitan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Yang pertama : TV3 membuat permohonan maaf.

Semalam TV3 telah membuat permohonan maaf kepada Syed Saddiq kerana telah menyiarkan laporan salah mengenai kehilangan wang RM250,000 dari rumah Syed Saddiq yang terletak di Petaling Jaya adalah wang milik parti, PPBM. Ia disiarkan dalam slot berita jam 1.30 tengahari pada 30 Mac.



TV3 kemudiannya meminta maaf di slot Buletin Utama.

Yang kedua. SPRM menyiasat sumber wang yang hilang dari peti besi Syed Saddiq.
SPRM TERIMA ADUAN PEMILIKAN MERAGUKAN SEJUMLAH WANG TUNAI BEKAS MENTERI.



SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima aduan berhubung pemilikan sejumlah besar wang tunai yang meragukan dipercayai milik seorang bekas menteri seperti dilaporkan oleh media semalam.

Berdasarkan aduan itu, Suruhanjaya ini telah membuka satu Kertas Siasatan bagi menjalankan siasatan terhadap aduan tersebut di bawah Akta SPRM 2009.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA.

Yang ketiga : Gambar dipercayai Syed Saddiq bersama perempuan tular di sosial media.

Di sosial media sekarang, netizens sedang menyebarkan apa yang dipercayai, merujuk kepada gambar seorang bekas Menteri KBS yang sedang tidur.

Gambar itu menjadi tular kerana ia diambil oleh seorang perempuan yang dilihat berada atas katil dengan lelaki yang berwajah seperti Syed Saddiq. Lelaki tersebut dalam gambar itu juga tidak berbaju.

Antara gambar lain ialah lelaki mirip Syed Saddiq didapati berpeluk dengan wanita itu.

Setakat ini, Twitter dan Facebook dari Syed Saddiq masih kelihatan sepi kenyataan dan penafian. - 31 Mac 2020.

Ahad, 29 Mac 2020

Lim Kit Siang Kena 'Panggang' Di Page Sendiri.

SOSMED | Pemimpin De Facto DAP, Lim Kit Siang nampaknya telah hilang pengaruh apabila kesemua netizens tanpa mengira lapisan bangsa dan agama telah mengkritik Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu di Facebooknya kerana mencadangkan perbahasan di Parlimen.

"Muhyiddin harus memanggil sidang parlimen tergempar selama dua hari untuk meluluskan pakej rangsangan ekonomi beliau dan memperdebatkan permulaan semula enjin ekonomi negara," katanya dalam kenyataan itu.

Kesannya, lebih dari 11,000 komen telah mengecam Lim Kit Siang dan apa yang mengejutkan ialah bangsa cina dan india juga turut membuat kecaman terhadap pemimpin itu.

Diamlah, dan duduklah rumah - Muralitharan..


Saya fikir PM sedang menguruskan krisis dengan baik.. - Ooi Boon Yaik.


Lim, ada pantau ke jangkitan covid19 di Iskandar Puteri? - Albert Khoo.


Ini adalah situasi yang perlu dianalisis kerana selalunya, Lim sering dipuji oleh kaum cina dan india. Walaupun rata-rata orang melayu tidak menyukainya sejak PH mentadbir negara.

Mungkin sudah sampai masanya beberapa pemimpin tertentu menyatakan kesediaan untuk berundur di masa PRU15 nanti bagi memberikan laluan kepada anak muda dan pelapis.

Adakah cadangan Lim agar Parlimen bersidang adalah sesuatu yang negatif?

Tidak juga.

Cuma kita perlu kepada penjarakkan sosial, mematuhi arahan kesihatan yang ditetapkan KKM, atau paling tidak, kita boleh buat secara online. Kena la pastikan talian internet stabil.

Lihatlah bagaimana Menteri Kesihatan bermesyuarat.


Satu contoh yang baik bukan. Jangan jadikan covid19 ini adalah alasan untuk Ahli Parlimen, khususnya dari PH untuk bermalas-malasan.

Apa yang diumumkan oleh PM, memang perlu kepada perbincangan dan perbahasan yang sihat. Selain memahami secara terperinci mengenai perkara yang diumumkan, kita juga boleh menambahbaik apa yang patut. - 29 Mac 2020.

#Covid19, Malaysia Difitnah Pengulas Taiwan, Timbalan Menteri Desak Mohon Maaf.

Kenyataan Media | Terdapat seorang pengulas isu semasa di Taiwan telah melemparkan fitnah terhadap Malaysia di sebuah temuramah yang berbahasa Mandarin di Taiwan beberapa hari lalu.


https://www.sinchew.com.my/pad/con/content_2242823.html ( dalam Bahasa Cina )

Pengulas itu mendedahkan bahawa :

- Malaysia telah melaksanakan darurat

- Malaysia mungkin terdapat terlalu banyak mayat Covid 19 sampailah kena mengebumi di tepi jalan

- Cara polis yang berketelaluan dalam menahan penjenayah dengan memakai topeng

- Sistem perubatan Malaysia telah lumpuh

Ini semua adalah fitnah semata-mata.

- Malaysia tidak melaksanakan darurat, malah Perintah Kawalan Pergerakan

- video yang menunjukkan pengebumian itu adalah di sebuah tapak pengebumian bawah penyediaan pegawai Kementerian Kesihatan, bukannya tepi Jalan

- video yang menunjukkan polis menahan dengan topeng muka adalah Latihan sahaja

- sistem kesihatan Malaysia ini masih terkawal

Ulasan-Ulasan beliau telah menyinggung perasaan Barisan Hadapan kita yang bertungkus lumus dan menggadaikan nyawa untuk melawan musuh halimunan ini, dan juga mendatangkan kemarahan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Saya telah berhubung dengan pihak berkaitan untuk menyalurkan ketidak-senangan rakyat Malaysia dan meminta satu permohonan maaf rasmi daripada pengulas tersebut.

Terima kasih

Dr Mah Hang Soon
#DrMahWithU

Menteri PN Gagal Amalkan Penjarakkan Sosial.

SOSMED | Ada dua perkara berlaku disini. Adanya menteri Perikatan Nasional yang gagal amalkan penjarakkan sosial dan menyebarkan pula kegagalan mereka itu di sosial media.

Sudah tentu hal ini akan menjadi pertikaian awam.

Kita lihat Menteri Kesihatan sangat mematuhi protokol walaupun untuk bergambar, beliau sangat mengambil berat mengenai penjarakkan sosial bagi mencegah dan memutuskan rantaian covid19.

Tetapi ada dua menteri yang nampaknya tidak mengamalkan perkara itu, lalu dipertikaikan netizens di laman sosial.

Menteri Kewangan.


Khilaf yang remeh tetapi itulah, lead by example itu perlu dilakukan oleh menteri-menteri PN sebagai bukti, mereka memahami kempen KKM yang diketuai oleh Dr. Adham dengan baik.

Menteri Wilayah. 


Yang ini lagi la. Dah macam pasar. Sementara netizens menegur sikap netizens lain yang tidak mematuhi arahan KKM mengenai sosial distancing, nampaknya Menteri Wilayah pun sama juga!

Apabila menteri-menteri ini tidak memahami nasihat KKM dengan baik, samada di tempat awam, tempat kerja, dalam pejabat ataupun di Parlimen, mereka akan gagal mengamalkan sosial distancing.

Jika mereka memahami arahan KKM dengan baik, walaupun di pasar yang ramai orang pun kita boleh buat satu sistem yang baik, apatah lagi dalam Parlimen.

Ia antara nak dengan taknak je. - 29 Mac 2020.

Hanipa Terus Lawan Walaupun Dikecam Netizens Kerana Kritik Menteri Agama.

SOSMED | Mantan Timbalan Menteri, Hanipa Maidin tetap mengasak Menteri Agama meskipun rata-rata netizens mengkritik Ahli Parlimen Sepang itu kerana mempersoalkan pendirian Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Facebooknya, baru-baru ini.


"To my friend Menteri Agama GPB. InsyaAllah saya mulakan kritikan saya ke atas enta sebagai ahli politik/menteri bermula petang ini. Maaf my friend, truth hurts.
 

Apa yang enta lakukan YB tak ada beza dengan apa yang sahabat saya, mantan YBM Agama dahulu buat. Bezanya enta kini dipuji tapi sahabat saya dahulu teruk dikeji termasuklah oleh "kawan-kawan" enta di dalam GPB tu. That is a fact!
 

Bila enta lakukan benda yang enta lakukan itu, yang, bagi saya, amat berhikmah itu, saya tak ada masalah nak sokong. Namun jika enta buat sebegitu pada masa dahulu, enta mungkin hanya akan dipuji sebagai Mufti sahaja. Bagaimanapun, enta mungkin menyumbang kepada menjaga nama baik agama Islam. Itu juga fakta.
 

Kini , bila enta buat perkara yang sama, nama enta kini dipuji bukan sahaja sebagai Mufti tapi juga sebagai Menteri. Dan enta juga menjadi Penyumbang Utama pujian ramai orang ke atas GPB, sekaligus enta juga berjaya buatkan rakyat LUPA tentang GPB yang ditubuh atas "Pengkhianatan Mandat Rakyat" seolah olah enta kini macam menjadi " Mesin Basuh Dosa"

Ya, nama enta mungkin berrtambah harum dan dipuji melangit, tapi adakah enta rasa nama baik Islam tidak diheret untuk dikeji kerana tindakan enta itu?

Maaf jika enta merasa marah dgn ana. On my part, saya tegur enta sebab " ana uhibukka fillahi ya akhi" itu sahaja,"
katanya dalam kenyataan itu.


Kenyataan di atas ditulis pada 26 Mac dan kesannya Hanipa menerima kecaman bertubi-tubi pengguna sosial media.

Lebih dari 3,000 komen dan hampir kesemuanya, memaki hamun Ahli Parlimen Sepang itu.

Tidak tunduk pada tekanan, Hanipa sekali lagi mempertikaikan Menteri Agama itu semalam.

"To my friend, YB Menteri Agama GPB - your first task untuk isu Tabung Haji.

1. Saya harap YB dapat memberi komentar sebagai YB Menteri GPB tentang dakwaan "malpractices" yang dikatakan dilakukan oleh Tabung Haji Plantations tu? (see the lampiran)

2. Tolong jawab dulu sekarang ya sebelum mungkin akan "diserang" bertalu-talu oleh ramai MP PH yang amat berpengalaman bukan sahaja sebagai MP tetapi juga sebagai mantan menteri atau mantan timbalan menteri dan juga sebagai pembangkang yang berbisa.

Kindly be reminded that last time you were a renown mufti, but now you are merely a rookie minister!

No worries, be happy. Jawablah dengan lidah yang fasih ya,"
soalnya dalam satu kenyataan yang dipetik dari Facebooknya. 


Dan sekali lagi, netizens mengecam Ahli Parlimen Sepang secara berjemaah.

Apa yang lebih mengharukan, dikalangan penyokong PH terutamanya pro Amanah juga dilihat mengabaikan kritikan dan kecaman terhadap Ahli Parlimen Sepang. - 29 Mac 2020.

Agih RM4,000 Kepada Setiap Bahagian Parti, Peguam Soal PPBM Dapat Duit Dari Mana.

THE MALAYSIAN INSIGHT | PEGUAM Mohamed Haniff Khatri Abdulla meminta Bersatu menjelaskan sumber dana RM4,000 yang diperuntukkan untuk setiap bahagian parti itu bagi membantu ahli parti yang terjejas akibat wabak Covid-19. 


 
Beliau juga meminta penjelasan adakah penyaluran dana itu mengikut peraturan parti.

Katanya, penjelasan itu seeloknya dibuat oleh bendahari parti, dan bukannya Setiausaha Agung, Hamzah Zainuddin, yang dipertikaikan pelantikannya.

Bekas ketua biro undang-undang Bersatu itu berkata walaupun bantuan itu baik untuk ahli parti yang memerlukan, pengagihan dana itu juga haruslah betul.

“Adakah bantuan kewangan RM4 ribu setiap bahagian Bersatu untuk diagihkan kepada ahli-ahli bahagian, satu perlanggaran perlembagaan parti,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut Haniff, surat yang dikeluarkan oleh Hamzah membayangkan dana itu adalah sumbangan atau derma melalui Presiden Muhyiddin Yassin untuk bantuan terus kepada ahli, dan bukannya dana parti.

Jelas beliau, penjelasan itu penting kerana perlembagaan Bersatu mensyaratkan sebarang perbelanjaan parti yang melebihi RM500,000 perlu diluluskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi.

Sekiranya itu dana parti, beliau bertanya juga bagaimana mesyuarat itu diadakan ketika Pendaftar Pertubuhan pada 16 Mac lalu melarang mesyuarat parti diadakan sehingga 30 Jun ini.

“Maka ia akan menjadi satu pelanggaran Perlembagaan Parti Bersatu, jika dana parti diagihkan tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh Majlis Pimpinan Tertinggi,” katanya.

Haniff adalah antara pihak yang terlibat merangka perlembagaan parti semasa penubuhannya pada pertengahan 2016. Perlembagaan itu kemudian dipinda dan diluluskan pada Perhimpunan Agung Khas Bersatu pada Julai 2019.

Perkara 24.8 Perlembagaan Bersatu menyebut perbelanjaan yang melebihi RM500,000 perlu mendapat kelulusan Majlis Pimpinan Tertinggi.

Dalam satu pekeliling kepada ketua bahagian serta ketua sayap pemuda dan wanita bahagian semalam, Hamzah mengumumkan bantuan tersebut, yang diagihkan RM2,000 untuk bahagian dan masing-masing RM1,000 untuk sayap pemuda dan wanita.

Bantuan itu dianggar melibatkan dana berjumlah RM756,000, berdasarkan jumlah 189 yang ada di seluruh negara.

“Mungkin ada baiknya agar bendahari parti dapat memberi penjelasan berkaitan sumber dana… agar kekeliruan dan kecelaruan berkaitan kesahihan pengagihan dana ini… dapat diselesaikan dengan cara baik dan tuntas, dan berpandukan perlembagaan parti Bersatu sebaiknya,” kata Haniff.

Pada masa sama, Haniff mengulangi kenyataannya meminta Hamzah “belajar menyusun ayat dan bahasa” dengan betul agar tidak menampak dirinya sebagai setiausaha agung parti, ketika kedudukannya dipertikaikan.

Beliau meminta kedudukan jawatan sedia ada dikekalkan sehingga pemilihan parti, yang kini sudah ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan kerana penularan Covid-19.

Sebelum ini Haniff berkata pelantikan Hamzah tidak mengikut perlembagaan kerana dibuat oleh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin tanpa merujuknya terlebih dahulu dengan Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad.

Perkara 16 Perlembagaan Bersatu memberi kuasa kepada presiden untuk melantik setiausaha agung, bendahari dan ketua penerangan selepas berunding dengan pengerusi.

Dr Mahathir sebelum ini juga mempertikaikan pelantikan Hamzah.

Muhyiddin semalam mengesahkan Hamzah dilantik menggantikan Marzuki Yahya yang dipecat dari jawatan pada 18 Mac lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...