Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 2 April 2020

#Covid19, Lupakan Bazar Ramadhan - Sultan Johor.

KENYATAAN MEDIA | SULTAN JOHOR : PENGANJURAN BAZAR RAMADAN TIDAK SESUAI SUSULAN PENULARAN WABAK COVID-19

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah menegaskan susulan penularan wabak COVID-19 ketika ini, adalah tidak sesuai untuk mengadakan Bazar Ramadan.

 


Baginda Tuanku Sultan bertitah ini adalah disebabkan risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar, sekali gus boleh memberi kesan kepada kesihatan masyarakat secara keseluruhan.

“Kes positif COVID-19 masih dilaporkan berlaku, maka saya melihat adalah tidak sesuai jika mahu diadakan Bazar Ramadan bukan sahaja di sini, malah ditempat lain juga demi kesihatan serta keselamatan rakyat.

“Lupakan Bazar Ramadan, saya bimbang jika berlaku penularan virus berkenaan secara berleluasa, ini akan turut memberi kesan kepada usaha kerajaan dalam membasmi sepenuhnya wabak ini,”
titah Baginda.

DYMM Sultan Johor bertitah demikian kepada Royal Press Office (RPO) di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini (2 April).

Baginda Tuanku Sultan bertitah masyarakat tidak seharusnya memandang ringan arahan serta nasihat pihak berkuasa.

“Anda lihat sendiri, bagaimana petugas-petugas perubatan bersama pasukan barisan hadapan bertugas dari pagi hingga malam dalam usaha mahu membendung penularan wabak ini.

“Bayangkan, jika wabak ini semakin berleluasa ia akan turut memberi kesan kepada pasukan perubatan sehingga merencatkan sistem rawatan,”
titah Baginda. - 2 April 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...