Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 1 Oktober 2020

Retorik Langkah Sheraton Untuk Selamatkan Negara Perlu Dihentikan Kata Tok Mat.

Kenyataan Media | Keputusan Pilihanraya Sabah menunjukkan bahawa strategi dan kerjasama politik yang UMNO meterai, tidak menguntungkan UMNO, malah semakin memencilkan peranannya di Sabah. 


Daripada sebuah parti yang menguasai Sabah selama 27 tahun, UMNO waktu ini hanya pemain politik terpencil dalam gabungan GRS.

Apa yang berlaku di Sabah memerlukan UMNO memikirkan semula pendekatan politiknya. Jika Sabah dijadikan sandaran, kelangsungan, pengaruh dan keterlihatan UMNO akan terus terjejas dalam jangka masa pendek dan akhirnya melemahkan UMNO dalam jangka waktu panjang.

Pengorbanan UMNO memberikan kerusi terkuatnya kepada parti tertentu telah menjejaskan kekuatan UMNO secara signifikan. Lebih menyedihkan, UMNO terpaksa berhadapan dengan calon bebas yang ditaja oleh pihak berkepentingan untuk melemahkan UMNO. Janji yang dimeterai berkaitan potfolio kabinet pun hampir dimungkiri.

UMNO tidak boleh membiarkan episod pilihanraya Sabah menjadikan kedudukannya seperti kata pepatah, ‘biar alah sabung, asal menang sorak’.

Justeru, telah tiba masanya Presiden UMNO memberikan pedoman dan halatuju jelas kepada parti dan semua ahlinya, tentang bagaimana kita harus meneruskan kerjasama kita dengan saingan politik kita. Satu konsensus politik yang tegas harus dihasilkan, untuk meredakan keresahan, ketidakpuasan hati dan rasa marah ahli terhadap cara UMNO diperlakukan dalam PRU Sabah.

Menuju masa depan, UMNO mesti berhenti bernostalgia bahawa kerjasama politik melalui “langkah Sheraton” adalah demi menyelamatkan negara. Episod itu telah berakhir. Episod seterusnya ialah bagaimana UMNO akan mengemudi negara ini, memberikan kepimpinan kepadanya dan mencipta masa depan Malaysia yang lebih baik melalui BN dan bukannya platform politik lain.

Kita akan dinilai dengan apa yang boleh kita tawarkan kepada Malaysia. Bukan betapa besarnya pengorbanan kita untuk parti tertentu atau kelangsungan Perikatan Nasional.

Jika kita terpaksa bersendiri bersama PAS dalam Muafakat Nasional dan BN serta parti komponennya dalam menghadapai PRU akan datang, maka putuskan sedemikian dengan segera, agar kita dapat menyediakan diri.

Marilah kita mulai saat ini, mengembalikan UMNO ke landasan sebenarnya. Kusut dihujung, balik lah kepangkal. Dan marilah kita bekerja bersungguh-sungguh, membangunkan semula UMNO agar ia menjadi wadah yang dipercayai dan di dukung oleh bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.

Dato Seri Utama
Mohamad bin Haji Hasan
Timbalan Presiden UMNO

Selasa, 29 September 2020

UMNO Mengalah Dgn PPBM Demi Rakyat, Jangan Melampau, Asyraf Kritik Wan Fayhsal.

POLITIK | Dua isu hangat hari ini ialah apabila PPBM berjaya dalam misinya untuk meletakkan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah dan kenyataan Wan Ahmad Fayhsal di Facebooknya.

Post di Facebook Timbalan Menteri KBS itu nampaknya mengundang kemarahan orang UMNO dan ini ditunjukkan sendiri oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi apabila membuat kenyataan balas bagi menegur Wan Fayhsal.



Kalau diperhatikan, kenyataan Wan Fayshal sama sekali tidak menyebut nama sesiapa ini termasuklah nama-nama pemimpin UMNO.

Namun dipercayai perkataan seperti;

- legasi

- trust deficit

- skandal

- masalah yang kronik

Menyebabkan terdapatnya penyokong UMNO yang terasa seolahnya ia ditujukan terhadap pemimpin UMNO.

Malahan dengan hanya menyebut PAS, tidak memetik UMNO membuatkan penyokong UMNO lebih terasa lagi. Masakan tidak, Fayhsal hanya menyebut PN akan memperkukuhkan kerjasama dengan PAS, tetapi dalam masa yang sama peranan UMNO diabaikan.

Dr. Asyraf kemudiannya membalas kenyataan Fayhsal itu dalam nada tegas tetapi masih lembut dan berhemah.

"Waktu nak selamatkan Kerajaan Persekutuan, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 43 Ahli Parlimen, berjiwa besar mengalah kepada PPBM yang hanya ada 6 + 15 (Ahli Parlimen Lompat dari UMNO) untuk mengangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM....

Waktu nak tubuhkan Kerajaan Perak, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 25 ADUN berjiwa besar, tetap mengalah kepada PPBM yang hanya ada 4 kerusi untuk mengangkat Datuk Seri Faizal Azumu sebagai MB....

Waktu nak tubuhkan Kerajaan Sabah, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 14 ADUN berjiwa besar, sekali lagi mengalah kepada PPBM yang hanya ada 11 kerusi untuk mengangkat Datuk Seri Hajiji sebagai KM....

Justeru Jangan Melampau! Ahli-ahli UMNO juga ada maruah. Tidak selamanya juga kami boleh mengalah. Nasihat saya bersahabat dan berpakat mesti jujur dan ikhlas.

Biarpun tidak diharap sebarang penghargaan mahupun pujian, saya tetap tabik hormat kepada seluruh Jentera UMNO-BN di akar umbi yang bekerja keras bukan sahaja di kawasan BN bertanding bahkan turut membantu memenangkan calon-calon PPBM atas bendera Perikatan Nasional di kawasan-kawasan yang hakikatnya menjadi tradisi kubu kuat UMNO-BN hampir 30 tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Bagaimanapun tidak semuanya menyokong Ketua Pemuda UMNO. Bagi pro PN dan golongan atas pagar misalnya, mereka berpendapat, UMNO telah mendapat bahagiannya kerana menyokong PPBM apabila diberikan jawatan menteri dan GLC. 

UMNO tak sepatutnya dianggap membuat kerja kebajikan dan mempergunakan perkataan demi rakyat kerana masing-masing dihadiahkan habuan jawatan sebagai pampasan atas sokongan yang diberikan. - 29 September 2020.

Isnin, 28 September 2020

Kritik DBKL Tukar Nama Jalan Dan Sebarkan Cerita Separa Tepat, Menteri Wilayah Dipertikaikan Netizens.

SOSMED | Apa agaknya ye masalah Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa. 

Acah-acah hero tak kena tempat. Pada awalnya beliau bising kenapa DBKL tukar nama jalan Raja Laut kepada Jalan Palestine.


Apa yang kelakarnya disini ialah;

1. Tan Sri Annuar Musa ialah Menteri Wilayah.

2. DBKL dibawah seliaannya.

3. Berbanding buat post di Twitter, beliau sepatutnya menggunakan telefon dan bertanyakan Datuk Bandar Wilayah secara terus. Itukan anak buahnya. Bukannya orang lain. TSAM bukannya orang biasa yang terpaksa menggunakan media sosial bagi menyatakan sesuatu.

4. Sudahlah tu, pertukaran nama jalan juga adalah sesuatu dibawah bidang kuasa DBKL bersama JUPEM.

5. Ini bermakna pada bila-bila masa, jika TSAM mahu, beliau boleh merujuk dan mendapat fakta dari DBKL daripada membuat isu di sosial media.

6. Tidak hanya itu, TSAM juga seolah-olahnya tak faham. Sedangkan DBKL telah mengeluarkan kenyataan rasmi secara jelasnya menyatakan nama jalan yang ditukar ialah Jalan Raja Laut 1. Dan bukannya Jalan Raja Laut. Apa neh? Beliau ialah menteri dan menyerang staff sendiri menggunakan sosial media. Menteri apa neh? Sangat bercelaru.

7. Dalam ertikata lain, nama Jalan Raja Laut masih ada, tidak ditukar sama sekali, jauh dari apa yang menteri bisingkan di sosial medianya atau secara ringkasnya Menteri Wilayah sebarkan fake news, ya, fake news.

8. Apa itu pula nama Jalan Raja Laut 1?

9. Lihat menerusi Google Maps, nama asalnya ialah Jalan Bunus.

10. Lihat;


11. Lihat lagi;


12. Sejarah Jalan Bunus sebelum menjadi Jalan Raja Laut 1;



13. Sudahlah salah faham, bising pula mengenai jalan yang sepanjang 150 meter tanpa fakta yang sahih. Hal ini seterusnya membuatkan netizens mengecam kelakuan Menteri Wilayah.

14. Tiada salahnya cadangan TSAM menukarkan nama-nama jalan penjajah ataupun jalan keinggerisan kepada nama berbahasa melayu, identiti tempatan, tetapi jangan jadi jaguh tak tentu pasal.

15. Nama Jalan Raja Laut masih ada. Nama asal Jalan Raja Laut 1 ialah Jalan Bunus dan ditukarkan kepada Jalan Palestine tanda solidariti dan di Malaysia kita ada ribuan nama jalan, tak akan nak terjejas dengan satu nama jalan yang sepanjang 150 meter?

16. Dan jika itupun menjadi kesalahan, sebagai Menteri hendaklah pandai mencari jalan berbincang dibalik tabir dan bukannya membuat serangan terbuka kepada kementerian sendiri. Apatah lagi menyebarkan fake news. Hal ini akan melemahkan mood penjawat awam. Orang politik suka mencari millage, balik-balik penjawat awam juga yang salah.

17. Rakyat juga tidak bodoh untuk memahami perangai menteri yang mengharapkan millage politik murahan.

18. Lihat sahaja nama UMNO. Ia identiti nasional kah? Bahasa Malaysia kah? Luaran lain, dalaman lain, kenyataan lain, tindakan lain. Fikir-fikirkan dan berhenti menyerang penjawat awam tak tentu pasal.. - 28 September 2020.

Bung Moktar Sokong Hajiji KM Baru Sabah, Zahid Hilang Pengaruh.

POLITIK | Polemik pertikaian kerusi Ketua Menteri Sabah antara Hajiji dan Bung Moktar berjaya diselesaikan secara baik hari ini apabila GRS membuat sidang media menyatakan jawatan itu akan diserahkan kepada Hajiji.

Perkara itu diumumkan Hajiji sendiri dalam satu sidang media bersama Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin di sebuah hotel di Kota Kinabalu, yang menjadi bilik gerakan PN ketika PRN.

"Kami telah setuju sebulat suara untuk menamakan saya sebagai ketua menteri Sabah," kata Hajiji dalam sidang media itu.

Hajiji juga mengulangi pendirian GRS akan menunaikan tanggungjawab mengikut manifesto pilihanraya.

"Kami akan tunaikan tanggungjawab kami kepada rakyat untuk memastikan Sabah terus maju...Terutama menunaikan tanggungjawab mengikut manifesto kami," katanya lagi.

Upacara angkat sumpah perlantikan Ketua Menteri baru akan dijalankan pada esok seperti yang diumumkan TYT dalam satu kenyataan rasmi tadi.

Terdahulu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi  berkata Umno patut diberi jawatan itu setelah berkompromi dengan Bersatu bagi jawatan perdana menteri dan menteri besar Perak.

Namun dengan perkembangan terbaru, yang turut disokong oleh Bung Moktar Radin, Zahid dipercayai semakin hilang pengaruh di dalam UMNO.

Bung juga dilihat menyokong perlantikan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru.

"Dengan Hajiji menjadi ketua menteri, kita akan mulakan langkah untuk memastikan rakyat dapat perhatian daripada kerajaan," katanya dalam sidang media itu. - 28 September 2020.

Istana Negara Keluar Kenyataan Rasmi Jam 6 Petang Hari Ini.

SEMASA | Beberapa portal media tempatan melaporkan Istana Negara akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini.


Bagaimanapun tidak menyatakan secara khusus kenyataan itu adalah mengenai apa. 

"Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa Istana Negara akan mengeluarkan kenyataan pada jam 6 petang hari ini," lapor portal Malaysiakini.

Portal itu turut menyatakan kenyataan Istana Negara itu turut disahkan pegawai istana namun pegawai yang dihubungi portal itu enggan mengulas lanjut tentang kenyataan media tersebut.

Bagaimanapun ia tidak menyatakan secara khusus mengenai kenyataan tersebut

Ramai percaya ia ada kaitan mengenai perkembangan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dimasukkan ke dalam IJN pada minggu lepas selepas Seri Paduka mengadu tidak sihat.

Namun terdapat juga spekulasi ia mungkin ada kaitan mengenai perkembangan politik terbaru tanahair.

Rabu lepas, Anwar membuat pengumuman tergempar bahawa kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah kehilangan majoriti dan perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri bagi memberikan laluan kepada pembentukan kerajaan baru. - 28 September 2020.

Ahad, 27 September 2020

Portal Pro UMNO Lapor Zahid Tak Puas Hati Rundingan KM Sabah.

SUARA TV | Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memberi amaran kepada wakil-wakil BN dalam perundingan iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Seri Ismail Sabri, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ahmad Maslan agar kekal dengan pendirian Ketua Menteri dari UMNO.

Menurut sumber, Ahmad Zahid tidak berpuas hati dengan cara pengendalian rundingan oleh Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Ahmad Zahid yang di dalam kuarantin wajib dikatakan telah menyatakan kekecewaan ini kepada Presiden PBBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.

UMNO Sabah sebelum ini melepaskan banyak kerusi yang dimenangi dalam PRU lepas kepada Bersatu sebagai sebahagian rundingan akan memperolehi jawatan Ketua Menteri jika Gabungan Rakyat Sabah menang.

Sumber juga mendakwa Ahmad Zahid juga kecewa dengan cara PBBM meletak calon-calon bebas di 6 kawasan bagi mengalahkan calon BN. - 27 September 2020.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...