Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 28 September 2020

Bung Moktar Sokong Hajiji KM Baru Sabah, Zahid Hilang Pengaruh.

POLITIK | Polemik pertikaian kerusi Ketua Menteri Sabah antara Hajiji dan Bung Moktar berjaya diselesaikan secara baik hari ini apabila GRS membuat sidang media menyatakan jawatan itu akan diserahkan kepada Hajiji.

Perkara itu diumumkan Hajiji sendiri dalam satu sidang media bersama Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin di sebuah hotel di Kota Kinabalu, yang menjadi bilik gerakan PN ketika PRN.

"Kami telah setuju sebulat suara untuk menamakan saya sebagai ketua menteri Sabah," kata Hajiji dalam sidang media itu.

Hajiji juga mengulangi pendirian GRS akan menunaikan tanggungjawab mengikut manifesto pilihanraya.

"Kami akan tunaikan tanggungjawab kami kepada rakyat untuk memastikan Sabah terus maju...Terutama menunaikan tanggungjawab mengikut manifesto kami," katanya lagi.

Upacara angkat sumpah perlantikan Ketua Menteri baru akan dijalankan pada esok seperti yang diumumkan TYT dalam satu kenyataan rasmi tadi.

Terdahulu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi  berkata Umno patut diberi jawatan itu setelah berkompromi dengan Bersatu bagi jawatan perdana menteri dan menteri besar Perak.

Namun dengan perkembangan terbaru, yang turut disokong oleh Bung Moktar Radin, Zahid dipercayai semakin hilang pengaruh di dalam UMNO.

Bung juga dilihat menyokong perlantikan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru.

"Dengan Hajiji menjadi ketua menteri, kita akan mulakan langkah untuk memastikan rakyat dapat perhatian daripada kerajaan," katanya dalam sidang media itu. - 28 September 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...