Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 30 Mac 2019

Inilah Strategi Pemulihan Tabung Haji Yang Anda Patut Tahu..

Mohd. Fikri Abd. Rahman | Strategi Penyusunan dan Dipindahkan Aset Tidak Berdaya Saing Dapat Memulihkan Kewangan Tabung Haji (TH)

Dalam catatan saya sebelum ini telah menerangkan tentang Prokhas, kejayaan yang dicapai anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan dalam menyusun dan mengurus GLC Kerajaan yang menghadapi masalah kewangan yang tenat.


Tindakan Kerajaan menubuhkan SPV adalah tepat satu vehicle untuk pulihkan Tabung Haji (TH) seberapa segera yang mungkin.

SPV yang dilantik dengan usaha berterusan berjaya menyusin dan memindahmilik 29 hartanah, 1 syarikat dan 106 sekuriti ekuiti domestik.

Menurut jawapan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada soalan ahli parlimen Kuala Terengganu, semua aset yang dipindahkan (dijual), bernilai lebih 19.9B.

Nilai perpindahan ini lebih tinggi berbanding nilai buku semasa berjunlah 10B.

Tindakan ini berjaya pulihkan ruang defisit antara aset dan liabiliti TH serta mengimbangi rosot nilai direkod untuk tahun kewangan 2018.

Antara hartanah tidak memberikan pulangan dan berdaya saing dipindahmilik seperti berikut:

1. TRX KL
Nilai buku : 196,006.930
Nilai pindah (dijual) : 400,000.000
Keuntungan : 203,993,070

2. Klebang, Melaka
Nilai buku : 48,000,000
Nilai pindah (dijual) : 72,947.169
Keuntungan : 24,947,169

Manakala bagi ekuiti saham domestij melibatkan 106

3. Presint 4, Putrajaya
Nilai buku :, 91,580.000
Nilai pindah (dijual) : 139,177.120
Keuntungan : 47,597.12

Dan 26 hartanah lain yang mana keseluruhan beza nilai ialah :

Nilai buku : 1,410,651,797
Nilai pindah (dijual) : 2,246,680.947
Keuntungan : 836,029.15

Manakala bagi ekuiti saham melibatkan lebih 106 sekuriti saham seperti nilaian di bawah antaranya Advernta Berhad, Ahmad Zaki Resources, Alam Maritim Resources Berhad, Amway Malaysia Holdings Berhad, Boustad Heavy Industries Corporation, Datasonic Group Berhad, Digi Berhad, Eastern & Oriental Berhad dan lain-lain lagi:

Nilai saham : 7,479,336,659
Nilai dijual : 16,851,543,764
Keuntungan : 9,372,207,105

Dari penerangan di atas, dapat kitavmelihat TH menghadapi episod hitam dalam kewangan semasa, kesan dan akibat penyelewengan dilakukan oleh pengurusan terdahulu sehingga menyebabkan TH kerugian melebihi 4.1B pada tahun kewangan 2017.

Kejayaan awal dari pelan strategik SPV ini, bukti Kerajaan PH begitu serius memulihkan TH institusi deposit terbesar umat Islam Malaysia dan mencuci tahi dilakukan pengurusan terdahulu agar TH kembali kepada trek asal seperti kegemilangannya suatu ketika dahulu.

Namun kejayaan ini, bukan mudah dicapai tanpa komitmen yang jitu dan berterusan pihak SPV, Prokhas Sdn Bhd, TH dan Kementerian Kewangan serta Jabatan Perdana Menteri yang bekerja keras siang dan malam memastikan prestasi kewangan TH pulih seperti sediakala.

TH ibarat pesakit sedang diletakkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi mendapat sepenuh perhatian pakar melibatkan SPV, Prokhas dan Kerajaan.

Pemerhatian khusus 24jam diberikan agar pesakit ini kembali normal dan sihat menjalani kehidupan seperti biasa.

Tetapi perlu juga diingatkan, pemulihan ini melibatkan kewangan semasa 2019 bukan melibatkan kewangan untuk tahun 2018 yang akan mencorakkan pemberian hibah/dividen kepada pendeposit, hibah bergantung kepada prestasi kewangan TH pada tahun 2018 yang belum sepenuhnya sembuh dan sihat ketika masih dirawat di ICU.

Saya menjangkakan unjuran hibah tahun bagi kewangan 2018 akan rendah merujuk kepada keadaan pesakit masih dirawat di ICU belum pulih sepenuhnya, namun atas usaha keras pakar, pesakit berjaya sembuh walau tidak 100% untuk memberi hibah kepada para pendeposit.

Kata orang lama, sikit sama dirasa, banyak. kita kongsi bersama.

PAS Terlalu Menakutkan.

POLITIK |1. Sejak kebelakangan ini PAS telah menjadi satu parti yang amat menakutkan.


2. Penyokong mereka juga begitu menakutkan. 

3. Mereka berada di satu tahap, apa sahaja yang berlaku adalah salah DAP.

4. Apa sahaja yang kerajaan putuskan, adalah salah DAP.

5. Apa sahaja kenyataan/respon/komen yang dibuat untuk membetulkan sangkaan jahat, adalah penjilat DAP, barua DAP.

6. Mana-mana cina dan india yang dilihat mempunyai perangai jahat, adalah salah DAP.

7. Pendek kata, apa sahaja yang dilihat tidak bersesuaian dengan pemikiran mereka maka hal itu adalah salah, dan kesalahan itu berpunca dari DAP.

8. Perangai kebencian melulu ini akan merosakkan akal fikiran yang waras. Akan merosakkan jiwa dan membinasakan minda.

9. Sepertimana bahayanya sokongan taksub yang membawa rebah, kebencian taksub juga tak kurang bencananya.

10. Kita faham kerajaan hari ini terlalu layak untuk dikritik dan dipertikaikan. Tindakan mereka memang ada yang merosakkan. Keputusan mereka juga bukan semuanya bagus. Polisi mereka bukan semuanya betul. Tindakan yang mereka buat bukan semuanya demi rakyat. Kenyataan mereka juga sesetengahnya menyakitkan hati dan memberikan kesan emosi yang mendalam. 

11. Tetapi itu bukan alasannya untuk kita menjadi terlalu perkauman dan menyebarkan kebencian taksub melulu.

12. PAS dan UMNO perlu berhenti memainkan lagu bangsa dan agama.


13. Kita faham, PAS mahu tunjukkan pada semua yang mereka sayangkan Islam. Kita faham yang UMNO mahu katakan pada semua yang mereka sayangkan melayu. 



14. Sementara kita nampak dan sedar penipuan dan pembohongan UMNO, kita juga mahu katakan yang PAS terperangkap dengan propaganda parti biru yang membinasakan parti hijau.


15. UMNO tidak sayangkan melayu. UMNO hanya sayangkan kuasa. Kerana itu selepas 61 tahun melayu miskin masih bersepah. Melayu terpinggir ada di mana-mana. Melayu masih susah nak beli rumah mewah. Melayu dihalau untuk duduk kat ceruk kampung dan pinggir bandar kerana tak mampu beli rumah mahal di bandar. Melayu penerima BRIM terbanyak. Melayu penerima bantuan terbanyak.



16. Mereka menghalalkan kegagalan dengan mengatakan ianya logik kerana melayu bangsa majoriti. Logiknya banyak melayu susah, kerana majoriti. Logiknya banyak melayu menerima bantuan, kerana majoriti. Logiknya banyak melayu terima BRIM kerana majoriti. Logiknya melayu itu, logiknya melayu ini, kerana majoriti. Tetapi kenapa bukan logiknya melayu kaya raya kerana majoriti? Kenapa bukan logiknya ramai melayu meniaga kerana majoriti? Kenapa bukan logiknya melayu menguasai ekonomi kerana majoriti?



17. Kenapa logik melayu majoriti hanya terpakai untuk perkara yang menyedihkan, memalukan dan teruk?



18. Kenapa tak terpakai untuk perkara yang membanggakan dan positif?


19. Logiknya cina miskin kerana minoriti. Logiknya india miskin kerana minoriti. Kenapa ini tak berlaku? Kenapa cina yang minoriti menguasai ekonomi negara yang dulunya diberikan nama Tanah Melayu?

20. Ini bermakna UMNO telah gagal menjaga, mempertahankan dan membela apa yang sepatutnya mereka lakukan terhadap bangsa melayu.

21. UMNO tamak dan hanyut dengan kuasa. 

22. Mungkin benar UMNO sedang belajar dari kesilapan. Mungkin betul tindakan PAS bersama UMNO akan menguatkan pakatan pembangkang. 

23. Apa sahaja keputusan kerjasama politik PAS dan UMNO ia adalah hak mereka yang berada dalam parti. Kita tidak akan mencampuri.

24. Tetapi apa sahaja kenyataan dan tindakan politik yang PAS dan UMNO lakukan, yang dibuat untuk mempertikaikan sesiapa sahaja secara demokratik, adalah kebebasan bersuara setiap orang untuk memberikan pandangan.  

25. PAS dilihat semakin perkauman dari hari ke hari. Kenyataan-kenyataan sesetengah pemimpin mereka membahayakan. Adanya tindakan mereka sehingga ke tahap menyebarkan fitnah, ia adalah perkara yang tak betul namun apabila ditegur, kita yang bersalah. UMNO pun begitu juga. Namun PAS lebih menakutkan. Penyokong mereka tidak lagi mampu mengawal emosi. Mereka bersyair mengenai Islam. Tetapi langkah tak senada dengan kata-kata. Dan hal ini sangat menakutkan. Ketika jari laju menaipkan fitnah, mulut galak menyebarkan kepalsuan, mereka tampil dengan imej Islam agama damai. Ia umpama tin kosong. Apa yang kita mahu orang lain percaya, adalah apa yang kita sendiri tidak amalkan.

26. Berbanding memberikan hujah dan meraikan kepelbagaian secara rasional, mereka bertindak lebih jauh dengan menghukum sesiapa sahaja yang berbeza sebagai Mahacai, Barua, Penjilat DAP, Khadam dan sebagainya.

27. Seolah-olahnya tiada langsung satu pun kebaikan orang yang berbeza dengan mereka. Seolah-olahnya jika pistol ditangan mereka, mereka akan terus menembak tanpa bicara kerana kebencian yang meluap-luap dalam dada.

28. Sungguhpun, katakan, membenci DAP itu merupakan satu aspirasi, perjuangan, agenda, tetapi tak akan la semua cina nak dianti. Tak akan semua yang berbeza perlu dimusuhi. 


29. Kita tidak mahu sejarah dua imam berulang. Masjid berpecah, berulang. Suami isteri bercerai, berulang. Kita tidak mahu politik ketaksuban berkembang.

30. PAS dan UMNO perlu focus kepada penyelewengan dan kepincangan yang kerajaan Pakatan Harapan sedang, akan atau bakal lakukan di kemudian hari.

31. Kita cakap macam ini kerana untuk kelangsungan rakyat Malaysia.

32. Rakyat perlukan PAS untuk memantau pemerintahan Pakatan Harapan.

33. Tetapi rakyat perlukan pembangkang yang boleh tumpu perhatian berbahas isu berkaitan polisi dan ekonomi yang melangkaui kaum dan agama. 



34. Rakyat perlukan pembangkang yang mencintai semua kaum sama rata, tanpa prejudis, tanpa anti, tanpa perkauman, demi membela nasib rakyat pelbagai golongan.

34. Rakyat perlukan PAS yang seperti dulu, yang tidak menakutkan, yang tidak perkauman dan tidak hanya bercakap mengenai melayu, melayu, melayu dan melayu.



35. Rakyat perlukan PAS yang berlapang dada dalam meraikan kepelbagaian hujah secara rasional dan matang. Bukannya menghukum setiap yang berbeza.


36. Kembalilah PAS, jangan pergi terlalu jauh, jangan jadi terlalu menakutkan, samada bersendirian ataupun bersama UMNO, jangan pergi kepada perkauman. Negara ini sudah rosak dengan individu seperti Waytha Moorthy. PAS, jangan tambahkan kusutkan lagi. - 30 Mac 2019.

Selepas Diancam Saman Oleh Jack Ma AliBaba Group, Raja Petra Padamkan Artikel Fitnah.

Malaysia Dateline | Penulis blog Raja Petra Kamaruddin telah menarik keluar artikel berjudul “Jack Ma slash Pakatan Harapan” yang disiarkan pada Selasa selepas menerima notis rasmi daripada Alibaba Group Holding Ltd semalam.


Syarikat yang berpengkalan di China itu menerusi surat yang ditandatangani Timbalan Presidennya Albert Liu berkata, Raja Petra berbohong dan merosakkan reputasi Pengerusi syarikat itu Jack Ma berhubung pertemuannya dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Pegawai Khasnya Tony Pua di Hong Kong baru-baru ini.

Beliau memberi tempoh sehingga 1 April untuk Raja Petra memberikan jawaban atau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang.

“Saya telah menarik keluar tulisan itu dan berjanji tidak akan mengulangi cerita itu,” jelas Raja Petra penulis blog kontroversi ini seperti dipetik Malaymail hari ini.

Dalam artikel tersebut Raja Petra mendakwa, jutawan China itu memberitahu Lim dan Pua bahawa China tidak lagi mempercayai Malaysia kerana kerajaan dikatakan tidak menghormati perjanjian.

Beliau juga menambah dengan membuat kenyataan mengutuk aktivis peguam Datuk Ambiga Sreenevasan dan Clare Rewcastle-Brown dalam artikel barunya , merujuk kepada penyelesaian luar mahkamah antara editor Sarawak Report dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Raja Petra juga mempertahankan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mendakwa menjadi mangsa ketidakadilan sistem perundangan negara. Hak-hak ini adalah selaras dengan prinsip asas undang-undang jenayah iaitu tidak bersalah sehingga terbukti bersalah (innocent until proven guilty).

Awal bulan ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memanggil Raja Petra sebagai “pendusta” atas dakwaan rasuah projek Terowong bawah laut Pulau Pinang yang dikaitkan dengan Guan Eng ketika menjawat jawatan ketua menteri Pulau Pinang.

Belajar Dari Kejayaan Prokhas Menguruskan DanaHarta Untuk Keluar Dari Masalah Kewangan Teruk..

Mohd. Fikri Abd. Rahman | BELAJAR DARI KEJAYAAN PROKHAS SDN BHD MENGURUSKAN DANAHARTA KELUAR DARI PRESTASI KEWANGAN TERUK KEPADA PEMULIHAN YANG MEMBERANSANGKAN

Kejayaan Danaharta bangkit semula dan berada kembali di landasan prestasi kewangan yang baik sebaik sahaja diletakkan di bawah pengurusan anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan iaitu Prokhas Sdn Bhd satu kejayaan luar biasa.


Danaharta ditubuhkan tahun 1998 oleh Tun Mahathir Perdana Menteri ketika itu, pasca krisis ekonomi sebagai langkah strategik untuk membantu bank-bank tempatan mengatasi masalah Non-Performing Loan (NFL) melibatkan institusi berkenaan.

Kejayaan Danaharta disumbangkan atas kompetensi pihak pengurusannya pada peringkat awalnya diketuai CEO pertamanya Azman Yahya.

Lembaga Pengarah pertamanya pula dipengerusikan Raja Tun Mohar.

Langit tidak selalu cerah, kejayaan manis dikecapi Danaharta dari awal penubuhannya ini tidak bertahan lama, ekoran syarikat berkaitab kerajaan ini mengalami prestasi kewangan yang teruk berpunca dari masalah NPL yang gagal ditangani dengan baik dan efisen oleh pengurusan dan lembaga pengarah berikutnya.

Danaharta mula mengambil alih NPL pertamanya dari Sime Bank sebuah bank kolonial namun ia berakhir dengan kerugian yang teruk kesan bank tersebut tidak mampu berdaya saing.

Episod duka terus melanda Danaharta satu demi satu NPL yang diambil alih menemui kegagalan yang memberikan kesan besar kepada kewangannya.

Kerajaan pada ketika itu, mengambil keputusan melalui Kementerian Kewangan memulihkan dan menguruskan Danaharta supaya syarikat berkenaan kembali kepada trek asalnya, Kementerian Kewangan ketika itu melantik Prokhas Sdn Bhd anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan bagi mengurus, memulih dan memastikan prestasi kewangan Danaharta kembali kepada tujuan asal penubuhan dan berperanan dengan lebih kompetitif.

Selepas Danaharta diurus Prokhas pada tahun 2005, ia bangkit dan kembali ke trek asal dengan mendapat kredit serta pengiktirafan luar biasa atas kejayaannya dari pihak luar.

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2004/04/05/danaharta-one-of-east-asia146s-most-successful-asset-managers-says-bis/

https://www.theedgemarkets.com/article/corporate-prokhas-recoups-rm292b-four-years

https://www.theedgemarkets.com/article/prokhas-aims-collect-rm650m-more-year-end

PAS Hanya Tahu Mengenai Bayaran RM1.4j Rameli Kepada Clare Semasa PRK Semenyih - Takiyuddin Hassan.

THE MALAYSIAN INSIGHT | PAS nafi restu Rameli bayar RM1.4 juta selesai saman Hadi
PAS menafikan pemimpin parti itu mengetahui dan merestui bayaran rahsia sebanyak RM1.4 juta untuk menyelesaikan saman presidennya Abdul Hadi Awang ke atas Pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.

 


Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menafikan dakwaan berhubung bayaran rahsia oleh ahli perniagaan Rameli Musa bagi pihak Abdul Hadi itu.

Menurutnya, PAS hanya mengetahui mengenai dakwaan pembayaran oleh Rameli itu semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih pada awal bulan ini.

“Kita tahu selepas dibangkitkan oleh pihak tertentu mengenai pembayaran itu. Sebelum itu kita tidak tahu.

“Kenyataan saya dengan Tok Guru Abdul Hadi, PAS tidak bayar apa-apa. Kita tidak boleh komen laporan berdasarkan sumber ini.

“PAS hanya mengetahui selepas dibangkitkan oleh pihak tertentu masa PRK Semenyih,”
katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau diminta mengulas laporan The Malaysian Insight semalam bahawa Rameli mendahulukan wangnya sendiri kepada Rewcastle-Brown untuk menyelesaikan saman tersebut.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight, ia dibuat dengan jaminan dan pemahaman bahawa ia akan dibayarkan balik kepadanya.

“Tindakan Datuk Rameli ini sememangnya dalam pengetahuan dan mandat beberapa pemimpin PAS,” kata sumber yang maklum mengenai rundingan penyelesaian kes di mahkamah di London itu.

Bayaran sebanyak RM1.4 juta oleh PAS kepada Rewcastle-Brown itu didedahkan oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim pada hari-hari terakhir kempen PRK Semenyih.

Susulan pendedahan tersebut, Rameli disiasat selama lima jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 5 Mac lalu berhubung pembayaran RM1.4 juta itu.

The Malaysian Insight juga melaporkan wang berkenaan dipindahkan melalui cek ke dalam akaun firma seorang peguam, Americk Sing Sidhu.

Peguam itu seterusnya dilaporkan memindahkan wang itu pada Januari lalu ke akaun bank Rewcastle-Brown di London.

Saman yang diselesaikan itu berhubung tulisan mendakwa pemimpin parti Islam itu menerima duit RM90 juta dari Umno.

Melalui penyelesaian tersebut, tulisan bertarikh 6 Ogos 2018 itu dipersetujui untuk kekal di laman Sarawak Report.  - 30 Mac 2019.

Azeez Rahim Sorok Kerugian RM 4.1 Billion tahun 2017 : Takkan Pengurusan baru TH Nak Duduk Diam.

The Malaysia Online | Azeez Rahim Sorok Kerugian RM 4.1 Billion tahun 2017 : Takkan Pengurusan baru TH Nak Duduk Diam.
 

Kerugian yang dialami Tabung Haji (TH) seperti yang telah dibangkitkan pelbagai pihak termasuk Bank Negara sejak 2014 telah disorok Azeez. Kerugian ini berlaku sejak dia menjadi pengerusi Tabung Haji (TH) pada tahun 2013. Dengan angkuh, semua peringatan diabaikan.

Apabila pengurusan baru masuk pada pertengahan tahun 2018, ternyata kerugian ini adalah nyata. Dalam masa yang singkat, tindakan segera dan drastik perlu diambil untuk menangani masalah yang semakin meruncing. Jika tidak, bagaimana TH hendak memberi hibah?

Takkan lubang akibat kerugian ini hendak diabaikan dan teruskan sahaja beri hibah seperti pengurusan lama. Ini boleh menyebabkan TH jadi seperti skim Pak Man Telo!


Tindakan TH memindahkan aset-aset rugi kepada Kerajaan sebab nak selamatkan TH. Nilai aset cuma RM10 bilion, tapi Kerajaan beli pada harga RM19.9 bilion untuk tutup kerugian TH. Dan bagi membantu proses ini, tentulah Kementerian Kewangan (MOF) yang membantu, takkan Kementerian Kerja Raya.

Cuma ia menjadi isu hangat dek kerana MOF diterajui pemimpin DAP.

Ramai lagi pendeposit yang tak faham mengapa TH menjual aset-aset, dan semua ini hanyalah kerana kerakusan orang-orang UMNO yang menarah selagi boleh sehingga TH terpaksa menanggung kerugian yang sangat besar.

TH perlu diselamatkan. Wang pendeposit perlu diselamatkan. Ia amanah yang besar.

Menjual aset kepada syarikat tujuan khas (SPV) yang dimiliki penuh Kerajaan, dikenali sebagai Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), adalah untuk membantu mengambilalih aset-aset TH yang mengalami kejatuhan nilai bagi menutup jurang diantara aset dan liabiliti yang dialami oleh TH.

Hakikat TH telah mengalami kerugian menjangkau RM10 billion begitu pahit untuk ditelan. Dan TH tak boleh nak berdiam diri kerana ramai pendeposit akan menjadi mangsa.

Jadi, bagaimana untuk TH ‘overcome’ kerugian yang dialami?

Itu lah peranan SPV ni. Dalam bahasa mudah SPV adalah unit pemulihan bagi syarikat yang mengalami kerugian.

Dalam kes kerugian TH ni, aset-aset yang dijual kepada SPV adalah aset-aset yang memerlukan masa yang lama untuk kembali pulih kerana kerugian ini telah disorok sekian lama oleh Azeez Rahim.

Dan mengapa MOF terlibat dalam SPV ni?

Ia adalah kerana, hanya MOF yang boleh buat SPV ni. Bukan kerana Guan Eng menterinya, dan jika pemimpin lain jadi Menteri Kewangan pun SPV ni akan tetap melibatkan MOF.

Apa pula peranan Prokhas Sdn Bhd yang kecoh dikatakan milik orang cina untuk menjaga aset-aset TH yang dijual pada SPV?

Untuk pengetahuan, wujudnya syarikat Prokhas ni bukan tiba-tiba lepas PH memerintah. Syarikat ni memang dah wujud lama, malah masa zaman Najib pun dah ada.

Prokhas ni berperanan sebagai entiti untuk menjaga aset kerajaan yang perlu dipulihkan. Prokhas pon hanyah menjaga aset berkenaan buat sementara waktu sahaja.

Kalau nak isu cina adalah ceo syarikat tu. Patutnya kita malu sebab, mereka lebih amanah dari melayu Islam yang dok sakau duit-duit TH sampai rugi.

TH rugi disebabkan Azeez Rahim seorang melayu dan Islam. Kalau dia jujur, dia perlu jelaskan kenapa kerugian selama ini disorok. Jangan salahkan usaha untuk memulihkan TH.

Cina Jadi CEO Prokhas Uruskan SPV Tabung Haji, Ini Jawapan Pegawai Lim Kit Siang Kepada Pengkritik.

SYAHREDZAN JOHAN | SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI SPV TABUNG HAJI (bagi menjawab kekeliruan)

1. Apa nama Syarikat Tujuan Khas (Special Purpose Vehicle)(SPV) yang mengambilalih aset kurang bagus (non-performing assets) Tabung Haji?

Urusharta Jamaah Sdn. Bhd.

2. Apa sebab aset kurang bagus tersebut dipindahkan ke Urusharta Jamaah?

Untuk membaikpulih kewangan Tabung Haji. Jika tidak, Tabung Haji tidak boleh memberi hibah, menurut Akta Tabung Haji. Pemberiah hibah dalam keadaan liabiliti lebih daripada aset adalah tidak sah.

3. Apakah nilai aset yang dipindahkan ke Urusharta Jamaah?

Aset-aset itu dipindahkan dengan nilai RM19.9B daripada pihak Kerajaan ke Tabung Haji. Namun demikian, nilai buku aset-aset tersebut hanyalah sekitar RM10B sahaja. Untuk pulihkan Tabung Haji, aset itu telah dipindahkan dengan pernilaian yang lebih tinggi daripada nilai bukunya. Aset yang dipindahkan ke SPV tidak termasuk duit orang telah mendeposit kepada Tabung Haji.

4. Siapa Lembaga Pengarah Urusharta Jamaah?

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Ahmad Badri Mohd Zahir (pengerusi), Setiausaha Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan Rashidah Mohd Sies, Pengarah Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd Mohd Shukri Hussin, Timbalan Setiausaha Fiskal Dan Ekonomi Mohd Hassan Ahmad dan Ketua Seksyen Bahagian Fiskal Dan Ekonomi Imri Dolhadi Ab Wahab.

Ya, semua Melayu/Islam!

5. Siapa CEO Urusharta Jamaah?

Buat masa ini, CEO belum dilantik.

6. Siapa yang uruskan Urusharta Jamaah?

Suatu entiti bernama Prokhas.




 
7. Apa itu Prokhas?

Sebuah syarikat milik kerajaan yang ditugaskan mengurus SPV-SPV lain selain daripada Urusharta Jamaah. Ditubuhkan sekitar tahun 2005.

8. Siapa pemilik Prokhas?
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan.

9. Siapa pengarah syarikat Prokhas?

Dato’ Mohd Salleh Mahmud, Tan Sri Datuk Wira Dr. Hj. Mohd Shukor Hj. Mahfar, Dato’ Fauziah Yaacob, Datuk Mohd Nasir Ahmad dan Datin Rashidah Mohd Sies.

Ya, semua Melayu/Islam juga!

10. Siapa CEO Prokhas?

Chen Yin Heng.

11. Cina jadi CEO syarikat yang urus SPV Tabung Haji???

Kalau ikut nama, macam Cina. Tetapi CEO perlu menjawab pada Lembaga Pengarah (yang semua Melayu/Islam). Chen Yin Heng adalah CEO Prokhas, bukan CEO Urusharta Jamaah.Semua keputusan besar mengenai aset yang diurus mesti melalui Lembaga Pengarah Prokhas.

Di samping itu, segala keputusan mengenai Urusharta Jamaah juga perlu mendapat persetujuan Lembaga Pengarah Urusharta Jamaah (yang juga semuanya Melayu/Islam).

12. Tetapi Cina jadi CEO syarikat yang urus SPV???

Rileks. Semua pihak sedang cuba untuk selamatkan Tabung Haji daripada permasalahan pentadbiran lepas. - 30 Mac 2019.

Nasihat Kepada Menteri Usahawan Yang Bernama Pak Wan.

ULASAN |Pak Wan, tolong fahamkan, ini bukan mesej kebencian. 

1. Beberapa media tempatan melaporkan prototaip kereta terbang Malaysia dipamerkan dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa LIMA 2019.

2. Gambar Pak Wan ada dalam laporan itu.


3. Ketika itu nampaknya Pak Wan sedang bercakap sesuatu kepada Tun Mahathir. Reaksi Tun Mahathir dalam gambar itu jelas terlihat tidak gembira, antara punca juga mungkin kenapa gambar itu menjadi tular sehari dua neh.


4. Pak Wan berkata prototaip kereta terbang bukan seperti yang terpamer kat LIMA 2019 (rujuk : https://www.utusan.com.my/berita/nasional/prototaip-kereta-terbang-dibina-di-jepun-1.871836)

5. Pada 27 Mac 2019, Pak Wan berkata prototaip kereta terbang akhirnya berjaya direalisasikan di pameran LIMA 2019 meskipun menerima pelbagai kecaman negatif orang ramai (rujuk : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pak-wan-buktikan-kereta-terbang-bukan-omongan-1.870555)

6. Bacalah;
Setelah menerima pelbagai maklum balas berbaur positif dan tidak kurang dipersendakan beberapa pihak dengan idea keperluan negara membangunkan kereta terbang, akhirnya Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof membuktikan ia mampu direalisasikan.

Kesungguhan beliau itu dibuktikan apabila menampilkan prototype air mobility dikenali sebagai Vector yang merupakan hasil rekaan syarikat tempatan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) di Langkawi semalam.

Ia dibangunkan secara design dan engineering oleh Aerodyne Sdn. Bhd. yang menyediakan perkhidmatan penyelesaian berintegrasi berasaskan dron.

“Reka bentuk Vector yang dibangunkan khas ini dilihat bakal menjadi penanda aras dalam pembangunan ‘aerocar’ (kereta terbang) pada masa hadapan.

“Ini sedikit sebanyak menyuntik semangat syarikat tempatan untuk bersaing dalam pasaran teknologi antarabangsa selain membuktikan anak tempatan juga boleh berjaya dan bersaing di peringkat antarabangsa,”
katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

7. Pak Wan sendiri yang sebut;

- Prototaip
- Penanda aras

8. Yang bermaksud membayangkan ia merupakan prototaip kereta terbang.

9. Jika orang awam tersalah faham, puncanya mulut Pak Wan.

10. Sekarang Pak Wan kata ia model skala kecil pula.

11. Sepatutnya dari awal lagi Pak Wan sebut ia adalah model skala kecil.

12. Dan maklumkan yang prototaip kereta terbang kini dalam pembinaan di Jepun tanpa menggunakan duit rakyat satu sen pun. Ini patut disebut dan dinyatakan dengan jelas pada 27 Mac 2019 dan bukannya pada 28 Mac 2019 selepas menerima kecaman bertubi-tubi dari netizens.

13. Tetapi apa yang Pak Wan buat ialah berbangga mengatakan ia prototaip, dan bila mendapat serangan yang teruk, Pak Wan uturn. Tidak cukup itu, Pak Wan juga mempertahankan seolahnya sejak dari awal Pak Wan tak melakukan apa-apa kesalahan. Ini tidak boleh diteruskan. Jika ini kita pertahankan, maka tiada beza dengan kerajaan lama. Pak Wan tidak boleh dibela selepas menayangkan kebodohan. Pak Wan perlu ditegur dan dinasihati. Pak Wan perlu tahu dimana kebodohan Pak Wan bermula. Gambar yang ditangkaplayar di atas ini mencatat sejarah kebodohan Pak Wan yang bukan satu, tetapi banyak. Sekejap kereta terbang untuk pantau ladang, sekejap kereta terbang bukan untuk pengguna biasa, sekejap kereta terbang perlu infrastruktur, undang-undang dan lesen? Pak Wan keliru dengan kenyataan, matlamat, tindakan diri sendiri. Pak Wan tak jelas dengan apa yang Pak Wan mahu capai, lalu bagaimana sokongan boleh hadir?

14. Sebenarnya idea kereta terbang bukannya idea kelakar. Pak Wan jangan salah faham. Rakyat tidak ketawakan idea ini. Rakyat tidak persendakan usaha Pak Wan. Rakyat tidak menolak sama sekali teknologi kereta terbang.

15. Apa yang berlaku ialah, perlu ke, ketika ini, itu yang kita 'usahawan' kan?

16. Perlu ke, ketika ini, disaat rakyat menghadapi masalah kenaikan kos sara hidup, itu yang kita tumpukan?

17. Pak Wan adalah Menteri Usahawan, bukannya Menteri Kereta Terbang, mari kita lihat kerangka usahawan lebih dalam daripada agenda kereta terbang.

18. Mari bantu kerajaan Pakatan Harapan menyelesaikan keperluan rakyat yang lebih mendesak dan menuntut solusi segera.

19. Mari berhenti mengeluarkan kenyataan yang mencemarkan reputasi dan imej Pakatan Harapan.

20. Mari faham, kereta terbang tak boleh kenyangkan perut lapar, kereta terbang tak boleh selesaikan masalah harga rumah mahal dan kereta terbang tak boleh bantu mereka yang kehilangan kerja ketika ini. Inilah masalah rakyat yang menuntut Menteri Usahawan seperti Pak Wan bantu selesaikan. Inilah puncanya kamu diberikan gaji. Jika mengundi Pak Wan sama seperti mengundi monyet, maka berdukacitalah pengundi Alor Gajah. - 30 Mac 2019.

Pakatan Harapan Perlu Berhenti Memalukan Pengundinya.

NURUL ASYIKIN | "Kau tahu tak aku undi Pakatan Harapan lepas baca #bebenang 1MDB yang kau upload kat Facebook?


Setelah kau hasut aku undi Pakatan Harapan, kau tak rasa bersalah ke dengan prestasi kerajaan hari ini? Kau tahu tak aku rasa nak cepuk muka kau kalau aku dapat jumpa kau?".

** ejaan dan mesej asal telah disunting untuk tujuan siaran semula di blog.

1. Pakatan Harapan perlu berhenti memalukan pengundinya.

2. Jangan buat pengundi kamu rasa malu dengan kenyataan dan tindakan menteri yang kelaut.

3. Kita petik satu contoh. Apabila Tun Mahathir mengatakan yang penjawat perlu ikat perut. 

4. Kenyataan seperti ini tak wajar dikeluarkan oleh Perdana Menteri.

5. Zaman sekarang rakyat menyedari dan mengetahui seberapa banyak gaji yang Ahli Parlimen, ADUN dan Menteri, Timbalan Menteri, EXCO, Menteri Besar raih setiap bulan - dan menyuruh orang bergaji rendah ikat perut adalah perkara kelakar. 

6. Jika seseorang perlu belajar ikat perut, ia adalah orang yang bergaji besar contohnya Ahli Parlimen dan menteri Pakatan Harapan. Mereka dapat kek besar dan mereka boleh belajar bahagikan dengan orang lain. Bukannya suruh orang yang dapat kek kecik, potong lagi keknya sampai tinggal sisa. Itu tak boleh dibuat oleh seorang pemimpin apatah lagi Perdana Menteri.

7. Zaman sekarang tak sama macam zaman Tun Mahathir jadi Perdana Menteri kali pertama. Tak kisahlah betapa bagus, cergas, rajin, kuat, bersemangat dan tepatnya Tun Mahathir pada masa, zaman sekarang tetap berbeza dari zaman 80an.

8. Dengan satu kenyataan kelakar, ia boleh jadi troll dan memberikan mesej yang buruk pada Pakatan Harapan. Mesej yang buruk ini jika diulang-ulang akan mewujudkan satu persepsi negatif ke atas kepimpinan kerajaan hari ini.

9. Kita ambil contoh kereta terbang.

10. Ia adalah perkara yang memalukan. Sampai semua orang tak mampu tahan diri dari membuat lawak mengenainya. Semua mahu melabur dalam saham troll kerana kebodohan ini datang dari pihak kamu sendiri.


11. Sesetengahnya dari pro Pakatan Harapan pula tergamak mempertahankan benda bodoh dan mengatakan ia adalah fitnah. Mempertahankan satu hal, tetapi troll pula parti musuh untuk mengalihkan topik asal. 

12. Ahhh sekurang-kurangnya kami ada prototaip (seriously, PROTOTAIP?) yang masuk LIMA 2019. Yang kamu ada hanyalah kapal terbang berlogokan parti. Itu lebih kelakar lagi.

13. Ini ke level hujah kita?


Contoh hujah yang merendahkan akal manusia dan mendorong orang menjadi taksub.

14. MODEL MINI KERETA TERBANG. Tak layak digelar prototaip. Tak patut dibawa masuk ke LIMA 2019 dan dipromosikan dengan sebegitu gaya. Kenapa media mengambarkan ia sebagai prototaip? Jika sabotaj katakan sabotaj. Jika bukan sabotaj, maka ia merupakan satu kebodohan. (sambungan disini)

15. Bukan mahu merendahkan kemampuan anak tempatan. Jangan salah faham. Tetapi apabila kita buat kerja, ia perlu nampak seperti kita memang buat kerja. Kerja kalau cincai, kita tak payah canang seluruh dunia. Kerja kalau belum selesai, kita tak payah nak tunjuk dekat sesiapa. Kita habiskan dulu apa yang belum habis. Kita selesaikan dulu apa yang belum selesai. Selepas semuanya beres barulah patut berbangga diri tunjukkan hasil dan usaha kita kepada dunia.

16. Hari-hari yang dilalui kini begitu sukar. Mempertahankan Pakatan Harapan dianggap satu kebodohan. Walaupun membetulkan fitnah, mereka juga akan memarahi kita. Walaupun kita menyebarkan fakta, mereka juga akan menuduh kita barua DAP. Dan ini apabila kamu menyebarkan kebodohan, bagaimana harus kita berkata?

17. Kadang-kadang bukan salah pengkritik sepenuhnya.

18. Kita ambil contoh BRIM Bujang. Selepas beria-ria mempertahankan tindakan Pakatan Harapan membatalkan BRIM BUJANG - Dengan mudahnya kamu uturn seperti lidah tak bertulang, langsung takde prinsip dan pendirian.

19. Apa makna penyokong dimata kamu?

20. Setelah ini yang kamu lakukan berkali-kali dari uturn kepada vturn, apakah ada keberanian lagi penyokong kamu untuk mempertahankan tindakan kamu kat sosmed?

21. Macam mana jika aku berhabis masa buat research, aku berhabis masa tulis bagai nak rak, lepas tu kerajaan buat pusingan U? Tak ke perkara ini akan memalukan aku? Baik aku diam dan buat bodoh je. Susah nak pertahankan kerajaan yang tak konsisten dan kerap buat kenyataan yang berpusing-pusing. Kita tidak tahu bila, bagaimana, apa mereka semua ini akan buat pusingan U. Ia bukan sahaja menakutkan, bahkan boleh menyebabkan kita dilihat begitu bodoh dan taksub. Satu perkara yang manusia normal tak akan suka jika dianggap sebegitu.

22. Sebenarnya jika masa, usaha dan sokongan padu didambakan kerajaan Pakatan Harapan, ia boleh diberikan oleh pengundi kamu. Bahkan telah diberikan kepada kamu. Keputusan pilihanraya ke 14 adalah buktinya. Bukan semua yang undi kamu tu sokong kamu setegar-tegarnya. Ramai juga dari mereka non partisan dan mahu merasai sendiri pengalaman menukar kerajaan.

23. 61 tahun dengan kerajaan yang sama, atau 5 tahun dengan kerajaan baru, 5 tahun ini adalah lebih mengiurkan. Kereta lama vs kereta baru. Siapa yang tak suka kereta baru, kan?

24. Kita mahu membela, menyokong, membantu dan mempertahankan kerana telah memberikan kepercayaan dan keyakinan. 

25. Namun pilihan yang dibuat ini perlu kerjasama dari Pakatan Harapan. 

26. Mereka perlu mengekang diri dari mengeluarkan kenyataan yang memperbodohkan diri mereka dan menjatuhkan reputasi Pakatan Harapan.

27. Mereka perlu focus untuk menyelesaikan masalah mengikut tingkat kepentingan dan berhenti berkelakuan bagaikan pembangkang. Kalaupun kita nak faham aspirasi mereka buat kereta terbang, bukankah ia harus datang selepas menyelesaikan keperluan rakyat yang lebih mendesak?

28. Mereka perlu mengetuai rentak dan bukannya mengikuti tarian pembangkang.

29. Mereka perlu dilihat memimpin negara untuk semua dan bukannya menjadi juara kaum tertentu.

30. Mereka perlu tumpu dalam perdebatan dan perbahasan berkaitan ekonomi dan polisi dan bukannya bergaduh isu kaum dan agama.

31. Mereka perlu berhenti mengeluarkan kenyataan separuh masak dan mengulas isu yang mereka tak faham (tanpa ambil tahu fakta dan maklumat secara tepat).

32. Mereka perlu berhenti mengelar dan membalas kata-kata cacian, orang yang menjarakkan diri dari pergaduhan sia-sia adalah lebih bijak daripada orang yang melibatkan diri dalam pergaduhan ejek mengejek, label melabel, benci membenci, hina menghina.

33. Bukan tiada yang baiknya kerajaan bertukar. Kita lihat banyak kepincangan kerajaan terdahulu terbongkar. Banyak penyelewengan disapu bawah karpet. Satu persatu perkara diluar pemikiran kita terdedah. Tetapi itu tidak cukup kuat untuk mendatangkan sokongan berterusan jika masalah utama rakyat tidak diselesaikan. 

34. Jika nak perintah lebih dari 5 tahun, perbaiki apa yang perlu diperbaiki, dan berhenti menayangkan kebodohan. Jika tidak, pengundi kamu akan berada dalam gua sepanjang tempoh 5 tahun ini dan apabila mereka keluar mungkin tak lagi memangkah logo yang sama. Perlu kamu faham, pengundi tak terikat dengan kesetiaan dan kepatuhan. Ini adalah urusniaga. Antara pengundi dan parti. Jika kamu mahu undi maka sila bekerja untuknya. - 30 Mac 2019.

Isnin, 25 Mac 2019

Dedak Rantau Dah Mari..

PRK RANTAU | Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Muhammad Sabaruddin Bin Herman mendakwa Pakatan Harapan telah mula mengedarkan dedak di kawasan Rantau.

"Hai orang Rantau, dedak dah mari," katanya ringkas sambil berkongsikan beberapa gambar mengenai perkara itu.

Setakat ini 347 netizens telah berkongsikan gambar tersebut. Manakala jentera kempen Pakatan Harapan Rantau belum lagi menjawab kepada dakwaan tular itu.

Berdasarkan tinjauan online, PRK Rantau adalah PRK yang paling TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN dikalangan netizens.

Meskipun nama calon telah diumumkan, namun suhu kempen pilihanraya terlalu sejuk.

Dua hari lepas DAP melaporkan PRK Rantau adalah ibu segala pilihanraya, dan tiada sesiapa pun menyedari hal itu.

Sehari lepas, Ahmad Maslan dipertikaikan kerana dipercayai menggunakan elektrik dari balairaya untuk tujuan kempen, dan sekali lagi, orang tak tahu.

Jentera PH melakukan serangan dan pujian tetapi orang tidak tahu dan mungkin tidak mengambil peduli sama sekali.

Kempen-kempen Pakatan Harapan tidak menunjukkan adanya aksi perlawanan dan serangan balas dari kem pembangkang.

Macam gaya syok sendiri. Apakah sebenarnya telah berlaku ini? Dengan kemarahan PPBM kepada Nurul Izzah, apakah suhu sejuk ini akan menjadi beku? Sama-sama nantikan. - 25 Mac 2019.

Pengayuh Beca Dihalau Ketua Menteri Melaka, Betul Ke?

SOSMED | Sewenang-sewenangnya tuduhan dilemparkan ke atas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari kononnya telah menghalau pengayuh beca dan mengacau tempat mereka mencari rezeki.


"Arahan dari Ketua Menteri untuk halau orang beca dari cari makan. Polis pun terima arahan untuk halau orang beca. orang beca tak boleh cari makan. Tak, akak terima arahan untuk jangan bagi orang beca duduk sini lagi kan.

Kosongkan itu halau la kak.

So siapa yang bagi arahan kat pihak polis untuk halau orang beca?

Tengok Ketua Menteri halau orang beca.

Habis Ketua Menteri buat semak, halau orang beca, buat orang beca macam binatang.

Ketua Menteri lama pun takde kacau orang beca cari makan.

Najib pun dulu takde sampai macam ni la.

Ini semua EXCO semua datang, EXCO Pelancongan Melaka, dia tadi nampak orang beca, tiba-tiba polis datang, polis halau orang beca. Siapa punya kerja? Kalau bukan arahan orang politik.

Tengok kerajaan baru, ini Ketua Menteri punya arahan, Exco Pelancongan punya kerja. Dia halau orang beca macam binatang.

Kau nak ubah sangat kan,"
kata seorang penarik beca dalam video yang tular sejak 23 Mac lepas.


Apakah benar dakwaan itu?

👉 Ketua Menteri Melaka dan Exco Pelancongan tidak menghalau pengayuh beca pada malam itu.

👉 Apa yang sebenarnya berlaku adalah pengayuh beca diminta untuk memberikan laluan kepada ketibaan beberapa kenderaan VVIP ke lokasi tersebut.

👉 Laluan itu dikosongkan untuk sementara waktu sahaja atas faktor keselamatan.

👉 Selepas kesemua VVIP tiba di lokasi tersebut, laluan itu dibuka semula seperti kebiasaannya. Pengayuh beca boleh melaluinya seperti sediakala tanpa halangan ya. 😆😆😆

👉 Arahan keselamatan pula dikeluarkan oleh pihak polis dan bukannya kerajaan negeri. Hal berkaitan keselamatan dan lalulintas adalah bidangkuasa PIHAK POLIS.

👉 Berang difitnah, EXCO PELANCONGAN MELAKA, Datuk Muhammad Jailani Khamis menuntut permohonan maaf dari pengayuh beca itu ataupun bersedia dengan tindakan yang lebih keras lagi kerana melakukan fitnah ke atas kerajaan negeri.

👉 Pengurus Besar Menara Taming Sari, Muhammad Md. Nor juga sudah membuat laporan polis akan menyebarkan video tersebut.

👉 Justeru itu dakwaan Ketua Menteri Melaka menghalau pengayuh beca merupakan dakwaan palsu, fitnah dan tidak benar. - 25 Mac 2019.
 

Nama Pengundi Tiba-Tiba Hilang Dari Website SPR, Ini Sebenarnya Yang Terjadi..

SOSMED | Nampaknya sejak semalam laman sosial menjadi kecoh berikutan beberapa pengundi mendakwa nama mereka telah hilang dari pengkalan data SPR ketika melakukan semakan secara online.

Hal itu pada mulanya dibangkitkan oleh seorang individu yang dikenali sebagai Biswardi Hasbi di Facebooknya.


"Puas saya buat semakan dalam talian berkaitan daftar pemilih (atas nama saya) tadi, tapi tiada rekod di temui. 


Saya nak tanya soalan pada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, kenapa tiada rekod di temui atas nama saya setelah saya memasukkan nombor kad pengenalan, sedangkan sebelum PRU14 nama saya masih ada dalam rekod simpanan SPR.

Buat rakan-rakan di media sosial, sila buat semakan terhadap diri sendiri, ahli keluarga dan rakan-rakan dengan kadar segera sebelum terlambat.

Link https://pengundi.spr.gov.my/,"
katanya dalam kenyataan itu.


Kenyataan Biswardi itu kemudiannya dikongsikan pula oleh Najib Razak, membuatkan lebih ramai yang menyedari perkara itu lalu masing-masing membuat semakan secara online.


Sesetengahnya kemudian tampil dengan kenyataan mengesahkan bahawanya nama mereka juga tiada dalam rekod pengkalan data SPR.


Apa sebenarnya yang telah terjadi?
Benarkah SPR sedang memainkan peranan untuk memadamkan nama pengundi?
Benarkah SPR menghilangkan rekod pengundi RANTAU untuk memenangkan calon Pakatan Harapan?
Benarkah Siti Kasim ada kaitan dengan hal ini? (memandangkan mereka turut menyebarkan gambar Siti Kasim bersama Azhar Harun).
Apakah ini salah DAP Komunis? 😆😆😆😆😆

Apa sebenarnya yang berlaku ialah;

👉 Portal dan aplikasi MySPR telah mengalami gangguan teknikal.

👉 Disebabkan masalah teknikal itulah data pangkalan utama pengundi tidak dapat diakses oleh semua pihak. Kalau periksa nama Tun Mahathir pun, nama dia pun hilang tau.

👉 Masalah itu kemudiannya berjaya diselesaikan sepenuhnya pada jam 8 malam tadi.

👉 Dan sekarang pengundi boleh je membuat semakan tanpa sebarang masalah.

👉 Tiada mana-mana nama pengundi Rantau dilaporkan hilang buat masa ini.

👉 Gambar Siti Kasim bersama Azhar Harun yang disebarkan ramai pihak tiada kaitan dengan masalah teknikal itu. Harap maklum. - 25 Mac 2019.

Arak Di Program BSKL, Kerajaan PH Dipersalahkan.

SOSMED | Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat, Naraza Muda berkongsikan satu gambar yang dirujuknya sebagai majlis anjuran Bursa Saham Kuala Lumpur - BSKL yang menghidangkan minuman arak kepada para tetamu.

"Baru-baru ini saya hadir satu program yang dihadiri Menteri di Kuala Lumpur. 

Dalam majlis ini pihak penganjur BSKL menyajikan arak secara terbuka kepada semua peserta program dalam dewan besar. 

Apakah ini amalan baru kerajaan PH?," soalnya dalam satu kenyataan di Facebook.


Menurut Naraza Muda majlis itu turut dihadiri oleh menteri namun beliau tidak menamakan menteri yang dimaksudkan.


Tinjauan di sosial media, rata-rata pengomen menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan dan beranggapan amalan seperti ini tidak pernah ada oleh kerajaan terdahulu dan dimulakan oleh Pakatan Harapan.


BSKL dan kerajaan bagaimanapun belum lagi menjawab kepada dakwaan yang tersebar meluas itu setakat jam 3 petang ini.


Di Facebook Naraza Muda, 644 facebookers telah berkongsikan gambar tersebut sementara yang lain menangkaplayar status Naraza Muda dan menyebarkan ke serata sosial media. - 25 Mac 2019.

Tidak Perlu Marah-Marah Kepada Nurul Izzah..

Mohd Sayuti Omar | TIDAK PERLU MARAH MARAH KEPADA NURUL IZZAH

Ramai yang marah kepada Nurul Izzah Anwar apabila beliau meluahkan rasa kecewa kerana kerajaan PH gagal direformkan sebagai memenuhi impian rakyat dengan membabitkan nama Dr Mahathir Mohamad sebagai diktator.




Izzah dilaporkan berkata; "Bekerja dengan bekas diktator yang menyebabkan banyak kerosakan, bukan saja pada kehidupan keluarga kami, tapi juga sistem (pentadbiran negara). Ia bukan sesuatu yang mudah." Kenyataan itu dipetik seperti mana dilapor oleh akhbar Singapura.

Ada menganggap kenyataan Nurul Izzah itu kurang manis. Tetapi bagi saya kenyataan itu adalah rasa hati dan prinsipnya. Prinisp sesuatu yang bukan mudah untuk ditanggal dari jiwa kita. Bagi saya tidak salah Izzah menyebut, diktator merujuk kepada pengalamannya di usia remaja. Izzah melalui apa yang kita semua tidak kesempatan untuk melaluinya. Segala peristiwa mengaibkan keluargannya masih terkaca di dalam matanya. Apa yang menimpa ayah dan keluarganya menjadi suatu traumatik.

Apa dicapai kini tidak mudah melenyapkan segala itu.

Ia tida boleh dibuang. Cuma yang tidak manis, apabila beliau menyebut lagi selepas perdamaian berlaku? Apakah beliau kesal dengan perdamaian ini? Atau merasakan terpedaya? Rasnya tidak. Yang dikesal dan patah hati ialah kerana kegagalan atau kelambatan Mahathir merealisasikan apa dijanjikan dan menjadi harapan kepada bukan saja Nurul Izzah tetapi rakyat semua khasnya mereka yang menggerakkan reformasi.

Mereka yang membangun dan inginkan reformasi lebih terbeban daripada mereka yang hanya mendengar laungan itu!

Sedikit sahaja saya nak sebut dan nasihat Nurul Izzah disini, beliau perlu bertenang dan sabar. Ujian itu ialah di masa kemenangan dicapai bukan ketika kalah. Kena faham. Kesabaran berterusan itulah akan memberi kemenangan yang sejati.

Dan kalau benar sudah mahu berihat dan mencemuhi politik, buatlah secara diam-diam kerana cara itu lebih terhormat. Itu saja. Trims. - 25 Mac 2019.

 

"PM Bekas Diktator" : Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Nurul Izzah Memikul Masalah..

Manivanan Gowin | Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul : YB Nurul Izzah
 
Saya ingin membalas kepada segelintir yang mempersoal kewibawaan YB Nurul Izzah, Ahli Parlimen Permatang Pauh setelah beliau memberi pandangan dalam satu wawancara bersama Straits Times, Singapura. Antara perkataan - perkataan yang dilontarkan adalah seperti tidak beretika dan tidak berprinsip, cry baby dan sebagainya.

 

Jangan sewenang - wenangnya mempersoal etika dan prinsip seseorang hanya kerana ingin menunjukkan ketaatan kepada individu lain. Ketaatan yang membuta tidak membawa erti, apatah lagi mempersoal kewibawaan seseorang itu yang sedang lawan satu sistem secara bersendirian.

Yb Nurul Izzah, menerjun ke dunia politik, hanya kerana kezaliman dan kekejaman yang berlaku kepada keluarganya. Sejak tahun 1998, YB Nurul Izzah tidak pernah melalui kehidupan seorang insan yang biasa. Beliau telah mengharungi dunia politik ini dengan penuh penderitaan, penghinaan dan tanpa berperikemanusiaan.

Disebabkan penderitaan sebegitulah, walaupun YB Nurul Izzah, mampu dan boleh memilih jalan yang senang (selepas PRU 14) tetapi beliau menghala menuju ke jalan buntu hanya untuk menegakkan keadilan. Atas nama keadilan beliau memulakan kareer politik, atas nama keadilan juga beliau melakukan satu demi satu kejutan, memilih jalan menentang arus.

Itu tandanya berani - berani menyoal sesiapa pun hanya kerana, untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.

Itu tandanya seorang ahli politik yang beretika, dan itu tandanya seorang masyarakat Malaysia yang berprinsip.

Saya dan masyarakat Malaysia yang mempunyai etika dan prinsip akan menyokong seni politik YB Nurul Izzah kerana bercakap benar tanpa lakonan, mengambil keputusan walaupun tidak disenangi oleh segelintir, berani untuk menegakkan keadilan walaupun dalam suasana yang getir.

Ahli politik wajar berani, berani kerana benar. Jangan duduk mengecut dalam bilik penghawa dingin dan mempersoal etika dan prinsip orang lain dalam politik. Kuasa dan tanggungjawab ini adalah sedekah TUHAN untuk berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan, wajar memikul tanggungjawab dan amanah ini dengan penuh iktibar, dengan menyokong yang benar, dan membangkang yang salah.

Kepada segelintir itu, pepatah Melayu ini adalah penyajian kepada anda semua, sekiranya telah lupa apa yang dibelajar di sekolah - berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Syabas dan tahniah YB Nurul Izzah, Puteri Reformasi kerana keberanian dan pengorbanan anda, adalah sentiasa untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.


Manivanan Gowin
Timb Ketua Penerangan KeADILan Pusat
Pengerusi PH Bagan Datuk
Ketua Cabang Bagan Datuk

Rojaknya Bahasa Ahli Lembaga Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Apa Sudah Jadi?

SOSMED | Di sosmed ada empat isu berkaitan bahasa sedang bertebaran.

Isu pertama : Menteri Komunikasi. Gobind Deo Singh.

Ia dibangkitkan oleh Arif Atan pada 19 Mac 2019.

Arif Atan : Kalau mahu guna juga bahasa yang tidak diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan negara ini, sila buat poster tanpa JATA NEGARA dan logo agensi kerajaan.

Ada faham?



Nampaknya Gobind tidak respon kepada kritikan yang tular itu namun sudah ada netizens yang membela Gobind dengan memberikan alasan program tersebut merupakan tajaan swasta dan tiada kaitan dengan kerajaan.

Bagaimanapun alasan itu tidak berupaya merasionalisasikan penggunaan jata negara dan logo kerajaan di poster tersebut, dengan melihat netizens tetap mempertahankan kritikan terhadap Gobind.

Yang kedua : Demo mahasiswa Umany di hadapan restoran Amjal yang tersalah eja RAKYAT kepada Raykat di placard.


Mahasiswa UM itu dikecam kerana gagal mengeja ayat semudah itu apatah lagi mengakui diri sebagai rakyat Malaysia. Lepas itu sibuk nak protes Najib. Begitulah dia dikecam bertubi-tubi oleh pro pembangkang sekaligus memberikan sedikit keaiban kepada penyokong kerajaan.

Sesetengahnya pula lebih positif dengan beranggapan mahasiswa itu sengaja salah eja supaya demo mereka diketahui ramai pihak andai dilaporkan media, namun hanya tuan punya badan sahaja tahu kebenarannya. Zaman sekarang teknik dan strategi pemasaran diluar jangkaan pemikiran manusia pun ada tau!

Suka tak suka, demo itu kini diketahui ramai pihak mengalahkan demo terhadap Maszlee, oh ya, dilakukan oleh kumpulan yang sama dengan beberapa kawan mereka yang lainnya, juga pernah dilakukan dihadapan Menteri Pendidikan sendiri tau. Tiada sesiapa pergi tumbuk, cekik dan tarik rambut mahasiswa itu ya. Jangan risau. 😂😂😂

Yang ketiga : Mengenai poster kempen jimat air oleh Lembaga Air Perak - LAP. Ia dibangkitkan oleh netizens yang prihatin mengenai BAHASA MALAYSIA.

Baca : Poster Lembaga Air Perak Guna Bahasa WeChat, Biar Betul??

 


Untuk rekod, ia bukanlah bahasa budak WeChat tetapi gimik. Bahasa WeChat lain sebenarnya. Gimik kehilangan huruf tertentu dalam kempen tersebut merupakan strategi untuk menyampaikan mesej jimat air. 

Namun ramai pihak tidak nampak ia sebagai gimik sebaliknya poster tersebut sedang memperlekehkan bahasa Malaysia. DBP juga telah memberikan teguran dan maklum balas mengenai hal itu.

Yang keempat : Isu bahasa rosak oleh Ahli Lembaga Pengarah DBP itu sendiri.

Ia dibangkitkan oleh Hafez Ripin. Isu ini timbul selepas mahasiswa RAYKAT dikritik netizens.

Hafez Ripin : Tatkala "pakar-pakar bahasa mi segera" begitu asyik menyerang dan menyindir seorang mahasiswa Universiti Malaya berbangsa Cina kerana telah tersilap mengeja perkataan rakyat menjadi "raykat" pada plakat miliknya ketika berdemonstrasi, ironinya mereka terlepas pandang bahawa dalam masa yang sama di sebuah majlis yang berasingan terdapat seorang Ahli Lembaga Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang berbangsa Melayu tanpa segan silu telah menggunakan bahasa rojak dalam pembentangannya.

Persoalannya di sini adalah apakah tujuan sebenar "pakar-pakar bahasa mi segera" di media sosial menyerang mahasiswa berbangsa Cina tersebut? Adakah kerana ingin memperbetulkan salah ejaannya yang dianggap memalukan buat seseorang yang bergelar mahasiswa? Ataupun hanya kerana dia berbangsa Cina dan memiliki fahaman politik yang berbeza?

Sekurang-kurangnya "si Cina" itu masih lagi mencuba untuk menggunakan Bahasa Melayu tanpa merojakkannya walaupun memiliki salah ejaan.

p.s: Keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya.






Rasanya sebelum DBP nak tegur gimik kempen jimat air oleh Lembaga Air Perak, mungkin mereka patut tegur pihak dalaman mereka terlebih dahulu mengenai bahasa. - 25 Mac 2019.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...