Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 25 Mac 2019

Tidak Perlu Marah-Marah Kepada Nurul Izzah..

Mohd Sayuti Omar | TIDAK PERLU MARAH MARAH KEPADA NURUL IZZAH

Ramai yang marah kepada Nurul Izzah Anwar apabila beliau meluahkan rasa kecewa kerana kerajaan PH gagal direformkan sebagai memenuhi impian rakyat dengan membabitkan nama Dr Mahathir Mohamad sebagai diktator.




Izzah dilaporkan berkata; "Bekerja dengan bekas diktator yang menyebabkan banyak kerosakan, bukan saja pada kehidupan keluarga kami, tapi juga sistem (pentadbiran negara). Ia bukan sesuatu yang mudah." Kenyataan itu dipetik seperti mana dilapor oleh akhbar Singapura.

Ada menganggap kenyataan Nurul Izzah itu kurang manis. Tetapi bagi saya kenyataan itu adalah rasa hati dan prinsipnya. Prinisp sesuatu yang bukan mudah untuk ditanggal dari jiwa kita. Bagi saya tidak salah Izzah menyebut, diktator merujuk kepada pengalamannya di usia remaja. Izzah melalui apa yang kita semua tidak kesempatan untuk melaluinya. Segala peristiwa mengaibkan keluargannya masih terkaca di dalam matanya. Apa yang menimpa ayah dan keluarganya menjadi suatu traumatik.

Apa dicapai kini tidak mudah melenyapkan segala itu.

Ia tida boleh dibuang. Cuma yang tidak manis, apabila beliau menyebut lagi selepas perdamaian berlaku? Apakah beliau kesal dengan perdamaian ini? Atau merasakan terpedaya? Rasnya tidak. Yang dikesal dan patah hati ialah kerana kegagalan atau kelambatan Mahathir merealisasikan apa dijanjikan dan menjadi harapan kepada bukan saja Nurul Izzah tetapi rakyat semua khasnya mereka yang menggerakkan reformasi.

Mereka yang membangun dan inginkan reformasi lebih terbeban daripada mereka yang hanya mendengar laungan itu!

Sedikit sahaja saya nak sebut dan nasihat Nurul Izzah disini, beliau perlu bertenang dan sabar. Ujian itu ialah di masa kemenangan dicapai bukan ketika kalah. Kena faham. Kesabaran berterusan itulah akan memberi kemenangan yang sejati.

Dan kalau benar sudah mahu berihat dan mencemuhi politik, buatlah secara diam-diam kerana cara itu lebih terhormat. Itu saja. Trims. - 25 Mac 2019.

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...