Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 25 Mac 2019

"PM Bekas Diktator" : Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Nurul Izzah Memikul Masalah..

Manivanan Gowin | Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul : YB Nurul Izzah
 
Saya ingin membalas kepada segelintir yang mempersoal kewibawaan YB Nurul Izzah, Ahli Parlimen Permatang Pauh setelah beliau memberi pandangan dalam satu wawancara bersama Straits Times, Singapura. Antara perkataan - perkataan yang dilontarkan adalah seperti tidak beretika dan tidak berprinsip, cry baby dan sebagainya.

 

Jangan sewenang - wenangnya mempersoal etika dan prinsip seseorang hanya kerana ingin menunjukkan ketaatan kepada individu lain. Ketaatan yang membuta tidak membawa erti, apatah lagi mempersoal kewibawaan seseorang itu yang sedang lawan satu sistem secara bersendirian.

Yb Nurul Izzah, menerjun ke dunia politik, hanya kerana kezaliman dan kekejaman yang berlaku kepada keluarganya. Sejak tahun 1998, YB Nurul Izzah tidak pernah melalui kehidupan seorang insan yang biasa. Beliau telah mengharungi dunia politik ini dengan penuh penderitaan, penghinaan dan tanpa berperikemanusiaan.

Disebabkan penderitaan sebegitulah, walaupun YB Nurul Izzah, mampu dan boleh memilih jalan yang senang (selepas PRU 14) tetapi beliau menghala menuju ke jalan buntu hanya untuk menegakkan keadilan. Atas nama keadilan beliau memulakan kareer politik, atas nama keadilan juga beliau melakukan satu demi satu kejutan, memilih jalan menentang arus.

Itu tandanya berani - berani menyoal sesiapa pun hanya kerana, untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.

Itu tandanya seorang ahli politik yang beretika, dan itu tandanya seorang masyarakat Malaysia yang berprinsip.

Saya dan masyarakat Malaysia yang mempunyai etika dan prinsip akan menyokong seni politik YB Nurul Izzah kerana bercakap benar tanpa lakonan, mengambil keputusan walaupun tidak disenangi oleh segelintir, berani untuk menegakkan keadilan walaupun dalam suasana yang getir.

Ahli politik wajar berani, berani kerana benar. Jangan duduk mengecut dalam bilik penghawa dingin dan mempersoal etika dan prinsip orang lain dalam politik. Kuasa dan tanggungjawab ini adalah sedekah TUHAN untuk berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan, wajar memikul tanggungjawab dan amanah ini dengan penuh iktibar, dengan menyokong yang benar, dan membangkang yang salah.

Kepada segelintir itu, pepatah Melayu ini adalah penyajian kepada anda semua, sekiranya telah lupa apa yang dibelajar di sekolah - berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Syabas dan tahniah YB Nurul Izzah, Puteri Reformasi kerana keberanian dan pengorbanan anda, adalah sentiasa untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.


Manivanan Gowin
Timb Ketua Penerangan KeADILan Pusat
Pengerusi PH Bagan Datuk
Ketua Cabang Bagan Datuk

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...