Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 23 Mac 2013

Rais Yatim dan 10 minit.

Gatal kepala aku.

Bukan buat2 gatal. Tapi memang gatal pun. Tergaru2 aku bila dengar Rais Yatim cakap begini..

Semua parti politik akan diberikan peluang untuk membentangkan manifesto di tv.. ..

Yeahhhhhhhhhhhhhhh rais yatim terrrbaaaa...

Ia akan dirakamkan terlebih dahulu..

Hahh?

Rakaman.. ? Nak edit ke ?

Peluang sekaligus kepada semua parti yang bertanding BN dan PR..

Errrr jap..

Bukan ke hari2 selama ini BN memang berkempen di tv?

10 minit akan diberikan kepada wakil mereka..

SALAM JARI KAKI BUAT LUE.

Tapi PR tiada ROS.. bukan la parti berdaftar..

GO TO HELL RAIS YATIM.

Jadi kita akan bincang bagaimana.. mereka akan letakkan wakil masing2.. syarat2 lanjut akan dikemukakan selepas ini.. blablabla

PERGI MAMPOS.

Semalam aku layan RTM. Siyes. Tetiba aku rasa aku nak naikkan RATING RTM semalam so aku layan ah RTM. Padahal aku nak tengok apa si Rais Yatim tue membebel pasal mahasiswa yang dok beroccupy di RTM.

Tunggu punya tunggu, takde ah lama mana pun tetiba rais yatim keluar membebel perkara di atas. Macam neh punya syarat ko letak seolah2 ko tak ikhlas langsung. 10 minit? Bentang manifesto? 10 minit nak cover yang ringkas2 boleh lah.

PR tawarkan pendidikan percuma.

Nanti orang tak faham. Apa yang percuma nya? Macam bodoh je aku tengok tawaran PR neh.

PR tawarkan pengurangan cukai kenderaan.

Kurangkan cukai kereta? Tak bankrupt ke negara? Satu lagi idea bodoh dari PR.

Takan nak citer bab tajuk je? Kena la juga buat perincian dan penerangan serba sedikit macam mana nak laksanakan hal tersebut. 

Kenapa aku petik komen2 negatif je? Pasal komen2 positif = penyokong pr = orang yang dah terdedah dengan info. Dorang reti nak semak, cari, kaji, baca dan analisis ma.

Sudah tentulah pembentangan manifesto di RTM adalah untuk mereka2 yang bukan sokong PR. Ini la target kita. Apa barang nak kempen kat orang yang dah sah2 undi PR. Kenala kempen kat orang yang belum mahu sokong dan undi PR ma.

Dengan masa 10 minit, untuk buat ringkasan semua pelan dan cadangan tidak cukup. Pasal RTM dan semua media perdana hari2 mainkan cerita2 tak benar tentang manifesto PR.

Bagi la sejam paling kurang pun.

Itupun rakaman. Silap2 rakam punya rakam dia tak siar. Itu lagi sohai bhai. Macam isu TGHH hari tue.

Then dia cakap peluang sama rata untuk BN dan PR. Kesohaian apa ini? 

Hari2 BN memang berkempen di tv pun. Tak payah nak bentang manifesto bagai. Dah memang muka2 korang je tercongok depan tv pongpangpongpang..

Aku pun dah naik jemu. Cuba sesekali masuk muka aku plak pongpang2 depan tv tue ke. Muka sesiapa ah. Dok pongpang2 kutuk kerajaan bn ke. Lagi best apa. Menarik gak nak tengok berita.

Dan paling tak boleh blah itu pun ada syarat2 susulan lagi tu. Jangan2 ada sesetengah pemimpin PR tak dibenarkan muncul di tv. Mana nak tahu kan. RAIS YATIM neh kan menteri tah hapa2. Tak aneh dia akan luluskan syarat yang tah hapa2 juga.

Bagaimanapun, kalau sungguh la 10 minit neh masa yang PR dapat, mohon korang gunakan sedikit strategi dalam memanfaatkan tawaran ini. Macam yang rais yatim kata.. dia pun tak sanggup nak menyebut nama [pakatan rakyat] .. haktuih punya rais yatim.. macam la perkataan tue perkataan mencarut.. 

Jadi korang pecahkan je coalition korang. Dari 10 minit grab la beberapa minit tambahan. Muncul as different parties beb. PKR bawa beberapa point. PAS bawa beberapa point. DAP bawa beberapa point. PSM bawa beberapa point. Yang dari sabah dan sarawak pun bawa beberapa point. 

Korang bukan under ROS ma.

So boleh la muncul mewakili parti masing2.

Lebih dari 10 minit tu. Pecahkan tajuk ikut kepentingan dan keutamaan parti masing2. Gunakan ini untuk kempen habis-habisan di tv.

Kalau rais yatim mungkir janji kita boleh ejek dia ramai2. Janji tak ditepati. Hak tuih. Oke? Bai.  

Wan Muhammad Azri Nafi Penulis Blog Papa Gomo.

Pfttt.



Individu yang dikaitkan dengan Papa Gomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris menafikan dirinya adalah blogger pro-Umno seperti yang didakwa oleh PKR, semalam.

Sebaliknya, Wan Muhammad Azri menegaskan beliau adalah Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd.

"Saya nak maklum bahawa nama saya adalah Wan Muhammad Azri Wan Deris, kad pengenalan 8301210350** dan merupakan Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd.

"Saya tegaskan di sini bahawa saya bukan blogger Papa Gomo seperti didakwa pembangkang," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.

Wan Muhammad Azri turut menafikan dakwaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bahawa beliau pernah menjadi pengundi hantu kerana beliau belum pernah mengundi sebelum ini.

"Macam mana (boleh jadi) pengundi hantu sedangkan saya belum pernah mengundi lagi. PRU12 (Pilihan Raya Umum ke-12) saya belum ada kesedaran untuk mengundi.

"Sekarang, saya daftar mengundi di Parlimen Wangsa Maju dan tidak pernah mendaftar untuk mengundi di mana-mana tempat selain Wangsa Maju," katanya.

Memang kat dalam blog papa gomo selalu promote KLPOS. Tapi tak semestinya dia adalah pemilik KLPOS. Promote je. 

Mungkin ini la antara hujah yang papa gomo akan gunakan. Nak defend diri dia. Takpela.

Nama boleh sama. Kebetulan.

No IC takan boleh sama gak kot?

Rupa takan boleh sama gak kot?

Bekas isteri takan boleh sama gak kot?

Anak2 takan boleh sama gak kot?

Hehe.

Sekarang neh kita dah tahu rupa papa gomo macam mana. Kat bawah neh confirm muka papa gomo. Wajah dia mula2 sekali disebarkan oleh Tun Faisal. Di laman facebook Tun Faisal sendiri. Dia ada menulis berjumpa dengan penulis blog umno, papa gomo di PWTC. Ketika itu papa gomo meniaga di PWTC. 

Then selepas itu ia disebarkan oleh beberapa orang. Dan ia juga pernah disebarkan oleh utusan sendiri.  So kat sini dah memang confirm, sahih dan terbukti wajah papa gomo adalah seperti di bawah ini.

 
Sekarang neh kita nak tengok rupa Wan Mohammad Azri pula. Jangan la ingat dengan amek sesiapa saja menjadi Wan Mohammad Azri orang akan percaya. Mestilah orang nak tengok sekali data dalam IC. Betul ke individu tue Wan Mohammad Azri.

No IC Wan Mohammad Azri didedahkan oleh dia sendiri kat atas neh. Sama sebijik yang macam PKR dedahkan. Ini bermaksud kalau Wan Mohammad Azri bukan papa gomo, papa gomo mestilah mempunyai no IC yang berbeza. Bekas isteri papa gomo tahu no IC papa gomo. Bahkan ramai lagi orang lain yang tahu no IC papa gomo.

Mungkin lebih manis dan molek kalau papa gomo sendiri yang dedahkan. Kita takmo main isu2 peribadi dia kat sini, oke. Sama seperti kita menjaga rahsia dia masuk penjara. Kalau bukan SPRM yang hebahkan, kita pun tak buka mulut.

Hehe.

Takan lepas kena saman RM100 juta terus tak mengaku tuan punya blog kot?

Takpela. Ikut suka lue la. Yang cabar suruh saman lue juga. Yang taknak mengaku pun lue juga. Jangan2 lue sengaja taknak mengaku sebab cuak kena dedahkan video seks liwat yang lue janjikan pada pembaca2 setia lue tak?

Teruskan je dedah.

Ikut prinsip perjuangan lue. Demi bangsa, agama dan parti.

Betul tak?
KAH KAH KAH 

Jumaat, 22 Mac 2013

Gambar2 Mahasiswa Ditahan kerana ajak Najib Debat!!!

Bacul pun ye.
Bodoh pun ye.
Bangang lebih lagi.

Korang tahu tak di malaysia kalau ajak pm debat boleh ditahan oleh polis?

Yaa.

Ini betul2 cakap punya.

Only in Malaysia.

Syabas pm. Anda mengaku bahawa anda memang seorang yang pengecut sampai sanggup arahkan polis2 buat kerja bodoh bagi pihak anda.

Well done.

Aku bersama2 mahasiswa2 ini. Seriyus. Ajak debat oke. Keganasan aku tak sokong. Langgar undang2 aku tak sokong. Tapi ini cara yang betul untuk mendesak pm agar memahami tuntutan mahasiswa. Pedulikan apa yang orang nak cakap pasal korang. Biarpun ada yang mengeji percayala lebih ramai yang menyokong. We with you mahasiswa..

Tiga aktivis mahasiswa hari ini ditahan polis kerana cuba memasuki Angkasapuri bagi bertemu dengan pengurusan RTM untuk menuntut ruang berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Siswa yang ditahan antaranya pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Safwan Anang (bawah) di hadapan pintu masuk ke Kementerian Penerangan -yang menempatkan pejabat pengarah RTM.

Dua lagi yang ditahan adalah Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu Univrsiti Malaya (PBMUM) Abdul Muqit Muhammad dan aktivis siswa Muhammad Akram Ahmar. Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Setiasusaha SMM Ahmad Syukri Kamaruddin berkata insiden itu berlaku selepas mereka berbincang dengan wakil kementerian dan pihak polis berhubung tuntutan mereka.

Dalam pembicangan tersebut, Ahmad Syukri berkata mereka bersetuju untuk bertemu dengan pengarah RTM pada Isnin depan dan diminta bersurai kemudiaannya.

"Kemudian Safwan patah balik selepas mendapat maklumat pengarah RTM ada di dalam.

"Dia nak masuk bersama dua lagi, tetapi ditahan polis," katanya.

40 berarak dari masjid UM

Kumpulan mahassiwa itu diminta hadir semula ke Angkasapuri pada Isnin depan jam 9 pagi untuk mendapat maklum balas yang diminta.

Sementara itu, Ahmad Syukri berkata, Safwan dan dua lagi kini ditahan kira-kira 4.30 petang dan dibawa ke Balai Polis Pantai tidak jauh dari situ.

Kumpulan mahasiswa kini beralih dari Angkasapuri ke hadapan balai itu untuk menuntut pembebasan rakan mereka.

Selepas solat Jumaat tadi, kira-kira 40 orang mahasiswa berarak dari Masjid Ar-Rahman dekat Universiti Malaya (UM) ke pintu masuk Angkasapuri.

Difahamkan kira-kira 30 anggota polis mengawal keadaan.

Awal Mac lalu, Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) menghantar surat permohonan kepada RTM meminta supaya menganjurkan debat dengan perdana menteri berkaitan dasar pengajian tinggi.

Bagaimanapun selepas tiga minggu permohonan mereka kepada Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Penyiaran Malaysia Mohd Nadzir, tiada sebarang maklum balas diberikan.

Sehubungan itu, Ahmad Syukri berkata mereka menganjurkan "Occupy Angkasapuri" hari ini dengan memasang empat khemah bagi berkampung dan menuntut jawapan daripada pengurusan RTM.

Bila Ex-Polis Pun Menyampah Kat BN...

Sebenarnya dah lama. Sebab tu aku tak pernah cakap polis tu anjing kerajaan. Pasal aku tahu dalam polis bersepah penyokong pr. Aku ada kenal some. Hanya kerana mereka tak bercakap bukan bermaksud benda tu tak wujud.

Yang suka2 heret polis ke sana ke mari dalam isu2 politik ialah kpn. KPN = ketua polis negara. Keputusan dia la yang menyebabkan imej polis pada hari ini tercalar dengan teruk dan sadis.

Sebagai ketua, dia patutnya memastikan pdrm bebas dari pengaruh politik. Tapi dia tak buat. Apa yang kpn buat ialah mengheret pdrm jauh ke dalam kerja2 politik sehingga abaikan kerja2 utama mereka. Bahkan campurtangan politik dalam pdrm sekarang neh lebih teruk dan dasat berbanding zaman musa hasan.

Polis2 sendiri komplen. Kadang2 disuruh buat roadblock bila ada ceramah politik pr di sesetengah kawasan. Sejak bila tugas polis jaga atau halang ceramah politik pr? Sejak bila SB boleh digunakan untuk pantau pentas ceramah pr? Apa bn ingat dorang neh suka sangat ke kena buat kerja2 bodoh tu? Yang menariknya ada polis2 yang tukar pendirian dari bn ke pr setelah mrnjaga ceramah2 politik pr. Ada kebaikan juga la di atas arahan tolol ini rupanya.

Kah kah kah

Then bila polis2 tak ikut arahan di anggap tidak melakukan tugas. Dikenakan tindakan tatatertib. Risiko kena buang kerja. Hutang berlambak nak bayar. Nak tanggung family lagi. Anak2. Belanja rumah. Nak taknak kena la buat ikut tugas.

Kalau yang melawan tu satu kumpulan pun tak cukup. Pasal ketua2 mereka masih lagi pro bn. Bila2 masa, mereka boleh dibuang kerja atas alasan tatatertib.

Bukan sebab makan rasuah macam papa gomo.. sorry papa gomo just jadikan ko contoh je. Benda dah tersebar. Bukan aku yang hebahkan ko bekas banduan pun. Aku simpan elok2 rahsia yang aku tahu. Kan da lama aku tahu. Tak pernah aku hebah dan sebarkan pun. SPRM yang dedahkan. Ko blame SPRM je la.

Hehe.

Sambung balik isu asal. Yang sebenarnya dah ramai gile ahh polis2 neh sendiri rasa jijik,  muak, sakit ahti dipergunakan oleh orang2 politik.

Kang aku tangkap orang2 pr seme menderu maki aku anjing. Padahal bukan aku nak sangat pun. Arahan bhai. Arahan.

Sial.

Apa yang aku rasa korang seme tahu ke?

Ada sesiapa sedar aku sokong PR?

Siap suruh berhenti kerja bagai. Kenapa aku nak kena berhenti kerja plak? Itu tindakan pengecut dan dayus bhai. Aku nak pulihkan imej polis. Bersihkan dari dalam. Lari takan selesaikan masalah. Tu kerja dayus. Yang suruh berhenti kerja tu seme bodoh nak mampos. Bukan dorang yang akan bayar hutang2 aku. Bukan dorang yang akan bagi mak ayah aku makan. Tapi aku.

Hah.

Lebih kurang gini la perasan seseorang polis pro pr. Dalam ahti dah sah2 sokong bn. Zalim nak mampus. Tapi dalam masa yang sama penyokong2 pr gak ada yang cam gampang. Biasalah. Nak bercakap hanya memerlukan mulut. Cuba kalau nak bercakap pun kena bayar? Mampos dorang nak merepek beb.

Lagipun polis2 yang masih dalam perkhidmatan boleh salurkan info2 berguna kepada kita.

Dan sebab itula presiden pas menyeru agar kita jangan membidas polis secara general. Sasarkan aje kemarahan korang terhadap leaders2 dorang. KPN. Timbalan. Yang buat onar.

Jangan berhujah asal polis je confirm lancau. Tak tepat beb. Polis2 ini memang terseksa habis. Jadi mangsa keadaan. Dah la hari tu budak2 bn belasah polis. Nak amek tindakan pun tak boleh. KPN boleh rilex goyang kaki makan kopok sambil tepuk tangan kat rumah nampak. Anak buah sendiri kena belasah tu beb. Langsung tak buka siasatan beb. Bias.

Bak kata bekas ketua polis sabah. Kita kena tukar kerajaan untuk bersihkan imej polis. Dan polis2 juga kena bersama2 kita untuk pulihkan imej korang seperti dulu2 dengan undi pr.

Campurtangan politik be it pr or bn wouldn't be acceptable beb. Polis bukan kena neutral,  as a policeman ko berhak ada stance politik. Ko boleh sokong sesiapa. Itu hak ko as a malaysian. Perlembagaan says so beb.

But bila it involves scope kerja ko tak boleh hukum orang berdasarkan politik. Owh dia bn let they go. Owh dia pr jom detain. Itu la yang salah. Bawa stance politics applies pula kat tempat kerja. Itula yang KPN dan BN buat sekarang buat neh. Dan itula yang kita + polis malaysia yang jijik dengan campurtangan politik ke atas agensi mereka akan ubah bersama2.

Sabar polis2 semalaysia. Pru kali neh kita kasi tukar seme. Undi la pr untuk memerdekakan institusi kepolisan kita. Yeah.

http://m.malaysiakini.com/news/224588

Rabu, 20 Mac 2013

Satu Malaysia Kena Tipu Dengan Pelan Internet Free.

Internet free 30 minit..

30 minit dapat main internet free

Ia adalah satu lagi keperluan rakyat yang BN tunaikan..

JANJI DITEPATI, YAKINI BN..

Blablabla..

Nanti dulu. Kemungkinan besar istilah internet free tue tak wujud. Bahkan istilah yang digunapakai tue pun adalah istilah yang SALAH. 

Kenapa?

Mula2 rujuk sini dan sini dulu.

First statement Najib. Masa tue aku blur2. Then statement Rais Yatim. Masa tue aku hanya separa blur2. Then latest statement aku sendiri.. kali neh aku dah tak blur2 dah. Setelah aku amek kertas dan conteng tah hapa2 lepas tue dok fikir2 adalah dalam sejam sambil2 berangan apa seme cukup .. then tadaaaa.....

Akhirnya aku dah faham sesuatu. 

INTERNET FREE YANG DIMAKSUDKAN SEBENARNYA BUKAN INTERNET FREE PUN.

Agak2la nak kelentong rakyat. Buat kerja sohai je. Menyusahkan orang je la korang berdua neh.

Sekarang citer dia macam neh.

1. Najib + rais = tawar internet percuma = 30 minit sehari.

2. Tawaran neh sudah tentulah hanya terpakai kepada pengguna2 internet je.

3. Broadband ke, WIFI ke apa jadah ke aslong ko guna internet gaji bawah rm3,000 ko automatik layak.

4. Then katalah aku langgan pakej TM. Pakej tue plak unlimited. So aku boleh surf riang ria tanpa fikir pasal kuota.

5. Bila aku dah takde limit penggunaan, apa jadahnya internet free ini dengan aku? Maksud aku kat sini ialah ;

Ali membeli gula. Harga gula ialah rm2.50 sekilo. Suatu hari bn berkata kepada ali. Setiap gula yang dibeli ini anda dapat plastik percuma yang membungkusi gula tersebut berserta logo dacing. Tadaaa.. happy tak?

KEPALA HOTAK KAW LA. HAPPY PIEM KAW. PUI.

Jadi internet free disini bukanlah bermaksud internet free. Bahkan ia tak terkesan langsung dengan kita. Kalau kita ada kuota bulanan sekalipun kita still boleh surf internet macam biasa. Kelajuan berkurangan tetapi still boleh surf internet. Ia bukan bermaksud menambahkan kuota. Bahkan ia tiada apa2 langsung berkaitan kuota pun. Lebih2 lagi kalau yang jenis langgan unlimited. Apa jadahnya nak risau pasal kuota?

Jika yang dimaksudkan ialah golongan yang tiada akses internet, nak bagi dia internet percuma, ko ingat 30 minit sehari tue cukup ke? Bagaimana dia boleh layak mendapat akses internet percuma? Langgan maxis, digi, umobile, tm atau P1?

Still kena langgan, betul tak? So ini percuma ke? Mana ada percuma langsung.

Since Najib dan Rais umumkan MASA penggunaan internet percuma ialah 30 minit maka ia jadi pelik. Cuba ko cakap baiklah saya akan tingkatkan kelajuan internet, kurangkan kadar bayaran bulanan ataupun naikkan kuota internet secara bulanan kepada mereka yang berkelayakan tanpa membabitkan pertambahan yuran bulanan, logik ah juga.

Ini internet percuma 30 minit? Bagaimana nak akses? Guna prepaid? Guna simkad? Mungkinla. Ini saja jalan yang aku nampak membolehkan rancangan bodoh ini dilaksanakan.

Setiap simkad yang berdaftar dibolehkan melayari internet percuma selama 30 minit setiap hari. Samada guna broadband, smartphone atau tablet. Well 30 minit? Rakyat malaysia lebih dari separuh menggunakan internet paling2 koman 2.3 jam sehari. Apabila seseorang tue melanggan internet, dan internet itu menjadi keperluan dia maka itu bermaksud dia willing [HAS/FORCE] to pay.

Jenis yang menggunakan internet neh samada akses dengan selesa melalui pakej langganan internet ataupun berkongsi dengan rakan2. Paling2 koman sambil makan sambil layan WIFI. Yang pasti takde limit masa oke. Dalam erti kata lain, pelan ini TIDAK TALLY dengan keadaan yang cuba digambarkan. Inilah istilah yang tepat bagi merujuk kepada idea super tolol ini. Ya. Super tolol. 

Apa pun aku nak cakap sikit kepada kerajaan. Batalkan saja idea bodoh ini. Lagi cepat lagi bagus. Jangan pasal korang satu malaysia kena gelak pula. Tak habis2 nak memalukan kami. Tolong la weh. Kami nak hidup lama oke. Bai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...