Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 20 Mac 2013

Penjelasan Lanjut Internet Percuma 30minit 1Malaysia.

Hanya internet percuma 30 minit je. Yang 1Malaysia tue aku tokok tambah dengan suka ahti dan riang ria. Takde rasa gelisah pun.

Hehe.

Ikut kata2 Rais Yatim menteri ini cadangan ke soalan ;

1. 5 juta rakyat malaysia akan terima faedah ini. Err.. faedah? Pftt.

2. Ia akan dilaksanakan pada April 2013.

3. 30 minit percuma ini adalah berdasarkan kiraan harian. Satu hari ada 30 minit internet percuma untuk mereka2 yang berkelayakkan.

4. Yang mula2 layak dan termasuk dalam pakej ini ialah penerima2 BRIM. Mereka automatik layak. Samada satu keluarga seorang je yang layak ataupun terpakai kepada semua ahli keluarga aku pun tak faham. Tiada penerangan lanjut berkenaan hal tersebut.

5. Ia melibatkan semua syarikat pembekal internet dan telekomunikasi.   

6. Menurut rais yatim rakyat malaysia rata2 menggunakan internet antara 15 hingga 30 minit sehari. Sebab tue kerajaan bagi free 30 minit. Rujuk sini.

7. Aku tatau la kajian dia betul ke tidak. Tapi aku ada link yang lebih berkredibel berbanding kajian dia tue. Rujuk bawah ;

pengguna Malaysia, secara purata menghabiskan masa sebanyak 20 jam seminggu, dimana 33% daripadanya dihabiskan pada laman sosial. 

20 jam / 7 hari =  2 jam lebih sehari. Bukan 30 minit sehari. Jauh sangat perkiraan tue. Neh bukan tersasar je, bahkan terbabas terus. 

Hehe.

Kekonon nak bagitau la kenapa bn berikan internet percuma 30 minit. Nak kuatkan hujah betapa keputusan dia tue ada kewajarannya. Tapi selalu la bagi hujah2 yang takde kredibel. Adoi.

8. Bagaimanapun kerajaan akan lakukan kajian mendalam untuk mendapatkan mekanisme terbaik bagi melaksanakan polisi terbaru ini. Supaya ia sampai kepada semua golongan sasaran. Dan golongan2 lain yang mungkin memerlukan internet percuma.

Pendapat aku.

1. Adakah Rais Yatim nak cakap 30 minit percuma x 30 hari = 900 minit percuma = penambahan kuota internet bulanan = bayaran bulanan sama ?

2. Jika ya kenapa mereka neh menggunakan istilah yang sukar difahami?

3. Katakan saja saya akan kurangkan bayaran bulanan internet dengan menambahkan kuota / GB. Habis citer.

4. Menyusahkan orang betul. 

5. Apa pun idea neh no bad la. Setelah diberikan penerangan. Ikhlas aku cakap. Itu kalau ikut apa yang aku faham le. Kot2 bukan ini, itu lain citer oke.

6. Apa pun idea neh boleh ditambahbaik lagi. Pecahkan monopoli TM, tingkatkan kelajuan / speed, kurangkan kadar bayaran bulanan dan letakkan wifi percuma di seluruh bandar2 utama dan bandar2 kampung serta pekan. Baru senang sket dorang nak akses blog aku ma. Nanti boleh la aku hasut jangan undi bn kaw2. Oke tak?

KAH KAH KAH 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...