Umno sedang sebarkan satu video. Mereka kata bahawa penyokong2 PKR buat kacau di ceramah mesra BN. Rakaman memang jelas menunjukkan kekacauan itu wujud. Berlaku. Sesuatu yang aku rasa kita tak patut buat.
Ya, kita boleh jelaskan alasan2 kita untuk mewajarkan tindakan2 kita tetapi cara ini kurang dipersetujui sebab akan menimbulkan perbalahan. Patut buat lepas habis ceramah. Rakam bukti depa gunakan ruang sekolah. Sebarkan penipuan dan sikap double standard mereka. Ini lebih baik. Jangan tak pasal2 orang cop pkr pun suka serang ceramah orang.
Raikan penipuan mereka dengan membongkar kesalahan mereka, bukan menyerang ceramah mereka. Apa pun ini penjelasan yang diberikan oleh mereka2 yang terlibat.
Pada malam ceramah dijadualkan itu telah timbul kekecohan berikutan bantahan dari penduduk setempat yang mempertikaikan kenapa ceramah politik dibenarkan diadakan di dalam kawasan Sekolah?
Anggota polis yang berada ditempat kejadian pula mengatakan mereka hanya diarahkan untuk mengawal hadirin dan menjaga keselamatan yang berada di dalam Dewan sahaja oleh itu kekecohan yang dicetuskan oleh penyokong Pakatan hendaklah di kawal oleh Pakatan sendiri..
Sedangkan selama ini pemimpin-pemimpin kerajaan UMNO/BN sendiri sering menegaskan agar jangan menggunakan Sekolah sebagai medan untuk berpolitik.
Bukan gentar dengan fitnah yang disebarkan oleh Zul Nordin dan Zahid Mat Arip tetapi menurut seorang penduduk, benci dengan sikap double standard kerajaan UMNO/BN..
Jika mereka itu dibenarkan menggunakan Dewan Sekolah sebagai pentas untuk berpolitik, kebenaran yang sama juga seharusnya diberikan kepada pihak Pakatan Rakyat.
Video dan gambar rakaman boleh rujuk ASD. Disini.
Apa pun next time jangan kita buat lagi perkara2 ini. Yelah kita marah depa gunakan ruang sekolah. Tetapi lebih baik kita jangan gunakan cara ini. Ia tak sihat untuk imej kita yang selalu menjadi mangsa kekacauan. Oke bai.