Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 28 Januari 2017

Skandal BMF : Siasat Mahathir Segera Kata PAS.

Kertas siasatan baru perlu dibuka ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan dari pendedahan terbaru oleh CIA melibatkan pelbagai skandal semasa di bawah pentadbiran mantan Perdana Menteri itu. Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti segera bertindak atas maklumat tersebut.
 


Info badan antarabangsa itu tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukan sahaja cantuman dari begitu banyak keraguan pada masa lalu semata-mata. Tetapi lebih utama, perlunya siasatan dari pihak berkuasa negara berikutan dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid sendiri bahawa pada ketika itu tiada siasatan dilakukan walaupun saiz kerugian dialami negara amat besar iaitu USD10 bilion.
 
Malah, ia demi menyelamatkan kredibiliti dan integriti Malaysia yang terjejas dengan pelbagai dakwaan skandal sebelum ini berkaitan 1MDB juga melibatkan banyak pihak serta jumlah yang sangat besar kewangan. Ia juga bagi membolehkan prosedur perundangan dapat dilakukan ke atas mereka yang terlibat sekiranya didapati bersalah.
 
Inilah masa kita membuktikan ketelusan dan kecekapan badan-badan penguatkuasaan berkaitan serta membuang keluar segala dilema selama ini akibat dari birokrasi dan kediktatoran yang mencengkam. Palitan kekotoran lalu mesti dibersihkan, sekali gus hak pihak-pihak pernah teraniaya dapat dikembalikan, selain memulihkan semula sistem negara yang ternoda kembali ke landasannya.
 
Sudah tiba masanya rakyat mengetahui perkara sebenarnya yang tersirat di sebalik pelbagai skandal yang pernah didakwa berlaku di zaman Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. Kerajaan Malaysia, Bank Negara, PDRM dan SPRM perlu membongkar sedalamnya skandal BMF dan Forex 1992 agar keadilan dapat ditegakkan.

“Bertekad Melebar Muafakat”
“Inilah Penyelesaian Kita”
 
NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
29 Rabi‘ul Akhir 1438 | 28 Januari 2017

Jumaat, 27 Januari 2017

Saiful Dakwa Keluarga Anwar Minta Tolong Mohon Pengampuan Bagi Pihak Anwar - Keluarga Anwar Nafi Jumpa Saiful Tapi Saiful Kata Yang Datang Jumpa Tu Kenalan Rapat..

Beberapa jam sebelum ini. Saiful menulis di akaun Facebooknya. Katanya salah seorang kenalan rapat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui Saiful dan membuat permohonan maaf.

Kenalan rapat DSAI tersebut memohon maaf kerana menyerang dan tidak mempercayai dakwaan Saiful selama ini. Beliau memohon maaf atas kapasiti peribadinya, kata Saiful di status tersebut.

Kenalan rapat tersebut juga turut memaklumkan yang dia datang menemui Saiful dengan membawa hajat dari keluarga Anwar. Katanya, beliau mewakili keluarga Anwar berharap agar Saiful memohon pengampunan diraja bagi pihak Anwar tanpa perlu mengubah apa-apa pengakuan dan dakwaan sebelum ini.

"Beliau mohon saya maafkan Anwar. Katanya Anwar telah menjalani hukuman selama dua tahun, mungkin beliau sudah insaf".

"Dan jika saya yang mohon pengampunan ini bagi pihak Anwar, bunyinya aneh, tapi impak dan merit nya ada, kerana saya selaku pengadu dalam kes tersebut, ada locus standi. 

Kata beliau, dalam perundangan Islam, mangsa atau waris boleh memaafkan dan mengampunkan pesalah yang telah dijatuhi hukuman, agar hukuman diringan atau dibebaskan", kata Saiful yang dipetik menerusi status Facebook itu.

Walaubagaimanapun, Saiful tidak terus bersetuju dengan permintaan tersebut sebaliknya meminta sedikit masa untuk berfikir dan membuat keputusan. 


Dalam perkembangan yang lain, keluarga Anwar pantas menafikan dakwaan Saiful. Bercakap kepada media, Nurul Nuha menafikan keluarganya pernah menghubungi Saiful bagi meminta pertolongan. 

"Oh satu lagi fitnah. Keluarga kami tidak pernah hubungi Saiful", kata Nurul Nuha seperti yang dilaporkan Malaysiakini.

Untuk rekod, Saiful bukan didatangi oleh ahli keluarga Anwar sebaliknya kenalan yang mengakui akrab dengan Anwar dan mewakili keluarga Anwar. 

Apakah mungkin keluarga Anwar menjadi mangsa sabotaj seseorang dalam parti ataupun Saiful sedang mereka-reka cerita? Selagi mana Saiful tidak dedahkan nama selagi itulah masyarakat akan berteori.

Khamis, 26 Januari 2017

Kronologi Skandal Sturgeon FELDA - Dulu2 FELDA Kata Ternakan Sturgeon Mampu Jana 360 Juta Setahun..

KRONOLOGI ‘SKANDAL STURGEON’ FELDA


Pada 1 Januari 2013, FELDA telah menubuhkan Unit Pengurusan Transforvasi untuk mewujudkan pelbagai aktiviti perniagaan berpendapatan tinggi kepada FELDA. 

Antara projek dicadangkan oleh unit tersebut ialah Projek Penternakan Ikan Sturgeon. 

Baca : 2 Tahun Dilabel Penyangak Kerana Sturgeon, Kini Dakwaan Kami Terbukti, FELDA Patut Rasa Malu!

Pada 4 Julai 2013, Lembaga FELDA telah meluluskan cadangan Projek Penternakan Ikan Sturgeon secara dasar tertakluk kepada kajian terperinci yang perlu dibentangkan kepada Lembaga FELDA untuk kelulusan. FELDA telah menubuhkan FELDA Korea Malaysia Sdn Bhd pada 17 Julai 2013. 

Walau bagaimana pun, pengurusan FELDA pada masa itu tidak membentangkan laporan kajian terperinci projek kepada Lembaga FELDA sebelum projek ini diteruskan. 

FELDA Carviartive Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 7 Januari 2014 dan pada 27 Februari 2014 menandatangani dua perjanjian dengan dua syarikat Korea. 

Perjanjian tersebut adalah Technology Transfer & Supply Agreement (TTSA) yang bernilai USD10 juta; dan Design and Build Contract Agreement (DBCA) yang bernilai USD35 juta. 

FELDA Carviartive Sdn Bhd telah melaksanakan kerja-kerja rekabina dan juga kerj-kerja sivil di lokasi projek di Kuala Tahan bermula Mac 2014. 

Walau bagaimana pun, pada 5 Februari 2015, Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah memutuskan untuk tidak meluluskan tapak projek di Kuala Tahan sebagai tapak Projek Penternakan Ikan Sturgeon. 

Lima suspek ‘Ops Caviar’ direman selama 7 hari Operasi meragukan, FELDA tubuh jawatankuasa khas Diatas perjalanan operasi perniagaan yang meragukan, Lembaga FELDA telah meluluskan penubuhan jawatankuasa khas pada Julai 2014 untuk menilai dan mengkaji semula operasi syarikat-syarikat subsidiari di bawah Unit Pengurusan Transforvasi. 

Hasil kajian ini telah dibentangkan kepada Lembaga FELDA pada Januari 2015. Bagi memastikan setiap syarikat beroperasi mengikut amalan tadbir urus korporat yang baik, pada Februari 2015, pengurusan FELDA telah membubarkan Unit Pengurusan Transforvasi dan kesemua projek yang sedang dilaksanakan oleh unit berkenaan diletakkan dibawah pemantauan Bahagian Pelaburan, Jabatan Kewangan FELDA. 

FELDA juga telah memutuskan untuk melantik Juru Audit luar pada 23 Mac 2015 untuk melaksanakan kajian position review ke atas Projek Penternakan Ikan Sturgeon. 

Antara penemuan utama yang dilaporkan adalah; ketidakpatuhan kepada manual dasar dan strategi pelaburan FELDA; kelemahan tadbir urus; dan kelemahan didalam pelaksanaan dan pemantauan projek. 

Susulan penemuan tersebut, pihak FELDA telah melantik sebuah firma guaman untuk melaksanakan legal review pada 19 Ogos 2015. 

Keputusan position review dan legal review telah dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah FELDA pada 2 Februari 2016 untuk diambil tindakan sewajarnya. 

Pada tahun 2016, Jabatan Audit Negara telah mengaudit aktiviti-aktiviti FELDA termasuk aktiviti-aktiviti di bawah Unit Pengurusan Transforvasi. 

Penemuan audit adalah seperti di Laporan Ketua Audit Negara Sesi 2 dan berikutan laporan tersebut, pihak SPRM telah membuka siasatan terhadap projek subsidiari-subsidiari FELDA. 

Hasil siasatan tersebut membawa kepada penahanan beberapa individu oleh pihak SPRM pada 24 Januari 2017 yang terdiri daripada dua orang pegawai kanan FELDA, seorang penolong pegawai dan dua orang bekas kakitangan FELDA. 

Individu-individu yang ditahan.

Lima individu termasuk seorang bergelar Datuk ditahan oleh SPRM sekitar Lembah Klang pada 24 Januari 2017 dan kesemuanya direman selama tujuh hari bermula 25 Januari 2017. 

Individu bergelar Datuk adalah bekas Pengarah Besar FELDA yang mula menjawat jawatan itu pada 1 Oktober 2012. Beliau dilucutkan jawatan Pengarah Besar FELDA pada 1 Februari 2015 dan kemudiannya telah ditukar perkhidmatan ke agensi lain. 

Beliau telah bercuti tanpa gaji bermula 10 Mac 2016 sehingga kini. Bekas Timbalan Pengarah Besar (Sumber Strategik) FELDA pula telah dilantik ke jawatan itu secara kontrak pada 1 Januari 2013 dan telah meletak jawatan pada 14 Februari 2015. 

Seorang lagi pegawai kanan yang kini menjawat jawatan sebagai Head of London Properties di FELDA Investment Corporation Sdn Bhd merupakan bekas Ketua Unit Pengurusan Transforvasi dan dilantik secara kontrak oleh FELDA pada 1 November 2012. 

Manakala dua orang lagi pegawai projek tersebut dilantik pada tahun 2013 dimana seorang telah pun meletakkan jawatan pada 27 Oktober 2014 dan seorang lagi merupakan penolong pegawai yang masih dalam perkhidmatan FELDA.

(Sumber)

Rabu, 25 Januari 2017

Lebih Baik Hantar Tilam Ke Lokasi Banjir - Jawapan Azmin Kepada Jamal.

Pagi tadi Jamal melakukan gimik terbaru di depan bangunan SUK Selangor. Gimik terbaru Jamal ini dipercayai bersempena dengan PRU yang mungkin dijadual berlangsung pada awal atau pertengahan tahun ini.

Merasakan dirinya semakin mendapat tempat dan kepercayaan di kalangan pengundi Selangor, Jamal kali ini tampil protes dengan membawa 10 katil dan aiskrim.

10 buah katil lengkap dengan tilam itu adalah simbol terhadap aktiviti rumah urut haram yang semakin berleluasa di Selangor, kata Jamal.

Set katil bujang berserta bantal dan cadar putih tersebut disusun di hadapan pintu pagar laluan masuk utama ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu kira-kira jam 11 pagi Rabu.


Setiap satu katil itu dilengkapi dengan tilam dan selimut yang ditulis dengan perkataan DAP – akronim untuk ‘Dapat Aiskrim Percuma’ manakala bantal pula mempunyai perkataan seumpama skim ‘Rumah Urut Selangorku’.
Menurut Jamal, sehingga kini masalah itu kian meruncing apabila dianggarkan kira-kira 4,000 premis urut didapati giat subur beroperasi secara haram di bawah kepimpinan kerajaan negeri diterajui Menteri Besarnya, Azmin Ali.
Rumah-rumah urut ini tumbuh bagaikan cendawan segar dan ia sangat membimbangkan apabila turut menyediakan aktiviti yang tidak bermoral untuk menarik orang ramai.
Angka 4,000 itu hanya mewakili 50 hingga 60 peratus daripada jumlah rumah urut haram di negeri ini dan ia diperoleh hasil tinjauan lebih 200 ahli persatuan sejak sebulan yang lalu,” katanya seperti dipetik dari portal pro BN, Mynewshub.













Selain dari membawa katil dan tilam, Jamal turut membawa banner yang berupa lucah bagi menyindir Azmin yang pernah dikaitkan dengan aktiviti lucah suatu ketika dahulu. Azmin bagaimanapun menafikan penyebaran klip video berkenaan dan menyifatkan ia sebagai satu serangan fitnah dan bermotifkan politik bagi menjatuhkan kerjayanya.
Jamal juga tidak segan silu mencetak poster berupa lucah bagi menghiasi bekas aiskrim yang dibawanya.
Tidak tunggu lama dengan gimik Jamal itu, Azmin tampil menjawab kepada media bagi mengulas gimik terbaru Jamal di hadapan bangunan SUK.
Memetik laporan dari Sinar Harian, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau enggan mengulas lanjut berhubung tindakan Jamal sebaliknya ingin memberi tumpuan terhadap pembangunan di negeri ini. 

"Seperti hari ini, sepatutnya tilam-tilam itu dihantar ke pusat pemindahan banjir, bukannya diletakkan di depan SUK (Pejabat Setiausaha Kerajaan) Negeri Selangor . 

"Tak apalah, saya malas nak komen... saya serah kepada rakyat untuk penilaian," katanya pada Program Lawatannya di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Kampung Parit Baru, Sungai Air Tawar, di sini. 

Mohamed Azmin menegaskan, tanggungjawab beliau adalah untuk membangunkan negeri ini dan memberikan kemakmuran kepada rakyat. 

"Saya tidak ada masa untuk melayan karenah politik cetek seperti ini kerana kepentingan dan kesejahteraan rakyat itu perlu diutamakan," katanya. 

Ditanya berhubung ketegasan kerajaan negeri dalam isu judi dan rumah urut, Mohamed Azmin berkata, kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang kegiatan atau aktiviti haram seperti itu berlaku di Selangor. 

 "Pihak Berkuasa Tempatan telah memainkan peranan yang cukup berkesan untuk memastikan aktiviti ini tidak berkembang, malah sekiranya dikesan tindakan tegas akan diambil," katanya lagi.

Selasa, 24 Januari 2017

JKR Janji Sifar Pothole Di Malaysia, Namun Peneroka Ini Maut Angkara Lubang - Mampukah JKR Kembalikan Nyawa Yang Terkorban?

Aku-Janji Sifar pothole.


"Adalah kami jurutera-jurutera daerah JKR Malaysia berikrar dan berjanji serta komited untuk memastikan Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri dibawah pentadbiran JKR sentiasa dalam status Sifar Pothole".  

Ya, kami juga bersedia tunjuk tanda bagus di hadapan media tau!


Selepas Aku-janji dan bercakap besar di hadapan media, ahh jalan kami masih lagi penuh dengan lubang di sana sini sehingga membahayakan nyawa pengguna jalanraya. 

Eh, eh malahan ada yang maut la baru-baru ini.



(sumber)

Tapi katanya mahu Sifar Pothole kononnya? Siap dengan lafaz janji pula tu!





Sifar Pothole, yeah?

Rupa-rupanya kerja buat jalan pun kena bermain dengan broker dan rasuah, patutlah..








Aku-janji konon. Padahal aku-rasuah. Heh. Salam takziah kepada waris keluarga mangsa yang terkorban. Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi. Kita yang masih hidup perlu lawan bagi mereka yang dah menjadi mangsa. 😢😢😢😢

Gambar : Bro Lando.

Isnin, 23 Januari 2017

Selepas Najib Kantoi Menipu Forest City Ada Pajakan 99 Tahun, BERNAMA Edit Berita Namun Kami Ada Rakaman Video..

"Bila tanah itu ditebus, reclaim land, kita jual pada orang luar atas leasehold. Leasehold bererti bahawa untuk tempoh 99 tahun sahaja. Bila dia beli rumah, rumah itu di atas tanah kita. Di mana soal kedaulatan kita terkorban tuan-tuan", kata Najib dalam satu program 'Jom Bantu Rakyat' yang diadakan di Desa Pandan pada 20 Januari lepas.

Kenyataan Najib itu kemudiannya dilaporkan secara berita oleh Bernama. Dan mereka (netizens) yang membaca berita tersebut kemudiannya memberikan bukti dan menyatakan kenyataan Najib tentang penjualan rumah di Forest City adalah leasehold hanyalah penipuan semata-mata kerana hakikatnya penjualan rumah di Forest City adalah pegangan bebas (freehold).

Laporan Bernama pada 20 Jan lepas disertakan dengan bukti oleh page Suara Rakyat bagi menjawab dakwaan Najib.

Mahathir fitnah? Ini ada bukti Forest City adalah freehold, Najib!



Versi berita yang diedit semula oleh BERNAMA selepas diberikan bukti penjualan tanah di Forest City adalah freehold.

Kenapa diedit? Tekanan dari pihak atasan kah? Tapi sayangnya pengeditan itu tiada guna kerana kami ada versi rakaman..


Walaupun laporan bisa diolah semula dan dipadamkan kenyataan Najib namun pihak kami ada bukti video yang menunjukkan Najib memang pernah melafazkan kenyataan tersebut.

Bagaimana, Salleh Keruak? Boleh dighaibkan kah video ini?



Dalam rakaman di atas selain mengulas tentang Forest City, Najib turut mengkritik Mahathir sebagai Tun Uturn.

"Ini doktor Mahathir, Tun Mahathir. Turn Uturn Mahathir. Saya gelar dia bukan Tun Mahathir, Uturn Mahathir. Sebab terlalu banyak uturn, dia buat satu kenyataan palsu. Satu fitnah besar sebenarnya. 

Pada kerajaan negeri Johor dan pada kerajaan Malaysia. Kononnya kita nak bagi kewarganegaraan pada mereka. Mereka ini warganegara China. Ekonomi dunia yang terbesar. Mereka kaya raya. Mereka tiada hajat nak jadi warganegara Malaysia", kata Najib dalam rakaman tersebut.

Berita MCA Minta Jawatan TPM Dipadamkan Selepas Netizens Bongkar Penipuan BN & Najib.

Sebelum ini Mahathir dan DAP telah diserang bertubi-tubi oleh media BN tentang jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Mahathir dan DAP dilaporkan tentang mencapai satu persefahaman andaikata pembangkang menang besar dalam PRU ke 14, kerusi Perdana Menteri akan disandang oleh Mukhriz Mahathir manakala kerusi Timbalan Perdana Menteri akan disandang oleh Lim Kit Siang. Ia susulan dari kenyataan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang mendedahkan perancangan sulit pembangkang.

Menurut Tunku Abdul Aziz, beliau menerima info sulit itu dari orang dalam di kalangan pembangkang juga namun terpaksa merahsiakan sumber berikutan atas alasan menjaga identiti informer.

Tunku Abdul Aziz turut mencabar agar DAP menyamannya bagi menafikan dakwaan tersebut. Berikutan dari penyebaran maklumat itu, Mahathir tampil menafikan dakwaan bahawanya DAP pernah meminta jawatan Perdana Menteri namun terdapat satu rakaman video yang tersebar di laman sosial yang mendedahkan kenyataan Mahathir bahawanya DAP ada meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri. Kesahihan video tersebut masih tidak dapat dipastikan.

Disebabkan isu meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh DAP diperbesar-besarkan, maka netizens pro pembangkang mendedahkan pula bahawanya MCA suatu ketika dahulu pernah meminta jawatan yang sama.

Kenapa UMNO tidak marah bila MCA turut minta jawatan yang serupa, bidas netizens.



Ya, MCA pernah minta jawatan yang sama pada tahun 2009. Ia dilaporkan menerusi media rasmi kerajaan iaitu Jabatan Penerangan Malaysia.

Namun selepas ianya kecoh, Najib menafikan dakwaan. Katanya MCA tidak pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri. Tidak pernah!

"MCA tidak pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri" - Najib.


Bagaimanapun netizens tidak berdiam diri dan masih terus mengasak. Bukti berita yang diperolehi dari laman web Jabatan Penerangan juga turut ditampilkan. Malahan ada di antara netizens menyebarkan link berkenaan di ruangan komen FB rasmi milik Najib Razak.

Dan akhirnya seperti dijangka, berita tersebut dighaibkan - Kenapa, soal netizens, kenapa?


Tinjauan kami di web tersebut juga mendapati perkara yang serupa. 

Berita tersebut - hilang, ghaib, tidak ditemui.



Apa agaknya yang ingin disorokkan oleh kerajaan, parti Barisan Nasional, Najib dan Salleh Keruak selepas semuanya telah didedahkan dan diketahui oleh rakyat jelata? Kami juga tidak tahu jawapannya.

Bukan Kerana Fahaman Politik, Bukan Kerana Isu Kariah - Ini Penjelasan Surau Al-Ikhwan Isu Enggan Urus Jenazah.

Episode pertama disini.

Sebelum ini salah seorang facebooker yang dikenali dengan nama Norman Shah meluahkan kekecewaannya di Facebook mengenai sikap AJK Surau Al Ikhwan yang enggan membantu menguruskan jenazah bapanya kerana bapanya bukan ahli kariah disitu.

"Mereka enggan uruskan kerana bukan kariah disini, setelah memohon dan merayu tetap ditolaknya juga", katanya di status berkenaan.

"Pada hari ini lebih ramai yang suka mengeluarkan hukum. Mana dia sifat ihsan dan kemanusiaan? Bab menghukum pandai, oh ya surau Al Ikhwan ini kubu kuat PAS", kata Norman Shah lagi.

Bagaimanapun, selepas tersebarnya luahan tersebut, pihak kami menerima maklum balas dari pihak Surau Al Ikhwan sendiri.

Berikut adalah penjelasan lengkap berhubung kejadian tersebut dari pihak yang dituduh. Pembaca boleh menilai kebenarannya sendiri.

Surau Al Ikhwan




** Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Ahad, 22 Januari 2017

Malunya, Najib Dicemuh Di World Economic Forum Terlibat Dalam Skandal Korupsi Oleh Kartunis Patrick Chappatte.

Patrick Chappatte berani mati?
"Ia adalah kartun yang beliau (Zunar) lakarkan mengenai perdana menteri Malaysia, yang mungkin seperti anda tahu, telah terlibat dalam skandal rasuah besar (dalam) yang membabitkan wang rakyat.
"Banyak wang disalurkan ke akaunnya. Zunar tidak berhenti dalam mengecam rasuah oleh kerajaan," - Patrick Chappatte.
WOW.
Kenyataan Patrick itu dipetik menerusi satu forum di World Economic Forum yang berlangsung di Davos, Switzerland. Sepanjang program tersebut berlangsung, ia turut dirakamkan secara live yang mana bermaksud, semua yang mendengar kenyataan tersebut telah dimaklumkan oleh Patrick bahawanya Najib terlibat dalam skandal korupsi di negaranya. Yeah, skandal.
(sumber)
Adakah Najib akan saman Patrick?
Ia bermula apabila Patrick membuka cerita tentang Zunar, salah seorang kartunis yang diancam di negaranya kerana membongkarkan skandal korupsi yang melibatkan pemimpin negara.
Menurut Patrick, Zunar berdepan dengan halangan kerana mengkartunkan kritikannya terhadap pemimpin. 
"Ini adalah contoh keberanian yang akhirnya membawa kepada kesusahan, yang mana mereka berdua akhirnya terpaksa membayar (tanggung akibat) disebabkan hasil kerja (karya) masing-masing", kata Patrick.
Selain Zunar, Patrick turut menamakan Gado, salah seorang kartunis di Kenya yang menerima tekanan oleh kerajaannya kerana mengkritik rasuah dalam pentadbiran negara.
Bukan kecik anak Patrick menyebut nama Najib dan kaitkan ia dengan skandal rasuah, juga bukan perkara remeh apabila kartun yang menyindir korupsi Najib muncul di skrin World Economic Forum.
Ia disaksikan oleh jutaan rakyat di seluruh negara. Tidak terhad hanya di Malaysia. Semua penonton dan hadirin yang mengikuti forum tersebut dengar dengan jelas apa yang disampaikan oleh Patrick Chappatte, Editor Kartunis bagi Globe Cartoon, Switzerland. 
What will you do Najib? To deny? Or to confess?
Berdiam dengan kenyataan Patrick bermaksud Najib membenarkan tuduhan/kritikan tersebut. Jika Patrick is free selepas mengkritik Najib secara terbuka di Forum Ekonomi Dunia, maka rakyat yang mengkritik kamu haruslah dilayan sedemikian rupa, juga. You set the example, remember?
Kah Kah Kah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...