Merasakan dirinya semakin mendapat tempat dan kepercayaan di kalangan pengundi Selangor, Jamal kali ini tampil protes dengan membawa 10 katil dan aiskrim.
10 buah katil lengkap dengan tilam itu adalah simbol terhadap aktiviti rumah urut haram yang semakin berleluasa di Selangor, kata Jamal.
Set katil bujang berserta bantal dan cadar putih tersebut disusun di hadapan pintu pagar laluan masuk utama ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu kira-kira jam 11 pagi Rabu.
Setiap satu katil itu dilengkapi dengan tilam dan selimut yang ditulis dengan perkataan DAP – akronim untuk ‘Dapat Aiskrim Percuma’ manakala bantal pula mempunyai perkataan seumpama skim ‘Rumah Urut Selangorku’.
Menurut Jamal, sehingga kini masalah itu kian meruncing apabila dianggarkan kira-kira 4,000 premis urut didapati giat subur beroperasi secara haram di bawah kepimpinan kerajaan negeri diterajui Menteri Besarnya, Azmin Ali.
“Rumah-rumah urut ini tumbuh bagaikan cendawan segar dan ia sangat membimbangkan apabila turut menyediakan aktiviti yang tidak bermoral untuk menarik orang ramai.
“Angka 4,000 itu hanya mewakili 50 hingga 60 peratus daripada jumlah rumah urut haram di negeri ini dan ia diperoleh hasil tinjauan lebih 200 ahli persatuan sejak sebulan yang lalu,” katanya seperti dipetik dari portal pro BN, Mynewshub.
Selain dari membawa katil dan tilam, Jamal turut membawa banner yang berupa lucah bagi menyindir Azmin yang pernah dikaitkan dengan aktiviti lucah suatu ketika dahulu. Azmin bagaimanapun menafikan penyebaran klip video berkenaan dan menyifatkan ia sebagai satu serangan fitnah dan bermotifkan politik bagi menjatuhkan kerjayanya.
Jamal juga tidak segan silu mencetak poster berupa lucah bagi menghiasi bekas aiskrim yang dibawanya.
Tidak tunggu lama dengan gimik Jamal itu, Azmin tampil menjawab kepada media bagi mengulas gimik terbaru Jamal di hadapan bangunan SUK.
Memetik laporan dari Sinar Harian, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau enggan mengulas lanjut berhubung tindakan Jamal sebaliknya ingin memberi tumpuan terhadap pembangunan di negeri ini.
"Seperti hari ini, sepatutnya tilam-tilam itu dihantar ke pusat pemindahan banjir, bukannya diletakkan di depan SUK (Pejabat Setiausaha Kerajaan) Negeri Selangor .
"Tak apalah, saya malas nak komen... saya serah kepada rakyat untuk penilaian," katanya pada Program Lawatannya di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Kampung Parit Baru, Sungai Air Tawar, di sini.
Mohamed Azmin menegaskan, tanggungjawab beliau adalah untuk membangunkan negeri ini dan memberikan kemakmuran kepada rakyat.
"Saya tidak ada masa untuk melayan karenah politik cetek seperti ini kerana kepentingan dan kesejahteraan rakyat itu perlu diutamakan," katanya.
Ditanya berhubung ketegasan kerajaan negeri dalam isu judi dan rumah urut, Mohamed Azmin berkata, kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang kegiatan atau aktiviti haram seperti itu berlaku di Selangor.
"Pihak Berkuasa Tempatan telah memainkan peranan yang cukup berkesan untuk memastikan aktiviti ini tidak berkembang, malah sekiranya dikesan tindakan tegas akan diambil," katanya lagi.