Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 27 Januari 2017

Saiful Dakwa Keluarga Anwar Minta Tolong Mohon Pengampuan Bagi Pihak Anwar - Keluarga Anwar Nafi Jumpa Saiful Tapi Saiful Kata Yang Datang Jumpa Tu Kenalan Rapat..

Beberapa jam sebelum ini. Saiful menulis di akaun Facebooknya. Katanya salah seorang kenalan rapat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui Saiful dan membuat permohonan maaf.

Kenalan rapat DSAI tersebut memohon maaf kerana menyerang dan tidak mempercayai dakwaan Saiful selama ini. Beliau memohon maaf atas kapasiti peribadinya, kata Saiful di status tersebut.

Kenalan rapat tersebut juga turut memaklumkan yang dia datang menemui Saiful dengan membawa hajat dari keluarga Anwar. Katanya, beliau mewakili keluarga Anwar berharap agar Saiful memohon pengampunan diraja bagi pihak Anwar tanpa perlu mengubah apa-apa pengakuan dan dakwaan sebelum ini.

"Beliau mohon saya maafkan Anwar. Katanya Anwar telah menjalani hukuman selama dua tahun, mungkin beliau sudah insaf".

"Dan jika saya yang mohon pengampunan ini bagi pihak Anwar, bunyinya aneh, tapi impak dan merit nya ada, kerana saya selaku pengadu dalam kes tersebut, ada locus standi. 

Kata beliau, dalam perundangan Islam, mangsa atau waris boleh memaafkan dan mengampunkan pesalah yang telah dijatuhi hukuman, agar hukuman diringan atau dibebaskan", kata Saiful yang dipetik menerusi status Facebook itu.

Walaubagaimanapun, Saiful tidak terus bersetuju dengan permintaan tersebut sebaliknya meminta sedikit masa untuk berfikir dan membuat keputusan. 


Dalam perkembangan yang lain, keluarga Anwar pantas menafikan dakwaan Saiful. Bercakap kepada media, Nurul Nuha menafikan keluarganya pernah menghubungi Saiful bagi meminta pertolongan. 

"Oh satu lagi fitnah. Keluarga kami tidak pernah hubungi Saiful", kata Nurul Nuha seperti yang dilaporkan Malaysiakini.

Untuk rekod, Saiful bukan didatangi oleh ahli keluarga Anwar sebaliknya kenalan yang mengakui akrab dengan Anwar dan mewakili keluarga Anwar. 

Apakah mungkin keluarga Anwar menjadi mangsa sabotaj seseorang dalam parti ataupun Saiful sedang mereka-reka cerita? Selagi mana Saiful tidak dedahkan nama selagi itulah masyarakat akan berteori.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...